Monday, July 13, 2009

Dan Sebenarnya [29]

Adam merenung kepekatan malam. Bibirnya tergaris sekuntum senyuman. Mahu saja dia menjerit pada dunia bahawa dia terlalu sayangkan Zara. Mahu saja dia melompat bagai anak-anak kecil ketika Zara membalas mesejnya tempohari.

" Adam Iskandar aku merindu,dalam tak sedar aku pun begitu ! ".

Adam membaca mesej Zara berulang kali. Bagai tak percaya saat dia menerima balasan dari Zara. Berkali-kali dia mencubit pipinya bahawa dia tak bermimpi. Akhirnyaa....Adam kembali senyum. Telefon bimbitnya di bawa ke dada. Seolah - olah Zara dapat merasa degupan jantungnya berirama laju.

' Lambat betul nak tunggu esok. Tak sabar nak jumpa Zara',desisnya. Sepatutnya dia sudah kembali sehari selepas Zara pulang KL tapi dia di panggil untuk ke Pahang pula.

Adam bergerak menuju meja dan mengambil PDAnya. Dia duduk di birai katil.

' Alahai Zara..rindunya...'. Adam membuka PDA. Dia menatap wajah wanita yang berjaya mencuri hatinya. Dia mendekatkan muka ke PDA untuk mengucup tapi..

" Along! Along buat apa tu? ". Nur Sofea menyergah dan membuatkan Adam Iskandar melompat.

" Adik..apa sergah-sergah along nih!". Adam mengambil kusyen dan membaling . Nur Sofea terkekeh-kekeh ketawa melihat perangai abangnya.

" Mana ada adik sergah. Kan adik dah ketuk pintu. Along jer yang tak jawab. Adik masuk jelah..". Nur Sofea menjawab tanpa rasa bersalah.

" Kalau along tak jawab maknanya along busy lah. Jangan ganggu. Itu pun adik tak faham ker? ". Adam menjegilkan matanya. PDA tadi di susup bawah bantal. Tak mahu adiknya dapat tahu. Kalau dapat tahu..mahu satu rumah nanti dia beritahu,bisik hatinya.

' Busy? Err..ye ker along busy?. Setahu adik kalau along busy,bukan ker kat bilik bacaan sana. Semua barang-barang along kat sana. Haaaa...adik tauu..along busy rindukan kak Zara kan?". Nur Sofea melompat ke atas katil dan duduk di sebelah Adam dan melunjurkan kaki.

" Eleh..sibuk jer nak tau pasal along ". Adam menjuih bibirnya. Sengaja nak menyakat adiknya.

" Alah...ceritalah alonggg...". Nur Sofea merengek dan menggoncangkan badan Adam.

" Takmo. Nanti adik kepoh ngan mama ". Adam menggelengkan kepala. Niat hatinya memang mahu berkongsi rasa dengan adiknya tapi dia takut adiknya membocorkan rahsia status Zara.

' Mati aku kalau mama tahu. Mau di serangnya Zara nanti ',suara hatinya bergema.

" Alahh..alonggg..okey. Adik janji adik tak bukak mulut pun. Adik takkan cerita dengan sesiapa.". Nur Sofea mengangkat tangan berikrar. Dia tersengih-sengih.

" Tak nak lah along. Ufff..serik dah."

" Alongg..please..along ..alonggggg...". Nur Sofea menguatkan suara rengeknya.

" Okey..okey..dahlah..jangan nak merengek. Adik tu dah besar. Dah patut kahwin pun ",usik Adam sambil ketawa.

" Eeeee..apa pulak adik kahwin nih. Sekarang ni kita cerita pasal along ngan kak Zara tu. Adik pulak ". Nur Sofea merajuk manja.

" Ecececececehh..merajuk pulak. Dah..dah..nak dengar cerita tak? ". Adam mencuit dagu adiknya. Serta merta Nur Sofea mengangguk lagu. Adam menggeleng-gelengkan kepalanya melihat reaksi Nur Sofea.

Adam menghela nafas. Mudah-mudahan adik faham semuanya,desis hatinya.

" Tapi sebelum tu. Along nak adik diam. Jangan mencelah. Juga..jangan sesekali membenci kak Zara yer lepas dengar semua nih..". Adam memandang tepat muka Nur Sofea.

