Monday, July 6, 2009

Dan Sebenarnya [24]

" Abang Is nie dah kenapa?. Gila ke apa ?". Hambur Nadia di tepi kolam renang. Hatinya panas setelah mendengar cerita dari Hani semalam. Pagi ini sengaja dia berjumpa dengan Adam Iskandar meminta jawapan.

" Kenapa apa pulak Dhia? ". Adam sengaja bertanya walau dia tahu Nadia ke sini kerana Hani Zahra. Zara! Mengenangkan namanya saja dah membuatkan marahnya kembali bercambah. Benci!

" Abang Is jangan buat-buat tak tau pulak ". Nadia kembali meninggikan suara. Mencerun matanya memandang Adam . Sakit hatinya bila teringat tangisan Hani tanpa henti.

" Buat apa ? ". Adam bangun dan menuju kolam renang. Dia duduk berjuntai di pinggir kolam renang.

" Kenapa buat Hani macam tu?. Kenapa tak tunggu penjelasan dia ?". Melengking saja suara Nadia.

" Nak jelas apa lagi Dhia?. Semua dah jelas terang. Depan mata abang lagi. Bukan abang dengar dari orang lain. Dari mulut dia sendiri pulak tu ",balas Adam geram.

" Itu yang nampak di pandangan mata kasar. Abang Is tak tahu apa sebenarnya terjadi pada Hani".

" So..Dhia datang sini nak beritahu yang abang salah? Abang silap? ". soal Adam sinis.

" Dhia datang sini sebab rasa terpanggil. Hani kawan baik Dhia ! ".

" Kawan baik konon! Kalau kawan baik kenapa Dhia tak suruh dia terus terang dengan semua orang?. Kalau kawan baik kenapa Dhia tergamak biar abang Is kena tipu ? ". Adam mula berdiri . Hatinya kian panas!

" Sebab dia rasa itu bukan tugas Dhia. Itu hak Hani untuk terangkan semuanya. Lagipun..kalau dia terangkan..abang Is terima ker semua tu?". Sindir Nadia pedas.

Adam Iskandar terdiam. Betul jugak,desis hatinya.

" Alah..itu belakang kira. Yang penting sekarang dia dah menipu. Bukan dengan abang Is jer,dengan semua orang. Entah apa motif dia abang tak taulah ",dengus Adam walau sebentar tadi dia mengiakan kata-kata Nadia.

" Dia terpaksa abang. Kesian Hani. Sekarang dia sebatang kara. Semua lukakan hati dia. ",ucap Nadia perlahan. Dia menunduk. Ada pilu bertandang.

" Huh! Dia kan ada suami. Apa pulak sebatang kara? ". Sinis saja jawapan Adam. Hatinya makin membengkak bila teringat peristiwa semalam.

" Dhia kesal abang..kesal sebab cuba match kan abang dengan Hani. Kalaulah Dhia tahu begini akhirnya..hemmm.. takdir Hani tak secantik nama dia..Kasihan dia..". Nadia mengeluh perlahan. Ya..sememangnya dia kesal dengan apa yang berlaku.

" Maksud Dhia?". Suara Adam kendur. Hatinya bagai di tarik-tarik. Sememangnya semalam akalnya menyuruh dia meminta penjelasan tapi hatinya berkeras menidakkan.

" Abang Is tanyalah pada Hani. Dhia tak berhak masuk campur. ",keluh Nadia. Ingin saja di khabarkan pada Adam Iskandar apa sebenarnya. Tapi dia dah berjanji dengan Hani untuk tidak membuka cerita.

Adam termenung. Bagaimana caranya? Jumpa??..Aku dah terlanjur menghina dia. Aduhh..

" Pergilah abang Is..sebelum semunya terlambat..",usul Nadia tiba-tiba.

Terlambatt?? Apa maksudnya tu?,bisik hatinya

" Maksud Dhia apa? Terlambat apa? ". Soal Adam .

