Thursday, July 9, 2009

Dan Sebenarnya [27]

Adam gelisah di pembaringan. Hatinya berperang sesama sendiri. Antara rindu dan marah. Dia tahu Zara resah. Dia faham Zara gelisah. Tapi dia buat-buat tak tahu walau dalam hatinya penuh rasa rindu. Bukan dia tak perasan mata Zara melirik padanya pagi tadi.

'Ahh..biar dia rasa aku masih marah lagi',bisiknya. Adam tersenyum penuh maknya. Dia tahu dia harus bertegas dengan Zara tentang dirinya. Dia mahu Zara mohon maaf atas semua.

' Keras betul hati dia,sikit pun tak mintak maaf ',getus Adam geram. Adam bangun dari pembaringan. Kini dia berdiri di tepi jendela. Kalau di ikutkan hati,mahu saja dia ketuk pintu bilik Zara. Bukannya jauh sangat pun. Selang setingkat jer. Tapi di tegarkan hatinya.

'Aku nak tengok..sampai bila Zara nak keras kepala',bisiknya dan tersenyum lagi. Namun seketika. Hatinya menggelisah bila terkenangkan 'renungan manja' Ammar Suffiyan pada Zara.

' Mana boleh! Zara milik aku..Ishhh..tak boleh jadik nih '. Adam bergegas keluar bilik. Tujuannya satu. Mahu bersua Zara! Takut-takut kasih Zara beralih arah. Ngeri dia bila teringat kata-kata Nadia tempohari.

" Pergilah abang Is..sebelum semunya terlambat..",Dia cukup susah untuk menerima cinta seseorang. Sekali terluka tak tahu bila nak sembuh ".

Langkahnya di atur laju.Sampai di hadapan lif dia menunggu..Walau seminit di rasanya terlalu lama. Ishhhh..lembab betul!,getusnya. Punat lif di tekan sekuat hati. Bila pintu lif masih belum terbuka dia terus turun menggunakan tangga sambil mulutnya menyumpah seranah lif yang tak tahu apa pun.

' Zara..tunggu Adam sayangg',gema hatinya kuat!


**********************************************************


Hani Zahra


Irama lagu amat mengasyikkan. Begitu menyenangkan . Pelanggan juga tak ramai. Ada lah tak sampai sepuluh orang. Masing - masing bersantai duduk.

Aku membuang pandang ke arah stage. Lagu ' Dan Sebenarnya ' begitu memikat hati. Seketika aku teringatkan Adam. Mana dia agaknya ek?. Lepas lunch sampai sekarang dah tak nampak batang hidung. Masa melawat site pun tak ikut. Marah betul dia pada aku...

' Siapa yang tak mengamuk kalau kena tipu Hani oiii'. Ada suara bergema dalam kepala.
Aku pejamkan mata. Cuba untuk melupakan semuanya. Bagaikan mimpi..semuanya terjadi.

Adakah perasaan benci ini cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu kau jua
merindui aku..

dan sebenarnya..aku rindu
dan sebenarnya..aku tak mampu
tanpamu..


Ya..memang aku tak mampu..tak mampu menahan semua gelojak rasa saat bertemu Adam pagi tadi. Mujur saja aku dapat mengawal perasaanku. Mujur saja aku dapat mengawal bicara dari di hidu orang lain.

Aku menyisip minuman. Mataku masih lagi terarah pada penyanyi tadi. Kini berganti dengan orang lain. Terasa bagai di perhati. Lantas pandangan aku lemparkan ke semua arah dalan cafe'.

Alamakkk..aduhhh..ada kat sini jugak ker dia? Buat apa? Jantungku berdetak laju..

" Hai ". Ammar Suffiyan berdiri di hadapanku menatang segelas air.

" Boleh I duduk?". Tanpa sempat aku menjawab dia menarik kerusi dan duduk di hadapanku.

" You buat apa kat sini Zara?". Ammar Suffian merenungku. Aduuhh..rimasnyaa!!

" Emm..basuh kain".jawabku bersahaja. Dan kemudian terdengar tawa garau dari mulutnya.

" Wahh..pandai buat lawak jugak. I tought you serius orangnya".

" Bukan lawak jer En.Ammar. Biawak pun I pandai buat ",selorohku ketawa perlahan. Ketawa menutup resah dalam dada. Tak selesa sebenarnya bila di renung begitu rupa.

" Ehh..you biar betul. You saja nak mainkan I kan? ".

" Ishhh..bila masa I main dengan you. Kan I duduk diam-diam je kat sini ',usikku lagi dan terus ketawa.

" You kan Zara,cute tau bila buat muka macam gitu ". Ucapannya buat tawaku mati. Aku terdiam seketika.

" Well...I cakap yang betul. You memang cantik apa. Ikhlas I cakap ni. Takkan orang secantik you masih tak berpunya Zara? Dah buta mata agaknya orang kat semenanjung sana. ". Ammar Suffiyan berjeda. Aku menarik nafas panjang. Aduhaiii..perlukah aku terangkan semuanya pada dia? Tapi untuk apa??..Adam pun aku tak cerita apa-apa..

