Wednesday, July 22, 2009

Rahsia Hatiku [1]

" Beb! Tolonglah aku beb..kali ni jer aku mintak tolong dengan kau ". Naim membuat muka simpati di hadapanku. Aku pandang mukanya.

Ishh..mamat nih..asal pasal minah gedik tu mesti cari aku,takder orang lain ker?,getus hatiku. Aku buat muka selamba mengunyah kentang goreng.

Naim merampas kentang goreng di tanganku. Dia menyorokkan di belakangnya.

" Kau ni pehal Naim? ". Aku berang..Ini dah lebih nih..tak tau ker aku kebulur. Dari pagi aku belum sarapan.

" Kau tu yang apahal..aku cakap macam orang bodoh jer depan kau. ". Naim mencuka.Dia menarik muncungnya.

Namun sesaat kemudian..

" AJ..tolonglah aku..beb! Please ..kali ni jer aku mintak tolong dengan kau..tolonglahhh..". Naim merayu lagi. Kali ini dia pegang tangan aku.

Aku bulatkan mata. What! Ini betul-betul lebih..Darah ku menyirap. Pantang datuk nenek moyang aku orang suka-suka sentuh.

" Kau nak makan penampar aku ker Naim?. Kalau tak nak baik kau lepaskan tangan aku. ". Mataku mencerun padanya.

" Okey..okey ". Naim mengangkat tangannya. Dia berpeluk tubuh memandangku.

Aku menyisip minuman. Mengambil tisu mengesat tangan.

" Kau nak aku buat apa pulak kali ni Naim oiii..aku letih lah asyik kena sindir dengan perempuan gedik tu ". Aku meluahkan rasa . Yelah..aku tahu aku tak sempurna sangat sebagai seorang wanita..tapi aku juga punya hati yang sakit bila di hina.

" Weiiii..kau cakp bebaik sikit ehh..dia mana gedik..dia..emm..manja ".

" Uwekkk..manja..heyyy..Naim..kau ni bodoh ker apa...manja dengan gedik tak boleh beza...tapi nak kata bodoh tak jugak..every semester kau dapat anugerah dekan ",sindirku.

Aku bagai tak percaya.. ini ker Asyraf Naim yang selalu di sebut-sebut semua pensyarah dan student. Yang bijak dan aktif bersukan. Juara pemidato antara universiti. Tapi dalam bab perempuan jadi manusia yang buta..buta segala-galanya.

" Dahlah AJ..kalau kau tak nak tolong tak payahlah sampai cakap aku bodoh ". Naim bangun dan menyarung topi.

Alamakk..merajuk ker? Aduhh..hampeh tul mamat ni tau!

" Weyy..takkan majuk plak brader..ishh..tak macho lah ..yelah..yelahh..aku tolong kau ".

Muka Naim berubah gembira. Cepat-cepat dia duduk dan menghulurkan kembali kentang gorengku.

" Kali ni apa pulak Naim?. Kau nak suruh aku buat apa? Belikan bunga? Gubahkan puisi? Carikan hadiah?".

" Emm..kau memang pandailah AJ..sebab tu aku sayang kan kau ".

Aku mencebik. Elehhh..bab ni jelah sayang..tapi tahu tak kau Naim..aku pun sayang kan kau,bisik hatiku.

" Hah..apa dia..cepat sikit..aku ada kelas dengan Prof Azmi ".

" Emm..kau kan pandai berpuisi kan..so tolonglah aku..buat yang special punya..satu..".

" Haaa..yang tu aku malas. Naim..aku takmo..tu dah bab menipu dah..".

" Alah AJ..pleaseee..kita kawan kan dah lama. Dari semester satu lagi. Please ". Naim bersungguh merayu.

Aduhhh...Naim memang selalu buat aku haru biru. Selalu buat aku rasa bersalah.

" Naim..kau ni kan..ishh..tak tau apa aku nak cakap. Kau yang suka dia..kau yang gilakan dia..kenapa pulak kau tak boleh buat puisi untuk dia ?". Soalku direct.

