Thursday, July 2, 2009

Dan Sebenarnya [22]

"Abang,kenapa ni ". Adreana Suraya pelik. Sejak balik dari kampung tempohari suaminyadah pandai pulang lewat. Termenung sana sini. Baran pun ada juga. Silap akukah?. Hatinya rancak tertanya.



" Hemm..". Keluhan di lepaskan dari mulut Amirul.



" What wrong bang. Cerita dengan Su ". Adreana Suraya menggenggam jari suaminya. Cuba memujuk.



" Takde apa-apalah ". Dalih Amirul perlahan dan menolak tangannya dari di genggam. Rimas!



Adreana Suraya tergamam. Tak pernah walau sekali Amirul bersikap begitu padanya. Hatinya di terpa sayu. Tanpa di suruh,air matanya laju keluar. Tak lama kemudian bahunya berhinggut-hinggut menahan hiba.



Amirul Fahmi menoleh. Ada rasa bersalah di pinggir hatinya. Bukan dia bermaksud nak lukakan hati isterinya tapi..entahlahh..hatinya kurang enak sekarang ni. Selepas terdengar perbualan antara Hani dan dia tak tahu siapa,jiwanya mula membara. Hangat. Panas membakar. Penuh dengan api-api cemburu.



Kalau dulu dia boleh menafikannya,tapi semakin hari,semakin kuat sayangnya pada Hani. Amirul keliru sendiri antara tanggungjawab dengan sumpahnya dulu. Ya ALLAH..tunjukkan padaku jalan keluar ini.,pintanya dalam hati.



Amirul kembali memandang wajah isterinya yang tunduk. Basah dengan air mata. Kasihan Suraya..tak memasal jadi mangsa,bisiknya.



" Sayang,sorry..abang tak bermaksud pun begitu. Sini ." Di depangkan tangannya agar Adreana Suraya bisa memeluknya. Tapi hampa. Adreana Suraya masih menangis.



" Dahlah tu sayangg,dah tak cun merajuk cam gini tau. Nanti baby tak comel cam mamanya ",usik Amirul mencuit dagu isterinya.Masih tiada reaksi. Tapi esakannya kian hilang.



" Okey,,abang sebenarnya rindu pada mama. Rasanya abang banyak sangat dosa dengan dia. Baru jer abang bercadang nak ajak mak duduk rumah kita bila balik umrah. Tau-tau mama dah pergi dulu.". Amirul Fahmi mengawal suaranya.



Hatinya di serbu rindu,benci,berdosa..Rindu pada mamanya,benci pada Hani kerana menduakannya dan berdosa..berdosa pada Suraya kerana selalu menghadirkan sendu di hati isterinya semenjak berkahwin.



Adreana Suraya menatap bening wajah suaminya. Jelas matanya berkaca. Timbul perasaan simpati melimpah ruah.



" Abang..rindu boleh..ingat boleh..tapi..jangan menyiksakan diri sendiri. Abang buat orang lain risau. Abang buat Su tersisih ". Penuh tulus Adreana Suraya memujuk.Dia tahu waktu ini suaminya perlukan sokongan dari seseorang.



" Maafkan abang sayang,abang terlupa ada orang yang perlu abang jaga ".



" Takpelah..dah. Jom masuk tidur. dah lewat nih. Esok abang kerja kan. ". Adreana Suraya menarik suaminya ke ruang atas.



Jam sudah hampir 1.00 pagi. Namun mata Amirul Fahmi tetap tak mengantuk. Perlahan-lahan di bangkit dari pembaringan. Takut lena isterinya terganggu. Menjingkit-jingkit dia keluat bilik dah menuju bilik bacaan. Lampu di buka. Silau!. Dia mengerdipkan mata supaya sesuai dengan perubahan suasana.



Dia mengambil buku agama yang tersusun di rak. Tiba-tiba tangannya tergesel dengan satu buku lain. Bedebum jatuh!. Amirul Fahmi mengurut dada,terperanjat. Dia membongkok .



'Eh..buku apa pulak nih.Tak pernah pulak nampak kat sini',bisik hatinya. Dia mula menyelak satu persatu. Tanpa di sangka sekeping sampul surat jatuh dari situ. Dia kutip pantas.



Sebaik saja isinya di keluarkan matanya terbuntang. Mukanya merah menahan marah. Giginya berlaga sama sendiri.



Kurang ajar!,bentaknya keras. Mahu saja di koyak-koyakkan menjadi kepingan kecil gambar itu. Tapi,dia takder bukti nanti.



Sekali lagi dia menatap gambar itu. Jelas mesranya Hani dan seorang lelaki yang sama. Di pantai pulak tu! Gambar kedua di restoran makanan. Saat Hani hulurkan makanan. Senyuman Hani cukup manis sekali. Tapi bukan untuk dia! Itu yang di marahkannya. Dan yang lain-lain dia tak sanggup nak tatap lagi. Hatinya sakit! Teramat sakit!



Amirul Fahmi memasukkan kembali gambar itu dan menutup buku dengan kasar. Dia harus bertenang. Dia harus mengawal strategi bagaimana nak bermula soalan dengan Adreana Suraya. Macamana isterinya dapat gambar Hani itu. Dan Adreana Suraya sanggup menipunya dari awal.

Sungguh dia rasa di persendakan oleh mereka!



Dan Hani..dia perlu bersemuka dengan Hani. Meminta penjelasan atas semua terjadi. Baru saja di sejukkan hatinya dengan berkompromi Hani menyembunyikan status dia. Tapi tak sangka,Hani sanggup menipunya. Menjalinkan cinta dengan orang lain! Hatinya makin sebal! Kalau di ikutkan perasaan,mahu saja dia ketuk pintu rumah Hani sekarang jugak.



Kau tunggu Hani..apapun terjadi,kau takkan aku lepaskan. Biar aku gantung kau tak bertali!



Dan di hening pagi,syaitan bersorak kerana seorang lagi anak Adam jatuh ke dalam bisikannya.





***************************************************************************



Hani Zahra



"Morning sayang". Itu ucapan dari Adam bila dia melabuhkan punggungnya di kerusi pejabat melalui interkom biliknya.



" Apa sayang-sayang?",sanggahku manja. Ya..hari ini aku terasa bagai ingin di manjai. Rasa rindu yang membuak pada Adam buat aku bagai terlupa siapa aku..siapa dia..



" Alah..itupun nak marah ker sayang". Ada nada rajuk di situ. Aku tesenyum sendiri. Sememangnya Adam manja orangnya walau dia nampak saja perkasa. Ahakssss...



" You dah breakfast Adam?",soalku mengalih tumpuan.



" Dah..kat rumah. 'My future wife buat' ".



Aku tersentak. Nur Sofea! Aku terlupa tentangnya. Nasib baik gagang telefon tak terlepas. Tapi cepat-cepat aku kawal suara. Tak mahu Adam tahu hebatnya perasaanku menahan cemburu.



" Really? ". Saja aku berbasa



" Yup".



" Kenapa tak bawak sini. Boleh I merasa air tangan 'bakal isteri' you tu." Tapi dalam hati berperang perasaan yang menggilan..Ya Tuhan..berikan aku kekuatan,bisik hatiku.



" Lahh..ia ker?. Nantilah..esok I suruh dia masakkan you nasi lemak . Memang power tau!". kata Adam bersungguh-sungguh.



Aku telan air liur. Pahit! Tapi aku paksakan diri untuk terus mendengar semua itu.



" Ishhh..takpelah..susahkan dia pulak nanti ",tolakku lembut. Nasib baik aku di tempatkan di satu bilik lain. Kalau tak,mesti mereka di luar sana perasan perubahan air mukaku itu.



" Takde susahnya sayang oiii.. Dia ok lah ". Adam ketawa manja. Naik meluat pulak aku rasa.



" Okey En.Adam. I think sampai sini saja discussion kita. I banyak paperwork to do." Aku bersuara mengakhirkan perbualan.



" Okey Cik Zara..selamat bekerja ya...moga-moga jadi pekerja cemerlang nanti ",usiknya lembut.



Aku geleng-gelengkan kepala. Pantas aku letak gagang. Aku pandang di atas meja. Banyak file kena review. Adussss..baru seminggu cuti. Kalau sebulan alamat penuh agaknya bilik ni,keluhku perlahan.



Aku terus khusyuk meneliti semua pelan . Tanpa sedar jam melewati pukul 1.00 petang.



" Assalamualaikum ". Ada satu suara memberi salam. Aku tersentak. Berderau darahku. Mau tak,orang tengah khusuk tetiba kena tegur.



" W'salam." Aku dongakkan pandangan. Datin Zarina! Apa di buatnya sampai bilik aku?



" Masuk Datin..masuk ". Aku bangun mendapatkannya dan bersalam. Pipiku di kucup kiri kanan. Aku sedikit terperanjat sebenarnya.



" Apa Datin pulak . Aunty lah ".



" Oppsss! Zara lupalah Datin..ehh..aunty! ". Aku menekup mulut. Kami sama -sama ketawa.



" Ehh..duduklah dulu. ". Pelawaku dan menyorongkan kerusi.



" Takpe Zara, aunty sekejap jer ni. Jumpa Datuk,nak ajak lunch. Tapi dia ada meeting pulak."



" Lahhh..siannya aunty. Then,aunty sorang je ker datang sini? "



" Taklah.. Sofea ada kat bilik Adam. Ni yang nak ajak Zara sekali. Jom ".



" Minta maaf aunty. Zara puasa hari ni ". Bohongku.



