Monday, August 3, 2009

Rahsia Hatiku [6]

Aku berdiri di hujung tangga. Memerhati mama,daddy dan Insyirah duduk santai di ruang tamu. Seminggu berlalu aku sunyi. Semua orang membuat aku bagai tak wujud gara-gara aku peristiwa itu.

'Nak pergi tak nak?'. Mindaku berperang sesama sendiri tapi gerak kakiku laju aku atur ke arah mereka.

Aku duduk di sisi mama. Aku lihat dengan ekor mata. Mama masih asyik menonton tv tanpa memperdulikan aku.

" Ma...". Ucapku perlahan.

" Ma..". Aku kuatkan suara. Tapi mama sikit pun tak menoleh atau menyahut.

Pipiku hangat. Kolam mataku bertakung. Bila-bila masa saja akan tumpah. Aku rasakan aku bagai anak yatim piatu saja di dunia ketika ini. Tiada siapa-siapa. Mahu saja aku melangkah bila terlihat senyuman sumbing dari Insyirah.

Walau aku tahu bukan aku yang mulakan semuanya aku kena minta maaf dari mama. Aku kena pasang strategi untuk bongkarkan siapa Insyirah..perempuan hipokrit!

Aku bangun dan duduk bersimpuh di depan mama. Aku raih tangannya dan kucup perlahan.

" Ma..maafkan AJ ma..".

" Ma..AJ tau AJ banyak sakitkan hati mama..AJ tak dengar cakap mama..AJ minta maaf..daddy..maafkan AJ jugak ya ". Mataku bergalih pada daddy yang tersenyum. Dia mengangguk perlahan. Namun mama masih lagi diam tak berkutik.

" Ma..please say someting ",rayuku lagi.

" Bukan dengan mama Ariana patut minta maaf ". Suara mama mendatar. Tapi sikit pun tak memandang wajahku.

Aku mengeluh dalam hati..takpelah..demi mama aku tebalkan muka. Aku bergerak perlahan ke Insyirah. Mukanya manis dengan senyuman yang pura-pura.

" Syira..aku minta maaf pasal hari tu. " Huluran ku bersambut.

" Aku yang patut minta maaf AJ..aku yang salah..bukan kau ".

" Ariana". Mama memanggil lembut. Dia menggamitku.

" Mama bukan nak menghukum kamu. Mama cuma mahu kamu belajar menghormati orang lain. Sayang menyayangi antara satu sama lain. Ariana faham kan ?". Mama mengusap pipiku dan memelukku lembut.

" Ariana sorang anak mama dengan arwah papa. Mama mahu kamu berubah. Mama mahu kamu jadi anak yang patuh..penuh kelembutan seperti arwah papa ada dulu. Bila Ariana jadi begini mama sedih sangat sayang..jadi..boleh tak berubah demi mama. Mama mahu anak manja mama yang dulu ". Syahdu permintaan mama.

Air mataku tumpah akhirnya. Aku dapat kembali kasih mama. Alhamdulillah. Aku mengangguk perlahan. Takpelah..demi mama..aku korbankan perasaan egoku sedikit.

" Daddy pun mahu Ariana terima daddy seperti ayah sendiri. Daddy tahu Ariana masih kekok lagi dengan kami. Tapi Ariana tak perlu rasa yang Ariana orang luar. Kita dah jadi satu keluarga ",ucap daddy lembut menggosok bahuku.

Sungguh! Hatiku tersentuh dengan kata-kata daddy. Perasaan bersalahku semakin menebal kerana berprasangka padanya selama ini.

" Ma..AJ tak mahu balik rumah nenek ".

" Apa AJ lagi sayang..buat permulaan sebut Ariana ya .Tapi pergi rumah nenek tu kena.Wajib! Nenek baru call mama semalam. Tanya kamu. Rindu dia kat kamu.".

" Alahh..malaslah ma..tapi kalau mama suruh pergi with one condition.Nama tak payah tukar..AJ jelah..takmo panjang sangat ". Aku masih tak mahu beralah.

" Degil..degil..kang mama cubit nanti ",ugut mama.

" Daddy...". Aku buat muka kesian.

" Daddy tak masuk campur "

" Alahhhh". Aku pura-pura merajuk.

Mama dan daddy ketawa. Insyirah juga ketawa..tapi beserta cebikkan. Biarlah..aku malas nak
fikir pasal dia.

Bila dengar deringan telefon cepat-cepat aku panjat tangga menuju bilik. Bunyi deringan khas dari Naim. Aku kenal bunyi itu.