" Benci kak Zara? Tapi kenapa? ". Nur Sofea mengerutkan dahi. Tak faham mengapa abangnya berkata begitu.

" Heyyy..kan along dah kata..jangan mencelah bila along cerita. Ni nak dengar atau tak nih?".

" Oppsss!". Nur Sofea menekup mulutnya. Dia membuat isyarat menzip mulut dan membuang kuncinya.

" Sebenarnya along dah lama kenal kak Zara. Sebelum along pergi London lagi. Along jumpa dia kat rumah Nadia. Kenduri doa selamat tu. Along dah cuba nak jumpa dia,tapi dia bagi seribu satu alasan. Along ingat habis jer semester masa dia konvo along nak pergi jumpa dia. Tapi dia dah balik awal. ". Adam bangun dan berdiri di balkoni. Nur Sofea turut mengikuti.

" Sebab tu along tolak cadangan mama nak jodohkan along dengan Arin. Hati along dah terkunci untuk Zara. Walau dia tak kenal along. Along betul-betul tak keruan bila dia hilang tanpa berita. Kesian Nadia..along marah dia. Along ingat Nadia nak sorokkan Zara. Tapi..yelahh..orang tak sudi..so along bawalah diri ke luar negara ".

Nur Sofea memandang wajah abangnya. Jelas terlukis luka di situ. Hatinya hiba. Kesian along,desisnya.

" Tapi,takdir ALLAH takder saper boleh menduga. Along berjumpa dia kembali di pantai Mersing masa along lawat site kat Johor. Zara masih tak kenal along. Dia duduk sensorang kat tepi pantai. Menangis. Bila along tegur dia,dia pandang jam terus kelam kabut lari. ". Adam ketawa kecil bila teringat peristiwa itu.

" Yang kelakarnya kan adik..kunci bilik dia tertinggal kat pantai . Along ikut dia ler..ingatkanlah dia nak cakap terima kasih ker apa ker..hampeh tak! Dia buat muka sombong dia. Hishhh..menyesal along tolong dia ".

" Tapi esok paginya along terus balik KL. Ada meeting kat Melaka . Along tinggalkan nombor talefon. Sebab dia tinggalkan selendang dia juga. Along sengaja tak mahu pulang masa bagi kunci. Along nak jumpa dia lagi. Malangnya..hati along hampa lagi dik. Dia tak call pun..Takpelahh..mungkin dia bukan tercipta untuk along. Along sabarkan je hati ". Adam terdiam seketika. Tak di ceritakan dia menunggu Zara sehingga lewat malam di taman. Bimbang pula di ketawakan adiknya.

" Tapi Alhamdulillah..kuasa ALLAH tak siapa menduga dik. Along bertembung dengan Zara di bilik papa. Zara berkerja di bawah along. Nak jer along melompat tapi nanti di katanya tak betul pulak. Along bahagia sangattt..sangat sangat bahagia..berdekatan dengan Zara..bersama dia..".

" Cuma satu jer silap along. Along tak selidik betul betul. Siapa Hani zahra sebenarnya. Along selidik just gitu-gitu jer. ". Adam mengeluh perlahan.

Nur Sofea kaget. Kenapa pulak ni?,soal hatinya.

" Hani Zahra bukan seperti yang adik,mama,papa sangkakan. Dia mawar yang cukup berduri. Mawar di taman orang lain tapi masih tak tersentuh kumbang yang lalu. Dia mawar yang nampak jer cantik tapi bila di sentuh rupanya rapuh..layu..". Adam meraup mukanya. Dia kembali menatap bintang bertaburan.

Nur sofea terpinga-pinga. Apa maksud abangnya?. Dia mencari-cari jawapan di wajah abangnya tapi tak berjumpa.

" Hani Zahra isteri orang dik ". Adam berkata perlahan.

Nur Sofea terduduk. Jelas wajahnya pucat. Dia terperanjat sebenarnya. Hatinya berperang sesama sendiri. Sedih dengan nasib abangnya. Geram dengan permainan Hani Zahra.

" Along tau adik terperanjat. Mesti adik benci pada kak Zara kan?". Soal Adam dapat membaca reaksi adinya.

Nur Sofea mengangguk perlahan. Ada air mata bertubir di matanya.

" Hani Zahra tak salah adik. Cuba adik letakkan diri adik di situasi dia. Dia di sisihkan suaminya kerana suaminya ada isteri lain. Dia di abaikan kasih sayangnya. Dia berlakon ke semua orang yang dia bahagia selama ini. Dia bergelak ketawa dengan orang tapi tak siapa yang tahu hatinya cukup terluka. ".

" Dia kehilangan semua orang yang dia sayang. Mamanya baru jer meninggal dua bulan lepas. Ada suami bagai tiada. ".

" Macamana along boleh tau?". Nur Sofea teragak-agak bertanya bila di lihat Adam mendiamkan diri.

" Along tak sengaja dengar Zara bergaduh dengan suaminya. Dia di jatuhkan hukuman gantung tak bertali".

" Along dengar..Then?". Gulp! Gantung tak bertali?..Mak aihhh...

" Along marah kak Z. Along cakap along jijik dengan diri along. Along cakap along benci dia dik. Malahan along suruh dia resign. Along tak nak tengok muka dia. Puas dia merayu nak terangkan tapi along tak nak dengar. Kesian dia dik". Adam mengenangkan kembali peristiwa
itu.

" So?".

" Entahlah..masa tu serabut sangat. You know what adik, Nadia datang serang along hari tu ". Adam ketawa kecil. Dalam hati dia bersyukur sangat. Berkat 'bebelan' Nadia dia dapat membuka mata jiwanya.

" Ohh..no wonder adik nampak kak Dhia datang tapi bila adik cari dia dah balik pulak.". Nur Sofea mengangguk.

"Errr..along..along yakin kak Zara sayangkan along?". Nur Sofea bertanya. Mahu kepastian. Ada simpati bertandang di jiwanya. Simpati dengan Zara. Simpati dengan abangnya.

" Entahlah..puas along pujuk dia. Tapi hati dia keras betul. Kalau anak dara, mau along kidnap kahwin kat siam..hahahaa".

" Amboii..bab itu laju yer along ". Nur Sofea mengetip peha Adam. Adam menjerit dan menggosok pehanya.

" Habis..macamna along boleh yakin kak Zara sayangkan along jugak? ",soalnya lagi.

" Dia reply sms along. Sebab..selama ni kalau along ushar-ushar dia buat bodoh jer,tak layan..tak taulah pulak kali ni dia balas macam gini ". Adam mengunjukkan telefon.

" Wahhhh!! bahagialah ni?". Nur Sofea ikut teruja setelah membaca sms Zara.

" Ehh..mestilahh..kalau nak ikutkan hati mau along jumpa dia malam ni. Rindulah..dah 4 hari along tak jumpa dia ". Adam tersenyum-senyum sendiri.

" Eeeee..gelilah..baru 4 hari dah angau. Kalau kak Zara tinggalkan along tah macamana agaknya. Mau gila kot along nih ",usik Nur Sofea.

" Mungkin. Along sayangkan dia. Terlalu sayangkan dia. Tak kisahlah apa status dia. Along terima seadanya. Along yakin dia tercipta untuk along ". Tegas Adam. Dia dah tak sanggup kehilangan Zara. Cukuplah sekali!

Nur Sofea tergamam tanpa bicara. Lidahnya kelu. Tak menyangka begini hebatnya penangan perempuan bernama Hani Zahra. Jauh di sudut hatinya dia mengagumi Hani Zahra kerana meruntuhkan tembok lelaki bernama Adam Iskandar.

" Habis..along nak buat macam mana?. Takkan nak terus menunggu takder hasil. Mau mama dengan papa bising ". Soal Nur Sofea bimbang.

" Itu yang along risaukan dik. Kalaulah mama dengan papa tahu yang sebenarnya. Mati along kena ceramah. Suka dengan hak yang bukan hak kita ". Adam termenung menongkat dagu. Kepalanya serabut. Kusut!

" Entahlah along. Adik pun tak tau nak buat macamana.". Nur Sofea turut mengeluh mengenangkan kisah cinta yang sungguh kompleks antara abangnya dan Hani Zahra.

" Biarlahkan jelah dik. Along serahkan pada ALLAH. Andai cinta along dan dia suci,Insyaallah..along yakin bahagia akan datang jugak. Walaupun lambat ". Adam ketawa perlahan. Dia harus yakin. Itu yang pasti!