" Lahh..ia ker? Alahaii..kalau gitu bila lagi ya?. Nak suruh Adam bawak kamu ke rumah sampai sekarang tak jugak. ",rungutnya. Aku pelik!. Gila ker apa anaknya bawak aku sedangkan dia dah jadi tunang orang,getus hatiku. Tapi aku lagi gila! Sekurang-kurangnya Adam baru bergelar tunang orang. Tapi aku dah bersuami! Aduhhh...kusut kepala!



" InsyaAllah aunty. Satu hari nanti Zara akan datang jugak ".,pujukku lembut.



Datin Zarina senyum. Dia memelukku kali kedua. Dan dia terus melangkah pergi.



Aku termenung di meja. Alahaii..lepas satu..satu masalah lahh! Ni lah padahnya kalau menipu!

Aku picit kepala . 1.15 petang. Harus habiskan masa 45 minit lagi dalam surau. Nak tunjukkan orang yang aku puasa. Leceh betul...

*******************************************************************************

Adam berjalan luar dari biliknya. Mahu pergi ke pejabat ayahnya. Tapi dia terserempak dengan makcik pembantu pejabat menatang membawa mug coklat panas dan menuju ke bilik Zara.

'Aikkk!! Kata puasa', Hatinya berbisik. Seketika kemudian dia tersenyum. Ohhh...kelentong ya..nanti jap! Bila nampak makcik keluar dari bilik Zara,Adam menghayunkan langkahnya.

" Ai sayang..kata puasa? ". Sergahnya bila berdepan dengan Zara. Kebetulan Zara sedang menyisip minuman.

Hampir saja tersembur air coklat dari mulut Zara. Wajahnya berubah kemerah-merahan. Menahan malu sebab menipu tadi. Adam mula ketawa besar.

" Errr. ..I puasa makan. I tak kata puasa minum ". Selamba saja Zara menjawab. Wajahnya masih kelat. Mugnya di letakkan tepi.

" Jadi you tipu my mum lah yer ".

" Manader I tipu. Dia tak tanya betul-betul ".,dalih Zara . Padahal dalam hati bukan kepalang takut.

" Puasa tu bukan merangkum semua ker sayang?". Soal Adam dan keningnya di jugkit-jungkit.

" Err..ada kan orang puasa makan,tapi tak puasa minum. Ada yang puasa malam tapi tak siang. ". Zara tetap menegakkan benang yang hampir mahu putus

" You nak kena denda nih,sebab tipu my mum".

" Tak heran pun ". Zara menjuihkan bibir. Adam makin ketawa.

" Ohhh..tak heran yaa..jap..jap ". Adam mengeluarkan telefon bimbitnya . Dia tayang pada Zara.

" I nak call my mum,cakap yang you tipu dia tadi ". Adm mula menguggut. Dia tahu ini saja cara menundukkan kerasnya hati Zara.

Dari ekor matanya jelas Zara gelisah. Duduknya dah tak tenang.

" Err..emm.emm...Adam. Janganlah macam gitu ",. Adam senyum bila suara Zara lunak-selunak lunaknya. Dia bahagia. Tersangat bahagia. Jarang dapat peluang macam tu.

" Okey. One condition ".Sakatnya lagi. Mahu lihat kesungguhan Zara.

" Apa ? ".

" Go out with me this weekend. Kita pergi Genting ".

" Whattt?? Nooo! ". Zara menjerit. Jelas mukanya terperanjat. Mukanya cemberut!

" If not..takpelah..I call my mum now ". Adam mula mendail. Tapi seketika.

" Okey..I go.". Lemah je suara Zara mengiyakan.

" Apa? tak dengarlah ",usik Adam.

Dia lihat muka Zarah berubah-ubah. Tadi selamba,terkejut,marah dan kini paling lucu. Zara merajuk! Hahahahaha..hatinya bagai di geletek.

" Okeylah ".

" Lahh..ok je ker ". Adam tersengih sengih.

" Okey En. Adam tersayang. I janji ikut you. Puas hati? ". Ada nada geram di bibir Zara.

Adam tersenyum. Dia mengangguk. Buat pertama kali dia rasa jatuh cinta. Aduhaii..indahnya duniaaa..

" Okey sweetheart. Make sure you tak buat lagi. Menipu ni berdosa tau. ",sindir Adam sebelum dia keluar dari bilik itu.

" Oh ya..lagi satu. You dah janji dengan I kan,kalau mungkir munafik tau ",ingatannya sekali lagi dan terus membuka pintu keluar. Dia bersiul-siul kecil.

Tapi sebelum itu dia perasan muka Zara ketara sungguh berubah. Alahaiii Zaraaa...tak sabar nak tunggu hujung minggu!,jerit hatinya.

'Mama! Along nak kahwin...yahooooooooo!

No comments:

Post a Comment