Saturday, August 22, 2009

Kasih Yang Satu [12]

" Farish..Farish..". Syarifah Asmah menggoyangkan bahu anaknya. Dia baru nak masuk tidur terdengar anaknya menyebut nama seseorang.

" Farishh..ishhh..budak ni..Farish ". Syarifah Asmah mengeraskan suaranya.

Farish terjaga. Dia terpisat-pisat. Besar bola matanya bila melihat umminya yang berkerut. Dia bingkas duduk .

" Kamu ni kenapa Farish? Kamu panggil siapa? ". Syarifah Asmah kehairanan. Dia dapat melihat ada sesuatu yang tak kena pada anaknya. Makan pun sikit. Kerap termenung.

" Hmm..takde apalah ummi ". Farish menggumam. Dia tahu tadi dia bermimpi mendengar suara Balqis. Namun ianya terasa seakan realiti.

" Betul kamu tak ada apa-apa Farish? ". Soal Syarifah Asmah tak berpuas hati.

" Emmm... ". Farish pura-pura tersenyum.

" Yelah..kamu sekarang ni bukannya nak cerita apa-apa pun dengan ummi..ummi tahu ummi dah tua..tak layak nak dengar kisah orang muda macam kamu ni ". Syarifah Asmah bangun perlahan.

" Ummi...apa pulak cakap macam tu..Rish ok lah ummi..ummi mana ada tua..sentiasa muda jer di mata Farish tau..kalau jalan dengan ummi..silap-silap orang ingat Farish ni abang..ummi tu adik ". Farish berseloroh.

Dia tahu ummi nya terasa dengan perubahan sikapnya. Telah dia cuba sedaya upaya menyembunyikan gelodak rasa hati yang separuh nanar di kerjakan Balqis. Namun dia tahu..naluri seorang ibu selalunya tepat.

" Hah..mulalah kamu merepek. Dah..ummi nak keluar. Kamu ni..dah solat Isyak ke belum.? Dah lewat malam ni ".

" Astagafirullah..Farish belum solat lah ummi. Tadi baring kejap. Mana tahu mata ni tertutup. Allah hai..".

Syarifah Asmah ketawa kecil melihat anaknya terburu-buru masuk bilik air. Dia menggelengkan kepalanya sebelum menutup rapat pintu.

Tiga puluh minit berlalu..Farish masih lagi duduk di atas sejadah. Dia panjatkan doa moga-moga di beri kesempatan dalam kehidupan..dalam percintaan..

Songkok di kepalanya di tanggalkan dan di letakkan di sisi meja. Jam hampir menunjukkan pukul 12.00 malam.

" Qis..". Farish berbaring. Lengannya di letakkan di atas dahi. Dia sudah buntu..sudah mati akal bagaimana mahu mencari gadis itu.

" Qis..Farish rindukan Qis..". Bisikknya sebelum memejamkan mata.

Semalaman ku tak kering mata
Di dukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta
Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cintaKu benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

****************************************************************

Balqis terjaga dari tidur. Peluh membasahi tubuhnya. Dadanya berdebar-debar. Matanya memandang jam . Hampir pukul 3.00 pagi.

Hatinya kurang enak. Seakan ada suara yang memanggil sayu namanya. Bulu romanya meremang seketika.

Mimpi tidurnya tadi seakan benar. Dia melihat Farid di seberang jalan mengejar memanggil namanya. Semakin Farid mengejar..semakin laju dia berlari..bunyi dentuman mematikan langkahnya. Bila dia menoleh..Farid kaku di atas jalan raya..darah terpercik sana sini.

" Faridddddd". Dia menjerit dalam hati. Mulutnya terkunci. Tanpa sedar dia sudah berlari menuju Farid. Dia memangku Farid yang berlumuran darah. Orang ramai hanya memerhatikan tanpa berbuat apa-apa.

" Qisss...". Darah meleleh dari hidung,mulut,telinga,kepala Farid. Balqis hanya mampu menangis.

" Qiss..ma..ma..maafkkk..kkkan..sayy ". Begitu payah dia melihat Farid menuturkan bicara.

" Qiss..ma..aff kka..kann..ssaa..ssaay..Allah...". Balqis kaku. Hatinya seperti di sengat. Begitu sekali Farid memohon kemaafan. Air matanya di kesat. Anehnya..dia tak boleh bersuara.

Bila melihat Farid diam kaku..jantungnya seakan mahu gugur. Dia meraung tanpa suara.. Faridddd...

Tinggg...tingggg..tinggggg...bunyi jam berdenting mematikan lamunannya.

'Farid...'bisiknya. Air mata mula luruh. Egonya mula runtuh. Dia mencapai telefon di tepi bantal. Kembali membaca semua sms kiriman Farid.

'Farid..maafkan Qis'..bisiknya berulangkali di sepertiga malam yang hening.

Ya Allah..apa aku dah buat? Ya Allah..ampuni aku..sedangkan KAU maha pemaaf..sedangkan aku menyimpan dendam..ampuni aku Ya Allah..ucapnya di sepi malam.

Dia bingkas bangun..menuju bilik air..mengambil wuduk..mahu memohon ampun dan maaf kepada penciptaNYA kerana tersasar landasan..mengikut sangat perasaan...

Bila selesai bersolat ..dia termenung seketika..telefon di capai dan mula menaip.

' Farid..maafkan Qis menghilang tanpa berita..bukan niat Qis..biarlah masa menentukan hala tuju hubungan kita..Qis sudah memaafkan..namun bukan beerti Qis mahu bersua. Qis masih tak bersedia..Qis minta ampun sekali lagi..biarlah takdir menentukan segalanya '.

Di tekan butang send. Hatinya lapang seketika kerana hilang sudah beban di hati bila memaafkan Farid. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.

'Farid..di manapun saja Farid berada..Qis sentiasa mendoakan kesejahteraan Farid..mudah-mudahan mimpi Qis tadi tak benar..',ucapnya perlahan sebelum kembali menutup mata.

Wednesday, August 19, 2009

Kasih Yang Satu [11]

" Qis..kau ok ker? ". Soal Amira ketika mereka bersarapan pagi di gerai . Masih awal lagi untuk mereka naik pejabat. Amira mengerutkan dahinya. Nur balqis bukanlah Balqis yang dia kenal sebelum ini. Balqis sekarang kerap termenung.


" Hmm..aku ok ". Lemah saja suara Balqis. Dia mengacau air di cawan. Mee hoon yang di ambilnya tadi tak di usik.


" Betul ? ". Amira menyoal lagi.Dia tahu temannya berbohong.


" Mira..kau rasa kalau aku balik semula dengan Iqram ok tak ? ". Balqis memandang tepat muka temannya. Ada persoalan di ruang matanya.


" What??". Mahu saja tersembur nasi goreng dalam mulutnya. Cepat-cepat dia teguk air untuk meredakan perasaan.


" Hmm..". Balqis mengangguk. Dia tahu temannya pasti terperanjat..malahan terkejut,lebih tepat.


" Apa sebenarnya ni Qis sampai kau nak balik semula dengan jantan tak guna tu? ". Amira memberhentikan makan. Dia sudah patah selera.


" Mira..". Balqis tersentak dengan kata-kata yang lahir dari mulut Amira. Tapi dia tahu,Amira cakap yang benar. Dia tahu Amira masih tak dapat nak maafkan Iqram kerana pernah mencalarkan hatinya dulu.


" Sorry to say lah dear..tapi..apa kes? ". Amira tersedar kelancangan dia. Pasti ada sesuatu berlaku nih,bisiknya.


" Entahlah Mira..dah berbelit-belit aku rasa..tak tahu nak cerita dari mana..". Keluh Balqis. Dia sudah letih memikirkan permintaan aunty Gayah yang memohon untuk kembali pada Iqram.


" Hmm..kalau macam tu..aku tanya kau jawab jelah yer..tapi yang jujur tau ".


Balqis mengangguk. Baru saja Amira mahu membuka mulut telefon bimbitnya berbunyi.


'Farid!'. Wajah Balqis berubah. Masuk kali ni dah berpuluh malahan hampir ratus Farid menelefonnya. Tapi di biarkan sepi saja walau dia tahu hatinya di asak secebis rindu.


" Hmm..tanyalah ". Balqis memandang muka temannya yang tertanya-tanya mengapa dia berbuat demikian.


" Okey..kau..". Bicara Amira terhenti bila deringan berbunyi lagi. Dia pandang telefon di atas meja yang menjerit-jerit supaya di angkat.


" Teruskan ". Balqis menyuruh dan buat tak dengar bunyi itu. Tak lama kemudian deringan itu mati sendiri.


" Macam ni..kau..".


Tit..tit..tit..tittt....kali ni bunyi sms masuk.


Balqis mencapai lemah telefonnya dan membuka pesanan ringkas.


8.00 am ~ Farid ~


' Qis..answr my call pse..sy trgkan semua kat awak..kta jmpe..u set the place..pse Qiss..sy xmo khlgn awk '.


Ada air mata bertakung di mata Balqis. Dia tahu selepas kejadian itu Farid seringkali memberi sms atau menelefonnya. Tapi sedikitpun tidak di layan. Baginya..dia tak suka dengan orang yang telah menipunya. Aku benci! Tapi..sungguhkah aku benci?,soal hati kecilnya.


" Qis? ". Sapaan Amira melenyapkan bayangan Farid.


" Kau dah bersedia bercerita atau tak ni? Kalau tak..aku tak paksa..tapi kalau tak cerita aku akan terus soal kau..so..kira cam paksalah..hehe..baik kau cerita ya..". Amira cuba melawak untuk meredakan hati temannya. Dia tahu temannya sedang berduka walau dia tak tahu apa penyebabnya.


" Hmm..mula-mula aku nak tanya siapa orang yang kau elak nak jawab panggilan tadi. Iqram? ".


" Bukan ". Balqis menggeleng perlahan.


" Kawan kau yang buta tu ker? ".


" Hmm..".


" Kau gaduh dengan dia? ".


" Tak ".


" Then apa? ".


" Dia tipu aku Mira.." Suara Balqis sayu.


" Aku tak faham ". Mira merenung wajah temannya yang jelas sendu.


" Dia tak buta ".


" Hah? Tak buta?..okey..tapi macam mana kau tahu ? ". Amira mengasak tanya. Kurang ajar betul jantan tu,gema hatinya.

" Hmm..entahlah..takdir tuhan nak tunjuk agaknya..aku jumpa dia hari tu..sepatutnya jumpa pagi..tapi dia cancel..cakap kat klinik..tapi aku jumpa dia kat Hutan Bandar..dengan sorang awek.. ".


" Kau cemburu ker? ". Amira tersenyum simpul.


" Bukan aku cemburu..tapi aku sedih sangat..kenapa dia sanggup tipu aku..cakap dia cacat penglihatan..kau pun tahukan..aku paling tak suka dengan apa yang namanya pembohongan ".


" Hmm..kau dah dengar penjelasan dia? ".


" Untuk apa? Aku rasa tak perlu..nanti lepas ni lagi banyak pembohongan yang dia buat ",rengus Balqis. hatinya masih lagi tercalar. Jiwanya masih lagi sakit.


" Qis..sedar tak kau dah banyak berubah kerana mamat tu? ".


" Haaa? ". Balqis mengerutkan dahinya. Aku berubah?


" Ia..kau berubah sangat..dari yang penuh perhatian.penuh kelembutan..penuh kemaafan..terus jadi yang dah hilang punca..sukar mendengar penjelasan..malahan hati kau macam dah degil pulak.."


" Dulu..masa kau hilang Iqram taklah seteruk macam ni..walau dah bertahun kau kenal dia...but now..apa dah jadi Qis? Are you falling in love with 'si dia tu'? ". Usik Amira.


" Ishhh..mana der..cuma..entahlah..aku rasa..hmm..tak taulah ". Muka Balqis merona merah. Dia tahu dia dah keliru dengan dirinya sendiri.


"Okey..lupakan pasal mamat tu....kau dah besar Qis..boleh fikir baik buruk..yang penting sekarang ni..pada akulah..meet him..dengar apa penjelasan dia..hati kau pun tak sakit..aku pun tak pening tengok kau macam ni ",pujuk Amira.


" Hmm..pasal Iqram pulak kenapa sampai kau kata nak balik dengan dia? ". Amira menyedut minumannya. Jam di kerling . lagi 15 minit masuk pejabat.


" Aunty Gayah sakit..aku kesian kat dia..dia merayu-rayu supaya aku terima anak dia ..".


" So? ".


" Tulah..aku bingung sekarang ni ".


" Nur Balqis..dengar sini..kau masih sayangkan Iqram? ".


" Entah..ada kot ".


" Sayang macam mana? kekasih?kawan? ".


" Sekarang ni aku sayang sebagai kawan. Aku masih trauma lagi dengan apa yang pernah dia buat dulu. ".


" Then habis ceritalah..".


" Maksud kau? ". Balqis terkebil-kebil. Uiksss..senang betul?


" Qis..terima kerana hati kau dah sayang..terima kerana jiwa kau bisik..he's the one..bukan kerana simpati kat mama dia atau keluarga dia. He deserved that tau..untuk kau tolak kasih dia",ulas Amira.


" Kau mahu terluka di tempat yang sama ker? Jangan bunuh diri Qis. Aku tahu kata-kata- aku ni macam menghasut kau..tapi kau timbang balik dengan apa yang dia dah buat dulu. Kerana orang lain dia tinggalkan kau tanpa kata..kalau cinta dia cukup kuat dia takkan tinggalkan kau Qis ". Amira menggenggam tangan Balqis. Mahu meminjamkan sedikit kekuatan.

" Hmm..betul jugak kan..kenapa aku tak terfikir ekk? ". Balqis tersenyum seolah baru tersedar lena yang panjang. Namun seketika dia mengeluh.

" Lahh..apasal lagi ni? ". Amira kembali meletakkan sudu garfu bila mendengar keluhan Balqis.

" Tapi..macam mana mama Iqram? ".

" ALLAH haiii..budak ni lah...Qis..bahagiakan hati kau dulu baru bahagiakan hati orang lain. Kau ni asyik fikir orang lain jer..sesekali kena jugak fikir tentang diri kau..hati kau ". Amira membebel geram.

Dia tahu lambat laun hati Balqis akan berubah. Bukan boleh nampak orang lain sedih. Mudah saja simpati tapi tak kena tempat,jerit hati Amira.

" But.."

" No but..mama Iqram sepatutnya tahu..hati yang terluka bukan mudah nak sembuh..dah..makan cepat..jap lagi nak masuk pejabat. Kang bakal ayah mertua kau cari nanti ",usik Amira menghabiskan makanannya sambil ketawa.

" Banyak lah kau..kalau pasal mengarut memang nombor satu ",jawab Balqis geram. Dia menjuihkan mulutnya dan ketawa.

Amira tersenyum senang bila lihat Balqis mula tersenyum. Ya Tuhan..moga kau permudahkan urusan sahabatku ini,doanya dalam hati.

************************************************************************

" Kau ada masalah ker Rish? ". Soal Zul bila lihat Farish seakan tiada mood untuk bercakap. Dia pelik,tadi Farish yang beria mengajak dia keluar minum tapi suasana kini lebih kepada sepi.

" Aku rasa aku dah jatuh cinta lah Zul ". Farish bersuara akhirnya. Namun matanya masih melekap di telefon bimbit.

" Ia? Alhamdullilah..siapa dia? Aku kenal ker? ". Zul bertanya teruja. Dia gembira temannya dapat mencari pengganti Mellisa.

" Tak..kau tak kenal..tapi ada masalah lah..dia dah hilang ". Farish meraup wajahnya. Mindanya kusut. Besar sungguhkah kesalahan aku sehingga Balqis enggan menerima kemaafan? Farish memejamkan mata cuba menbayangkan senyuman manis Balqis.

" Hilang? Macammana boleh hilang? Kau tak cari? Ehh..apa dah jadi ni kawan? ". Zul bingung. Hilang? Hilang macam mana?

" Silap aku sebab menipu dia agaknya..tapi bukan niat aku..cuma itu saja caranya untuk dekat dengan dia ". Farish melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya.

" Cuba cerita satu-satu Rish..aku tak faham ". Zul mengangkat cawan dan meneguk air kegemarannya. Kopi.

Farish menghembus nafasnya dan mula bercerita. Tak satu pun tinggal. Bila dia pandang muka Zul,jelas temannya menggelengkan kepalanya. Tak setuju dengan cara yang di guna pakai Farish.

" Hmm..kalau aku pun aku cabut lari Rish. Hati perempuan ni sensitif tau..mudah terasa..lagi pulak kau menipu ". Zul menggeleng kepalanya. Kesal dengan tindakan Farish.

" Habis..kau tak cari dia? ". Soal Zul.

" Macam mana aku nak cari? Aku tak tahu nama penuh dia..aku tak tahu mana dia tinggal..kat mana dia kerja..bila aku call dia tak angkat..bila aku sms dia tak jawab ",keluh Farish lagi.

" Berat kes kau ni kawan..macamnilah..kau berserah jer pada takdir. Andai ada jodoh kau..Insyaallah..ceruk rantau mana pun kau akan jumpa dia nanti ". Nasihat Zul. hanya itu yang dia termampu beri sebagai seorang sahabat.

" Itulah..lepas solat jer aku selalu berdoa..mudah-mudahan aku dapat jumpa dia..terangkan apa sebenarnya..aku susah hati selagi dia tak tahu kedudukan sebenar Zul ".

" Heyy kawan..jangan jadi lemah kerana seorang perempuan lah..". Zul menepuk lembut bahu Farish.

" Hmmm..sakitnya perasaan bila tak di pedulikan kan..takpelah..ehh..kau kata nak jumpa tunang kau..mana? ". Mata Farish meliar mencari.

" Tak jadilah..dia ada hal dengan kawan dia ".

" Kau sayangkan dia Zul walau baru jer kenal? ". Farish menyoal meminta kepastian. Dia sukar percaya bila tempohari Zul mengatakan dia sudah bertunang atas pilihan keluarga.

" Kami baru belajar mengenali hati budi. Dia ok setakat ni. ",ucap Zul pendek. Dia tersenyum.

"Heheheh..aku bukan baru kenal kau hari ni Zul..kau dah mula sukakan dia kan. Pelik aku lah..setahu aku kau ni memilih orangnya? ",provok Farish.

" Macam kau jugak Rish..perkenalan walau singkat tapi memberi impak yang dalam kan ." Zul tersengih-sengih.

" Cehh...by the way,jemput datang rumah aku minggu ni. Ada kenduri doa selamat..jemput sekali tunang kau "

" InsyaAllah..".

" Oklah..dah lewat ni..aku balik dulu lah ".

" Lewat? ". Zul membelek jam di tangannya. Baru pukul 10 malam. Uiksss..satu perubahan ni,bisiknya.

" Hmm..esok pagi aku last dekat office lama. So derang ada wat parti sikit..kena gerak awal..lagipun ummi aku tu selalu bising kalau aku balik lambat. Macam aku ni anak dara dia jer ",rengus Farish.

" Yelahkan..aku lupa..kau tu anak mak..heheeh..kirim salam kat ummi kau. InsyaAllah..senang nanti aku datang ". Farish menghulurkan tangan berjabat salam dan terus beredar.

Sampai di rumah dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Tangannya di letakkan di atas kepala. Berfikir bagaimana cara untuk menjejaki Balqis.

Bila rimas dengan suasana sunyi yang menghimpit dia membuka radio. Menghayati lagu yang mendayu.

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan..

Deringan telefon mematikan khayalannya . Dengan perasaan malas dia mencapai telefon yang di letakkan di sisi meja. Matanya terpejam.

" Farish ". Suara Mellisa di hujung talian. Dengan pantas dia menekan punat merah. Memutuskan talian.

Sesaat kemudian ia berdering lagi. Mellisa lagi! Dia mencampakkkan telefon di sisi. Tak mahu mendengar suara Mellisa. Bila mengenangkan perbuatan Mellisa yang menipunya hatinya sakit.

Bila telefon terus berdering tanpa henti hatinya jadi radang.

" Mell..enough..jangan call I lagi..I muak dengar suara you ",bentak Farish kuat.

" Farid..".

" Qis???!". Matanya terbuka. Darahnya berderau!

Tuesday, August 18, 2009

Kasih Yang Satu [10]

Farish bersandar di kerusi. Dia kini di klinik. Hatinya gusar. Jam di pandang. Dah hampir pukul sepuluh. Mesti Qis dah tunggu aku,bisiknya.

Dia mengeluarkan telefon di poket seluarnya. Dengan lafaz bismillah dia mendail nombor Qis.

Tut..tut..tut..tut..

" W'salam Qis . Qis dah sampai ker? ". Farish menjawab salam dan terus bertanya. Dadanya berdebar-debar. Matanya mengawasi pintu bilik doktor. Masih tertutup. Dah hampir sepuluh minit pesakit di dalam.

" Errr..sebenarnya Farid nak minta maaf. Farid tak dapat nak jumpa Qis. Farid tak sihat..jatuh pagi tadi..sekarang kat klinik ". Farish menarik nafas..memang dia kat klinik tapi dia bukan sakit..sorry Qis..

" Tak..Farid okey ni..Qis jangan risau..haa?? nak datang? takpelah..Farid dengan adik ni..dia uruskan semuanya ". Farish gelabah. Aduhhh..kalau Qis tau mati aku..matiiiiiii...

" Ya..ya..Farid tak apa-apa ni..betul..sikit jer..ha yelah..InsyaAllah..nanti kita jumpa ya..okey..Assalamualaikum ". Farish cepat-cepat simpan telefon bila pintu bikik doktor terbuka.

Wajah lesu Mellisa di pandang. Dia segera bangun mendapatkannya. Dia tahu walau seburuk mana perangai Mellisa..dia pernah jadi tunangnya dulu. Mellisa pernah di sayangi walau bukan sepenuh hati.

Bila Mellisa meminta pertolongan harus dia bantu walau hatinya tak rela. Bila Mellisa melentokkan kepalanya Farish hanya membiarkan. Dia faham Mellisa sakit. Bila selesai pembayaran dia memapah Mellisa masuk dalam kereta.

" Honey..its too pain ". Mellisa merengek bila dia mulakan pemanduan.

" Tahan sikit Mel..macam mana jadi macam ni? You dah tahu you ada migrain kenapa buat kerja tu lagi? Kerja kat ofis takkan habis punya ". Farish membebel. Melepaskan rasa hatinya yang sakit. Sakit kerana menatap muka Mellisa bukan Balqis.

" I had to..dateline dah dekat " jawab Mellisa lemah.

" Walaupun Sunday? Are you lost your mind? ". Farish menggelengkan kepalanya. Nasib baik dia belum keluar rumah bila Mellisa telefon dia.

" Janganlah marah sayang.. I sakit ni ". Mellisa memegang tangan Farish yang sedang memandu.

" Mel..yang sakit kepala you kan..so behave your self..buat cara orang sakit..tangan you tak perlu nak merayap sana sini ",rengus Farish. Dia pun tak tahu mengapa akalnya menyuruh dia menolong Mellisa.

Wajah Mellisa berubah. Hatinya sakit tapi dia harus meneruskan lakonan ni. Kalau di ikutkan rasa mahu saja dia menjerit. Tapi nanti Farish tahu yang aku pura-pura sakit. Dia menjeling pada Farish yang tenang memandu. Hmmm..harus guna taktik ni,bisik hatinya. Dalam kepalanya merangka agenda tipu muslihat.

" Ehh..you menangis? ". Farish panik bila terdengar esakan kecil di sebelahnya.

" I tahu you masih marahkan I lagi..I tak sepatutnya susahkan you...tapi I perlukan seseorang bila I sakit..you tak pernah nak faham hati I..salah kah cara I Farish? ". Muka Mellisa basah dengan air mata. Bahunya terhinggut-hinggut.

" Mel...". Farish hilang kata-kata.

" I tahu..I salah selama ni..takpelah ..you turunkan I di sini..I balik dengan teksi jer ". Mellisa mengendurkan suaranya.

" Mel..I am sorry..I hantar you sampai rumah ya..",pujuk Farish.

" Tapi..boleh tak kita breakfast dulu? I lapar ni ". Mellisa bersuara meminta simpati.

" Hmm..yelah..". Farish mengangguk dalam keterpaksaan. Kalau boleh dia tak mahu lagi duduk semeja dengan Mellisa. Tapi dia dah tejerat kini.

Farish berhentikan keretanya di kawasan Hutan Bandar. Baru saja dia mahu membuka pintu Mellisa, dia di kejutkan dengan satu suara yang menegur di belakangnya.

" Farid?".

Jantungnya seraya mahu gugur. Dia kenal suara itu. Perlahan-lahan dia berpaling. Wajah wanita yang mula mendapat tempat di hatinya jelas terkejut.

" Qis..". Farish cuba tersenyum tapi otot mukanya tegang.

" Apa semua ni Farid? ". Soalan Balqis yang buat kaki Farish lemah. Dia tahu lakonannya terbongkar.

Mellisa yang dalam kereta terjengah-jengah. Dia terpinga-pinga.

" Qis..saya boleh jelaskan..". Farish menggelabah. Ya ALLAH..kenapa KAU duga aku begini?

" Nothing to explain Farid..how could you do this to me? ". Balqis bersuara kendur. Dia menggelengkan kepalanya berkali kali dan mula berundur.

" Qis..wait..Qis..". Farish menjerit tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ingin di kejar Balqis yang menjauh namun kakinya seakan-akan terpaku di tanah.

Qis..maafkan Farish..Qiss....

" Farish? Jom ". Farid menoleh Mellisa yang memaut tangannya.

" Masuk! Kita balik sekarang! ",arah Farish menarik Mellisa . Dia membuka pintu namun Mellisa meronta-ronta tak mahu.

" No! ".

" I kata masuk Mel. I hantar you balik! ". Farish bersuara keras. Hilang seleranya kini . Yang dia tahu Balqis mesti di jejaki. Dia mahu memberikan penjelasan.

" No..you kata nak breakfast dengan I ". Mellisa meninggikan suaranya. Dia terlupa yang dia sepatutnya dia pura-pura sakit.

" Fine..you boleh sarapan sorang-sorang . You dah sihat kan?". Farish menyindir dan menghempas pintu keretanya setelah tersedar Mellisa menipunya.Dia mula memecut meninggalkan Mellisa yang terkejut di perlakukan begitu.

*********************************************************************

Balqis menangis semahunya. Hatinya sedih bila mengenangkan peristiwa tadi. Air matanya di kesat kasar.

' Lelaki semua sama! Menyakitkan hati!'. Dia menjerit dalam kereta.

Kemudian dia bersandar. Mula berfikir apa tujuan Farid menipunya. Entah-entah nama dia pun bukan Farid,getus hatinya.

Sebenarnya kedatangan dia di Hutan Bandar mahu membeli bubur ikan buat aunty Gayah. Mahu melawat sebentar nanti tapi tak di sangka dengan pertemuan itu.

' Ya ALLAH..mengapa ya..sukar betul aku temui orang yang mencintai aku apa adanya?'.

Hmmm..nasib baik aku tak hanyut dalam terus menyayangi dia..ayah...apa nasib Qis ayah,rintihnya...

Tok!Tok!Tok! Pintu keretanya di ketuk. Dia menoleh.

Iqram?..Ehhh..aku kat mana ni? Dia memandang keadaan sekeliling. Lahhh..Hospital rupanya...

Dia menurunkan cermin keretanya dan melemparkan senyuman.

" Qis..kenapa ni? Are you okey? ". Iqram bertanya . Dia di buru kebimbangan. Kalau tadi dia menatikan kedatangan Qis dan bila melihat kereta Qis di situ mahu saja dia melonjak. Namun bila hampir sepuluh minit Balqis tak turun dari kereta hatinya kurang enak.

" Qis okey...how's your mum? ". Balqis keluar dan menjinjit bubur ikan yang sempat di belinya tadi.

" She's ok dah..dia baru jer sebut nama Qis..emm..yelah..dah ada Qis..Iq ni macam tak wujud lagi depan mata dia ". Iqram merendahkan suara.

Balqis ketawa. Hilang sedikit rasa sedihnya.

" ALLAH..dengan Qis pun Iq nak berkira ker? Susahlah macam ni ". Balqis menggelengkan kepalanya.

" Hmm..Iq gurau jer sayang..dengan Qis Iq tak kisah pun..lagi Iq suka adalah ".

" Huh! Jahat! ". Tanpa sedar Balqis memukul bahu Iqram. Bila Iqram menangkap tangannya dia bagaikan terpaku seketika.

" Balqis..Iqram..kamu buat apa tu? ".Balqis tersentak dan menarik tangannya kembali. Dia melempakan senyuman pada Tan Sri.

Adusss..malunya! Setelah bersalaman Balqis terus masuk dalam bilik untuk berjumpa aunty Gayah.

Dalam hatinya penuh persoalan..tentang Farid,,tentang Iqram..mungkin ada sesuatu yang ALLAH mahu tunjukkan padaku agaknya...mungkin ini jawapan dari solat istikharah yang aku buat,bisik hatinya sebelum bersalaman dengan aunty Gayah.

Monday, August 17, 2009

Kasih Yang Satu [9]

Balqis termenung di tepi jendela. Teringat dia perbualan di hospital dengan Iqram siang tadi. Hatinya serba salah. Sungguh serba salah.

Qis..Iq minta maaf ya ".

" Maaf apa pulak Iqram? ". Balqis terpinga-pinga. Sudahlah dia di tarik Iqram tadi bila mahu pulang. Kini di kejutkan dengan permintaan maaf pula.


" Iq tahu Qis terluka. Iq tahu Qis marah lagi dengan Iq..kan ? ". Tekan suara Iqram perlahan. Dia tak mahu orang lalu lalang mendengar perbualan mereka.


" Taklah..mana Qis marah Iq lagi..Qis tahu..Qis takkan selamaya boleh marah seseorang tu. Qis terima dengan redha takdir yang datang ",tutur Balqis lembut bersama senyuman. Namun dalam hatinya terbit seribu persoalan. Apa sebenarnya maksud Iqram?


" Habis..kalau tak marah,kenapa Qis bohong Iq yang Qis nak kahwin? ".


" Errr..errrr..". Riak wajah Balqis berubah. Dia tahu tembelangnya dah pecah. Adussss..masalah lagi,bisik hatinya. Tapi..mana Iqram tahu?


" Iq jumpa pakcik. Iq tanya dia betul-betul. Kenapa Qis? Kenapa tipu Iq? ". Muka Iqram penuh persoalan. Dia tak faham dengan Balqis kini. Balqis yang dulu tak pernah berselindung.


"Perlukah Qis jawab soalan Iq yang Qis tahu,Iq tahu apa jawapan Qis kan? ". Balqis mengeluh perlahan. Dia tersandar lemah. Otaknya dah tak boleh berfikir lagi. Ya Allah..cepatnya balasan kau berikan kerana aku menipu...


" Qis..Iq rayu Qis untuk kesekian kalinya..please sayang..kita balik macam dulu. Kita sambung lagi tali pertunangan kita. Iq masih cintakan Qis..please sayang..". Iqram melutut merayu.


" Iq..bangun..jangan begini..sini tempat awam...malu Qis orang nampak..bangunlah ". Balqis menggelengkan kepalanya. Dia tak sangka sampai begitu sekali drastik tindakan Iqram meraih cintanya.


" No..Iq tak mahu bangun..Iq nak jawapan Qis..for my mum sake..please sayang ".


" Iqram..listen..dengar sini..Qis tak suka Iq gunakan nama aunty untuk kita kembali semula." Balqis bersuara tegas. Hatinya marah kerana Iqram mengambil kesempatan dalam kesempitan.


" But sayang..".


" Iqram..bagi Qis masa nak fikirkan semua. Bukan mudah untuk Qis cantumkan kembali hati yang pernah Iq hancurkan..ianya perlukan waktu..perlukan masa..Qis harap , Iq faham..dan juga..cuba bukakan hati Iq untuk orang lain..Qis tak berani berjanji dengan pasti..segalanya kita tak tahu kan..". Balqis memujuk lembut. Dia tahu..dia kena gunakan reversed psikologi..


" Fine..tapi Iq akan tetap tunggu jawapan Qis..walaupun bertahun lamanya..Iq janji..". Iqram mengangkat tangannya seperti berikrar.


Balqis melepaskan keluhan. Mindanya kusut..Aduhai lelaki..mudahnya kau membuang..mudah juga kau mengutip kembali..


" Qis ".


" Ya ayah ". Balqis tersentak. Spontan dia menjawab.


" Kenapa Qis..lagi tadi asyik mengeluh jer ayah dengar. Tak baik tau sayang mengeluh ni..Qis ada masalah ya ". Hasyim duduk di sebelah Balqis. Dia membelai rambut anaknya..


" Taklah ayah..Qis ok jer ". Balqis merebahkan kepala di dada ayahnya. Hanya dengan ayah dia dapat bermanja.


" Qisssssss". Hasyim tekan suaranya. Dia tahu anaknya tak berterus terang. Dari suara Balqis dia tahu anaknya menyorokkan sesuatu.


" Cuba cerita dengan ayah..apa masalah Qis..hmm..Iqram ker?",duga Hasyim.


" Emm..ehhh..tapi mana ayah tahu? ". Balqis mengangkat kepalanya. Wajah tua ayahnya di tenung.


" Iqram nak balik semula dengan kamu kan ? Hmm..dia ada jumpa ayah hari tu..dia minta kepastian..kamu pun Qis..kenapa berbohong? Tak baik tau..ayah tak pernah ajar anak ayah untuk menipu ".


" Hehehehe..Qis tak menipu lah ayah..Qis bohong sunat jer ". Balqis menjerit kecil bila pehanya di ketip ayahnya. Betul lah kata Iqram yang dia berjumpa ayah,kata hatinya.


" Ayah...". Teragak-agak Balqis untuk meneruskan bicara.


" Hmmmm..".


" Apa yang harus Qis buat ayah. Qis masih tak boleh lupa keperitan hati ni dengan apa yang dah Iqram buat dulu..tapi dalam masa yang sama Qis kasihan dengan aunty Gayah. Dia mengharap Qis jadi menantu dia..Qis bingung ayah..". Balqis mengeluh lagi.


" Qis..solat istikharah nak..minta petunjuk dengan Allah..InsyaAllah..Qis dapat jawapan. Jangan terima cinta kerana simpati ..nanti Qis jugak yang merana..",lembut Hasyim menasihati.


" Qis dah jumpa orang lain ker? ". Hasyim bertanya. Hati kecilnya mengatakan kasih anaknya sudah di miliki orang lain. Tapi dia tahu..ianya bukan Iqram.


" Ha'ah..Qis senang dengan cara dia..dia nampak baik dan ikhlas..tapi..err..emm..".


" Kenapa?". Hati Hasyim kurang enak. Apa anaknya bercinta dengan kumbang larangan?


" Dia macam ayah..". Balqis menunduk. Dia tahu ayahnya terperanjat bila jelas ayahnya bersandar tadi.


" Ayah..maafkan Qis.."


" Qis..yang suka kamu..yang nak kahwin kamu..nak bahagia kamu..kamu bebas pilih sesiapa saja..ayah tak pernah melarang..cuma..sebagai ayah kamu..ayah mahu kamu dapat yang terbaik..yang boleh jaga kamu hingga akhir nyawa..". Penuh tersirat kata-kata Hasyim.


Balqis terdiam tanpa kata. Hatinya bergetar sedih. Dia tahu masih awal lagi untuk mengatakan dia dah jatuh cinta tapi dia dah tak boleh bohong hatinya. Dia tahu dia sering menunggu panggilan dari Farid. Ya Tuhan..apakah ini cinta? Mengapa sukar sekali untuk aku dapatkan cinta?

" Qis".

" Ya ayah ". Lamunannya putus. Dia bangkit dari pembaringan.

" Telefon kamu bunyi tu ".

" Aaaa? Ia ker? kejap ehh ayah..". Balqis bangun dan menuju biliknya. Telefon di capai. Farid?. Hatinya berbunga. Cepat-cepat telefon di lekapkan di telinga.

" Assalamualaikum Farid ". Balqis tersenyum lebar.

" Qis okey..Farid macam mana? Qis nak minta maaf sebab tinggalkan Farid tadi. Ada hal penting sangat. ".

" InsyaAllah..nanti kita jumpa lagi..haa? esok? Errr..errrr..Qis tak boleh janji..".

" Farid..are you there? ". Balqis menyoal bila talian sepi.

" Okeylah..terima kasih call Qis. Selamat malam..ya..ya..waalaikumussalam ". Balqis merenung telefon di tangan. Suara Farid lain sangat. Kenapa ya? Termenung dia seketika sebelum kembali mendail .

" Assalamualaikum Farid ".

" Sorry..ganggu lagi..emm..esok kita jumpa ya. Qis ambik Farid kat rumah. Alamat hari tu betul kan? Aaaaa..okey..okey..tunggu esok pagi ya...hmm..waalaikumussalam ". Balqis tersenyum girang bila mendengar Farid ketawa-ketawa.

Balqis berteleku seketika dan berbisik..Ya Tuhan..KAU berikan aku petunjukMU....


**********************************************************************

Syed Farish mendakap telefonnya. Hati yang rusuh semenjak tadi kini sirna kembali. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Dia pasti kini dia telah jatuh cinta. Perasaan yang di rasakan sungguh berbeza saat dia bersama Mellisa dulu.

" Farish ". Satu tepukan di bahunya. Hampir saja tercampak telefon di tangan. Dia mengurut dadanya.

" Walid..". Farish tersengih.

" Apa kamu buat sorang-sorang kat sini? Tak sejuk kah? ". Walidnya menanggalkan kopiah di kepala. Dia yang baru pulang dari surau berdekatan pelik melihat anak tunggalnya tersengih-sengih sendirian.

" Emm..ambil angin malam walid. Walid dari mana ni? ". Farish berbasa bertanya menutup kesilapannya. Dia tahu ayahnya tahu dia berangan tadi.

" Surau. Walid nak buat kenduri doa selamat hujung bulan ni. Tu yang menjemput para jemaah surau. Yang kamu tersengih-sengih sorang-sorang ni kenapa pulak?".

" Emm..walid nak buat kenduri? Tak cakap dengan Farish pun? ". Farish melencongkan jawapannya. Dia masih tak bersedia nak beritahu kedua orang tuanya tentang Balqis. Biarlah rahsia dulu.

" Walid baru bincang dengan ummi kamu semalam. Lagipun kalau beritahu kamu..kamu nak ker tolong masak ? ". Syed Zailani ketawa bila lihat muka anaknya berubah.

" Taklah begitu..emm..ramai ker walid jemput orang? ".

" Macam tahun lepas lah. Tapi kali ni walid nak ajak semua staf walid .Kamu nak kenal dengan dia tak? ". Syed Zailani mengusik Farish.

Ikut hajat hati dia mahu jodohkan anaknya dengan Balqis dulu. Tapi..dia harus pasrah dengan takdir tuhan . Farish memilih Mellisa . Namun jodoh tak panjang..kini peluang terbuka di depan mata bila Farish kembali solo.

" Yang mana satu walid ? ". Farish di asak ingin tahu. Semua staff ayahnya dia dah berjumpa dulu. Tapi semuanya tak menepati citarasa. Pantang nampak lelaki..mula tersenyum miang! Hatinya mendogkol.

" Emm..hari tu dia tak datang. Cantik orangnya...redup mata memandang. Ummi kamu belum jumpa lagi..". Syed Zailani terbayang wajah seketerinya.

" Siapa nama dia walid ? ".

" Emm..Nur Ba ". Ayat Syed Zailani berhenti bila mendengar Syarifah Asmah memanggil namanya. Kepalanya terteleng ke dalam rumah.

" Hmm..walid masuk dulu. Entah apa kena dengan ummi kamu terjerit-jerit gitu... macam walid ni jauh sangat agaknya. Hishhh.. ". Syed Zailani menggelengkan kepala dan mengatur langkah ke dalam rumah.

Pemergiannya di hantar dengan pandangan mata Farish. Lahhh..siapa yer nama budak tu? Ishhh...ummi ni..potong stim tul!

Farish mendongakkan kepalanya memandang bintang beribu. Bila angin semilir bertiup sejuk hingga mencengkam ke tulang dia segera bangun. Meninggalkan tempat itu dengan rasa yang bercampaur baur.

*********************************************************************

Mellisa duduk sendirian di ruang tersorok. Bunyi disko bingit sekali. Tapi tak sebingit hatinya yang menjerit. Hatinya terbakar bila terkenangkan tolakkan demi tolakan dari Syed Farish.

" Shit! ". Dia mencapai gelas yang berwarna kekuningan dan mula meneguk rakus. masih tak mampu membuang ingatan kata-kata sinis yang di terimanya.

" Heyy girl..rileks arr..asal kau buat muka macam ni..kan kita datang nak enjoy..jom..temankan aku menari ". Shila menarik tangan temannya. Dia tahu semua masalah Mellisa.

" Malas lah..". Mata Mellisa memandang seluruh tempat. Lampu yang berwarna warni menyukarkan pandangan. Muzik semakin rancak. Ruang tengah di monopoli sebangsa dengan dia. Bangsa melayu malahan lebih teruk lagi ialah anak remaja.

" Weyy..kau still fikirkan jantan tu ker? Mel..dahlah berapa kali aku nak cakap..kau cantik..kau boleh dapat yang lebih baik dari dia..petik jari jer..tu ha..mamat kat hujung korner..dari tadi asyik pandang kau jer '. Shila mula menyucuk jarum. Dia ada agendanya sendiri.

Mellisa menuntaskan pandangan. Emmm..boleh tahan,bisik hatinya.

Dia mula bangun dan mengukirkan senyuman. Tangan Shila di tarik dan mereka mula menghampiri ruang tengah. Mahu berdansa melepaskan rasa hati. Tak lama kemudian ada yang menghamipri mereka berdua. Tanpa segan..tanpa silu..Mellisa merangkul pinggal lelaki itu dan menari mengikut muzik. Dia hilang kawalan dan tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia mabuk lagi!

Thursday, August 13, 2009

Kasih Yang Satu [8]

" Farish..nak ke mana pagi-pagi ni ? ". Syarifah Asmah bertanya di balik rimbunan bunga kertas. Sememangnya dah jadi hobinya menanam bunga dan mencantikkan laman. Walaupun tugas selalunya di lakukan Pak Kassim tapi hujung minggu begini dia lebih gemar buat sendiri.

" Errr..nak keluar kejap ummi ". Farish terhenti melangkah. Dia mencari suara umminya. Terjengah-jengah dia seketika. Kunci kereta di masukkan dalam poket kembali.

" Ummi buat apa lagi tu? Kaki kan belum sembuh sepenuhnya? ". Farish bertinggung di sebalah umminya. Dia memerhatikan tunas tunas di batang pokok kertas.

" Emm..kemas sikit..ishh..kalau di ikutkan sakit, sampai bila nak baik..kena buat-buat bergerak jugak kan ". Lincah tangan Syarifah Asmah mengetip pucuk pucuk muda. Biar merimbun katanya..

" Tapi tengok keadaan sakit yang macam mana ummi. Hmm..walid mana ummi? Selalu hilang jer ". Farish sangsi dengan sikap ayahnya. Sering meninggalkan ibunya bersendirian. Nak kata bergaduh tak nampak pulak.

" Walid kamu? Tu haa..tak nampak ke apa kamu ni ?". Muncung Syarifah Asmah menunjukkan ke arah kolam ikan di tepi rumah.

'Lah..mana nak nampak..terlindung bangku',bisik hatinya dan tersenyum.

" Emm..Farish keluar dululah ummi..ada janji dengan kawan ". Farish bangun setelah bersalam dengan umminya dan membetulkan seluarnya.

Hari ini dia berpakaian sempoi. Baju T-shirt yang sudah lusuh begitu juga jeans. Letih malam semalam dia menyelongkar stor mencari baju lamanya. Mujur badannya masih begini..kalau tak..dah susahh..

Syarifah Asmah menghantar dengan pandangan mata. Dia pelik melihat cara pemakaian anak tunggalnya. Tak seperti selalu yang mementingkan gaya.

Dia bangun mendapatkan suaminya yang tekun membaca akhbar. Jalannya agak terhencot sedikit. Hati kecilnya berkata suaminya perlu tahu tentang Farish.

" Bang ".

" Mmmm".

" Banggg ". Syarifah Asmah mengeraskan suaminya. Dia geram bila suaminya tetap fokus pada pembacaan.

" Ia..apa..awak cakap lah ". Syed Zailani menjawab mendatar.

" Bang..dengarlah apa Mah nak cakap ni " desak Syarifah Asmah. Dia semakin sebal bila tak di endahkan.

" Awak cakap jelah..saya dengar ni ".

" Baik tak payah cakap kalau macam tu. Saya cakap dengan dinding jelah ",rengus Syarifah Asmah dan berdiri untuk masuk dalam rumah.

" Astagafirullahalazim..Mah..dah tua-tua gini pun awak nak merajuk jugak ker? Dahlah tu..buruk saya nengoknya. Boleh sangkut hanger pun muncung awak tu tau ". Usik Syed Zailani. Dia melipat ahkbar yang di bacanya. Cermin mata di simpan dalam kocek bajunya.

Air kopi di hirup. Syarifah Asmah hanya memerhatikan dengan riak masam.

" Apa dia yang penting sangat awak nak cakap ni Mah..hmm? ",soal Syed Zailani telus. Dia malas nak berkias lagi.

" Pasal Farish ".

" Kenapa dengan Farish? ". Dahi Syed Zailani berkerut. Tak sihatkah anaknya? Tapi tadi dia lihat ok jer..

" Penampilan Farish tu..tak seperti selalu ". Hatinya risau.

" Hahahhaa..awak ni kan Mah..sampai penampilan dia yang awak kisahkan. Saya ingat apa lah tadi..hishh ". Syed Zailani ketawa kecil. Dia gelengkan kepalanya. Dah kenapa dengan isterinya itu ya?

" Eh awak ni..memanglah saya risau. Dari smart,kemas..la ni pakai baju yang tak serupa baju...lusuh benar saya nampak. Pelik lah ". Syarifah Asmah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.


" Baju dia koyak-koyak ker? ".


" Tak lah ".


" Dah tu? ".


" Awak ni..". Syarifah Asmah mati akal.

" Dah..awak tak payah nak serabutkan kepala awak tu..InsyaAllah..dia anak kita..kan kita tahu perangai dia macam mana. Kot-kot dah bosan agaknya pakai baju selalu ",pujuk Syed Zailani.

" Emmm..entah-entah pasal perempuan tak bang? ". Mata Syarifah Asmah bercahaya tiba-tiba. Baru dia teringat minggu lalu anaknya ada perkatakan tentang seorang gadis. Kalau benar..lega hatinya...


" Perempuan? Perempuan mana pulak? "

" Yang awak sengih sorang-sorang ni kenapa pulak Mah oii? ".

" Takde apalah..dah..jom masuk..kata nak pergi rumah Tan Sri Yussof. Kang lambat pulak ". Syarifah Asmah bangun dan meninggalkan suaminya yang terpinga-pinga dengan sikapnya.

'Ishhh..dah kenapa dengan isteri aku ni yer..tapi syukur Alhamdulillah..kasih kami masih mekar mewangi,bisik Syed Zailani sebelum melangkah sama masuk dalam rumah.


********************************************************************


Dari jauh Balqis nampak Farid yang duduk di bangku. Bersendirian. Dia tersenyum.


" Assalamualaikum ". Sapanya lembut. Dia berdiri di hadapan Farid.


" Wa'alaikummusalam Qis. ". Farid mengukir senyuman. Lega hatinya. Bila Balqis lambat 15 minit,pelbagai andaian berlegar di fikirannya.


" Maaf lambat. Kereta Qis meragam tak mahu hidup . Tu yang lambat ".


" Tak per..janji datang...saya ingat Qis tak sudi datang tadi..yelah..takut Qis malu nak keluar dengan saya kan ".


" Ishh..takdelah..Qis tak kisah kawan dengan sesiapa pun Farid. Farid dah sarapan? ".


" Belum..tunggu Qis lah ".


" Lahai..ye ker? sorry..tapi Qis dah makan kat rumah tadi..dengan ayah..jom..Qis temankan Farid makan ya ".


" Hehehee..tipu jer ..Saya dah makan kat rumah tadi. Ummi buatkan ".


" Ummi?". Balqis pelik. Setahunya Farid tinggal dengan adiknya. Bukan ibunya. Hatinya di jentik perasaan kurang enak. Farid menipu?Takkanlah...


" Ehh..adik saya..emm..nama dia ummi..ummi sahara ",tergagap-gagap Farish mencipta alasan. Dia tahu dia terlepas kata.


" Ohh...". Hatinya lega. Sememangnya dia tak suka orang membohonginya. Walaupun perkara kecil. Memang itu pantangnya.


" Cantik Qis hari ni ". Puji Farish bersama senyuman.


" Terima kasih..ehh..tapi macam mana...? ".


" Qis..saya cuma tak nampak di mata..tapi bukan buta di hati. Dari suara saya tahu..Qis cantik orangnya ". Farish kembali menyusun ayat. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah kerana tersilap bicara lagi. Dia menggenggam kemas tongkat menahan resah.


" Awak sakit ker Farid ? ". Balqis bertanya bila lihat dahi Farid berpeluh-peluh.

" Taklah..emm..jom kita jalan Qis? ".

" Err..nak kemana? Boleh ker? ".

" Boleh apanya? ". Farish tak jadi bangun. Dari kaca mata hitamnya dia nampak Balqis memandangnya dengan riak kurang percaya.

" Takut awak jatuh lagi. ". Balqis berterus terang.

" Hari tu saya sorang-sorang. Hari ni awak ada kan Qis..so awak boleh tegur-tegur saya ". Farish tersengih. Dia tahu..dia terlupa lagi..

" Okey..dah..jom..kita pergi tepi pantai tu..walau awak tak boleh melihat sekurang-kurangnya awak boleh mendengar kan ? ". Farish ketawa . Alahai Qis..bukan takat mendengar..emlihat pun aku bolehlah..,jerit hatinya.

Belum jauh melangkah telefon Balqis berbunyi. Farish mengerling dari ekor matanya.

" Waalaikumussalam..ya Iqram.. ".

" You what? Haa? Okey..saya datang sekejap lagi ". Suara Balqis tergesa-gesa di pendengaran Farish. Hatinya tertanya-tanya siapa Iqram.

" Farid..Qis kena pergi dulu. Ada emergency. Maaf ya..lain kali kita jumpa ".

" Emm..tak mengapalah..". Farish melihat Balqis yang berlari-lari anak. Namun berpatah balik semula padanya.

" Errr..Farid..awak tak marah ker? ". Soal Balqis

" Taklah..takper..lain kali mungkin ada pertemuan kita. InsyaAllah ". Farish cuba tersenyum walau hatinya walang.

" Maaf ya Farid..Qis minta maaf banyak-banyak. Nanti Qis call Farid ya..Assalamualaikum ". dan Balqis terburu-buru melangkah hingga hilang dari pandangan.

Farish menjawab salam dalam hatinya. Dia melepaskan keluhan. Alahaii..baru nak mesra sikit dah ada jer halangan. Iqram..hmmm..siapa Iqram pada Qis tu? Mesti istimewa agaknya...sampai kelam kabut begitu.

Farish bangun dari duduknya. Dadanya sesak . Hatinya kurang senang. Dia tahu perasaan itu. Rasa cemburu...tapi..berhak ker aku cemburu pada orang yang bukan milik aku?,soal hatinya...

Akhirnya dengan langkah longlai dia meninggalkan taman itu dengan hati yang hampa. Alahai Balqisss....

**********************************************************************

" Iqram! ". Balqis melaung namanya bila nampak Iqram berdiri resah di depan pintu kecemasan Hospital Pakar.

Kalau di ikutkan hati dia memang tak mahu etrlibat lagi dengan keluarga bekas tunangnya. Tapi bila mengenangkan ibu ayah Iqram dia tak sampai hati pula. Mereka tak bersalah pun.

" Qis ". Muka Iqram sedikit bercahaya.

" What happen? ". Mata Balqis menjengah ke arah bilik kecemasan.

" My mum kena heart attack ".

" Uncle mana ? ".

" Belum sampai lagi. Dia on the way dari kelab golf. Nasib baik I ada kat rumah. Kalau tak..ishhh..tak taulah apa jadi ". Iqram meraup mukanya. Dia takut melihat ibunya tercunggap-cungap tadi.

" Sabarlah..InsyaAllah..aunty akan selamat. Kita sama-sama doakan ya ". tutur Balqis perlahan. Dia tahu saat ini Iqram perlukan teman untuk meredakan perasaan. Dia pernah mengalaminya dulu saat ayahnya di masukkan ke hospital ini. Bezanya..dia bersendirian..tanpa sesiapa..

" Terima kasih Qis..I betul-betul panik tadi..tak tahu nak buat apa..". Iqram menghembuskan keluhan.

" Takper..kita tunggu kat sini..kita serahkan pada doktor..yang penting you kena bertenang ". Balqis berkata lembut.

" Balqis??". Tan Sri Idham menegurnya.

" Ehh..Tan Sri ". Balqis bingkas bangun dan menyalam bekas ayah mertua tak jadinya. Dia tak perasan kehadiran Tan Sri.

" Ehh..apa Tan Sri pula..panggil uncle jer..macam dulu-dulu.Lama tak jumpa kamu.Kamu sihat? Bila sampainya? ".

" Alhamdulilah..sihat uncle..Qis baru jer sampai ".

" Kenapa tak call Dr. Badri Iq? ". Tan Sri Idham menyoal keras.

" Dr. Badri kan kat Australia pa..cuti..Iq dah call dia...Iq dah tak boleh fikir apa lagi. So Iq bawalah mummy kat sini '. Iqram menjawab mempertahankan dirinya.

" Dah tu tak boleh call Dr Lim? ".

" I've told you pa..Iq dah tak boleh nak pikir apa lagi ".

Pertelingkahan kecil mereka mati bila pintu bilik kecemasan di buka. Kelihatan Puan Sri Rogayah di tolak dengan wheel chair. Mukanya sedikit pucat dan lemah tak bermaya.

" Qis". Bersusah payah Puan Sri Rogayah menyebut namanya bila ternampak wajahnya.

" Aunty ". Balqis meluru dan bersalam. Dia tahu wanita itu menganggapnya sebagai anak selama ini. Cuma selepas insiden 'tak der jodoh' hubungan mereka terus putus. Balqis segan untuk bertandang ke rumah mereka.

" Shhh..jangan cakap banyak..aunty tak sihat..". Balqis tersenyum . Dia tahu kelopak mata Puan Sri Rogayah bergenang. Dia juga..cuma dia tak mahu tunjukkan dengan semua.

" Doktor..macam mana isteri saya? ". Tan Sri Idham bertanya bila melihat isterinya.

" Emm..actually her condition is ok but kena stay kat sini untuk satu dua hari untuk pemantauan . Sekejap lagi kita akan bawa masuk dalam wad...so encik boleh uruskan di kaunter dulu ya. "Tan Sri Idham mengangguk berkali-kali dan memandang wajah lesu isterinya.

Balqis merenung wajah Puan Sri Rogayah yang nyenyak tidur. Iqram dan Tan Sri Idham keluar mencari makan. Dia yang menawarkan diri untuk menjaga sebentar. Tiba-tiba dia teringat ayahnya di rumah. Alamak!..Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon dalam beg dan mendail.

" Assalamualaikum ayah ",ucapnya bila mendengar suara ayahnya di talian. Dia bergerak menjauh katil. Tak mahu mengganggu lena Puan Sri Rogayah. Dia berdiri di tepi jendela memerhatikan keadaan luar.

" Emm..bukan..Qis kat hospital ni ".

" Bukan..Qis sihat..Qis tak der apa-apa..ayah jangan risau ".

" Hmm..Aunty Gayah masuk hospital. Qis ada tunggu dia sekejap ni..haa..yelah..InsyaAllah..nanti Qis sampaikan..okey..ayah jangan keluar rumah tau..tunggu Qis balik..ingat ya..okey..waalaikumussalam ".

Balqis berpusing. Matanya besar bila lihat Puan Sri Rogayah tersenyum kearahnya. Ehh..tak tidur ker?,bisik hatinya.

" Qis ". Puan Sri Rogayah menggamitnya.

" Aunty dah bangun?. Maaf kalau Qis mengejutkan aunty ".

" Taklah..". Tangannya di elus lembut Puan Sri Rogayah.

" Qis..mummy rindu dengan Qis..kenapa Qis tak pernah nak jenguk mummy lagi ? ". Puan Sri Rogayah bersuara sayu. Dulu..Balqis memanggilnya mummy..kini..

" Qis pun rindukan aunty..maaf lah..sebab Qis tak datang..Qis sibuk dengan kerja ". Balqis beralas menjawab. Dia tahu jawapannya tak relevan sama sekali.

" Sibuk..yelah..". Ada nada jauh hati di situ. Balqis di buru rasa bersalah.

" Aunty..jangan begini..InsyaAllah..nanti Qis datang ya..yang penting sekarang aunty kena berehat dulu. Kita cerita lagi lain kali ". Balqis menarik selimut dan mencium dahi bekas mak mertua tak jadinya. Dia tahu..dengan Puan Sri Rogayahlah dia menumpang kasih seorang ibu.

Di luar pintu..Iqram berdiri tegak. Hatinya di runtun pilu bila mendengar kata ibunya. Dia tahu..semua salah dia kerana melepaskan Balqis demi memuaskan hatinya.

' Maafkan Iq mummy..'.

Wednesday, August 12, 2009

Kasih Yang Satu [7]

" Qis..telefon kau bunyi tu ". Amira menjerit memanggil Balqis yang berada di pantri.

Dia tak senang duduk bila dengar telefon Balqis berbunyi nyaring. Takut-takut ada apa-apa lagi dengan ayah Balqis. Bila lihat Balqis masih tak munculkan diri dia bangun dan mencapai telefon.

'Ishh..mati pulak',gerutunya. Dia menunggu satu dua minit mana tahu ianya berbunyi lagi.

" Kau buat apa dengan telefon aku Mira? ". Balqis menegur Mira yang merenung handphone nya. Dia pelik seketika. Di tangan kanannya ada sebuah beg berisi telekung.

" Kau dari mana Qis? ". Mira menghulur telefon kembali pada Balqis. Dia mengerutkan dahi. Ehh..bukan ker Balqis kat pantri tadi?,soal hatinya.

" Solat. Naper? ". Balqis duduk menyimpan beg.

" Errr..bukan ker kau kat pantri tadik?".

" Kau nih..bila masa aku pergi pantri?. Ngigau ker apa? ". Balqis ketawa kecil. Di tahu dia bohong. Saja jer nak mainkan temannya itu.

" Lahh..habis aku nampak siapa? ". Pucat muka Mira. Dia menggosok-gosok lengannya. Seriau!

" Aku kot!". Meletus tawa dari mulut Balqis. Dia dah tak dapat menahan tawanya bila melihat air muka Mira. Penuh ketakutan!

" Balqissssss!". Amira menjerit kegeraman. Cepat saja tangannya memukul bahu Balqis.

" Aduh..sakitlah..hehe..aku saja jer..nak test kau..nak tengok kau alert atau tak dengan keadaan sekeliling ". Balqis menggosok bahunya yang perit.

" Aku alert apa..yang kau ni..kan cuti..apahal pulak kau kata balik solat ? ".

" Aku ambik telekung..nak bawak balik cuci..sebelum tu aku gi pantri basuh cawan..gi toilet sekali. Masa aku keluar kau tunduk cari barang kat belakang tu ".

" Hmm..tulah aku pelik..ehh..by the way..telefon kau bunyi tadik. Aku nak angkat dah mati pulak... kau call lah balik..mana tahu ayah kau ker tu ". Mira bersuara dan berlalu ke mejanya.

Balqis tegakkan badannya.Cepat-cepat dia melihat senarai pemanggil. Memang ada missed call. Tapi nombor yang tidak di kenali. Hmm..biarlah,bisik hatinya.

Baru saja kira-kira dia ingin menyimpan telefon dalam laci ia berbunyi lagi. Lagu Munajat Cinta berkumandang. Nombor tadi!.

" Assalamualaikum..hello ". Suara garau pemanggil di talian menjawab salam.

" Ya..saya Balqis..siapa di sana ya? ". Soalnya lembut. Sempat di kerling Mira yang memandangnya.

" Ohh.. Farid..emm..ingat..ingat..Qis sihat..Farid? ".

" Ia? Alhamdulillah..haa..haa..err..apa?".

" Bila?".

" Okey ".

" Waalaikumussalam ". Balqis memutuskan talian. Mukanya penuh dengan senyuman. Tak di nafikan sejak hari itu dia teringat tentang pemuda itu. Sering bertamu dalam mimpinya. Entah mengapa... puas di usir..puas di halau..tapi tetap bertandang. Namun bila hampir seminggu berlalu tanpa berita dia tahu..tak perlu mengharap pada yang tak pasti.

" Oittt!". Amira menyergah .

" Allahuakhbar!". Balqis mengurut dadanya.

" Kau ni Mira..hishhh..apahal? Kerja dah siap? ". Balqis pura-pura menyelak helaian kertas di hadapannya. Dia tahu apa maksud Mira.

" Ececececehh..dah..toksah nak pura-pura sibuk Qis..siapa Farid? Wahhh..dalam diam-diam yer ",usik Mira mengangkat kening. Dia tersenyum sumbing.

" Humm..Farid? Farid tu Farid lah..". jawab Balqis pendek. Dia mahu main tarik tali dengan Mira. Dia tahu Mira boleh di percayai. Dia kenal Mira lebih dari kenal dirinya sendiri.

" Itu aku taulah..Farid is Farid..takkan jadi Faridah pulak...tapi siapa Farid pada kau?Oooo..rahsia sengsorang yer..takper..takper". Mira mula merajuk.

" Alolololo..merajuk lagi dah..Farid tu Faridlah..aku kenal dia minggu lalu. Tapi cacat penglihatan Mira ". Balqis terdiam. Perasaan sayu mula bertandang. Agaknya kalau ayah tak dermakan mata dia tentu aku senasib dengan dia..,bisik hatinya.

" Buta maksud kau? Ehh..macam mana pulak kau kenal dia? ". Mira terkejut. Setahu dia selepas temannya putus tunang tak pernah Balqis kenal dengan mana-mana lelaki.

" Humm..aku tolong dia masa dia tersadung tunggul kayu tepi jalan. Dah nak Maghrib. Aku pun tak tau macam mana aku boleh lalu jalan tu. Macam di panggil-panggil pulak. Lepas tu aku tolong dia hantar balik rumah ".

" Emm..hensem tak Qis? ". Mira tersengih. Saja mahu menguji Balqis walau dia dah tahu apa jawapannya.

" Bagi aku Mira..hensem atau tak belakang kira. Apa guna hensem tapi kalau tak setia..hati serupa naga..biarlah tak hensem tapi dia baik hati..lagipun aku dah tua Mira..bukan anak remaja yang pentingkan hensem atau tak ". Balqis tersenyum.

" Kau tua? Ehh..muda lagi apa..baru 28 tahun. Kira muda belia lagi ",tukas Mira.

" Bagi kau Mira..yang dah ada tunang tersayang..tapi bagi aku yang solo ni..kira dah tua lah ",Balqis ketawa-ketawa.

" So..Farid nak apa call kau ?".

" Nak ajak jumpa Sabtu ni ".

" Ohhh..dating lah yer ".

" Bukan..saja jumpa suka-suka ".

" Haa..yelah tu...". Mira ketawa .

" Hmmm..Qis..kau nak kenal dengan member tunang aku tak? ". Soal Mira tiba-tiba.

" Kau kenal ker member tunang kau tu ?".

" Tak".

" Dah tu..yang memandai nak kenalkan dengan aku dah kenapa Mira?..Ishhh..kau ni pun..".

" Aku saja jer tanya..yelah..mana tahu..kot-kot kita boleh bersanding sesama ti. Meriah tau ".

"Terima kasih Mira..tapi kau tak payah risaukan aku..ada jodoh aku kahwinlah yer ". Balqis menepuk lembut tangan temannya. Sungguh dia bersyukur kerana Tuhan menghadiahkan Mira sebagai teman mengadu nasib.

" Dah..syohhh..syohhh..pi balik tempat kau..kang nanti bos balik tengok kita dok nyembang mau kena potong gaji ". Balqis menolak bahu temannya.

" Yelah..yelah..taulah kau kesayangan bos ..ehh..manalah tau kan..dia sayang kau nanti terus di buat menantu..hahahaaa". Mira mengilai ketawa dan duduk di tempatnya.

Balqis menggeleng kepalanya. Huh! Nonesense!

***************************************************************

Farish menyandar di kerusi pejabatnya. Bibirnya menguntum senyuman. Akhirnya..dia gagahkan jua mendail nombor Balqis. Yahooooooo! Balqis setuju nak keluar dengan dia...

Baru saja nak melayan angan ,pintu biliknya di rempuh kasar. Mellisa masuk dengan muka menyinga. Nur Fatiha..setiausahanya hanya tunduk menikus. Takut dengan baran Mellisa.

" Takper Nur..awak boleh keluar ",arahnya melemparkan senyuman. Dia pandang muka Mellisa yang mencebik ke arah setiausahanya. Sebaik saja pintu di tutup dia pantas bersuara.

" You ni memang takder adap sopan ker Mel? ". Sinis saja suaranya.

" Sayangg..kenapa seketari you tak kasi I masuk ? ". Mellisa tiba-tiba bersuara manja. Dia duduk di sisi kerusi Farish. Pipi Farish di elus manja.

Farish bingkas bangun. Dia rimas! Mellisa sudah melampau. Apa masih tak faham ker maksud dia memberi arahan begitu.

" You ni faham atau sengaja tak mahu faham Mel? ". Farish merengus kasar. Dia dah muak dengan apa saja berkaitan bekas tunangnya dulu.

" Honey..I tahu you masih marahkan I. I tahu I silap..but..can you give me a second chance? ". Mellisa mendekati Faris dan memeluk lengan Farish. Dia melentokkan kepalanya.

" Mel..you tahu tak apa yang you buat ni berdosa?. ". Farish menolah tubuh Mellisa menjauh. Riak muka Mellisa berubah.

" Berdosa? Habis dulu tak berdosa? Kita dah buat lebih lagi tau ". Muka Mellisa merah.

" Memang... dulu I buta..I leka dengan kemanjaan you tu..tapi..taklah sampai I rosakkan you..kan? ".

" You...you..".

" Dah lah Mel..hubungan kita dah lama putus..kalau you nak minta maaf..sekali lagi I kata I maafkan you..tapi kalau you nak balik semula dengan I..sorry..I've learn my lesson! ",ucap Farish tegas.

" Okey..tapi you kena ingat Farish..I takkan berdiam diri selagi tak dapat you..by hook or by crook..you tetap akan jadi milik I. Ingat tu! ",ugut Mellisa sebelum menghadiahkan flying kiss pada Farish dan terus berlalu.

'Huh! perempuan gila!'. Farish kembali duduk di kerusinya. Dia mengurut kepalanya yang kusut. Kusut memikirkan bagaimana dia boleh terjebak dengan cinta palsu Mellisa.

By hook or by crook! Kata-kata Mellisa berlegar di mindanya. Huh! kau ingat aku takut? Boleh jalan lahhh,jerit hatinya.

Untuk meredakan hatinya yang rusuh..dia bayangkan wajah Balqis yang tersenyum penuh ikhlas tempohari.

'Alahai Balqis..tak sabar tunggu Sabtu!'

Friday, August 7, 2009

Kasih Yang Satu [6]

Balqis mengecilkan matanya. Dia cuba fokus pada susuk tubuh seseorang di remang senja. Terkial-kial untuk bangun dan mengagau mencari tongkatnya. Dia segera keluar dari kereta dan berlari.

"Encik..mari saya tolong ". Balqis mengutip tongkat dan memegang lengan pemuda itu. Secara tiba-tiba dia teringatkan ayahnya yang mempunyai nasib yang serupa. Cacat penglihatan.

Balqis dapat melihat pemuda itu tersenyum di balik kaca matanya dan dia segera membalas.

" Terima kasih ". Ucap pemuda itu setelah mereka duduk di bangku berhampiran.

Balqis memandang lengan pemuda itu berdarah. 'Kasihan..mesti nak seberang jalan tadi tak nampak tunggul kat sini',bisiknya. Dia berlari menuju kereta dan mengambil peti kecemasan.

" Encik..lengan ni luka..saya tekap dulu dengan tisu yer sebelum cuci ". Tangan Balqis menyelongkat mencari ubat antiseptik dan kapas. Tiada suara yang keluar dari mulut pemuda itu. Balqis tahu pemuda itu seolah-olah merenungnya tapi dia tahu pemuda itu buta.

" Arrgghh..aduh ",garau suara itu mengaduk dan dahinya berkerut bila ubat antiseptik terkena lukanya.

" Tahan ya encik..sedikit jer lagi ". Balqis memujuk perlahan.Berhati-hati dia menyudahkan kerjanya.

" Okey..dah ". Balqis mendongak dan tergaman. Dia membelek muka di hadapannya yang sungguh tenang. Dadanya berdebar-debar.

'Aduhai..eloknya rupa..tapi kasihan..buta',desisinya perlahan. Tapi cepat-cepat dia menunduk kembali bila tersedar perbuatannya. Dia tahu tak seharusnya bersikap demikian. Mereka juga manusia biasa cuma penglihatan kurang sempurna saja. Nasib baik dia buta..tak nampak aku tenung dia..ishh..kalau tak..malunyaaaa,jerit hatinya.

" Terima kasih sekali lagi ". Ucap pemuda itu perlahan.

" Sama-sama..tak mengapa..tanggung jawab saya sebagai manusia ". Tulus saja Balqis menjawab dan tangannya mengemas peralatan. Dia mengerling jam di tangan. Sudah pukul 7.10..takkan dia tak balik rumah kot,bisiknya.

" Emm..encik nak balik rumah ker? Saya boleh tolong hantarkan ",pelawanya ikhlas.

" Err..ya..ya..tapi tak mengapalah..saya tunggu sini dulu..sebab saya tunggu adik saya datang ambil ".

" Dah nak Maghrib ni encik...kawasan ni sunyi..encik pasti ker adik encik nak ambil?". Balqis kembali bertanya. Wajahnya terlukis riak tidak percaya.

" Emm..encik dah cuba call ker? ". Soalnya lagi.

" Err..telefon saya terjatuh tadi dalam parit sebelah tu ".

Lahai..kasihan...,desis hati Balqis. Macam mana ekk? Kang lambat balik nanti ayah sorang-sorang kat rumah.

" Emm..macam ni jelah encik..apa nombor dia..saya tolong telefonkan. Tunggu kejap yer..saya pergi ambil dalam kereta ". Balqis berdiri dan melangkah.

" Saya tak ingat nombor dia ". Ucapan itu buat Balqis terpusing kembali. Dia menepuk dahinya. Adusss...payah ni.

" Emm..takpelah..rumah encik kat mana..saya tolong hantar ya ",pelawanya lagi. Dia tak sampai hati nak meninggalkan pemuda itu bersendirian. Malam semakin menampakkan mukanya.

" Kampung Permata ".

" Ohh..bolehlah encik..saya tolong hantarkan..saya pun lalu kat situ jugak ". Balqis menghampiri bila pemuda itu bangun dan meluruskan tongkatnya. Dia membetulkan cermin matanya yang senget.

" Tak menyusahkan ker?".

" Tak mengapa..sama arah..satu jalan ". tutur Balqis lembut.

Balqis memegang lengan pemuda itu dan memimpinnya.

'Nasib baik dia pakai baju lengan panjang,kalau tak..hishh..berdosa ',bisik hatinya.

Dia memimpin hingga ke pintu kereta wajanya . Penuh berhati-hati dia mendudukkan dan menutup pintu.

" Encik siapa nama ? ". Soal Balqis bila memulakan pemanduan. Matanya terarah pada jalan raya.

" Fari..err..Farid ". Tergagap-gagap pemuda itu menjawab. Balqis melirik sekilas.

" Saya Balqis..panggil Qis je yer ".

" Apa Farid buat kat situ tadi ? ". Balqis menyoal untuk meleraikan pertanyaan di benaknya.

" Saya tunggu adik saya. Kereta dia rosak. So kena tunda. Dia kata nanti nak ambil saya semula. Tapi lama sangat tunggu saya jalan-jalan..mana tahu tersadung tunggul ". Balqis mengangguk-anguk. Dia mengerti perasaan Farid. Mungkin itu yang di rasakan ayahnya.

" Saya tak menyusahkan awak ker Qis? ". Tanya Farid untuk kedua kalinya.

" Taklah..lagi saya gembira dapat tolong sesama insan.". Balqis perasan jawapannya tadi membuat Farid tersenyum lebar. Dia turut menguntum senyuman.

" Farid kerja di mana ? ".

" Kerja??".

Seketika kemudian tawa kecil meletus di bibir mungil Balqis. Dia baru menyedari kebodohannya yang bertanya soalan tak sepatutnya. Ishh..kalau buta nak kerja apa kan..apalah aku ni..isu sensitif tu..

" Maaf..saya bukan ketawakan awak..awak jangan terasa ya ". Ucapnya bila melihat riak muka Farid berubah tadi.

Perlahan senyuman mula terukir di bibir Farid.

" Maaf kalau bertanya..emm..dah lama ker awak pakai tongkat ni ? ". Balqis melirik pada tongkat di sebelah Farid.

" Emm..lama jugak..sejak dari kecil ".

" Ohh..kesian ..takde penderma lagi ya? ".

" Entah..saya tak pernah cuba..".

" Awak nak saya tolong? ".

" Awak nak tolong saya Qis? ".

" Emmm..sekali tolong dengan ayah saya..dia pun sama macam awak..cacat penglihatan ",balas Balqis tenang.

" Dia pun sejak kecil juga ker buta? ".

" Nope..dia sihat tubuh badan..tapi mata dia di mata saya..saya yang buta selepas kemalangan dulu. Ayah saya dermakan mata dia untuk saya. ".

" Ohhh..apa perasaan awak yer bila awak tersedar awak dah hilang keupayaan untuk melihat?".

" Emmm..mula-mula sedih..terlalu sedih..sebab saya muda lagi..baru habis SPM..lama saya mengamuk..mungkin ayah saya tak dapat nak tengok penderitaan saya..tu yang dia bagi mata dia..Banyak risiko sebenarnya. Tapi ayah saya tetap nak buat pembedahan. ". Dada Balqis sebak. Dia masih rasa terhutang nyawa dengan ayahnya walau ianya sudah lama berlaku.

" Ehhh..maaflah..kalau cerita saya membosankan awak ". Balqis tersedar. Dia pun tak tahu mengapa dia begitu terbuka untuk bercerita. Mungkin kerana nasib Farid seperti ayahnya yang membuatkan dia begitu percaya untuk meluahkannya.

" Tak mengapa..saya ok jer ".

" Emm..Kampung Permata. Kita dah sampai. Mana satu rumah awak? ". Mata Balqis terfokus pada rumah yang berderet di hadapannya. Seolah-olah rumah setinggan.

" Yang ada cat kuning tu. Adik saya cat dua hari lepas. Kalau nak tengok saya mana nampak ".seloroh Farid.

" ALLAH! Maaf Farid..saya tak sengaja ". Balqis di runtun rasa bersalah. Dia tak sepatutnya bertanya begitu.

" Tak mengapa..okeylah..terima kasih ya Qis ". Balqis mengangguk walau dia tahu Farid tak akan dapat melihat.

" Boleh ker tu? ". Soal Balqis bila di lihatnya Farid seakan-akan sukar untuk bangun.

" Errr ".

" Tunggu..saya tolong awak. ". Dia membuka tali pinggang keretanya dan bangun. Dia pegang lengan Farid untuk berdiri dan membongkok mengambil tongkat Farid yang jatuh di tanah.

" Nak saya hantar sampai depan pintu ker Farid? ".

" Tak mengapa..di sini sudah cukup..lagipun dah nak Maghrib..tak manis orang pandang "

" Okey..awak jaga diri ya . " Balqis melangkah menuju keretanya.

" Qis! ".

Balqis menoleh bila namanya di laung . Dia segera mendapatkan Farid . Takut kalau-kalau ada apa-apa lagi yang tak kena.

" Ya...".

" Emm..boleh mintak nombor telefon tak ?".

Balqis mengerutkan dahinya. Ehhh..nak buat apa pulak?

" Tak mengapalah kalau awak keberatan. Saya minta diri dulu. Oh ya..terima kasih sekali lagi sebab tolong saya ". Perlahan saja suara Farid.

" Awak tunggu sini sekejap. Saya ambil kertas dulu ". Balqis berlari-lari anak menuju keretanya. Mindanya melarang namun gerak tubuhnya mendahului akal fikiran. Cepat saja dia menulis dan kembali di hadapan Farid.

Dia menyelitkan di poket baju Farid . Jelas salam kesamaran malam dia melihat Farid tersenyum ikhlas.

" Terima Kasih Qis ".

" Sama-sama...okey Farid..Assalamualaikum ". Balqis mengatur langkah dan masuk dalam kereta semula sebelum berlalu pergi..

***********************************************************

" Apa yang kamu tersenyum sorang-sorang tu Farish ? ". Syarifah Asmah menepuk perlahan bahu anak tunggalnya. Dia meletakkan secawan koko panas di atas meja.

" Untuk Farish ker? Terima kasih ummi..ummi memang ibu yang terbaik di dunia ". Farish mengambil cawan dan menghirup minuman dengan penuh gelojoh.

" Hishhh..budak ni..panas lagi tu ",bebel Syarifah Asmah. Dia menggelengkan kepalanya bila melihat Farish terjerit kecil dan mengipas lidahnya.

" Humm..ada apa nak cerita dengan ummi ker Farish? ".

" Cerita apa ? ". Farish bertanya kembali.

" E'eh budak ni..buat-buat tanya pulak dia..ehh..kenapa lengan kamu ni luka? ". Syarifah Asmah membelek lengan anaknya yang berbalut. Nampak kemas. Tapi masih tak dapat meredakan perasaan risau di hatinya.

" Jatuh..hehehe ". Farish tersenyum lagi bila mengenangkan peristiwa itu.

Sebenarnya memang kereta rosak. Dia menunggu Pak Kassim datang. Terlintas idea bila terlihat tongkat pakcik yang di tolongnya tempohari. Dan dia cuba berlakon menjadi orang yang kehilangan penglihatan. mau merasa apa yang mereka rasai. Kegelapan..kesunyian..

Bila dia tersungkur dan di tolongi gadis yang selalu mengganggu lena semenjak terpandang di lampu isyarat, dia hanya mampu mendiamkan diri. Tergamam sebenarnya dengan pertemuan tak di sangka. Bila gadis itu mengandaikan dia buta..dia hanya mengiakan tanpa berfikir panjang.

Masalah sekarang ialah dia mencipta penipuan. Tipu yang dia buta...tipu tentang namanya..tipu mengatakan dia orang miskin..padahal itu semua sebaliknya. Aduhhh..mati aku kalau Qis tahu,keluh hatinya.

" Lah.termenung pulak dia..tadi senyum sorang-sorang..sekarang dah menung panjang pulak. Kamu ada masalah ker Farish? Pasal Mellisa lagi ker? ". Duga Syarifah Asmah bila melihat anaknya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

" Tak lah ummi..pasal Mel tu Farish tak mahu fikir. Semak kan otak jer ",dengus Farish.

Dia rimas dengan Mellisa yang mengganggu dia di pejabat saban hari. Merengek merayu meminta maaf. Mahu saja di layangkan tangan di pipi perempuan plastik tu ,tapi di sabarkan hatinya. Tak mahu mengecohkan keadaan.

" Ummi ni selalu kena tinggal sorang. Walid pergi mana? ". Soal Farish bila lihat ayahnya tiada masa dia balik tadi.

" Tu..pergi surau. Ada majlis yassin ".

Farish mengangguk perlahan. Biasa umminya ikut tapi kakinya bengkak jatuh bilik air tempohari membuatkan dia duduk di rumah saja. Dia memandang kaki umminya yang berbalut. Bengkaknya semakin susut. Alhamdulillah!

" Ummi..susahkan jadi orang buta ni ". Farish bersuara perlahan.

" Kenapa pulak ni..kamu tak apa-apakan Farish? ". Soal Syarifah Asmah risau. Jantungnya berdenyut pantas.

" Tak..cuma Farish kesian kat orang buta. Tak nampak apa pun. Gelap..gelita dunia mereka ".

Syarifah Asmah menarik nafas lega. Hampir tercabut jantungnya menunggu jawapan anak tunggalnya.

" Tapi..mereka nampak sebenarnya Farish. Melihat dengan mata hati. Tak seperti orang yang celik namun buta mata hati mereka ",jelas Syarifah Asmah.

" Kamu bercerita tentang buta ni kenapa pulak? ".

" Emm..haritu..Farish tolong sorang pakcik yang jatuh tepi jalan. So sekarang Farish cuba petang tadi..tutup mata..jalan guna tongkat ". Dia menyeringai.

" Tu yang luka ni ya..ehh..mana kamu dapat tongkat pulak Farish? Dah tu..ada siapa yang tolong tak? ". Soal Syarifah Asmah bertalu-talu. Teruja campur risau.

" Tongkat tu pakcik yang jatuh punya. Lupa nak bagi masa hantar hospital. Bila Farish nak jumpa dia dah balik pulak. ". Farish terkenangkan pakcik yang di tolongnya..sihat ker dia?

" Ohh..ada yang nolong kamu tak tadi? ".

" Ada..perempuan ". Farish tersenyum lagi bila terkenangkan kelembutan suara Balqis..emm..Balqis..seindah namanya..

" Perempuan? Cantik tak ? ".

Anggukkan Farish membuat Syarifah Asmah tersenyum lebar. Hatinya berbisik mengatakan anaknya sudah jatuh cinta lagi. Dia boleh baca dari gerak laku Farish.

" Siapa nama dia? Ehh..entah-entah orang punya " provok Syarifah Asmah.

Senyuman Farish mati. Ya tak ya jugak ekk..aduhh..macam mana nih?,bisik hatinya. Dia menyandarkan badan dan meletakkan tangan di belakang kepalanya.

" Dah lah tu Farish..kalau jodoh kamu..InsyaAllah..ada tu..jangan dok menung panjang. Ummi keluar dulu..walid kamu dah balik dah tu ". Syarifah Asmah berdiri perlahan-lahan. Sempat dia menepuk bahu anaknya perlahan. Sebelum dia menutup pintu sempat dia memandang anaknya yang termenung panjang.

Sebaik saja umminya keluar Farish mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Dia membelek nombor yang di berikan Balqis. Nak call atau tak? Nak atau tak? Kalau tak call aku yang rugi sendiri..kalau call mana tahu tunang orang ker..isteri orang ker..awek orang ker..mati aku kena belasah.

Tapi kalau wife orang tak mungkin dia bagi nombor phone dia kan..Farish tersenyum lebar. Jarinya pantas menaip menghantar mesej.

'Ehh..wait! Kan dia tahu aku buta..mana boleh taip mesej..aduhhhh..masalah betullll!,keluhnya sebelum mencampakkan telefon di atas katil.

Takper..takper..aku kena buat perancanagn lain untuk buat-buat terserempak dengan dia lain kali..ya..ya..itu harus aku buat..tapi aku kena menyamar lagi jadi orang buta yang miskin..aku nak tengok penerimaan dirinya walau aku tahu dia tulus.

Hmmm..kena uji dulu..kalau tak nanti jadi macam Mellisa..penuh kepalsuan!,bisik hatinya.

Kasih Yang Satu [5]

" You nak apa lagi Iqram ? ". Balqis merenung tajam Iqram yang tersenyum-senyum di hadapannya.

Cafetaria agak hingar bingar dengan orang ramai. Mata Balqis menyorot pada Amira yang duduk bersama rakan lain di selang dua mejanya.

Patah seleranya untuk menjamah makanan bila melihat muka Iqram. Dia hanya memesan limau ais untuk basahkan tekak.

" I dah lama cari you Qis..I rindukan you..you pindah rumah ker? Nasib baik you tak berhenti kerja. Kalau tak..humm..tak taulah I macam mana ",keluhnya cuba meminta simpati.

Balqis mencebik dalam hati. Dia bagaikan loya mendengar semua itu. Mudah betul Iqram mengucapkan rindu padanya..

" Untuk apa lagi you cari I Iqram? ". Balqis menyabarkan hati. Kalau di ikutkan rasa mahu saja dia bangun meninggalkan Iqram di situ.

" I rindukan you Qis..I nak kita macam dulu ". Iqram meraih tangan Balqis namun di tepis lembut.

" Maksud you? ". Dadanya berdebar-debar. Apa lelaki ini tak cukup menyiksa hatinya dulu?

" Kita sambung lagi tali pertunangan kita Qis ". Iqram merayu lembut.

Balqis ketawa kecil. Dia menggeleng kepalanya. Dia betul-betul tak faham dengan lelaki di hadapannya. Mudahnya membuang dan mudah juga mengutip kembali.

" Maaf Iqram..I tak boleh terima you kembali. Hati I masih sakit dengan perbuatan you. Hati I masih lagi sedih bila you tinggalkan I tanpa sebab. ". Balqis bersura tegas. Lelaki ini harus di ajar!

" Please Qis..I beg you..please dear ". Mata Iqram penuh pengharapan.

" Beginilah Iqram..I nak tahu ..kenapa you putuskan pertunangan kita dulu ? ". Hatinya di asak ingin tahu. Sudah terlalu lama Balqis mencari jawapan. Puas sudah dia menilai dirinya. Di mana salah..apakah silapnya?

" Itu..err..emm.. I ".

" Just say it Iqram. I dah lama bersedia ".

" Maafkan I sayang..masa tu I buta dengan cinta orang lain ".

" Emmm..jadi sebab wanita lain yer. You kenal dia masa awal kita bertunang atau belum bertunang ?". Soalan Balqis menyebabkan riak wajah Iqram berubah.

" Err..sudah ". Perlahan saja jawapan Iqram.

" So..apa jadi sekarang? Mana dia orang yang you cintakan sampai you cari I lagi ? ".

" Emm..dia cantik di luar tapi tak cantik di dalam. I tertipu dengan kelembutan palsunya. Memang I bahagia mulanya . Dia manja ..tapi lama-lama I rimas..semua bergantung dengan I. "

" Dia tak macam you Qis..you serba serbi boleh..sampai my mum always compare between you and her. Hari-hari I kena bebel sebab lepaskan you dulu ". Tambah Iqram lagi.

" Lagipun dia.."

" Cukup Iqram..cukup ". Balqis bersuara.

" No..you tak dengar semuanya. Dia..".

" I say enough Iqram..Cukuplah.. I tak mahu dengar you burukkan sesiapa lagi. Jangan begitu Iqram..you pernah sayang dia..you pernah cintakan dia..jadi you kena hormat dia bila berpisah dengan you ".Lembut Balqis menasihati. Padanya yang berlaku biarlah hanya Iqram yang tahu. Tak perlu menjaja cerita sini sana.

" Sebab inilah I rasa I tak boleh lupakan you Qis..you penuh pengertian..penuh kelembutan..I mengaku I bodoh lepaskkan you..Maafkan I sayang..kita balik macam dulu..please? ".

" Entahlah Iqram..I tak tahu saat ini I nak ketawa tepuk tangan atau nak menangis bila tengok you macam ni . ". Balqis bingung. Walau dia marah namun dalam hatinya masih ada secebis sayang .

" You dah tak sayangkan I ker Qis? ".

" Maaf Iqram..I sayangkan you sebagai sahabat saja sekarang ini. Kalau you nak I sayang seperti dulu..itu tak mungkin lagi..".

" You dah ada orang lain ker Qis ?".

" No..I dah penat dengan apa yang namanya cinta. Cukup menyakitkan hati ".

" Tapi..Mira kata you nak bertunang dah ? ".

" Mira kata begitu? Bila? ". Soalnya terperanjat. Apa motif Mira ya?

" Jadi..Mira tipu I lah..biar I jangan dekat dengan you lagi ? ". Iqram bersuara tak puas hati.

" Mira tak tipu you Iqram. Memang I nak bertunang pun dah. Malahan dah nak berkahwin pun. Pilihan ayah I. Kalau dulu pilihan I tak menjadi..kali ni biarlah ayah I yang tentukan semuanya ".

Dalam hati Balqis penuh rasa bersalah kerana menipu Iqram. Jelas wajah Iqram berubah tadi. Hampa..kecewa menjadi satu.

" You bahagia ke Qis ?". Soalnya setelah berdiam diri.

" Ya..bahagia..terlalu bahagia ".

" Tapi you cakap tadi you dah penat dengan apa yang nama cinta ? ". Provok Iqram.

" I kata I penat bercinta tak bermakna I tak mahu menjalani gerbang perkahwinan Iqram. Kali ni biarlah kami bercinta selepas berkahwin. Mungkin ada kemanisan akhirnya ". Balqis memutar belit ayat. Dia tahu dia tersilap bicara tadi. Nasib baik dia boleh berfikir dengan pantas.

" So..I dah takder peluanglah ya Qis?". Hati Ibqam terusik hampa.

Balqis tersenyum. Mahu saja dia melonjak bila Iqram percaya kata-katanya tadi. Dia tahu dirinya sudah bebas. Benar-benar bebas.

" Kalau macam tu..tak salahkan kalau kita terus berkawan Qis ? ". Iqram terus mencuba peluangnya.

" Tak..tak salah..tapi tak boleh rapat..just kawan jer. Kalau you ada masalah you cari I yer ".

Iqram mengangguk . Dia tahu inilah balasan yang dia perolehi kerana mencalarkan hati seorang wanita. Dia tahu hatinya hancur bagaikan debu sewaktu Balqis menuturkan dia bakal berkahwin tak lama lagi. Aduhai Balqiss...,hatinya menjerit hiba.

" Qis ". Amira berdiri di hadapan mereka berdua. Dari ekor mata Balqis dia nampak Amira menjeling tajam kepada Iqram. Tapi dia buat tak nampak.

" Emm..Iqram..lunch time dah nak habis. I balik pejabat dulu. Kirim salam to your mum yer ". Balqis berdiri dan mengukirkan senyuman.

" I doakan you jumpa orang yang sesuai dengan you Iqram. Assalamualaikum ". Tanpa menunggu balasan Balqis dan Amira mengatur langkah meninggalkan Iqram yang tunduk menahan sedih.

" Kau cakap apa kat dia Qis? ". Soal Amira sewaktu menunggu lif turun.

" Ishhh..tak menyabar betul ". Balqis menggelengkan kepalanya.

" Kau dah hutang aku banyak cerita tau Qis..",ngomel Amira dan meloloskan diri dalam lif bila pintunya di buka.

" Aku tau lah cik Mira sayang..kalau tak hari ni..esok..lusa tulat..ada kan ",usiknya sambil ketawa .

" Esok ..lusa.. tulat.. cerita dah basilah Qis ..Alah..ceritalah...",rengeknya manja. Tidak di hiraukan orang sekeliling yang menelinga.

" Ishhh..nantilah..la ni..aku nak pergi solat dulu. Nanti kalau lambat aku takut terlupa pulak. Bos pun takder kan..ehhehe ". Balqis tersengih bila Amira menarik muncung empat belas.

" Yelah..yelah..tapi janji cerita tau ".

" Solat sekali Mira..jom..".

" Cuti daaaa". Amira ketawa kecil. Balqis sememangnya istimewa. Sering mengingatkan dia tentang pentingnya menutup aurat..wajibnya bersolat. Sebab itu dia sayang dengan Balqis. Kalau boleh dia mahu Balqis menerima cinta yang tulus bukan macam Iqram! Huh! Bila mengenangkan Iqram hatinnya sakit!

" Dah kenapa tu Mira? Berkerut seribu dahi kau tu. Dah tak comel dah. Kau sakit ker? ". Balqis bersuara bila Mira mendiamkan diri setelah masuk pejabat. Dia yang menjinjit beg telekung terhenti seketika.

" Taklah..aku terpikir bila kita nak dpat bonus ekk?. Dah lama aku tak pergi shopping tau ". Amira berdalih bila 'di tangkap' Balqis.

" Kau memang hantu shoppinglah Mira..Dahlah..aku nak gi solat dulu..kalau telefon berbunyi..so..macam biasa yer..thanks sayang ".Balqis mengeyitkan mata sebelum berlalu bersama tawanya.

'Kau memang tulus Qis..no wonder semua orang sayangkan kau,bisik hati Mira sebelum menyambung tugasannya tadi pagi.

Thursday, August 6, 2009

Kasih Yang Satu [4]

" Qis..apa cerita ayah kau ? ". Amira bertenggek di mejanya sebaik saja sampai di pejabat. Dia berhenti menaip.


" Sihat dah ",ucapnya pendek. Malas nak panjangkan perbualan. Mata kembali fokus pada komputer.


" Weh..takkan tu jer ",Riak muka Amira jelas menunjukkan dia tak puas hati.


" Well..kalau kau nak tau lebih lanjut..tu..telefon..kau telefon sendiri yer..so please..cik Mira..saya ada banyak kerja nak buat ". Sengaja dia tegaskan suara. Amira mencebik dan berlalu di mejanya.


Tepat jam 9.00 pagi Tuan Zailani masuk beserta senyuman.


" Balqis..masuk bilik saya sekejap ",tuturnya lembut.Dia mengangguk perlahan.


Balqis membawa buku nota kecil di tangan. Tugas sebagai setiausahanya membuat dia bersikap sedemikian.


" Ya Tuan..ada apa yang nak suruh saya buat ? ". Balqis berdiri menanti arahan.


" Ehh..jangan begitu formal . Duduk dulu..kita berbual sedikit ".


" Ayah awak dah sihat ?". Soal Tuan Zailani memulakan bicara.


" Alhamdulillah tuan..sihat dah ".


" Siapa jaga dia kat rumah ? ".


" Takder siapa tuan ".


" Makan minum dia..macamana ? ".


" Pagi saya dah masak dulu sebelum pergi kerja. Lagipun ayah saya dah biasa dengan semua tu. "..terangnya panjang. Sungguh dia bersyukur kerana ayahnya mampu menguruskan dirinya walau cacat penglihatan.


" Ohh..okey..berapa lama awak dah kerja kat sini Qis ?".
Balqis termenung dan hitung seketika. Kalau tak silap dah hampir enam tahun .


" Emm..hampir enam tahun tuan ",jawabnya pantas.


" Okey..awak dah ada kekasih?".


Gulp! Soalan jenis apa ni?Mukanya merona kemerahan.Takkan nak padankan dengan anak dia kot,soal hatinya.


" Saya takder masa nak fikir tentang itu semua tuan. Pada saya karier dengan ayah yang penting sekarang ini. Kenapa tuan? ".


" Takder apa..saja tanya..okey..biar saya terus terang jelah yer. Lagi enam bulan saya akan bersara. Tempat saya akan di gantikan dengan anak saya yang akan jadi boss awak. "


" Tuan nak bersara? Ehhh..tapi tuan nampak muda lagi ". Balqis terperanjat.


" Ishh..awak ni..saya dah tua dah..letih nak mengadap komputer dan semua ni. Sepatutnya dengan umur saya ni kena duduk di rumah bermain dengan cucu jer ",seloroh Tuan Zailani yang membuatkan Balqis ketawa kecil.


" Anak saya dah datang semalam..tapi awak cuti kan. Saya dah announce dekat semua orang..kecuali awak. ".


Aku mengangguk kecil. Ohh..patutlah si Amira macam nak cakap sesuatu tadik..ini rupanya..


" Takpelah..lain kali nanti awak jumpa anak saya yer. Itu saja untuk pagi ni ".
Aku bangun dan menyorong kerusi.


" Oh ya Balqis..nanti awak aturkan lunch meeting saya dengan Dato Zarin ya.Dan saya tak mahu di ganggu pagi ni. Siapa saja call cakap saya sibuk ",arahnya tiba-tiba.


Aku mengangguk dan terus keluar. Dalam hati terfikir-fikir..anak tuan Zailani tu sama tak perangai dengan bapanya. Tuan Zailani bos yang amat bertimbang rasa,tak pernah menengking walau aku ada buat kesilapan. Tutur bicaranya sentiasa lembut.Dia pernah di tawarkan pangkat Dato' tapi dia menolak lembut. Katanya apa ada dengan pangkat..


" Qis ". Sergah Amira di hadapannya.


Balqis mengurut dadanya. Hari ini dah dua kali dia terperanjat.


" Kau ni kan..nasib baik jantung aku tip top. Kalau tak..". Balqis mengomel kecil. Dia menjengilkan matanya ke arah Amira yang terkekeh ketawa.


" Kau kenapa? Lepas keluar bilik bos dah macam ayam berak jagung. Ada cerita apa? ".


" Sibuk jer nak tau hal orang ". Balqis membuka fail di hadapannya.
" Oooo..sombong..takper..takper..". Amira pura-pura merajuk.


" Alah musyuk-musyuk..merajuk pulak dah..ishh..buruk tauuu",usik Balqis ketawa kecil.


" Lunch nanti aku cerita yer cik Mira sayang. Sekarang aku nak buat kerja dulu.",tuturnya lembut.


" Janji tau..kalau tak aku takmo cakap dengan kau setengah hari!".


Balqis ketawa lagi mendengar ugutan keanak-anakan Amira. Amira memang istimewa.Teman sepejabatnya sejak awal dia menjejakkan kaki di pejabat ini. Mudah mesra dan cantik orangnya. Patut pun ramai yang tergila-gilakan dia.


Bunyi telefon mematikan tawanya. Cepat-cepat dia angkat.


" Hello..Maju Teguh Sdn Bhd ". Ucap Balqis penuh kelembutan.


" Hello..En. Zailani please. ",garau suara di talian.


" Maaf encik. Bos saya agak sibuk sekarang ini. Boleh encik tinggalkan pesan ?".


" Sibuk? No..aku tak mahu tinggal pesan. Siapa kat sana? ". Kasar saja pemanggil itu bertanya.


" Saya setiausaha dia encik ".


" Ohh..jadi cik setiausaha..tolong sambungkan kepada bos awak. Aku takder masa nak bersembang lama-lama. Aku ada banyak kerja nak buat ". Angkuh saja bunyinya.


Ehhh..macam bagus jer..abis..ingat aku takder keja nak melayan kau ker?,bentak hatinya. Namun dia kawal perasaannya.


" Maaf encik..saya tak boleh ingkar arahan yang di berikan. Encik boleh tinggalkan pesanan? Nanti saya akan sampaikan ya ".


" Hek eleh..lembab betul engkau ni. Kau tau tak siapa aku ?".


" Maaf encik..saya hanya menjalankan tugas jer..siapa ya di sana dan apa pesanan yang encik nak saya sampaikan? ". Dia menggigit bibirnya tanda geram. Takder sopan santun langsung orang melayu kita.


" Aku anak dia...Syed Farish ..so please..".


Balqis tergamam. Terlepas pen di tangan. Alamak..mati aku!! Bakal bos aku..aduhhh..


" Errr..tunggu sebentar ya encik ". Kelam kabut dia menekan nombor.


" Tuan..maafkan saya menganggu. Anak tuan di talian. Nak saya sambungkan ker ?". Bila mendapat kebenaran Balqis menekan nombor tadi. Dia menarik nafas lega.


Ishh..angkuh jer suara anak Tuan Zailani tadi. Itu ker bakal boss aku,aduhh...,masak aku macam nih..Mesti garang semacam jer. Buktinya tadik..tak boleh berkompromi... Balqis termenung panjang.


" Balqis,saya keluar sekejap. Awak dah fixed my appointment ker tadi ? ". Tuan Zailani berdiri di hadapan Balqis tiba-tiba.


Pen di tangannya kembali terpelanting. Jelas dia terperanjat untuk kali ke tiga.Dia segera berdiri.


" Err..belum tuan..",jawabnya takut-takut kerana terlupa.


" Emm..tak mengapa..saya kena balik dah tak masuk pejabat lagi. Awak call thru mu handpone jelah kalau ada apa-apa ".


" Baik tuan ". Balqis mengangguk dan memerhatikan langkah bossnya yang terburu-buru bagai mengejar sesuatu.


Dalam hatinya terdetik sesuatu. Lepas anak dia call dia terus keluar. Apa hal ekk? Matanya memandang Amira di meja bertentangan. Dia mengangkat bahunya tanda tak tahu bila Amira memberi isyarat bertanya mengapa.


Pen di bawah mejanya di capai. Ishh..hari sergah sedunia ker hari ni? Nyaring bunyi telefon bimbitnya dalam beg membuatkan dia cepat-cepat mendongak.


Iqram! Darahnya berderau! Apa lagi mahunya? Dia simpan kembali telefon dalam beg. Malas nak menjawab atau mendengar suara orang yang pernah menyakitkan hatinya. Dia kembali menatap komputer dan terus menaip.


