Tuesday, June 1, 2010

Kasih Yang Satu [32]

" Qis..dahlah tu..jangan menangis lagi ". Amira mengusap lembut bahu temannya. Dia faham perasaan Balqis saat ini.

Balqis mendongak. Bibirnya terketar. Mahu meluahkan apa yang bersarang di mindanya saat ini. Tentang apa yang di ucapkan oleh Fakrul sebelum menghembus nafas terakhir.

" Aku...". Balqis terdiam. Hatinya berbolak balik. Kalau di nyatakan seumpama fitnah. Kerana ianya masih tak pasti. Namun hati kecilnya bagai mengiakan.

" Qis..yang pergi takkan kembali lagi..kau doakan moga dia tenang di alam sana ya..dahlah..dah berapa hari kau asyik menangis..termenung..". Amira tak berhenti memujuk.

" Satu lagi..kesianlah kat aku ni..". Raut muka Amira mendung tiba-tiba. Balqis mengerutkan dahinya.

" Kesian? Kau sakit ke Mira? ".

" Yelah..kau asyik sedih jer..takder siapa nak teman aku makan..sudahnya aku pun ikut kau..tak makan..kesianlah kat aku..berlapar jer..kau tak kesian ker? ".

" Miraaaa!..Hishh..kau ni..aku ingat kau kenapa..budak bertuah betul..". Amira mengadoi kecil bila bahunya di tepuk Balqis.

" Thanks Mira..kau selalu ada masa aku perlukan kawan..".

" Well...you know me..". Amira mengangkat keningnya berkali-kali .

" Huh! Riak ler tu ..". Balqis menjuihkan bibirnya.

" Ehem...."Terdengar deheman di belakang mereka berdua.

" Err..boss..". Amira menyiku Balqis . Dia tersengih sendiri.

" Sayang dah makan? ". Farish memandang muka Balqis yang nampak kemerahan dan sembab.

Balqis membulatkan matanya. Biar benar Farish ni,bisik hatinya. Tak pernah-pernah dia memanggil sayang di depan sesiapa.

" Errr...Qis..aku buat kerja dululah ". Amira mengenyitkan matanya.

" Bos..ada apa-apa yang boleh saya tolong? " . Dia melencongkan jawapan. Jarinya ligat mengemas fail yang tak berapa berselarak di hadapannya. Sebenarnya dia segan berhadapan dengan Farish dalam keadaaan begini.

" Sayang ni..lain kita tanya lain dia jawab..pandai mengelak ya..",bisik Farish perlahan. Ada nada rajuk di situ. Balqis mengerling sekilas. Jelas di matanya Amira menelinga.

" Awak..kita kan kat opis ni..formal boleh? ",Balqis menjawab dengan bisikan juga.

" I miss you lah sayang..lunch together ya..". Farish mengerdipkan matanya.

" Errr...lunch?..tapi..".

" Qis..aku lupa nak cakap..nanti lunch aku keluar dengan tunang aku ",jerit Amira dari mejanya.

" So..sayang jangan lupa ya..". Farish tersenyum kemenangan dan melemparkan senyuman terima kasihnya pada Amira kerana memahami.

Balqis bercekak pingang memandang Amira pabila bayangan Farish hilang dari pandangan.

" okey..your welcome..aku faham..biasalah..orang bercinta..adatlah tu ",usik Amira dengan hilai tawanya. Balqis menggelengkan kepalanya. Hishh..dah nak kahwin pun masih macam budak-budak,desisnya.

" Jaga-jaga dengan Mellisa ". Ungkapan itu kembali terimbau di mindanya. Seraya itu dadanya bergetar..lalu pandangan di lemparkan ke bilik Farish..

Benarkah Mellisa seburuk itu? . Haruskah aku terus membahayakan nyawa orang yang aku sayangi? ,gema hatinya.

Bagai mengerti telefon bimbitnya berbunyi. Ada pesanan ringkas yang masuk membuat dia menolak semua fikiran negatif tadi.

' Andai di izinkan ..apa pun terjadi kau pasti jadi milikku..yakinlah padaNYA '.

Serentak itu dia mendongak dan matanya beradu pandang Farish yang tersenyum dari biliknya.

Mudah-mudahan..doanya dalam diam.

Friday, March 5, 2010

Kasih Yang Satu [31]

" Allahuakhbar! ". Cawan dari pegangan Balqis terlepas. Habis berderai kaca di lantai. Dia mengurut dadanya yang berdebar. Terperanjat dengan bunyi kuat di hadapan rumah.

" Qis..kenapa tu? ". Suara Hasyim bergema dari bilik tidur.

" Errr..takde apa-apa ayah..cawan pecah jer..ayah sambunglah tidur ya..Qis nak bersihkan dulu kaca ni ". Jawab Balqis pantas. Dia bergerak perlahan menuju tingkap.

'Bunyi apa ek?',desis hatinya. Matanya cuba mencari keganjilan di luar rumah. Namun telinganya mendengar decitan tayar. Dia mengecilkan mata cuba fokus pada sebuah kereta yang tersadai.

Tiba-tiba dalam samar malam dia nampak susuk tubuh berjalan terhuyung hayang. Jantungnya berdenyut pantas.

Abang! Tak menghiraukan kaca yang berserakan di lantai dengan pantas Balqis berlari menuju pintu.

"Allah! Abanggggggg!!....",jeritnya dari muka pintu.

" Abang..Ya Allah..abang..kenapa ni? ". Balqis memangku kepala Fakrul. Dia dapat rasakan cecair panas di dada Fakrul. Darah? Jarinya menggeletar.

" Abang..bangun...bangun abang...Ya Allah...tolongggg!!tolonggg!! ",suara nyaring Balqis bergema dalam keheningan malam. Air matanya menitis laju.

" Nnnuuurrr...",suara Fakrul lemah.

" Abang..mengucap ..ingat Allah...mengucap bang..",. Balqis teresak-esak menangis.

" kenapa? kenapa ni cik? ". Ada satu suara menegurnya.

" Tolong telefon ambulan..tolong encik..tolong kawan saya encik".

" Nnn...Nuuu...Nurrrrrr....jjj..jjaagga..dddd..Allahhh...",Fakrul mengerang lemah. Dia tahu nyawanya akan melayang bila-bila masa saja.

" Abang jangan banyak cakap..jangan bergerak..mengucap bang ". Balqis menoleh kiri kanan. Hatinya menggerutu. Terasa lama bantuan untuk sampai. Dia semakin takut melihat darah yang tak berhenti mengalir.

" Hatt..hatttii..hattiii..Allah...Allahh...deng..denngg..dengggg..ann..Melll ..".

Jantung Balqis bagai mahu terhenti bila mendengar Fakrul menyebut nama Mellisa. Serta merta dia teringatkan perbualannya sebentar tadi. Fakrul menyuruhnya berwaspada sentiasa.

" Abangg....dahlah..jangan bercakap lagi..mengucap bang..mengucap..ikut Nur ya..Ashaduallahillahaillallah..". Balqis bersuara sayu di tepi telinga Fakrul. Dia dapat melihat mulut Fakrul terketar-ketar cuba mengikuti . Air matanya semakin laju.

Dan..dengan perlahan mata Fakrul tertutup. Pegangan di tangannya terlepas. Balqis memejamkan mata. Innalillah...bisiknya dalam sendu.

Di hujung simpang sayup kedengaran siren ambulan yang makin lama makin jelas di telinganya.



****************************************************************************

Di kondo mewah pinggiran bandar Mellisa tersenyum puas. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan dari orang suruhannya.

" Mampus kau! hahahahaaa...". Dia ketawa kuat.

Dia tahu Fakrul akan membelot. Dia tahu Fakrul kenal dengan Balqis. Dia dapat mengagak dari riak muka Fakrul saat melihat gambar yang di ambilnya.

" Kau ingat kau boleh lari dari aku?..heh! Ini Mellisa lah..". Dia menepuk dada kuat seolah-olah Fakrul ada di depannya.

" Well..well..welll...lepas ni giliran kau pulak! ". Dia mengambil pisau di dapur dan menyucuk pada gambar Balqis.

" Farish sayanggg..lepas ni..tak akan ada siapa yang jadi penghalang..tunggu I ya sayang...sikittt je masa lagi...sikit jeeeeee..". Dia membelai frame gambar dan melekapkan di dadanya.

Dalam mindanya merangka satu agenda..yang pasti..apapun cara..Farish akan tetap jadi miliknya!

Thursday, February 4, 2010

Kasih Yang Satu [30]

" Nur "

Balqis menoleh mencari siapa gerangan yang memanggil.

" Kat sini...".

Kepala Balqis terjenguk-jenguk dalam kepekatan malam. Sekilas dia ternampak bayangan seseorang duduk dalam kegelapan.

" Abang?..Is that you? ". Soal Balqis riang bila dapat mengecam suara yang menegurnya. Tak siapa yang memanggil namanya Nur kalau tak bukan Fakrul. Laju kaki dia melangkah.

Mulutnya melebar dengan senyuman. Dia terasa bagaikan mimpi bila berhadapan dengan orang yang dah di anggap sebagai abangnya.

" Nur sihat? ".

" Alhamdulillah..ehh..kenapa duduk dalam gelap ni..jom masuk rumah Nur. Ayah pun ada kat dalam ". Pelawa Balqis.

" Takper..abang dah jumpa ayah Nur..lagipun abang sekejap je ni . Abang cuma nak jumpa Nur jer ". Fakrul menghadiahkan senyuman hambar. Dia dapat melihat wajah ayu Nur Balqis. Dia masih lagi dapat merasa kelembutan hati Nur Balqis. Dan dia faham kini mengapa Mellisa begitu membenci Nur Balqis.

" Bila abang sampai? Lama ke tunggu Nur? ".

" Lamalah jugak..ni Nur baru balik kerja ke? ".

" Hmm..ia..". Nur Balqis mengangguk.

" lewatnya? ". Soal Fakrul memandang jam. Hampir pukul 8.30 malam.

" Ni kira awal abang..selalu Nur balik hampir pukul 10. Banyak kerja nak di bereskan. Dah akhir tahun kan..macam-macam nak buat ",jawab Nur Balqis jujur.

" Jangan balik lewat sangat Nur. Awak tu perempuan. Bahaya. ". Tegur Fakrul berkias.

" Takpelah abang..InsyaAllah Nur tak apa-apa..Nur ada Allah yang melindungi Nur sentiasa ".

" tapi kita tak tau kemungkinan yang datang Nur..abang tak nak jadi apa-apa pada Nur ".

" Hishhh..lain macam je abang cakap ni..jangan lah macam tu..abang doakan Nur selamat sentiasa dah lah yer abang..",pujuk Nur Balqis.

" Tapi..abang tetap nak Nur sentiasa berwaspada. Jangan ambil mudah bila ada orang yang mengugut Nur ".

" Hmmm..lain macam je abang cakap ni..is there someting you want to tell me abang? ". Provok Nur Balqis. Dadanya berdebar-debar. Adakah Fakrul tahu kisah hidupnya kini yang di belenggu ugutan Mellisa?

" Ehh..taklah..abang..errr..cuma cakap jer..kita manusiakan..selalu terleka..ehh..dahlah..abang nak balik dulu..ada masa abang jumpa Nur lagi ". Fakrul bingkas berdiri. Dia kenal sangat Nur Balqis yang mudah meneka apa saja dalam gelodak hatinya.

" Terima kasih abang sebab datang jumpa Nur..abang bagilah nombor telefon. Nanti senang Nur nak cari abang bila something happen. Manalah tau apa yang abang takutkan jadi kenyataan ",usik Nur Balqis dengan ketawa kecil.

" Nur!! Abang tak sukalah Nur cakap macam tu! ". Suara Fakrul meninggi. Rahangnya bergerak-gerak.

" Nur gurau jelah abang..abang ni pun..haaa..bak nombor telefon ". Nur Balqis mengukir senyuman. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyimpan nombor yang di sebut Fakrul.

" Okeylah Nur..abang balik dulu...ingat..jaga diri Nur..apa-apahal call abang tau ".

" yes sir! ". Nur Balqis memberi tabik.