" Lambat nak menawan hati Hani semula. Dhia kenal dia. Dia cukup susah untuk menerima cinta seseorang. Sekali terluka tak tahu bila nak sembuh ". Jelas Nadia panjang.

" Hemm..bukannya dia sukakan abang Is pun . Selama ni abang Is jer yang terhegeh-hegeh menagih kasih dia. Dia buat tak reti jer ". jawab Adam lemah. Ya..memang aku je yang rasa begitu. Sedangkan Zara buat aku seolah-olah tak wujud di kamus hidupnya,bisik hati Adam.

" Abang Is tak pernah tanya kenapa ? Kenapa dia tak boleh sambut kasih abang tu ?". Soal Nadia bertubi-tubi. Abang sepupunya perlu di sedarkan!

" Kalau dia ikhlas kawan dengan abang,tentu dia dah cerita semua Dhia ".

" Siapa kata dia tak ikhlas?".

" Abang taulah."

" Siapa kata??". Suara Nadia mula meninggi. Geram dengan sikap Adam Iskandar.

" Yang Dhia nak marahkan abang ni kenapa? Dah jelas terang abang jadi mangsa. Dhia masih nak sebelahkan perempuan tu ",bentak Adam.

" Abang ni kan..hishhh..dahlah..dah tak kuasa Dhia nak cakap. Lantak abang lah.". Nadia bingkas bangun. Hatinya sebal. Makin lama dia berhadapan dengan Adam,lagi lama tekaknya sakit.

" Satu jer Dhia nak kata. Hani memang cintakan abang. Cuma abang je yang buta mata hati nak menilainya.Tapi rasanya sekarang dah tak berguna lagi ". Dan Nadia terus meninggalkan Adam sendiri. Terpinga-pinga.

Adam termenung mengenangkan kata-kata Nadia sebentar tadi. Zara cintakan aku? Hatinya kembali sejuk. Dia seolah-olah tak percaya. Zara cintakan aku? Tapi selama ini Zara buat-buat tak tau jer. Letih aku pujuk rayu tapi dia buat tak endah je..

'Zara cintakan aku?',gumamnya perlahan.

" Kak Zara cintakan abang ker? Wahhh!! Itu sudah bagusss". Nur Sofea menjerit kuat.

Adam tersentak. Terperanjat dengan kehadiran adiknya tiba-tiba. Dia bingkas bangun dan menekup mulut Nur Sofea supaya tak terdengar siapa-siapa.

Nur Sofea menggelupur. Cuba melepaskan diri dari pautan abangnya.

" Along! Apa nih ",bentaknya.

" Yang adik mengintip along kenapa? Sape suruh? ". Adam mula ketawa. Kelakar melihat rambut adiknya yang kusut di kerjakan tadi.

" Mana ada adik mengintip. Adik cuma nak tau jer. Yang along duduk sorang-sorang kat sini kenapa? Mana kak Nadia? ". Mata Nur Sofea melingas. Tadi dia nampak Nadia jumpa abangnya. Marah-marah. Tapi dia tak sempat turun dari tingkat atas. Dia baru bangun tidur.

" Balik ".

" Uiksss..cepatnya?. Kenapa? ".

" Mana along tau ",dalih Adam.

" Elehh..tak tau konon. Kalau tak tau kenapa muka along cemberut nih? Kalah buah asam jawa masamnya tu lah ",usik Nur Sofea. Dia ketawa.

" Along...ceritalah kat adik. Adik janji. Adik tak beritahu sesiapa ". Nur Sofea mengangkat tangan. Dia tersengih-sengih.

" Ahh..adik tu bukan leh percaya. Kata tak mahu beritahu,tapi cepat jer mama dan papa dapat tau. Ingat tak kes kak Arin dulu? ",sindir Adam.

" Errr..tu dulu..sebab mama desak adik. Mama kata kalau tak cakap, adik tak boleh sambung belajar kat London. ",jawab Nur Sofea teragak-agak. Dia tahu dia bersalah. Wajahnya berubah.

" Ha'ah..yelah tu..adik mudah sangat kena beli kan ".usik Adam. Dia sayang Nur Sofea. Itulah satu-satunya permata hatinya. Tiada ganti.

" Alongggg..apa pulak ". Nur Sofea merungut manja menampar peha Adam. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

" Apa yang korang dua beradik buat ni? Riuh rendah lagi tadi papa dengar? ". Tiba-tiba Dato' Zulkarnain muncul. Di tangannya ada senaskah akhbar.

" Along tu pa..suka memainkan adik. ",Nur Sofea mengadu manja. Adam mencebik lagi.

" Adam. Isnin nanti papa mahu Adam ke Sarawak. Jumpa Suffian. Our branch manager. Ada job yang still pending till now. Papa mahu Adam siasat perkara ini. ". Dato Zulkarnain bersuara tegas.

" Hah! This monday? Means by tommorow?". Adam menggaru kepala yang tak gatal. Dia berpandangan dengan Nur Sofea.

" Ia lah..esok..tak boleh delay lagi. Nanti kita kena saman pulak ".

" Tak boleh postpone ker pa?". Adam mencuba nasib. Dia mahu berjumpa dengan Zara. Mahu meminta penjelasan. Kenyataan dari Nadia yang Zara turut cintakan dirinya buat dia tak sabar untuk ke pejabat.

" Tak boleh. Adam dengar tak papa cakap tadi. Kalau projek lewat siap kita kena saman? ". tekan Dato' Zulkarnain.

Adam mengeluh. Lama lagilah masalah aku nak selesai,desis hatinya.

" Hah Adam. How's Zara? ". Soal Dato Zulkarnain tiba-tiba.

" You know also pa?",jerit Nur Sofea.

" Ehh adik nih..dia pulak lebih-lebih.". Adam menjeling geram.

" Dia sihat. Kenapa pa ?".

" Takdelah..papa tak kisah kamu nak berkawan dengan sesiapa Adam. Cuma yelah..janji bukan hak orang. Susah kamu nanti. ",nasihat Dato Zulkarnain yang buat Adam bagai tercekik. Berubah mukanya seketika. Alamakk..papa tau ker?,soal hatinya.

" Ishhh..kak Zara tak gitulah pa..dia ok..cantik..adik dah jumpa dia in person tau ". Nur Sofea mula melobi.

" Siapa yang cantik tu bang? Adik? ". Datin Zarina muncul menatang minuman. Senyuman terukir di wajahnya. Dia bersyukur kerana akhirnya semua berkumpul di depan mata.

" Kak Zara ma..kan along? ". Nur Sofea mengenyitkan mata. Adam diam tak bersuara.

" Zara memang cantik.Baik lagi. Sesuai jadi menantu mama. Tak kisahlah walau dia tak setaraf kita. Janji perilaku dia elok di pandangan mata ". Jawab Datin Zurina menuang teh di cawan.

Adam terkedu. Alahaiii..kalaulah mama dan semua tahu yang sebenarnya tentang Zara..apa pulak tanggapan mereka agaknya,bisik hatinya.

Saat itu,ketika itu mahu saja dia berhadapan dengan Zara meminta kepastian.

" Hah! Adam..apa yang kamu menungkan tu? Rindu kat Zara dah ker? ",usik Datin Zarina.

" Mau tak rindu mamanya,esok seminggu dia kena pergi Sarawak. Menggelupur lah tu". Dato Zulkarnain menjawab. Dia faham hati anaknya. Tapi kerja tetap kerja.

" Alah..baru seminggu kan along. Takper..adik ada..adik akan pastikan along dapat report tentang kak Zara hari-hari ". Nur Sofea mengangkat kening.