" Entah..mungkin bukan bakat aku kot..kalau bab mengayat ni aku retilah..tapi kalau sampai penulisan aku surender..Kau bagi sejuta ringgit pun aku tolak tau ".

" Tapikan AJ..aku pelik arr..kau ala-ala jantan tak jadik tapi boleh pulak buat puisi cinta. Kenapa ekk? ".

" Kau nampak ni Naim. Kang sekali aku bagi baru kau tau!". Aku menunjukkan penumbuk padanya.

Naim ketawa kuat. Kurang asam.! Yelah..aku tau..aku tak segemalai dengan pompuan kat luar sana. Penampilan aku pun ala-ala lelaki. Tapi mereka tak berhak menilai aku dari luaran.

" Naim..kalau kau bocorkan rahsia yang aku boleh wat puisi siap kau!",ugutku.

" Yelah AJ..aku tau simpan rahsia..hahaah..rahsia kerajaan tu ". Naim ketawa lagi. Dia menzip mulutnya.

" Ehh..dahlah..aku nak blah dulu. Esok aku bagi kat kau. Jumpa aku kat library ". Aku bangun dan menyandang beg. Topi aku betulkan. Emm..aku memang selalu bertopi..teringat bebelan mama pagi tadi dan setiap hati.

" Ariana Jasmin..buang topi tu. Kenapa asyik nak pakai 24 jam..rimas mama tau ",mama menegur pagi tadi sewaktu aku turun tangga.

" Apa pulak ma..AJ lah..bukan nama tu ". Aku mencekut jemput-jemput dan menyuap di mulut. Berdiri.

" Astagafirullahalazim..Ariana! Duduk kalau nak makan tu. Cuba buat perangai elok sikit.",mama mula membebel pagi hari. Aduhh..bosan!

" Morning mama ". Ainur Insyirah memeluk mama dan mencium pipinya.

" Morning sayang..haa..makan dulu. ". Mama mencedok nasi goreng di pinggan dan menyuakan kepada Insyirah. Anak tirinya.

Aku menjeling. Jengkel bila melihat senyuman plastik Isyirah. Lalu aku mengesat tangan dan berlalu pergi.

" Ariana!! Makan dulu ",laung mama dari dapur.

Ahhh..malas lah nak berdepan dengan perempuan plastik tu. Depan mama ngan daddy punyalah baik...pijak semut pun tak mati..tapi belakang mereka..ya ampunn..busuk!

Kunci kereta aku tekan dan menghidupkan enjin. emm..kereta kesayanganku..dari arwah papa..Myvi mocha silver..

" AJ!". Naim menyergahku.

" Oh anak makcik bedah terjun longkang !". Oppss..aku tutup mulut.

Suasana hening seketika..sesaat..dua saat..dah..hahahahaaa..terdengar gamat ketawa di kantin. Semua mata memandangku yang bengang. Aku pandang Naim yang menekan perut ketawakan aku.

" Kau memang kurang ajarkan Naim! Siot jer! ". Aku memukul bahunya dengan buku.

" Aduhh..sakitlah beb... alah..mana aku tau kau ni melatah. Lagipun tak pernah pulak kau melatah selama ni. " Kata Naim dengan suara yang tertahan-tahan. Dia masih ketawa.

" Blah lah lu ..". Aku menolak bahunya dan keluar dari kantin. Dah lambat ke kelas. Mampus nanti aku kena lecture dengan Prof Azmi..

Tak aku hirau Naim yang memanggil aku . Aku dah lambat..dah lambat..

Aku berlari menuju tingkat dua. Tapi tak sangka aku terlanggar sesorang. Dah aku jatuh terduduk macam nangka busuk. Buku aku berterabur.

" Hoii..gila ker apa? Jalan tak pakai mata? Buta ker? Suka hati langgar orang ". Aku menjerkah sambil cuba bangun. Sakit sungguh punggung nih..

" Maafkan saya..saya tak sengaja..maafkan saya ". Dia terbongkok-bongkok mengutip buku aku satu persatu.

Huh! Bangang betul..aku yang beso ni tak nampak!

" Err..awak..bukunya..maafkan saya. ". Dia menghulurkan buku tapi aku bagai terkaku. Aku berdiri tegak pandang mukanya.