Fakrul ketawa senang hati. Nur Balqis masih seperti dulu. Yang manja,yang cukup menghiburkan hati.

Balqis menghantar pemergian Fakrul dengan mata. Bila bayangan Fakrul menghilang dalam pekatan malam dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Dalam kereta Fakrul berperang dengan perasaan sendiri. Antara kasihnya pada Nur dan maruahnya dalam genggaman Mellisa.

Melihat wajah bening Nur Balqis tadi dia tak sampai hati. Cukup tak sampai hati untuk melunaskan permintaan Mellisa yang sudah melampau.

Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan telefon. Dia menekan-nekan nombor dan menunggu talian di sambung.

" Hello Mel..aku ni..".

" Mel..aku taknak buat kerja tu..esok aku pulangkan balik duit kau ".jawab Fakrul tegas . Dia bertekad untuk tidak mahu menanggung dosa besar lagi. Soal mencabut nyawa bukan dalam genggamannya.

" I don't care Mel..apa kau nak buat sekalipun! I don't care!! ",tengking Fakrul. Wajahnya merah . Dia menggenggam tangannya kuat. Kalau Mellisa ada di hadapannya mahu saja dia menghadiahkan penumbuk atas kebiadaban Mellisa.

" Fine..kau berani buatlah..silap-silap kau tu yang aku bunuh kalau kau sentuh Balqis! ",ugut Fakrul cuma menakutkan Mellisa.

" You go to hell! Damt it! ". Jerkah fakrul sebelum memutuskan talian. Telefon bimbit dia campak ke tepi. Dia mengusap-ngusap muka .

Astagafirullah! Apa aku dah buat ni? Ya Allah..Nur..Ya Allah...selamatkan Nur Balqis...

Tiba-tiba tingkap cermin keretanya di ketuk. Dia menoleh . Tingkap keretanya di buka.

" Ya encik? ". Soal dia kepada dua lelaki berbadan sasa berjaket kulit di hadapannya.

" Awak Fakrul? ".

" Ya saya..kenapa? ".

Bammm!! Semuanya bagaikan angin. Tiba-tiba saja dia merasakan sesuatu yang mengalir dari celah bajunya. Dia meraba dan melekit. Tangannya menggeletar. Nafasnya tersekat-sekat sebelum semuanya gelap!

Tuesday, January 26, 2010

Kasih Yang Satu [29]

Mellisa memutar mutar straw . Matanya melirik pada jam tangan Guess. Hampir pukul 2 petang.

" Hishh..manalah mamat nih. Tadi cakap dah nak sampai ",bentaknya perlahan. Dia menyedut fresh orange sambil matanya meliar mencari seseorang.

'Hah! sampai pun,getusnya. Dia menjeling orang di hadapanya yang tersengih-sengih.

" Sorry Mel,aku lambat..jalan jem ". Fakrul mengibas bajunya. Jelas peluh merenik di dahinya.

" Jalan jem konon..sudahlah..tak payah kelentong aku..jalan mana yang kau ikut? setahu aku rumah kau dengan restoran ni cuma ambil masa 15 minit jer ",sinis Mellisa bersuara.

" Errr..hauslah Mel..order kan aku air..",pinta Fakrul cuma menukar topik.

" Banyak cantik muka kau? Dah lah aku tunggu berejam..lepas tu alasan tak munasabah langsung..sekarang kau nak aku orderkan kau air? ". Mata Mellisa melotot marah. Hatinya panas.

" yelah..yelah..aku salah..sorry lah..kau ni..sekarang gurau pun tak boleh..hangin satu badan jer ",jawab Fakrul perlahan. Dia melambai pelayan restoran dan memesan minuman.

" Hmmm..apa hal kau beria nak jumpa aku? ",soal Fakrul. Dia tak mahu bergurau lagi melihat betapa keruhnya muka Mellisa saat ini.

" Rul..kau kena tolong aku..aku..dah buntu sangat ni ". Intonasi suara Mellisa berubah menjadi manja.

Fakrul mengecilkan matanya. Haaa..mesti nak suruh aku buat sesuatu ni,desisnya.

" Apa dia? ".

" Macam ni..aku..". Mellisa tak jadi meneruskan kata bila pelayan restoran datang menghidangkan minuman untuk Fakrul.

" Hmm..apa? ". Soal Fakrul sejurus saja pelayan beredar.

" Aku nak kau bunuh seseorang ",bisik Mellisa perlahan.

" Hah? kau gila ke apa? ". Riak muka Fakrul berubah.

" Tak..tapi diaorang yang buat aku gila ".

" Cuba kau cerita satu persatu..ni pangkal takder..ekor takder..alih-alih nak suruh aku bunuh orang..".

Mellisa mengeluh. Dia sendiri tak tahu macam mana nak mula. Tapi bila fikir-fikir balik memang salahnya. Tiba-tiba bagi usulan begitu.

" Sebenarnya macam ni.....".

Fakrul mendengar penuh minat tanpa mencelah. Sekejap dia melihat muka Mellisa merah menahan marah,sekejap sekejap dia melihat ia berubah menjadi sayu.

" Haaa..macam tulah..so ..how? boleh tolong aku tak? ". Dada Mellisa berdebar-debar. Sungguh dia mengharapkan pertolongan Fakrul kini. Hatinya semakin hari semakin sakit melihat Balqis.

Fakrul menggeleng kepala. Dia tak sangka sampai begini tindakan Mellisa demi mencapai kepuasan hatinya.

" Kau geleng tu maknanya tak boleh lah tu? ". Soal Mellisa cemberut.

" Mel..berdosa besar tau bila bunuh orang ni..". Jawab Fakrul jujur.

" Heh! Sejak bila kau tahu dosa pahala ni Fakrul? Habis..yang kau ratah aku dulu tak dosa? ",bentak Mellisa .

" Tu dulu Mel..aku..tak nak terlibat lagi dalam kes ni..apatah lagi bunuh orang..kau ingat senang lepas ke? kau ingat negara kita takde undang-undang ke? ". Fakrul cuba berdiplomasi. Dia tak mahu bertikam lidah dengan Mellisa. Dia kenal benar perangai Mellisa yang tak mahu mengalah.

Dia juga tak mahu terus bergelumang dengan dosa bila hanyut dalam dakapan Mellisa. Dia kini tak mahu terus terbelenggu dengan rasa bersalah pada dirinya.

" Fine! kalau kau tak nak tolong aku...okey..fine....tapi kau kena ingat..aku akan sebarkan 'gambar sensasi' kau dalam internet. Biar kau tau rasa! ",ugut Mellisa berserta senyuman sinis. Dia kena menukar strategi. Kalau cara baik tak berkesan harus dia gunakan cara ini.

" Kau memang dah gila Mel! ",jerkah Fakrul.

" So? ". Mellisa menjungkitkan keningnya.

" Okey..okey..aku buat..mana gambar orangnya? ". Fakrul menyumpah-nyumpah dalam hati. Dia dah takder pilihan lain. Di telan mati emak di luah mati bapak.

" Haaa..kan bagus kalau kau macam ni lagi tadi..",ejek Mellisa. Dia menyelongkar tas tangan dan mengeluarkan envelop. Dia lempar di hadapan Fakrul.

" Dalam tu..ada gambar dengan upah kau sekali..tapi aku bayar separuh..separuh lagi kau akan dapat bila kau siapkan tugasan..".

Fakrul mengangguk perlahan.

" Tapi ingat..aku nak sekali dengan bukti dia dah mati ". Pusing Mellisa. Dia mahu kepastian. Dari riak muka Fakrul dia tahu temannya ada agenda lain.

" Hah? Bukti? ".

" Yelah..baru aku percaya yang dia dah lenyap dari dunia ni ". Jawab Mellisa tegas.

Fakrul terdiam. Dia tak sangka. Dari kejelitaan raut wajah yang Mellisa miliki rupanya terselit hati yang sungguh jahat. Jarinya mencapai envelope bersederhana besar.

Namun..bila saja terpandang wajah di gambar itu dia tersentak.

Nur?

Wednesday, January 13, 2010

Kasih Yang Satu [28]

" Jauh menung nampak ". Sapa Syarifah Asmah. Dia duduk bersebelahan Farish yang tersenyum hambar.

" Ummi..hmm..". Farish mengeluh perlahan. Dia kembali memandang langit kelam.

" Sejak bila..anak ummi ni pandai mengeluh?..Kenapa Rish? ". Dahi Syarifah Asmah berkerut.

" Ummi..patut tak Rish ambil sesuatu yang akan jadi hak orang lain? ". Soal Farish perlahan.

" Pasal Balqis maksud kamu? ".

Farish mengangguk. Dia berpeluk tubuh. Keluhan terletus lagi dari bibirnya.

" Kamu nak lepaskan dia ke Rish? ". Duga Syarifah Asmah.

Sepantas kilat Farish menoleh. Dadanya berdebar mendengar pertanyaan umminya." Maksud ummi? ".

" Yelah..kalau sekarang kamu dah tak berani nak pertahankan cinta kamu..macam mana kamu nak lindungi dia seumur hidup nanti? ". Kias Syarifah Asmah.

" Errkkk..". Farish tergamam. Ada betul kata ummi ni,tapi..bila teringatkan insiden tadi di hospital hatinya berbolak balik.

" Dahlah..ummi nak masuk. Kamu jangan lama-lama di luar ni. Sejuk..". Syarifah Asmah menepuk lembut bahu anaknya dan terus berlalu.

Farish duduk membeku. Mindanya berputar-putar mengingatkan peristiwa tadi yang mencalar perasaannya.

Sememangnya dia dan Balqis memang nak berjumpa dengan Iqram. Tapi dia menyuruh Balqis turun dahulu sementelah dia menjawab panggilan penting dari pejabat.

Bagaikan ternampak-nampak gurau senda antara Balqis dan Iqram. Masih terngiang-ngiang di cuping telinganya suara Iqram merayu rajuk.

Takut nanti Balqis merasa serba salah dia terus melangkah pergi. Tak menoleh lagi. Sampai saja di kereta dia mendapat panggilan dari Balqis bertanya kehadirannya. Dan..terpaksa dia berbohong mengatakan umminya tak sihat.

Sengaja dia bertanya pada Balqis samada Balqis menyayangi dirinya atau tak. jawapan yang di terima hampir melegakan cuma bila Balqis menjawab tapi..di akhir kata cepat-cepat dia mahu memutuskan panggilan. Dia tak bersedia menerima apa-apa kemungkinan setakat ini.

' Awak tahu tak Qis..?..saya rindukan awak..saya..sayangkan awak',gumamnya perlahan seolah-olah Balqis ada di sisi. Dia menyandar dan memejamkan mata.

' Saya tahu..'.

Farish menggelengkan kepalanya. Bibirnya tersungging senyuman. Hishhh..terlalu rindu sampai suara Qis pun aku dengar..apalahhh...

" Yang awak tergeleng-geleng sorang sorang ni kenapa? ".

Farish membuka matanya. Sepantas kilat dia menoleh. Errkk..Qis?..Balqis??.

" Hah! Terkejut ke atau buat-buat terkejut? ",usik Balqis dengan senyuman.

" Errr..awak? ".

" Yalah..saya..takkan hantu pulak..awak ni pun..",seloroh Balqis. Dia ketawa.

" Bila sampai? ". Soal Farish tersengih menyedari kesilapannya.

" Baru jer..ummi awak cakap awak kat sini ".

" Hmmm..kenapa datang? ".

" Saya rasa awak perlukan penjelasan..dan saya perlukan kepastian dari awak..tentang kita..".ucap Balqis tegas.

" Maksudnya? ".

" Saya rasa awak tak ikhlas sayangkan saya ".

" Hah? ". Riak muka Farish berubah. Tak ikhlas? Apa maksud dia ni?

" yelah..awak..seolah-olah relakan saya pergi dengan Iqram ".

" Bukan macam tu.."

" Then macam mana? Boleh terangkan pada saya supaya saya faham semuanya? ".