" Hello ". Nafasku termengah-mengah berlari tadi.

" Wehh..beb! asal lambat angkat telefon. Lama siot aku tunggu!",rungut Naim di talian.

" Walawehh..kau nih ". Aku berhenti bercakap sekejap. Aku tarik nafas.

" Oittt! kau jogging ker apa malam-malam ni ? ".

" Suka hati mulut kau jer ".

" Dah tu..termengah-mengah cam lembu kena sembelih asal? ".

" Tadi..aku..ehh..kau telefon aku ni apahal ?". Aku ubah topik bicara. Tak mahu Naim tahu apa yang aku dah buat pada Inyirah. Nasib baik perempuan gedik tu tu ngadu..kalau takk..ehh..tapi kenapa ekk..dia tak mengadu dengan Naim?

" AJ..woooiiii AJ..idup lagi ker tak ? ". jerit Nain di talian.

" Weii bro..pecah ler gegedang telinga aku. ",marahku menggosok telinga kanan.

" Hhahhaaaa..dah tu..jawablah soalan aku ".

" Soalan apa pulak ?". Uiksss..pehal mamat nih. Kot dia tanya aku tak dengar agaknya.

" Soalan yang aku blum soal ler ". Naim ketawa. Hatiku berbunga bila dengar ketawanya. Sungguh! Lama kami tak bermesra seperti sekarang.

" Kau memang setan kan Naim ". Aku ketawa juga.

" Lahhh..kau baru tau ker ? ".

" Dahlah tu..kau nak apa malam-malam ni Naim? Tak reti tidur ker ?".

" Aku..nak tanya kau..malam kebudayaan nanti kau pergi dengan siapa? ".

Akhirnyaaaaaaaaaa! Aku bagai mahu menjerit tapi aku kawal suara.

" Emm..kau pergi ker? ". Soalku semula.

" Ehhh..apa pulak tak pergi. Dah tentu aku pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Kau dah kenapa AJ? Banyak makan semut?".

" Tau..saja jer aku tanya ". Bukannya aku tak tau siapa dia Asyraf Naim.

" Dah tu..kau pergi tak ?",desakknya lagi.

" Kau pergi dengan siapa ? ". Soalku lagi. Dalam hati ada rasa yang cukup indah berbunga-bunga.

" Aku? Lahh..dengan siapa lagi..kau ni tak tau atau pura-pura tak tau ?".

Aku tersenyum lebar. Tau..kau kan selalu pergi dengan aku,bisikku.

" Tak ajak Insyirah ?",dugaku.

" Nak ajak mender..dah tentu aku pergi dengan dia ".

Bump! Bagai layang-layang terjunam di batu batan. Hancur berkecai. Begitu jugak dengan hati aku waktu itu. Sakitnya tak terkata.

" AJ..wehh..still there ? ".

" Ahh..aaaa...ya..ya..ada ". Aku melawan rasa gugup. Naim tak perlu tahu rahsia hatiku padanya selama ini.

" Emm..ehh..oklah bro,aku letak dulu.Mama aku panggil tu ",bohongku.

" Kem salam kat bakal mak mertua aku yer ". Naim terkekeh di talian.

" Pirahhhh..dahlah..chow!". Aku menutup telefon. Aku genggam erat. Rasa hatiku sakit sangat.

Naim..apakah kau tak mengerti apa yang ada di hatiku selama ini? Buta sungguh mata kau Naim..tanpa di suruh air mataku menitis jua akhirnya..

Aku buka diari ku dan aku coret lagi rahsia hatiku selama ini. Walau terbongkar namun aku tahu ianya secebis cuma. Aku dah tak kisah apa juga pandangan mereka. Selagi Naim tak pertikaikannya. Tapi aku dah gantikan dengan diari yang baru.

telah aku cuba
dengan sedaya upaya
mengusir rasa curiga
melihat sandiwara kamu dan dia
yang kian melukakan jiwa
setiap saat setiap masa…

telah ku halau pergi
resah yang menggigit tangkai hati
berdepan denganmu setiap hari
seolah tiada apa yang terjadi
walau dalam hati tersayat duri
yang maha sakit sekali…

telah aku bertahan
menerima segala dugaan
demimu ku kan terus perjuangkan
walaupun nyawaku sebagai gantian
namun
tewas aku akhirnya
bila semua itu hanya sia sia
kasihku kau persenda
dan
tega terus untuk memilihnya...

p/s : aku rindu kamu..tapi kamu rindu dia!

1 comment: