Tuesday, July 7, 2009

Dan Sebenarnya [25]

Hani Zahra



Isnin! Terketar-ketar aku melangkah ke pejabat. Takut menghadapi kemungkinan yang tiba. Sedih hatiku menular. Sedih kerana terpaksa meletakkan jawatan yang aku sandang tak sampai setahun.

Ruang pejabat kelihatan sepi. Aku memandang surat di tangan. Surat perletakan jawatan. Seperti yang di mahukan Adam. Bagaimana nak teruskan kerja jika antara kami wujud sengketa. Tak memasal nanti timbulkan masalah belakang hari..

Interkom berbunyi memecah lamunanku.

" Hello ".

" Zara..Dato' panggil masuk bilik dia. Now ya ". Suara Nurul Huda bergema di speaker.

" Okey". Aku letakkan gagang. Termenung sebentar. Adam dah beritahu kah?..Alamakk..mati aku...

Aku melangkah perlahan dan membawa surat perletakan jawatan sekaligus. Manalah tahu...

Aku menarik nafas panjang setibanya di depan pintu . Senyuman aku lempar pada kak Huda.

Dengan lafaz Bismillah aku mengetuk pintu.

" Masuk!".

" Selamat pagi Datuk. Datuk cari saya ker? ". Tanyaku selembut yang mungkin. Menutup rasa gugup yang bertandang.

" Hmm..Cik Zara. Have a seat please. " Dato' Zulkarnain tersenyum di hadapanku. Aku duduk tanpa soal bicara.

" Dah berapa lama you kerja di sini Cik Zara?".

" Errr..hampir tujuh bulan Dato'."

" Tujuh bulan..hemm..seronok kerja di sini. Tak sress?".

" Setakat ni tak Dato'. Saya dapat belajar banyak perkara. Staff kat sini semua peramah. Bagus",pujiku. Ada riak senang di wajah Dato' Zulkarnain.

" Good. And how's about my son?".

" He is a good boss.Very good bos to us." Jawabku tenang

" Dia ada cerita dengan saya. Tapi saya tak mahu masuk campur hal orang muda. Saya tak kisah dengan siapa dia nak berkawan . As long as dia tak kacau hak orang.". Tegasnya.

Aku terkedu. Adam tak cerita siapa aku ?. Perlu tak aku ceritakan apa sebenarnya?Aduhh..susahlah macam gini..

" Cik Zara. Esok saya mahu kamu ke Sarawak. Buat revision tentang salah satu projek kita di sana." Suara Dato' Zulkarnain bergema bila aku diam tak bersuara.

Hah! Sarawak? Alamak..aku ada projek yang belum siap...

" But Dato' saya ada lagi projek perumahan Taman Mewah. Ada satu phase yg belum complete Dato'.",jelasku.

" Itu takpe. I will arange someone to handle .You needed at Sarawak there. ". Itu kata putus darinya. Aku menarik nafas seketika. Berat!
" Okey. Nanti awak jumpa Nurul Huda ambil tiket flight. Semua perbelanjaan di tanggung syarikat."

" Okey. Terima kasih Dato. Emm..kalau takde apa-apa,saya keluar dulu ya ". Aku bangun meminta izin dan melangkah keluar.

" Heyyy..kenapa Zara? Dah macam kucing tertelan strawberi jer ",usik Nurul Huda bila melihat aku masih tercegat di depan pintu.

" Kucing tertelan strawberi? Akak kata Zara cam kucing tertelan strawberi. Akak nak kena nih",ucapku buat-buat marah. Nurul Huda ketawa.

" Ehh..comel apa",usiknya lagi.

" Eeeee..apa-apalah kak. Emm..kak.Dato' kata Zara kena ambil tiket flight dengan akak. Nanti akak pass ke saya yer. ". Aku lencongkan kata. Malas nak melayan lawaknya .

" Ohh..haa..yelah. Err..Zara...".

" Ya.". Aku pandang muka Nurul Huda. Dia tersengih-sengih penuh makna.

" Apa?". Soalku tak sabar bila melihat reaksi wajahnya.

" Humm..ni pergi kerja atau pergi dating Zara ?".

" Dating? Lahh..dating dengan saper pulak kak? ". Aku megerutkan dahi menandakan aku tak faham dengan soalan dia. Sungguhh! Aku tak faham..

" Zara pergi sana dengan siapa? ". Nurul Huda menyoal lagi.

" Sorang kot. Dato' tak cakap apa pun.",jawabku jujur.

" Haaa..yelah tu sorang ". Nurul Huda mencebik dan tersenyum.

" Betullah. Lahhh..buat apa Zara nak tipu akak. Bukan dapat apa pun ".

" Bukan ker Zara pergi dengan...". Belum sempat Nurul Huda menghabiskan kata,interkomnya berbunyi. Malas menunggu dia aku bergegas pergi. Banyak kerja aku kena habiskan sebelum bertolak esok.Aduhh..malasnya..

Aku berhenti di hadapan bilik Adam. Gelap. ' Hmm..bencinya dia padaku sampai tak mahu datang pejabat',desis hatiku sayu.

' Maafkan I Adam..I really didn't meant it'. Aku kumpul kekuatan dan kembali melangkah ke bilikku bersama segunung sesal menghimpit jiwa.

****************************************************************

Adam termenung di tepi jendela. Jelas kelihatan bandar Kuching yang kian lengang. Dia mendongak merenung purnama mengambang. Hatinya pedih sayu mengingati Zara. Jiwanya di asak rindu yang membara. Fikirannya benar-benar bercelaru. Saat ini terasa melodi lagu seperti suara hatinya.

Perasan tak muram air muka?,
Eh. mungkin tidak kerana ku dah kau lupa
Jauh di mata ….apatah lagi hati
Riuh tetap sunyi bila kau bersendiri

Oh patutlah lagu tak semerdu
Puputan bayu dah tak senyaman dulu
Ku pasti kerana tiada pelengkapnya
Ketiadaanmu dirasa

Jangan serkap jarang hidupku bahagia
Memang berat tak ku nafikannya
Walaupun cintamu rapuh dan keyakinan runtuh
Dengarku berbicara

Oh babe,ku masih menyinta.
Oh babe,ku masih setia
Pilu…lara…hiba di jiwa
Kelabu di kalbuku

Oh babe,ku makin terasa,
Oh babe,ku masih terasa haru
Bisakan disembuh andainya kau disisiku
Oh babe ku masih perlukanmu
Sehari dua mungkin boleh ku harung,
Masuk ke tiga berlewah ku termenung
Selepas seminggu fikiranku bercelaru
Meruap-ruap bimbangku

Ke sana-sini terpinga tercari-cari,
Petanda kau masih menyayangi
Walau cinta kau pudar kan ku teruskan jua
Rontaku dijiwa

Luahkan saja sebabnya
Punca kita tak sehala
Akan ku ubah sikapku
Seperti yang kau mahu
Katakan saja kau pinta,
Walau tuk hujan di redah
Agar tak basahi cinta kita yang goyah
Kembalilah........

Baru kini dia mengerti betapa sakitnya saat berjauhan. Baru kini dia tahu erti kesepian. Makna keseorangan. Mungkin ini lah yang di rasakan Zara selama ini.Dia teringat kata-kata Zara ketika tak sengaja terdengar perbualan mereka.

" Isteri siapa abang? Isteri yang di nafikan haknya. Isteri yang ada cuma pada nama. Isteri yang langsung abang tak hargai. Isteri siapa abang?'.
"
Abang dah ada Kak Su. Sedangkan Hani sendirian bang. Hani dah letih nak terus berlakon pada semua orang yang Hani bahagia...".

Zara! Hani Zahra! Maafkan Adam sayang..Adam dah cakap yang tak sepatutnya,rintihnya perlahan.

Mungkin ini yang di perkatakan Nadia tempohari. Aku terus menghukum tanpa usul periksa.Aku suruh dia berhenti kerja. Ya ALLAH..apa aku dah buat?.

Adam kelam kabut mencari telefon bimbit dan mendail nombor Zara. Seminit..dua minit..tiada jawapan. Terasa mahu pecah dadanya menahan takut. Takut Zara pergi berlalu dan menghilangkan diri seperti yang dia minta.

' Zara..please sayangg..pick up the phone!"rayunya sendiri. Namun talian masih tak berjawab.

Dia mencapai diari di sisi meja. Aduhh..lagi dua hari aku kat sini. Kalau Zara betul-betul pergi,macamana?,keluhnya.

Adam memegang kepalanya. Pening dengan masalah yang dia sendiri buat. Tak sabar rasanya untuk kembali ke KL. Mahu berjumpa dengan Zara. Tak kisahlah apa pun status Zara. Yang dia tahu cintanya pada Zara mengatasi segala.

Adam baring memeluk batal. Dia membuka PDA. Mencari gambar Zara yang di tangkapnya ketika di Mersing lapan bulan lalu. Tanpa pengetahuan sesiapa. Hani Zahra! Siapa sangka...kisahnya tak seindah nama..Zara..Adam janji..Adam akan bahagiakan Zara..walau nyawa jadi pengganti!,ikrarnya perlahan.

Dan malam kian larut . Adam terlena bersama mimpi di temani wajah Zara menghiasi ruang rindunya.

No comments:

Post a Comment