Adamm...where are you?,keluhku dalam hati.

" Zara?".

" Ya."

" Hobi you memang suka termenung ker?"

" Hah??".

" Yelah..you dari pagi tadi asyik menung jer ".

" Ishh..taklah..I tengah fikirkan kenyataan you jer tadi. Tentang cantik tu ",dalihku.

" Oh..ya..so,apa pendapat you? ".

" En. Ammar..cantik tu subjektif. Pandangan masing-masing. Sebab ada yang kata rendah tu cantik,tinggi tu tak cantik. Ada yang suka hitam. Ada yang minat putih.Kadang-kadang orang cantik tulah yang sukar sekali nak cari teman. Sebab semua takut nak dekat. ".

" So..tak salahkan kalau I kata you cantik? ",soalnya bersama senyuman.

" Tak salah..cuma..emm.. I tak selesa. I biasa-biasa jer En. Ammar ".

" Biasa dari yang luar biasalah." Ammar Suffiyan ketawa lepas.

Aku pandang mukanya. Apa sebenarnya yang dia mahu?

" Emm..May I ask you one simple question En. Ammar?".

" Ammar..just call me Ammar,Zara",pintanya lembut.

" Okey..apa dia Zara?". Matanya fokus padaku. Ishhh..dia ni lah..pandang lainlahh,jerit hatiku.

" Apa yang you buat kat sini sebenarnya?".

" Makan",jawabnya pendek.

" Hah??".

" Just kidding..taklah..I rindu kat you ".

" Hah??!!". Aku melongo. Aku pandang mukanya. Mukanya serius. Gulp! Alamak..kan dah sudah..

" Hahaahhaaa..you look so cute lah buat muka innocent macam tu Zara ". Ammar Suffiyan ketawa lagi. Dia ni memang murah ketawa agaknya,bisik hatiku.

" You mainkan I yer ". Aku menarik nafas lega. Lega kerana aku tersilap sangka.

" Lahh.. I kan duduk diam-diam ni. Mana ada main-main ". Ammar Suffiyan memulangkan paku buah keras. Mukaku merah merona menahan malu.

" Sebenarnya I datang sini..emmm..I nak jumpa you. Yelah,esok you nak balik kan. Tak tau bila lagi you nak datang sini. ",ucapnya perlahan.

" Ohh..lahhh..jangan begitu Ammar. Ada masa I datang sini lagi. Lagipun I memang nak datang sini bercuti. Tapi tak tau tempat. Tak tau nak tuju ke mana. InsyaAllah..satu hari nanti I datang lagi. You boleh tolong kan? ". Aku senyum lembut.

Ohh..for you..sesibuk manapun I akan luangkan masa ".

" Hai..boleh join? ". Adam muncul di hadapan kami. Senyumku mati. Darahku berderau. Adam memang suka buat jantungku bergegar! Tiba-tiba jer muncul tak bagi hint!

" Of couse..the more the merrier ". Ammar Suffiyan menjawab bagi pihakku.

" Cerita apa ni? ". Adam bertanya. Wajahnya kelihatan tenang. Seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku di antara kami. Tak seperti pagi tadi.

" Zara..dia mintak I jadi tour guide bila dia ke sini lagi ". Ammar Suffiyan senyum meleret memandangku.

" Ohh yaa?. Zara you nak datang sini lagi? Bila? Tak beritahu pun? Nak honeymoon?". Soalan Adam buat mataku terbuntang. Wah! Adam nak buka rahsia aku pada Ammar ker? Tapi apa sebabnya?.

" Emm..tak tahu lagi bila. Tapi bukan dalam masa terdekat ni ",jelasku pendek.

" Errr..wait..honeymoon? Zara..you dah kahwin ker? ". Ammar Suffiyan bertanya terpinga. Wajahnya penuh persoalan. Dia memandang aku dan Adam silih berganti.

" Lahh..dia tak cakap ker? ". Adam buat suara seolah-olah teruja. Aku gelisah..Mahu saja aku angkat kaki dari situ...tapi..apa pulak yang mereka berdua kata nanti..

" Tak pun. Zara??". Ammar Suffiyan memandang tepat mukaku. Suasana Cafe' yang sejuk tetiba aku rasa panas. Peluhku mula merenik.

" My fiance ni memang begitu Ammar. Dia malu nak cakap dia tunang I. I pun pelik kenapa." Adam memegang jari jemariku. Jantungku seakan mahu berhenti seketika bila Adam menuturkan 'my fiance'.

Wajah Ammar Suffiyan jelas berubah. Muka aku janganlah kata..tak tahu nak terangkan bagaimana..

Aku pandang Adam. Dia tersengih-sengih di depan mataku. Tiada riak marah. Tiada riak benci. Dia menjadi Adamku yang dulu. My Adam!

" Kenapa you turun tak beritau I sayang? Puas I ketuk bilik you tadi ". Adam bersuara manja. Aku terkejut! Sungguh aku terkejut! Mana dia tahu nombor bilikku?

