Thursday, July 23, 2009

Rahsia Hatiku [2]

Aku termenung seketika. Emm..nak karang macm mana ekk..Naim ni pun satu hal..dia sakan bercinta aku yang kena tempiasnya !

Tapi aku tau aku tak boleh menolak permintaan dia. Lalu aku pejam mata cuba membayangkan sekiranya aku yang bercinta dengan Naim..apakah ayat yang harus aku karang. Alahai Naim..andai saja kau tahu apa rahsia hatiku selama ini...

andai kau tahu rindu ini
merasuk melingkar dalam hati
pasti
kau kan sambut dengan sepenuh hati
membelai jiwa hati nurani..

andai kau tahu cintaku membara
membakar menghanguskan jiwa
pasti
tak mungkin kau kan tertawa
saat aku bersuara
aku sudah jatuh cinta...

'Hmmm..siap pun..esok dah kena bagi Naim..Aku lipat dan simpan dalam beg.

Mataku terarah pada diari. Aku buka. Sekeping gambar aku tatap. Gambar aku dan Naim ketika di malam halu siswa.

'Asyraf Naim..bisikku perlahan. Aku tahu aku dah jatuh cinta padanya. Sejak aku menjejakkan kaki di UTM ini. Namun kerana penampilan aku yang kurang dari segala-galanya aku terpaksa pendam saja.

Aku bangun dan mengadap cermin. Hmmm..memang kurang pun ..cuma satu yang aku ada..at least boleh di banggakan lah jugak. Aku ada lesung pipit di kedua-dua pipiku.

Tapi..apa gunanya..Naim masih tak nampak pun,keluhku.

Bukan aku pinta nak jadi begini. Semuanya bermula selepas aku kehilangan papa. Aku hilang punca untuk berdiri. Mama sibuk dengan kerjaya. Tak sampai tiga tahun mama bertemu daddy dan berkahwin. Aku benci dengan perbuatan mama..seolah-olah mengkhianati papa..tapi apa boleh aku buat..terima atau tak benda dah jadi.

Daddy? Hmmm..pada aku dia baik..cuma aku tak berapa berkenan dengan sikap Ainur Insyirah. Dia sebaya denganku..cuma berbeza bulan jer..belajar di tempat yang sama..eeee..bosan betul!
Dan sekarang..orang yang aku suka..pun suka kat Insyirah..Huh! benciiiii...

Bila pintu bilikku di ketuk cepat-cepat aku sembunyikan diariku. Ishhhh..rahsia tu..

" Ariana ". Mama menjenguk.

" AJ lah ma..apa pulak nama tu ",bantahku dan duduk di atas katil. Melunjur.

" Ishhh..mama dengan arwah papa penat-penat cari nama sedap untuk kamu..tukar pulak ". Mama mengetip pehaku. Adusss...

" Manader AJ tukar ma..kan singkatan tu ",ulasku menggosok peha.

" Ni..mama nak beritau..minggu depan nak buat kenduri kesyukuran. Sekali sambut besday Insyirah ".

Hah! Besday dia? Ooooo..patut pun Naim beria-ia suruh aku buat puisi.

" Emm..ramai ke ma? "

" Taklah ramai "

" Siapa masak? ".

'Tempah jer..mama bukan larat nak buat semua tu".

" Nanti Ariana jemput Naim ya..lama dia tak datang sini kan ".

" Tengoklah karang. Takut Naim sibuk ". Aku mejawab tak acuh. Tapi dalam hati aku tahu Naim pasti muncul..yelah..besday bakal buah hati dia..

" Hmmm..itulah..nanti masa tu Ariana pakai dress yang mama belikan semalam ya ". Mata mama penuh pengharapan.

" Hah! What? No...nooo...". Aku gelengkan kepala. Gila apa? mau kena ketawakan dengan semua orang.

" Ariana please..tak baik tau lukakan hati mama. Berdosa..".

" Alah maaaa..tak maulah..malulah AJ ma..tak macho tau ",rengekku manja.

" No..takder kompromi...Ariana mesti pakai jugak..".Mama bingkas bangun meninggalkan aku yang merungut-rungut.

Aku belek dress yang tersangkut di belakang pintu. Huh! Kaler merah jambu pulak tu..adusss..masak aku macam nih! Oh....tidakkkkkkkkkkkk!!

Deringan talefon buat aku berhenti membelek dress. Cepat-cepat aku angkat. Asyaft Naim!

" Hello..beb! Kau dah buat belum ? ". Itu soalan yang aku dengar sebaik saja aku dengar suaranya.