" Hurmm..saya sayangkan awak Qis..demi Allah..saya sayangkan awak..Tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya..cuma..saya tak mahu kasih sayang saya ni membebankan awak..sedangkan saya dah tahu..awak serba salah saat ni..antara saya..dan dia..".

" saya rasa kerdil kalau nak di bandingkan dengan Iqram..dia sanggup mencederakan diri dia semata-mata untuk awak Qis..saya tak mahu..bila awak dengan saya..awak rasa bersalah dengan dia..tapi dalam masa yang sama saya tak mahu kehilangan awak Qis..saya tak nak..".

" Qis..saya nak tahu..awak.. cintakan saya? ". Soal Farish teragak-agak. Dadanya bagai di palu menunggu jawapan Balqis.

" Ya..saya..cintakan awak..". Balqis mengangguk. Matanya berkaca..hatinya hiba..kasihan lelaki ini..

" Alhamdulillah..terima kasih Qis..". Ingin saja Farish menjerit tika itu. Ingin saja di peluk Balqis saat ini..namun mengenangkan batas agama terpaksa di sabarkan hatinya.

" Awak..saya balik dulu ya..antara kita dah selesai..saya nak selesaikan dengan Iqram pula..".

" ehhh..cepatnya? ".

" Dah malam awak..bukannya makin siang ". usik Balqis dan berdiri.

" Saya hantar ya..". Farish turut bangun. Tapi matanya dapat menangkap kelibat umminya di tepi tingkap. Hishh..ummi ni..macam tak percaya anak dia pulak,getusnya perlahan.

" No..thanks..saya drive sendiri..saya balik rumah dulu tadi..jumpa esok ya kat ofis..assalamualaikum ". Balqis melangkah perlahan menuju Syarifah Asmah yang sudah keluar mendapatkannya.

" Qis balik dulu ya ummi..". Balqis menunduk bersalam.

" baik-baik ya bawak kereta Qis..senang-senang datang lagi rumah ummi ya..tak payah nak tunggu Farish jemput..datang jer ". Syarifah Asmah tersenyum senang hati.

" InsyaAllah..okey awak..saya balik ya ". Balqis mengerdipkan matanya.

Farish mengangguk perlahan. Dia menghantar Balqis hingga hilang dari pandangan. Bila dia menoleh terukir senyuman sinis dari umminya.

" hah! dah senang belum hati tu? ",usik Syarifa Asmah.

" Ummi ni...". Merah muka Farish menahan segan.

" dah..dah..jom masuk..dah malam dah ni..". Syarifah Asmah memeluk bahu anaknya mesra..

Ya Tuhan..semoga kau permudahkan jodoh mereka berdua,bisiknya dalam hati.


Tuesday, January 12, 2010

Kasih Yang Satu [27]

Hari ini masuk hari ketiga berturut-turut Balqis menjenguk Iqram di hospital. Tiga hari berturut juga Balqis di hantar Farish. Dia tahu Farish terluka. Berulang kali dia menolak pelawaan Farish untuk menghantarnya ke hospital. Tapi..semakin dia menolak semakin Farish berdegil.

Katanya..biarpun hanya seketika..cukuplah dapat lepaskan rindu yang menyiksa.
Bukan Farish tak tahu apa cerita sebenarnya antara dia dan Iqram. Semua sekali Balqis cerita. kasihnya..cintanya..dan betapa degilnya manusia bernama Iqram.

" Qis makanlah jugak ",pujuk Iqram bagai anak kecil. Dia menggoyangkan tangan Balqis.

" Hishh...yang sakit kan Iq,bukan Qis..dah..makan sikit lagi ya..". Balqis tersenyum paksa. Cuba meredakan betapa tersentaknya dia tadi.

" Alah..makanlah jugak..pleasee...".

" No thanks..dah..cepat..lagi berapa suap je ni..bukak mulut besar-besar ya..". Balqis menyudu bubur di hadapan Iqram.

" Tak mahu! ". Iqram menutup mulut dengan kedua tangannya.

Balqis mengeluh. Kalau dah degil tu degil jugaklah!,getus hatinya. Tapi segera dia menyabarkan hatinya mengenangkan Iqram yang masih tak sihat.