" Emm..dah lewat ni..so I mintak diri dululah..Adam..Zara..Jumpa lain kali ". Ammar Suffiyan bersuara tiba-tiba dan bangun meminta diri untuk beredar. Aku pandang sayu wajahnya..kasihan Ammar! Tapi itu yang sebaiknya..dari dia terus menaruh harapan yang tak mungkin aku tunaikan.

" So,bila datang sini..tak tahu nak kemana..cari I ya..I boleh tolong ". Mendatar saja suaranya.

Aku mengangguk dan tersenyum. Setelah Ammar Suffiyan beredar aku pandang muka Adam. Inginkan kepastian kenapa dia buat begitu tadi.

" You ni kenapa ?". Soalku keras. Tangan aku rentap dari genggamannya.

" Kenapa apa?". Adam buat muka blurnya. Eeee..sakitnya hati aku!

" Yang you kata I tunang you kenapa? ". Aku mendengus. Aku pandang kiri kanan. Tinggal aku berdua saja dengan dia. Jam di pergelangan tangan aku pandang. Lahh..dah hampir 11.00 malam rupanya. Patutlah lengang!

" Salah ker? Takkan?". Adam menjawab selamba.

" You sendiri taukan salah atau tak ".

"Zara...". Adam meraih tanganku. Aku menarik tanganku kembali.

" Sayang..please..I nak cakap ". Adam merayu perlahan. Tak mahu mengecohkan suasana.

" Nak cakap..cakap jelah..yang nak pegang tangan I ni kenapa?". Aku menjeling marah. Tapi dalam hati..Tuhan saja yang tahu betapa kecutnya hatiku!

" Sayanggg..please..listen to me first ". Adam memegang tanganku kejap. Aku meronta minta lepas tapi semakin aku ronta semakin kuat dia cengkam. Lama-lama aku biarkan saja. Yang sakit nanti..tangan aku jugak..

Aku menarik nafas. Cuba meredakan perasaan sendiri.

" Okey..Adam minta maaf atas semua kata yang Adam pernah cakap kat sayang. Adam tak sengaja ". Matanya redup.

'" Tak sengaja? Tak sengaja apa maksudnya?. Tak sengaja cakap yang hati I busuk?. Tak sengaja cakap yang you jijik dengan I ?".sindirku pulangkan paku buah keras padanya.

" Sudahlah Adam..I dah penat dengan semua ni. I dah letih nak jaga perasaan semua orang. I nak cari bahagia dengan cara I sendiri. "

" Zara..sayangg..please..Adam salah..Adam silap. Adam ikutkan hati masa tu. Aadm dah tak boleh fikir dengan baik. Maafkan Adam sayang ". Adam mengelus tanganku dan mukanya penuh pengharapan.

" Kalau you nak minta maaf..I rasa you tak salah Adam. Semua salah I. I yang cari pasal. I lupa siapa I sebenarnya di sisi masyarakat ". Hatiku sebak...Ya..memang aku terlupa..patutnya aku dah sedar semuanya..

" Zara..jangan cakap begitu. I rindukan you. Betul I rindukan you. I tak tipu. Bila you takde I rasa macam nak gila. Please Zara..kita lupakan semuanya..". Adam masih terus merayu. Hatiku sedih..sedih kerana Adam dah terlewat menakluk waktu..

" Lupakan??..ahahaha..tak semudah itu Adam..tak semudah itu..I tak boleh lupakan apa yang pernah you ucapkan. I tak boleh lupakan apa yang you buat. I admit..I rindukan you..tapi..sorry..I tak boleh bersama you lagi. Cukuplah sekali pengajaran yang I terima..". Aku bingkas bangun .

" Sayang..please..I really..really..really love you. Kenapa dengan you nih?". Suara Adam bertukar keras. Aku terduduk bila tanganku di tarik kuat.

" You tu yang kenapa. Tak cukup faham ker dengan apa yang I dah jelaskan ? ". Tanpa sedar aku menjerit kuat. Mungkin terperanjat kerana di tarik sebegitu rupa.

Wajah Adam bertukar merah. Malu barangkali. Pandangan pelayan semua menuju ke arah kami.

" Look! ". Adam menghela nafas kasar.

" I tak tau nak cakap macamana lagi. I just wanna you to know that I really..really love you. I akan pastikan you jadi milik I walau nyawa I jadi galang gantinya! ".

Aku tersentak.Mindaku membeku. Aku dah tak tahu sama ada nak menangis atau ketawa bahagia bila Adam mengucapkan begitu.

" And..I am so sorry dengan apa yang I dah buat. Kalau masa boleh putar kembali, I akan pastikan I takkan lukakan hati you walau sedikit pun. ". Dan Adam terus bangun meninggalkan aku termanggu-manggu keseorangan.

Ya ALLAH..betul ker apa yang aku dah buat? Tanpa amaran..akhirnya..air mataku menitis jua..



1 comment:

  1. Hatiku sedih..sedih kerana Adam dah terlewat menakluk waktu..

    banyak yg tersirat dlm luahan hati zara...

    ReplyDelete