" Emm..dah".

" Really??..Wahhh..cayalah lu beb! Esok aku belanja kau makan ehh ".

" Makan jer?"

" Abes kau nak apa? ".

" Emm..biasalah..kita tengok wayang nak? Cerita Transformer ".

" Alah..sorrylah beb! Aku dah janji dengan Insyirah . Emmm..lusalah ".

" Lusa..lusa ehh..oh lusa tak boleh..aku ada perjumpaan kelab hoki ".

" Lahh..so bila-bila lah beb! Tapi bukan esok..beb..emm..kau boleh tolong aku tak ?. Naim melembutkan suaranya.

" Apa lagi?". Aku mulai bosan. Nie mesti pasal perempuan gedik tu lagi.

" Kau tolong cakap kat Insyirah..aku tunggu dia lepas kelas ".

" What?? Sorry brader..aku tak mau...kau nak kau cakap sendiri. Aku tak mau masuk campur lagi. ".

" Alah beb..tolonglahh..".

" Dah lah..aku dah ngantuk. Chow!". Aku matikan talian.

Bukan aku tak nak tolong tapi masih teringat lagi kata-kata sinis Insyirah di dalam kelas ketika aku menghulur jambangan bunga dari Naim untuknya.

" Ehh..aku tak mainlah terima bunga dari tomboy ". Insyirah melentok liuk badannya seolah-olah geli geleman. Bunga di tanganku tak di sambutnya. Kawan-kawannya ketawa.

" Kau jangan nak perasan..bukan aku bagi..Naim bagi ". Aku menjelingnya.

" Aaaa?? Naim? Ehh..bak sini..weyyy..aku dapat bunga dari Naim ". Insyirah mula membuat aksi gediknya.

" Huh! Gedik! ". Spontan aku bersuara.

" Heyy tomboi..apa kau kata? Gedik? Kau tu yang gedik. Tak sedar diri nak dekat dengan Naim . Dasar perempuan tak siap!",sindirnya dan bergabung ketawa dengan student lain.

" Kau...". belum sempat aku habiskan kata Prof Nelly masuk. Suasana dalam dewan kuliah senyap.

Aku mengumpal amarah dalam dada. Kurang ajar kau perempuan! Kau tak tau siapa aku! Kau tunggulahh...

Malas aku melayan ingatan menyakitkan hati aku on komputer. Ehhh..ada orang add aku lah..buzz dia lah!

black_roses : buzz..aloss..aloss

mirza07: assalamualaikum

black_roses : err..wa'alaikumussalam..heheee

mirza07: hai..thanks 4 add me

black_roses: ohh..small matter tu beb!

mirza07 : study @ keje?tinggal mana?

black_roses : study..somewhere on earth..hahahaaa

mirza07 : gitu pulak..

black_roses : ehhh..saper bagi kau aku nyer add?

mirza07 : emm..jumpa kat friendster..cam pelik jer nama..mesti interesting nih..

black_roses : oppss!!sowii..aku lupa..ehh..kau study gak ker?

mirza07 : yup..UTM..kau?

black_roses : ehh..samalah...lahh..kau amek course apa?

mirza07 : Engineering & Technical..last semester...kau?

black_roses :ufff..berat tu..aku?emm..Techology in Accounting.

mirza07 : lahhh..nape kita tak pernah jumpa ekk?

black_roses : what for?

mirza07 : emmm..meramaikan kawan lah..

black_roses : oic..hehehe..yelah..sok kau jumpa aku kat kafetaria.

mirza07 : emm..nak cam kau macamana?

black_roses : dun wori..aku akan cam kau..

mirza07 : camner tu?

black_roses : rehsia!ahhaahhaa [gelak jahat!]

black_roses : ehh..k lah..got to go..c u tmmrw..daaaa

mirza07 : ok..nite!

Aku menutup suis komputer dan baring. Mataku menatap syiling. Emmm..siapa pulak esok aku jumpa karang..ufff..tak kisahlah! Asal bukan perogol bersiri sudahlah..Nasib bek kat friendster aku tak letak muka aku..aku letak gambar ros kaler itam..ahahaha..nasiblahhhhhh..

Aku kunci jam walau aku tau aku susah nak terjaga pagi walau sepuluh jam aku kunci. Sudahnya mama yang akan kejutkan aku..hehee..

Leka melayan angan tentang Naim..akhirnya mataku tertutup dengan senyuman. Oh Naimku!




No comments:

Post a Comment