Thursday, July 30, 2009

Kasih Yang Satu [2]

" Hello".

" Qis..ehh..kau tak masuk kerja ker? ". Mira becok menanya.

" Emm..tak..aku kat hospital ni ". Balqis meregangkan urat badannya . Tak selesa tidur mengiring malam tadi. Jam di kerling..emm baru pukul 8.15.

" Ehh..kau kenapa pulak?". Nyaring suara Mira di talian.

" Aku sihat. Ayah aku jer sakit. Kau pun tahu kan. ". Balkis merenung ayahnya yang memejam mata. Tak pasti tidur atau menelinga perbualannya.

" Pakcik sakit..kenapa? Ehh..asal kau tak beritahu aku?".

" Emm..takpelah..tak nak susahkan kau..lagipun kalau kau cuti..siapa tinggal kat opis nanti. mau kosong pulak ",selorohnya.

" Ishhh..kau ni..engkau kan staff kesayangan boss kita. Mesti dia bagi punye. Ni tadi dia sibuk-sibuk tanya mana kau ".

" Ehh..awal Tuan Zailan masuk pejabat ?".

" Entah..angin apa tah..aku tengah makan kat pantry..tetiba dia muncul..nasib baik aku takder sakit jantung..kalau tak aku dah mati..macamana? " ngomel Mira.

" Tanam ".

" Apa yang tanam? ".

" Kaulah..kalau mati kenalah tanam. Takkan nak biarkan pulak ". Balqis ketawa. Lega sudah perasaan gundah gulana yang bertakhta malam tadi.

" Balqissssssssssss". Mira menjerit di talian seangkan Balqis berdekah ketawa.

" Qis".

" Oppsssss!". Dia menekup mulutnya bila ayahnya menegur.Ehhh..dah bangun?,soal hatinya.

" Ehh..oklah..nanti kita sembang lagi ".

" Jap..kau cuti sampai bila? ".

" Emm..dua hari kot. Emergency..kau cakap kat Tuan Zailan yer..aku harap dia faham ".

" Yelah..oklah..kau jaga ayah kau bebaik. Kirim salam dengan dia".

" Emm..ok..Assalamualaikum ". Balqis meletakkan telefon di tepi meja. Dia bergerak menuju ayahnya.

" Ayah",ucapnya lembut.

" Emm ".

" Ayah nak mandi atau sarapan dulu? ". Dia memandang dua keping roti dan susu di hadapannya.

" Kamu ada bawa baju ayah ker ?".

" Allah! Qis lupa..".Dia menepuk dahinya. Adusss..kelam kabut sangat sampai lupa semuanya.

" Emmm..macam ni..Qis balik dulu nanti Qis datang lagi bawa baju,tuala semuanyalah ya ".

" Dah tanya doktor bila ayah boleh balik?".

" Errr..belum..doktor belum sampai lagi ".

" Tunggu doktor dulu..nanti baru ambil. Kang Qis balik doktor kata boleh keluar hari ni macamana?".

" Ya tak ya jugak ehh ". Balqis tersengih sendiri mengenangkan kealpaannya.

" Emmm..ayah sarapan dulu lah ". Balkis membantu ayahnya duduk. En. Hasyim akur apa kata anaknya. Baik kata Balqis..baiklah pada dia..

Selesai saja sarapan Doktor masuk bersama nurse. Balqis bangun ketika nurse menarik tirai. Tak sampai lima minit tirai di buka. Nurse menulis sesuatu di kertas.

" Okey..ayah awak dah stabil. Dia boleh balik hari ini. Tapi make sure dia tak kena panas yang tinggi..jangan bagi dia kerja berat..juga ubat nanti saya beri. Habiskan.." Balqis mengangguk .

" Pakcik..boleh balik hari ni ya..jangan tensen sangat ya..dan jangan bersendirian..mesti ada orang pantau ". Doktor Radhi menepuk bahu En. Hasyim perlahan.

" Haaaa...dengar tu ayah..bila Qis cakap ayah tak mahu dengar ",bebelnya.

" Hemm...".

" Ayah tunggu sini..Qis nak buat bayaran dulu..nanti Qis datang balik ". Serentak itu pintu di tutup.

Balqis..Balqis..kasihan kamu..kena jaga ayah begini..,bisik hatinya.