" Janganlah macam ni Iq..okey..Qis janji..lain kali Qis makan sekali ya ". Balqis memaniskan muka.

" Janji? Promise? ". Soal Iqram girang

Balqis mengangguk perlahan. Matanya mengerling jam di dinding. Sudah pukul 8 malam. Mujur ayahnya faham situasinya. Mujur juga ayahnya memberi keizinan untuk dia melawat Iqram sehingga lewat malam.

" Sayang?..".

" Hmm..".

" Sayang takkan tinggalkan Iq kan? ".

Balqis tersenyum kelat. Hatinya pedih. Teringat permintaan yang sama dari seseorang yang mencuri hatinya kini. Tuhanku..bagaimana aku harus menjawabnya?

" Heyy..sayang..ingat apa ni?Taknak jawab lah tu..sayanggg..penat tau Iq bukak mulut..cepatlah.. ",rengek Iqram.

Balqis tersentak. Dia memandang lengannya yang di pegang Iqram. Dia mengeluh seketika.

" Iq..please.. ". Matanya memandang Iqram meminta pengertian.

Perlahan Iqram melepaskan pegangan. Dia mengangkat kedua tangannya.." Okey..okey..nak manja-manja pun tak boleh..kedekut betul sayang ni lah ",rungut Iqram.

" Dosa tetap dosa Iq..bukan boleh buat main-main..",jawab Balqis perlahan.

" Yelah..Iq kan jahat..Iq tahu sayang baik..",sinis saja jawapan yang meluncur dari bibir Iqram.

Balqis mengeluh. hishhh..lain orang cakap lain pulak yang dia faham..aduhaiii..

Mangkuk bubur dia letak di tepi bila melihat Iqram menutup mata. Mukanya masam. Terasa barangkali.

" Iq..jangan macam ni okey..Qis salah..Qis minta maaf ya..".

" Sayang tak salah..tak pernah salah..Iq je yang selalu buat salah ",keluh Iqram dalam diam.

" Dah lah ye Iq..kita cerita pasal lain topik ya..Iq pun bukan sihat sangat kan..",pujuk Balqis lembut. Dia tak mahu kesihatan Iqram akan terus terganggu.

" Sayang memang baik..Iq je yang bodoh lepaskan sayang dulu..maafkan Iq ya sayang? ",pinta Iqram penuh pengharapan. Ada sendu terpancar dari sorot matanya.

Balqis mengangguk. Sungguh dia tak pernah berdendam dengan apa yang terjadi dulu. Malahan dia berterima kasih kerana kalau tidak kehilangan Iqram dia takkan dapat mengenali Farish.

Farish! Balqis seakan tersedar sesuatu.

" sayang? kenapa ni? sakit ke? kenapa tiba-tiba pucat muka tu? ".

" Errr..Iq..Qis keluar kejap..nak buat panggilan..tunggu kejap ya ". Terburu-buru Balqis keluar tanpa sempat Iqram berkata-kata.

Sejurus keluar matanya melilau mencari seseorang. Dia mendail handphonenya.

" Assalamualaikum awak..awak kat mana ni? ".

" Hmm..dah balik? kenapa tak masuk dulu tadi..jumpa kawan lama? ".

" Hishh..kesitu pulak..takpelah..awak rehat ya kat rumah..nanti saya balik sendiri..terima kasih sebab hantar saya ya..".

" Awak dah tahu jawapannya kan..ya..ya..saya sayangkan awak juga..tapi..".

" Hmm..dahlah..esok kita jumpa ya..nite awak..jaga diri..assalamualaikum ".

Balqis termenung seketika setelah memutuskan talian. Farish..saya sayagkan awak..saya tetap sayangkan awak..tapi kenapa takdir menduga begini hebat? di hadapan saya Iqram berdiri teguh meminta kepastian..sedangkan saya menyayangi awak..saya tak boleh mengatakan tidak pada Iqram..dia...

Balqis mengeluh perlahan..Dia memejamkan matanya..Farish..mengapa sukar sekali perjalanan kisah kita?.

" Qis ". Sapaan lembut menampar telinganya.

Bila matanya terbuka darahnya berderau. Iqram! Dengarkah dia semuanya?