" Maaf..cik..siapa bernama Nur Balqis binti Hasyim ". Balqis tersentak. Matanya mencari tahu siapa yang bertanya.


" Saya Balqis ". Dia segera berdiri. Amira tersenyum-senyum ingin tahu bila dia juga melihat ada seseorang menghantar jambangan bunga pada temannya itu. Lehernya panjang tertoleh-toleh.


" Ini bunga untuk cik.Sila tanda tangan di sini ya ". pemuda itu menghulurkan kertas dan pen.


" Siapa bagi ya? ". Soalnya ingin tahu.


" Maaf cik..saya cuma menghantar saja. Kalau tak silap ada kad di situ. Okey..terima kasih cik ". pemuda itu berlalu bila selesai saja Balqis menandatangani resit tersebut.


" Oittt..saper bagi tu ? ". Amira teruja bertanya.


" Ishhh..kepohlah ",usik Balqis. Hatinya juga ingin tahu siapa yang menghantar jambangan yang cukup cantik itu. Namun selepas saja dia membuka kad yang tertera wajahnya berubah.


To : Sayangku Balqis


Maafkan I atas kesilapan lalu..and I still love you..


Iqram


Jambangan bunga di letak ke tepi. Hilang sudah pujian tadi yang ada cuma kini hatinya cukup marah. Marah dengan sikap Iqram yang mudah berkata cinta. Sedangkan dulu dia di buang bagai tiada harga.


Kalau di ikutkan perasaan mahu saja di campak jambangan itu dalam tong sampah namun maruah Iqram perlu di jaga. Walau Iqram pernah menghadiahkan sejuta luka di hatinya. Dia menyabarkan hatinya sendiri. Jari jemarinya menggigil menahan rasa.


Di satu sudut Amira diam menikus. Walau tak bertanya dia tahu siapa orang yang memberi bunga pada temannya. Pasti Iqram si tak reti bahasa tu! Dia juga turut geram dengan sikap Iqram dulu. Senang senang jer putuskan tunang sebab suka orang lain. Lepas tu terhegeh-hegeh nak balik semula. Memang muka tak tau malu! Teringat dia perbualannya di telefon dengan Iqram semasa Balqis bercuti tempohari.


" Boleh bercakap dengan Balqis ".


" Balqis cuti encik. Siapa ya di sana ? ".


" Iqram di sini. Takpelah..bila dia balik ya? ".


" Iqram? Ada apa lagi awak call Balqis lepas sakitkan hati dia. ?". Bagai peluru Amira bertanya. hatinya mendogkol geram.


" Itu saya punya suka. Awak siapa nak halang saya ? ". Iqram mendengus.


" Sorry..saya kawan dia.dan jadi tanggungjawab saya untuk melindungi teman saya dari lelaki yang tak tahu malu macam awak ni. Jangan cari dia lagi. Dia dah nak berkahwin! ". Amira mencipta alasan tanpa memikirkan apa yang terjadi kemudian dan terus meletakkan gagang telefon.


Lamunan dia terhenti bila mendengar namanya di panggil. Dia menoleh.


" Kau puasa ker tu Mira ? ". Balqis berdiri di hadapannya bersama dompet di tangan.


" Tak ".


" Dah tu..jomlah makan ". Amira melirik jam di tangan. 1.10 petang..ohh..patutlah..cepat-cepat dia mengambil beg duit dan menutup komputer.


Baru saja mahu melangkah keluar darah Balqis kembali menggelegak. Iqram berdiri di hadapannya bersama senyuman!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, August 5, 2009

Kasih Yang Satu [3]

" Kamu dari mana ni Farish? ". Syarifah Asmah menegur anak bujangnya yang baru masuk dalam rumah. Dia menutup suis televisyen. Lagi tadi hatinya bimbang bila lihat jam dah hampir pukul 10 malam. Satu-satu anak lelakinya masih belum pulang pejabat.

" Emm..jumpa kawan ummi ",ucapnya lembut menyalami tangan umminya. Dia duduk bersandar melepaskan lelah.

" Jumpa kawan sampai lewat malam. Takder besok-besok ke bualnya tu Farish ?". Ucapnya kurang senang. Dia menanggalkan cermin matanya.

" Nak balik cepat tadi ummi. Tapi yelah..lama dah tak jumpa Zul jadi terleka sikit. Walid mana ummi ? ". Farish memanjangkan leher melihat luar. Kereta ayahnya tiada.

" Si Zul tu dah balik Malaysia? Lahh..kenapa tak di bawak ke rumah.? Boleh ummi jumpa dia. Lama kan dia kat Mesir sana. Nanti bawak datang rumah..ummi rindu anak ummi lagi sorang tu ". Ucap Syarifah Asmah teruja. Ahmad Zulfar kawan sepermainan Farish dari kecil sehingga dewasa. Dah di anggap seperti anaknya sendiri.

" Walid mana ummi? ". Soal Farish kali kedua. Dia pelik bila lihat umminya tinggal bersendirian.

" Walid? Emm..ummi suruh walid kamu ke kedai. Belikan ummi mee hailam. Teringin pulak nak makan. Malas ummi nak keluar sekali ".

" Lahai..kenapa ummi tak call Farish jer? Boleh Farish tapaukan ..".

" Letih dah jari ummi dail nombor kamu Farish. Manjang tak di angkatnya. Entah apa di buat tak taulah ".,bebel Syarifah Asmah.

" Lahh..ye ker ? ". Farish mengeluarkan telefon bimbitnya. 10 missed call. 2 dari Mellisa dan selebihnya dari umminya. Dia tersengih tanda bersalah.

" Maaflah ummi. Farish letak mode silent tadi. Malas nak dengar bunyi telefon ".

" Kamu tu memang..hemm..kenapa kamu letak silent? Tak pernah pulak ummi tau ".

" Apa lagi..si Mellisa lah..asyik call Farish..hishh..rimas ler ",dengus Farish. Dia benar-benar jengkel dengan perangai Mellisa.

" Apa dia nak? ",kendur suara Syarifah Asmah bertanya. Dia tahu silapnya dulu beria-ia ingin menjodohkan anaknya dengan anak Datin Nelly. Nak jaga standart. Penghabisan..keluarganya malu..Farish patah hati..

" Entah..malas Farish nak layan . "

" Farish dah ada orang lain ?". Soal Syarifah Asmah tiba-tiba bila lihat anaknya termenung panjang.

" Belum ". Sekilas terbayang raut lembut wanita siang tadi di temui di trafic light. Siapakah gerangannya?

" Nak ummi cari kan ?"

" Tak pelah ummi..Farish cari sendiri ".

" Ummi tau..Farish masih marahkan ummi pasal Mellisa ".

" Eh..taklah ummi..dah takder jodoh..walau hati Farish sakit tapi ada hikmahnya ummi. Sekurang-kurangnya ALLAH tunjuk siapa Mellisa sebelum dia jadi isteri Farish. Kalau lambat tahu..kan susah..".,pujuknya lembut.

" Kamu dah hampir 33 tahun Farish. Ummi teringin nak dengar suara budak kecik kat rumah ni. "
" Lahh..kalau gitu ummi jelah bagi adik ke Farish ",usiknya .

" Kamu nih! Main-main pulak! ". Peha Farish di ketipnya kuat.

Farish menyeringai kesakitan. Dah lama dia tak menerima 'hadiah' dari umminya. Segera dia menggosok-gosok pehanya.

Syarifah Asmah ketawa melihat reaksi wajah anak bujangnya. Dia pun tak menyangka tindakan refleksnya tadi.

" Ampun ummi...Farish gurau jer..emm..nantilah..Farish cari dan bawak depan ummi ya ".

" Ummi dah tak kisah siapa orangnya Farish. Asalkan pandai jaga maruah diri dan keluarga sudahlah . Dapat bahagiakan kamu dunia dan akhirat..".

" Ehh..lama betul Walid kamu nih ..",rungut Syarifah Asmah. Dia bangun dan mengintai di tepi jendela.

" Ummi..Farish naik dululah..dah melekit badan ni dari tadi belum mandi ". Farish bangun dan menuju biliknya di tingkat atas.

Ketika dia baru mahu membuka pintu bilik dia dengar deruman kereta ayahnya masuk. Dia menggelengkan kepala. Walid..walid..ada pemandu pun masih lagi nak keluar mencari,suruh jelah Pak Kassim pergi beli.,katanya perlahan.

Tapi seketika dia teringat yang Pak Kassim bercuti hari ini . Balik kampung seminggu. Ohh..patutlah,dia tersenyum dan mencapai tuala dan menghilang di balik bilik air.


******************************************************

Nur Balqis melangkah tenang menuju pintu lift. Tudungnya di betulkan. Jam di selak dari baju kurungnya. 7.45 pagi. Awal lagi,desisnya. Punat di tekan menuju tingkat 10 Menara Ansar.

Sememangnya Nur Balqis lebih suka datang awal dari semua orang. Dia boleh menyelesaikan tugasan yang berbaki semalam. Dia mencari kunci di tas tangan.

" Qis !". bahunya di tepuk perlahan. Pucat mukanya seketika. Dia menoleh.

" Kak Nab..Ya ALLAH..terperanjat Qis lah..ingat siapa ..tadi takder orang tiba-tiba kena tepuk pulak ". Dia mengurut dadanya.

" Mintak maaflah...kak Nab ingat Qis nampak kak Nab tepi pintu tadi. Tu yang kak Nab tegur ". Riak bersalah di muka kak Nab jelas kelihatan.

Nur Balqis menguntum senyuman pada ibu tunggal berusia 40 an itu. Pembantu pejabat di tempat dia bekerja.

" Takpelah kak..silap Qis jugak jalan tak tengok kiri kanan. ". Balqis menolak daun pintu memberi laluan kepada kak Nab agar masuk dahulu.

Dia membuka suis lampu dan menuju mejanya. Tas tangan di letak tepi beserta bekalnya. Bersepah dokumen dalam tray. Dia menarik nafas panjang. Aduhh..baru cuti dua hari..kalau seminggu mau menimbun nih,bisiknya.

" Kak Nab dah sarapan ? ". Soalnya bila melihat kak Nab sibuk mengeluarkan vakum di tepi sudut.

" Dah..dekat rumah . Kamu? ".

" Belum..Qis ke pantri dulu yer. Nak sarapan dulu. Qis masak nasi lemak je hari ni ". Balqis bangun menjinjit bekalnya.

" Banyak ker kamu bawak Qis ?". Kak Nab meninjau dan tersenyum.

" Cukup rasanya kalau nak kongsi berdua. Memang Qis bawak lebih untuk kak Nab pun. Tapi tadi kak Nab jual mahal ",usiknya.

" Bukan begitu..memang kak Nab dah sarapan kat rumah tapi bila kenangkan nasi lemak yang kamu buat macam lapar pulak perut ni ".

" Dah..letak dulu vakum tu. Awal lagi ni..waktu pejabat pukul 9.00 kak Nab...jom..makan dulu ", Balqis menuju pantri dan mengeluarkan pinggan. Dia bahagikan nasi lemak pada dua bahagian.

" Aduhh..wangi betul bau dia Qis..haishh...malang betul nasib kak Nab ni ". Muka kak Nab suram.

" Malang kenapa kak Nab? Cuba cerita dengan Qis. Kenapa lagi? Budak-budak buat hal ker ?",solanya. Terhenti pergerakannya mencedok sambal.

" Yelah..anak-anak kak Nab kecik semuanya. Kalau dah bujang mau kak Nab jodohkan dengan kamu Qis. Dahlah cantik..baik hati..pandai masak lagi! ",pujinya.

" Ya ALLAH..kesitu pulak kak Nab nih..ingatkan kenapa tadik..hishhh! "..

" Betul apa yang kak Nab cakap Qis..kamu memang baik hati..tak kisah kawan dengan kak Nab yang cuma tukang cuci pejabat ni. Kalau orang lain dah lama di jelingnya ",ucapnya sayu.

" Kak..manusia tu semua sama jer kak..yang beza pangkat jer..Qis rasa lebih baik kawan dengan orang yang sama level dengan Qis..yang lain semua pandang harta pangkat dengan rupa je kak ".

" Akak pun tak faham lah Qis. Bodoh betul bekas tunang kamu tu yer. Buta mata dia agaknya lepaskan kamu ",rungut kak Nab sambil menggaul sambal di pinggan.

Nur Balqis tersentak. Mukanya berubah. Dia tak sangka kak Nab menimbulkan lagi perkara yang ingin di lupakannya setahun yang lalu.

" Errrr..kak Nab minta maaf Qis. Kak Nab terlepas cakap ",ucapnya bila tersedar kesilapannya.

" Tak mengapa lah kak Nab..Qis pun dah lupakan dia..". Balqis tersenyum kecil.

" Dah..jom makan..nanti sejuk..dah tak sedap ". Balqis mula menyuap namun di rasakan culup payah sekali untuk di telan. Dia mencapai air milo yang di bancuhnya tadi dan meneguk perlahan.

Dalam hatinya libang libu bila terkenangkan bekas tunangnya. Tiada angin tiada ribut dia di tinggalkan tanpa sebab. Puas dia merayu..puas dia bertanya..senang saja jawapan yang di berikan bekas tunangnya. 'tiada jodoh'! Hatinya sedih kerana di buat begitu. Dirinya umpama tiada harga walau sekelumit pun.

" Qis ".Kak Nab memanggilnya perlahan.

" Ya kak ".

" Kenapa tak makan lagi. Depan rezeki jangan termenung. Tak baik ".

" Qis bukan termenung..Qis tengok akak makan..laju bukan main ",dalihnya sambil ketawa.

" Tulah..sedap benar nasi lemak kamu Qis. Kalau kamu jual mau laku ni ".

" Ishh..tah mahulah Qis..pada akak jer sedap..tekak orang lain tak kan ".

" Kamu tak percaya?. Meh sini akak tolong jualkan nasi lemak kamu. Mesti habis punya ". ucap kak Nab bersungguh-sungguh dan menaikkan ibu jarinya.

" Dahlah..merepek pulak kak Nab nih..dah..makan..makan ". Balqis menggelengkan kepalanya. Sememangnya dia mewarisi kepakaran memasak dari arwah ibunya yang meninggalkan dia bila menginjak usia 17 tahun.

Ibu..Qis rindu ibu!,bisik hatinya perlahan..Dia menyuap makanan masuk kedalam mulut walau pun payah kerana sarapan penting untuk meneruskan tugasnya yang menimbun di atas meja.

Hari ini masih cukup panjang untuk di fikirkan!Hemmm..keluhnya bersama suapan demi suapan...