*********************************************************************

Farish turun dari kereta. Dia membimbit jambangan buah. Mahu menjenguk pakcik yang di tolongnya semalam. Entah mengapa hatinya bagai di tarik-tarik berbuat demikian.

" Nurse..pesakit yang saya hantar semalam di mana biliknya ?". Soalnya di kaunter pendaftaran. hatinya lapang bila melihat nurse itu nurse yang sama semalam. Jadi tak perlulah dia bersusah payah menerangkan kembali.

" Ohh..En. Hasyim ker ?".

" Emmm..saya kurang pasti nama dia..tapi mugkin jugaklah ".

" Kalau En. Hasyim dia dah balik tengahri tadi Encik ".

" Dah balik?".

" Ya..anak dia bawa balik ".

" Ohhh..kalau macam tu..terima kasih jelah ya ".

Farish melangkah perlahan menuju keretanya. Ketika masuk dia terpandang tongkat pakcik itu..emm..pakcik Hasyim..mesti dia tercari-cari.

'Hemm..apa nak buat..takder rezeki nak jumpa..tapi harap-harap dia sihat hendaknya ',ucapnya dalam hati.

Farish menutup pintu setelah menghidupkan enjin. Seketika kemudian keretanya meluncur pergi.

Baru saja 200 meter telefon bimbitnya berbunyi.

" Sayanggggg ".

" You nak apa lagi Mel ? I kan dah kata..jangan ganggu I lagi !",bentaknya keras.

" Sayang..jangan begini..I rindu kan you ". Suara Mellisa merayu di hujung talian.

" Stop your act Mel! I muak dengar semuanya". rengusnya

" Please Farish..I wanna to see you..I janji ini yang terakhir kalinya..please baby". Meliisa meleretkan suaranya.

" No..I tak mahu jumpa you atau tengok muka you. After you malukan keluarga I, you masih lagi berani nak merayu lagi ?". Hatinya penuh benci. Benci pada Meliisa yang pernah di cintai dulu.

" I am sorry sayangg..berapa kali I nak cakap yang I silap dulu..".

" Sorrylah Mel..I takder masa untuk you lagi. You pergilah cari tu..Tengku Ikram yang you gilakan dulu sampai you tergamak lari masa pernikahan kita ".

" Dia..dia dah tinggalkan I ". Mellisa menangis teresak-esak di talian.

" So..bila dia tinggalkan you..you fikir I akan bagi kesempatan dekat you lagi? Huh! pegi jalan lahhh! ".,ejek Faris.

" Farishh..please..I beg you..maafkan I..kita balik macam dulu ?".

" Huh! Susah cakap dengan orang yang tak reti bahasa nih!". Farish menutup talian dan mencampakkan telefon di kerusi sebelah. Dua saat kemudian ianya berdering lagi namun dia pekakkan telinga.

Dia malas nak layan orang yang tak faham bahasa,rengusnya.

Syukur Alhamdulillah..ALLAH menunjukkan sikap Mellisa sebelum aku sempat bernikah..kalau takk..hishhh..tak tahu apa nak cakap,bisiknya.

Dia memberhentikan keretanya bila lampu isyarat bertukar menjadi merah. Matanya terfokus pada kereta di jalan bertentangan.

'Aduss..cantiknya',bisiknya perlahan. Jantungnya berdebar-debar.

Matanya menyoroti pada perempuan di dalam kereta Waja. Tanpa alat mekap masih lagi terselah ayu wajahnya. Begitu simple. Bertudung hitam di selempangkan begitu.

Bingitan hon mencantas pemandangannya. Lampu isyarat bertukar hijau tanpa di sedari. Cepat-cepat dia menekan kelas dan meluncur pergi namun sempat lagi dia menoleh ke arah perempuan itu.

Hatinya tak keruan..terbayang-bayang wajah matanya. Hampir dua tahun hatinya tak terisi kerana kecewa dengan sikap Mellisa. Tapi kali ini bagai ada kuasa yang mengembalikan semula perasaannya yang dah lama mati itu.

'Siapa dia?'. Persoalan berlegar di kepalanya.

Sudahnya dia meneruskan pemanduan pulang bertemankan bayang-bayang perempuan itu.

No comments:

Post a Comment