Adam mampu senyum nipis. Tak tahu bagaimana nak menjawab. Jawab salah..tak jawab salah..Aduhhh..kusut aku di buatnya!!,jerit hatinya.


*******************************************************************************

Adreana Suraya memerhati suaminya. Dari semalam,wajahnya cukup tegang. Nak kata aku buat salah tak rasanya. Sejak balik dari rumah Hani dia begitu. Jadi apa-apakah pada Hani?

Dia bangun perlahan-lahan dari sofa. Mencari telefon. Mahu mendail nombor Hani. Namun,sebelum sempat dia mendail, Amirul memanggilnya dari taman halaman.

" Ya bang ". Adreana Suraya duduk di sisi suaminya.

" Su..abang nak tahu satu perkara. Su boleh jujur dengan abang tak? ". Soal Amirul memandang mata Adreana Suraya.

" Apa bang? ". Jantung Adreana Suraya berdebar-debar. Bagai tahu apa yang akan di perkatakan suaminya sebentar nanti.

" Su ada apa-apa nak beritahu abang tentang apa yang abang tak tahu ?".

" Errrr..Su tak faham bang ". Apa nih,bisiknya.

" Su ada sembunyikan apa-apa dari abang ker ?". Soal Amirul lagi. Dia mahu menduga sejauh mana isterinya bersubahat dalam perkara itu.

" Sembunyi??..Eerrr..errrr...tak rasanya ". Tergagap-gagap Adreana Suraja menjawab.

" Betul tak? ". Tekan Amirul lagi. Adreana Suraya menunduk. Dia tahu Amirul sudah tahu.

" Maafkan Su abang. Su tak tahu nak bagi tahu abang macamana". Adreana Suraya sudah mula menangis.

Amirul Fahmi menggelengkan kepala. Tak sangka..sangat tak sangka..isterinya begitu!

" Su tahu tak perbuatan Su tu berdosa ". Nada suara Amirul sudah berubah.

" Su tahu..tapi..Su..Su...". Adreana Suraya tak dapat meneruskan bicara. Dia betul-betul hiba.

" Siapa yang hantar, Su?". Soal Amirul sambil memeluk bahu isterinya. Mahu meredakan sedikit rasa hatinya yang tak tenteram sejak semalam.

" Su tak tahu abang. Su jumpa kat pintu pagar. Terselit. Su percayakan Hani. Dia takkan buat begitu. Su baru ingat nak jumpa dia. Tanya apa sebenarnya. Tapi..abang dah tahu dulu. Su minta maaf abang ". Adreana Suraya berkali-kali mengucup tangan suaminya. Kesal hatinya bertindih.

" Abang dah jumpa siapa lelaki tu Su ". Amirul Fahmi mengimbau kejadian semalam. Saat dia terserempak dengan Adam. Mahu saja di tumbuk lelaki itu. Tapi bila di fikirkan balik,maruahnya sebagai lelaki akan tergadai.

" Hah! abang pukul dia ker? ",soal Adreana Suraya. Jelas dia tersentak dengan kata-kata suaminya tadi.

" Takdelah. Tapi kalau ikutkan hati,bersepai muka dia tu abang kerjakan. ",ujar Amirul geram. Masih bersisa marahnya pada Hani.

" Habis..Hani macam mana abang? Abang pukul dia ker? ".soal Adreana Suraya lagi. Dia berdebar-debar.

" Tak..tapi abang dah cakap dengan dia. Dia abang gantung tak bertali. Biar dia rasa. Padan muka! Biar semua tak dapat! ". Amirul Fahmi bingkas bangun. Dia terus masuk dalam rumah.

Adreana Suraya terkejut! Dia tak menyangka sehingga begitu sekali drastiknya suaminya membuat keputusan. Kasihan Hani....aku harus buat sesuatu!,desak hatinya. Tak lama kemudian dia turut melangkah masuk kedalam rumah pabila senja merangkak tiba.

No comments:

Post a Comment