Wednesday, July 1, 2009

Dan Sebenarnya [21]

Hani Zahra

Aku termanggu tepi jendela. Cuma menahan air mata. Tapi luruh akhirnya.

Mama,Hani rindukan mama,rintihku perlahan. Air mata kembali merembes. Akhirnya aku teresak-esak sendirian di bilikku. Masih teringat lagi pesanan ringkas yang aku terima dari Amirul.

' Hani,mama dah xde. Mama mnggal dnia kat Mekah. Abg br tau. Tnggu Hani kat kmpg '.

'Mama..kenapa tinggalkan Hani. Mama kan janji nak balik semula. Hani dah takder sesiapa dalam dunia ni. Abang dah ada Kak Su. Semua tinggalkan Hani. Hani ni pembawa malang ke ma?'.rintihku lagi.

" Hani sayang ". Bahuku di elus perlahan. Aku dongakkan muka. Ada sendu di wajah suamiku.

" Jangan menangis lagi. Dah tiga hari Hani begini. Nanti sakit.",pujuknya lembut. Aku tetap membatukan diri. Tiada suara. Namun air mata mengalir lesu.

" Hani,jom makan dulu. Dah lewat malam. Abang nak tutup tingkap.Sejuk udara kat luar ni. ". Amirul menarik lembut tanganku. Aku hanya mengikuti dia saja. Di dudukkan aku di atas katil. Pipiku di sentuh manja.

" Hani tak boleh terus begini ya sayang. Hani masih ada abang,suami Hani ". Aku renung wajahnya yang polos. Suami..suami..suami..aku menyebut berkali kali dalam hati. Tapi yang aku rasakan sekarang ini hambar. Kosong. Aku pandang lagi mukanya. Dia tersenyum manja.

Jari jemari Amirul mula berada di pinggangku. Pipiku di kucup lembut. Aku terpinga-pinga. Dalam hati memberontak tapi diriku bagaikan rela. Dia peluk erat tubuhku. Seolah-olah tak mahu lepaskan pergi.

" Abang..". Kedengaran suara Adreana Suraya hampir sekali di pintuku. Cepat-cepat Amirul melepaskan pelukannya. Dia bingkas berdiri. Aku tersentak.

Ahhh...begitu sekali cintanya pada wanita bernama Adreana Suraya..sampai hati abang..,jerit hatiku.

" Abang kat sini sayang ". Amirul tersenyum sewaktu pandangan matanya bertemu dengan mataku. Aku jadi meluat dengan perangainya!

Sekilas saja ternampak bayangan Adreana Suraya,Amirul melangkah laju mendapatkannya. Aku tersenyum hambar.

Perut Adreana Suraya sudah nampak kelihatan. Tentu seronokkan,desis hatiku.

" Hani,abang,jom makan ". Pelawa Adreana Suraya lembut. Aku geleng-gelengkan kepala. Aku benci dengan situasi ni. Aku terpaksa bermanis muka depan mereka.

" Takpelah kak,Hani tak lapar ".jawabku lembut tak mahu goreskan perasaan dia.

" Jangan begitu dik,makan sikit walau tak mahu. Alas perut tu. Nanti masuk angin,sakit lagi kami semua susah hati. Makan ya sayang ".,pujuknya lagi.

Aku masih lagi menggelengkan kepala.Aku tak nak makan..aku nak mama!

" Hani,grow up please. Jangan macam ni. Nanti roh mama tak tenang kat sana.". Amirul mula bersuara. Dia mula hilang sabar dengan perangaiku.

" Tinggalkan Hani sendiri. Hani dah biasa hidup sendiri. ". Aku mula terasa hati dengan kata-katanya tadi. Air mata kembali merembes. Laju.

Amirul keluar. Takut lagi lama memujuk,takut nanti dia mengamuk. Di tinggalkan Adreana Suraya memujuk Hani.

" Hani,jangan begini. Jangan siksakan diri Hani. Yang dah pergi takkan kembali dik." Adreana Suraya bersuara pilu. Matanya mula berkaca.

" Akak dengan abang lagi sedih. Sebab kami tak dapat jumpa dia untuk kali terakhir. Akak baru nak rasa semula kasih seorang ibu,tiba-tiba di renggut pergi. Kasihan baby,tak sempat jumpa nenek dia ". Adreana Suraya mula teresak-esak depanku.

Aku tergamam. Dari awal kenduri arwah di rumah ini tak sekalipun aku lihat Adreana Suraya menitiskan air matanya. Rupa-rupanya di simpan semua sendirian. Kesian kak Su,bisik hatiku.

" Akak,dah lah tu. Mama dah maafkan semua kesalahan akak dan abang. Mama beritahu Hani sebelum masuk balai berlepas". Aku memujuk lembut. Maafkan aku Ya Tuhan,aku terpaksa berbohong,bisik hatiku.

Aku tepuk perlahan belakangnya. Seketika aku bersyukur . Aku sempat memohon ampun dari mama.Alhamdulillah!

" Kak..". Aku terdiam.

" Apa sayang?".

" Hani..errr..laparrrr ",ucapku. Serentak itu pehaku di cubit manja. Aku mengadoi kecil. Pantas air mataku di seka oleh Adreana suraya. Pipiku di cium lembut.

" Kan dah kata..Hani mesti lapar punya. Dah jom makan ",ucapnya menarik tanganku. Aku tersenyum kecil. Takpelah..sekurang-kurangnya aku masih ada kakak dan bang untuk berteduh kasih. Juga tak lupa Adam Iskandar. Errkkkkk!! Adam??.. Alamakkkk..

Aku berhentikan langkah. Adreana Suraya terpinga-pinga.

" Kenapa Hani?". Soalnya pelik.

" Hani lupa nak beritahu boss yang Hani cuti emergency ",jawabku dan terus meredah bilikku.

" Akak tunggu kat dapur dengan abang yer ".Laung Adreana Suraya dari luar.

Aku menyelongkar beg tangan. Tak jumpa. Mana nih,bentakku geram. Penat selongkar tak jumpa aku duduk di birai katil. Berfikir kali terakhir di mana aku letakkannya.

Hah! Dalam almari solek!. Cepat-cepat aku melangkah. Akhirnya..ada... Aku pantas membukanya. Sememangnya aku matikan talian sejak tiga hari lalu. Menghormati majlis tahlil arwah mama.

- 10 missed call, 12 messages.

Hah! Banyaknya..Aku buka satu persatu. Nadia..Adam..tapi yang paling banyak adalah Adam. Kasihan dia,aku tak sempat beritahu. Aku hanya titipkan pesan pada Kak Huda saja. Cuti emergency!

Telefon bimbit aku letak di tepi. Nantilah baru baca,kata hatiku.

Selepas makan aku kembali memerap dalam bilik. Lebih senang begitu. Aku tak mahu tunjukkan ketara perasaan jengkelku pada mereka. Jengkel kerana aku tak di perlakukan begitu juga sebagai seorang isteri.

Jari jemariku pantas membuka satu persatu mesej dari Adam. Aku ketawa kecil.

- Cik Zara,where hv u been? 2.00 pm. 12/06/09

- Cik Zara,is there anything happen 2 u ? 8.00 pm 12/06/09

- Zara,ada masalah ker? Share wif me lah 11.45 pm 12/06/09

- U marah kat I ker? 10.00 am 13/06/09

- Pse say sumting! 2.00 pm 13/06/09

- Zara..zara..Hani Zahra! 9.30 pm 13/06/09

- I really miss your sweet face 10.45 pm 13/06/09

- Psee sayang,dont u walk away fr me 11.00 pm 13/06/09

- Really..really missed youuuuuu! 1.45 am 14/06/09

- U mmg xmo kwn dgn I ker? 8.30 am 15/06/09

- Syg,if I made mistake,pse 4give me. I really-really misses u...6.30 pm 15/06/09

- Zara..I boleh gila tau macm nih! 10.15 pm 15/06/09

Aku mengeluh. Alahai Adammm..

Ya Tuhan..apa yang harus aku perbuat?. Aku memang dah jatuh cinta dengan dia. Tapi aku tak boleh balas perasaannya. Aku berdosa..berdosa dengan semua orangg..

Kepala aku sandakan di katil. Mata cuba aku pejam. Deringan telefon buatku tersentak. Adam! Aduhh..apa mahunya?

"Hello ". Tapi talian di sana sepi. Aku pandang skrin sekali lagi. Memang ada talian yang sambung.

" Hello! Aku mengeraskan suara.

" Zara ". Adam bersuara sayu.Penuh sendu!

" Ya". Aku mati akal.

" Why you do this to me ?".

Darahku berderau. Tadi ada miss called dari Nadia. Adakah Nadia dah bongkar rahsiaku?

" Buat apa pulak?". Aku kawal suara agar tak nampak ketara gugupnya.

" Sampai hati you,buat I macam takder perasaan ". Adam kembali berteka-teki

" I tak sengaja. Bukan niat I nak buat you begitu ". Akhirnya aku mengalah. Biarlah semua tahu kisahku. Biarlah aku tanggung akibatnya menyembunyikan statusku di mata khayalak ramai.

" You tau tak, I cari you macam orang gila kat sini. ".

" I am really,really sorry. I tak sangka pulak you rasa begitu ".

" Senangnya you cakap. You tak rasa macamana hati I ". Adam membantah. Suaranya bertukar keras.

" Habis,you nak I buat apa? ". Aku tanya perlahan. Tak mahu tambahkan sengketa.

" Jangan buat lagi. Jangan hilangkan diri takde call takde pesan .Balik ofis cepat. Takde you I rasa hidup I tak bermaya ". Ucapnya perlahan.

Aku terkesima..Ehhh..bukannya Adam cerita pasal status aku ker?

" You cakap pasal apa ni Adam ? ". Soalku minta kepastian.

" Pasal you lah.Kenapa you cuti tak beritahu. Hilang macam gitu jer. "

" Lahh..itu ker? ALLAH....ingatkan apa tadik ". Aku mengurut dada perlahan. Terima kasih Nad! kau memang kawan yang boleh simpan rahsia!

" Then,you ingatkan I cakap apa ?".

" Emm..takdelah..beginilah En Adam. I nak mintak extend my leave. Till end of this week ",pintaku lembut.

" Hah! What?. Eh..mana boleh ",jeritnya lantang.

" Bolehlah En. Adam. Actualy my mum baru jer passed away. I kat kampung sekarang ni.". Aku menjelaskan keadaan sebenar. Ada sebak yang bertandang.Mama...

" Innalilahiwainnalilahirojiun..". Adam beristigfar panjang.

" Di mana,sakit apa ?". soalnya lagi.

" Kat Mekah.Buat umrah. Jatuh dalam bilik air ",jelasku menahan sebak.

" Why you not tell me dear? ",ucapnya lembut.

" I tak sempat. I just pass message kat kak Huda jer. So bos boleh tak ? ".

" Boleh,tapi dengan syarat ".

" Apa?". Hatiku berbunga. Ada chance nih! Aku nak duduk kampung lama sikit. Sebab lepas ni aku dah jarang balik. Dah takder siapa pun kat rumah.

" Cakap you miss me too ".

" Okey.You miss me too ". Aku berjenaka.

" Heyyy..mana boleh macamtu. Cepat. Nak cakap atau tidak? ". Adam mula mengugutku.

Aku terdiam.Hisshh..ni yang leceh. Mana boleh cakap macamtu. Nanti tambah masalah,aduhaiii..

" Zara..",panggil Adam lembut.

" Okey, I luluskan cuti you. But make sure next week you come back again. Kalau tak,tahulah nasib you ".

" Thanks boss! Thank you so muchh ".ucapku gembira.

" Terima kasih je ker? takder lain? ".soalnya mematikan tawaku.

" Emm..tu nanti ya..okey boss,thanks again..dah malam.I ngantuk. So,selamat malam ya. Assalamualaikum ".

" Heyyy..wait..nanti Zara! ". Tanpa dengar apa lagi penjelasannya aku matikan talian dan terus menutupnya. Bahaya! Mau satu hari sepuluh kali dia call nanti,bisiku.

Aku kembali menatap siling. Alahaii..indahnya dunia khayalan andai aku saja penciptanya!


*********************************************************************************

Di luar bilik Amirul menahan geram. Rasa hatinya membuak-buak. Hani dah pandai menduakan dirinya! Kalau di ikutkan hati yang panas membahang mahu di jerkahnya Hani. Tapi dia harus sabar. Adreana Suraya ada! Takpe..takpe..tunggulah nanti nasib korang!

No comments:

Post a Comment