Alamak..hensem gila mamat nih...spek mata dia kena betul dengan muka dia. Alahaii..dah sebijik pelakon hindustan kesukaan aku..oh! mamaaaa...

" Hello..awak.. ". Dia memangilku lagi. Tangannya di lambai di depan mataku.Mukanya berkerut.

" Hah!".

" Buku awak ".

" Oh..ahh..okey ". Aku menyambut dan melangkah pergi.

" Ehh..nanti..". Permintaannya buat langkah aku terhenti. Aku pusing mengadap dia.

" Err..boleh tolong tak..lagi tadi saya berpusing-pusing..kelas Prof Azmi kat mana? ".

" Lahh..kau nak pergi kelas dia jugak ker? Mohlah sama..aku pun nak ke situ jugak ". Kami jalan beriringan.

" Siapa nama awak?". Dia memulakan pertanyaan.

" Emm..panggil aku AJ..ringkas..senang nak ingat ". Aku malas nak beri nama panjang. Bukannya dia ingat pun. Sudahnya nama pendek aku jugak yg di sebutnya nanti.

" Nama panjang saya Azmeer..Nama pendek pun Azmeer ".

" Ada aku tanya? ".

" Errkk..tak ". Azmeer membetulkan kaca matanya.

" Hehehe..aku guraulah..sorrylah..aku tak reti nak cakap elok-elok.Dah semulajadi macam ni ". Aku ketawa kecil.

" Emm..takper..biasalah..lelaki kan kena kasar..cuma saya jer tak reti nak kasar sangat ".

" Oitttt..kau ingat aku lelaki ker? ". Langkahku terhenti. Kurang asam!

" Ehh..bukan ker? ". Azmeer memandang aku atas bawah.

" Huh! Suka hati kau lah ". Aku meneruskan langkah.

" Ehh..nanti..sorrylah..saya tak tau..yelah..kalau awak pakai macam ni memang semua ingat awak lelaki ". Nafas Azmeer termengah-mengah. Semput agaknya berjalan dengan aku yang laju ni.

" Asal? Tak boleh aku pakai macam ni?",soalku berang. Tulah manusia..suka nilai luaran.

" Bukan tak boleh..cuma tak manis". Kata yang terkeluar dari mulut Azmeer buat darahku menyirap.

" Ohh..tak manis..abis yang lain pakai dedah sana..dedah sini..singkap sana..singkap sini..tu manislah..baiklah..cantiklah..",sindirku tajam.

" Ehh..bukan begitu..awak dah salah faham dengan apa yang saya nak cakapkan ni ".

" Aku rasa cukuplah perbincangan tak berfaedah kita nih. Dah..jom masuk..kang lagi kena leter dengan Prof Azmi. Bernanah lagi telinga aku ". Aku membuka pintu dan meloloskan diri.

Tapi sebaik saja aku masuk..aku pelik. Kelas kosong! Ehh..mana semua orang??. Lantas aku keluarkan telefon bimbit dan mendail.

" Hanim..kelas pagi ni batal ker? ". Soalku bila talian di sambung.

" Lahh..Insyirah tak beritau kau ker? Semalam aku dah pesan kat dia. Aku cari kau ,kau takder..so aku pesan jelah ".

" Asal kau tak call aku?". Hatiku mendidih. Buang peluh jer aku terkejar-kejar.

" Weeii makcik..tepon kau off semalam kan. Ehh.dahlah..aku ngantuk nih ". Hanim memutuskan talian.

" Err..kelas batal ker AJ? ". Azmeer menyoalku.

" Kau tengok dalam room ni ada orang ker selain kita ? ".

" Takde".

" Dah tu..itu pun lagi mau tanya ker ". Aku geleng kepala dan tinggalkan dia di situ.

Aku melangkah cepat-cepat. Kurang ajar Insirah! Patut pun dia relex semacm jer pagi tadi. Tak bersiap pun nak ke kelas. Huh! Siap kau nanti! Aku ganyang-ganyang kau...Grrrrr..!!

No comments:

Post a Comment