******************************************************

Hani Zahra

Aku mengemas barang- barang sedikit mulai sedikit. Esok dah nak pindah. Alhamdulillah. Nadia dah jumpa rumah sewa. Tak mengapalah..walau jauh sedikit dengan pejabat. Yang penting ada!

Aku duduk di lantai. Penat! Mengemas dari pagi tadi. Aku hantar borang cuti ke Nurul Huda. Nak submit dengan Adam,Adam masih tak datang pejabat. Humm..Adam..rindu pulak kat dia!

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Adreana Suraya! Cepat-cepat aku menjawab.

" Hani". Lirih sekali suara itu.

" Ya kak. Kenapa ni?. Akak sakit dah ker? Dah nak bersalin? ". Soalku cemas. Cemas mendengar suaranya.

"Belum lagi. Minggu depan. ".,jawabnya perlahan.

" Hani". panggilnya lagi.

" Ya kak." Aku sungguh tak mengerti dengan semua ini. Kenapa dengan kak Su?

" Maafkan akak dik". Suara Adreana Suraya timbul tenggelam dengan esakan.

" Akak kenapa? Kenapa nak minta maaf dengan Hani? ". Aku panik. Ehh..kenapa pulak minta maaf?

" Akak dengar abang telefon halau Hani dari rumah tu. Akak minta maaf sebab tak dapat bela nasib Hani. ".

Aku terdiam. Sememangnya aku tak marahkan Adreana Suraya. Aku tak marahkan Amirul Fahmi. Aku marahkan diri aku sendiri kerana suka menurut kata orang lain tanpa memikirkan akibatnya.

" Lahh..Hani tak pernah marahkan akak. Itu semua Hani yang silap. Hani yang salah. dahlah..jangan menangis. Tak baik untuk baby ",pujukku lembut.

" Tapi..akak masih rasa berdosa dik. Kalaulah akak tak muncul dalam hidup abang mesti tak jadi begini ".

" Akak..soal jodoh tak siapa yang tahu kak. Dah tertulis takdir Hani begini. Hani kena terima je dengan redha ". Aku menggigit bibir menahan sendu. Tiada air mata lagi aku nak titiskan. Semuanya seolah beku. Mati.

" Hani tinggal mana nanti? Hani..akak betul-betul minta maaf..akak..akak..".

" Dahlah tu kak. Jangan fikirkan pasal Hani sangat. Nanti Hani bagi alamat rumah Hani . Tapi akak kena janji jangan beritahu abang. ",ucapku sayu.

" Tapi kenapa? Hani kan masih isteri dia ".

" Biarlah masa menentukan semuanya kak. Hani dah malas nak fikir lagi. Haa..akak dah tau ker akak dapat anak lelaki atau perempuan? ". Aku mengubah topik bicara. Tak mahu lagi mengungkit perkara dah lepas. Yang lepas biarkan lepas.

" Emm..anak lelaki. Itulah..akak dah tak larat dah ni. ".

" Ia??..Wahh..Alhamdulillah..tak sabar rasanya kan ". Aku memegang perutku sendiri. Entahkan bila aku dapat merasakan semua pengalaman itu agaknya. Hatiku di terpa sayu.

" Emm..itulah..akak takut dah ni. Dah nak dekat je kan hari dia ".

" InsyaAllah..takder apa-apa. Hani doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Akak jangan risau. Hani teringin nak temankan..tapi..emm..takpelah..nanti dah lepas bersalin akak call Hani yer ". Aku cuba meredakan hati yang sedih. Tak mungkin aku dapat jumpa Adreana Suraya sekiranya Amirul Fahmi ada di sisinya setiap saat.

" Emm..akak..Hani belum solat lagi ni. Lewat sangat dah nih.Nanti terlepas pulak Maghrib. Apa-apa hal call Hani yer kak ". Aku berpesan lembut.

" Ia lah... Hani jaga diri baik-baik ya. Call akak tau! Janji!".

" InsyaAllah.".

Setelah memberi salam aku duduk berteleku. Sengaja aku berkata begitu. Walhal aku dah pun solat tadi.Aku tak mahu lama-lama di talian. Takut hatiku makin terluka berdarah bila mengingatkan kata-kata Amirul Fahmi tempohari.

Kepala aku sandarkan di dinding. Mataku pejam. Ya Tuhan..permudahkanlah urusanku,gumamku perlahan.

No comments:

Post a Comment