Monday, July 20, 2009

Dan Sebenarnya [33]

Hani Zahra

" Kau yakin dengan keputusan kau Hani? ". Soal Nadia bagai tak percaya. Dia menghamoiriku dan duduk di hadapanku.

Aku pandang mukanya. Mengangguk. Satu keluhan keluar dari bibirnya. Nadia menunduk. Tak lama kemudian aku dengar esakkan kecil.

" Nad..please lah..jangan begini. Mungkin ini takdir aku Nad. Aku tak berhak hidup bahagia. ". Aku pejamkan mata. Seluruh ingatanku teringat kata-kata Nadia pagi tadi.

" Nad..cakap dengan aku. Adam ok kan Nad? ". Aku goncang badannya sebaik saja aku tersedar dari pengsan.Aku dah tak peduli dengan keadaan sekeliling. Biarlah apa orang nak kata..

" Adam..Adamm..dia..sabar ya Hani ". Nadia seakan berat nak bersuara. Hanya air mata berlinang di pipinya.

" Dia apa Nad? Dia apaaaaaaaaaa? ",jeritku tak sabar . Jantungku bagai nak pecah menanti jawapannya.

" Dia kritikal Hani..buah pinggannya tertusuk besi. Dia perlukan penderma baru. Itupun dalam masa terdekat.Kalau tak nyawa dia melayang. Mana nak cari Hani? ".

Nadia mengesat air matanya. Sungguh dia simpati dengan apa yang menimpa abang sepupunya. Nyata..setinggi mana pun pangkat dan harta tak dapat menolong saat ini.

Tubuhku kaku. Seolah nafasku tersekat. Suasana terasa seakan hening. Senyap. Sunyi. Adam?Kritikal? Adam nak tinggalkan aku? Takk..takk..Nadia mesti bergurau.

Aku ketawa kecil. Nadia memandangku terpinga.

" Kau..kau..gurau dengan aku kan Nad ? Adam oklah..tadi aku baru tengok dia. Dia macam tidur jer. Nanti dia bangunlah..Dah lah Nad..aku tau kau saja nak kenakan aku ". Aku ketawa lagi. Ishh.. Nadia nih..tak kelakarlah..

Nadia bangun. Dia berdiri di hadapanku dan terus menampar kecil pipiku. Aku terkejut!

" Wake up Hani..Sedar! Jangan begini sayang..kau takutkan aku Hani..Aku tak kan bergurau pasal kematian". Nadia memelukku kuat berserta tangisan. Aku diam tak terkata. Tamparan dia mengembalikan aku ke alam nyata.

" Adam..Adamm..jangan tinggalkan Zara..Adam...". Aku menangis perlahan dan kuat..kian kuat. aku peluk tubuh Nadia . Aku mahu pinjam kekuatannya.

" Hani..kau ok? ". Nadia menepuk bahuku perlahan dan melenyapkan lamunanku.

" Aku ok Nad. Aku boleh buat. Ini saja yang aku mampu tolong. ",jawabku berserta senyuman.

" Tapi..keadaan kau pun tak stabil lagi Hani. ". Nadia membantah. Dia tak mahu kehilangan seorang lagi teman.

" Nad..aku tak boleh tunggu lagi. Nyawa Adam lebih berharga Nad. Ramai orang perlukan dia. Dia ada keluarga,ada teman yang menanti. Sedangkan aku? Semua dah hilang Nad..hilang..". jawabku perlahan.

Hatiku sebak. Ya..aku dah taiada sesiapa..ayah..ibu..mama..abang..kak Su..dan kini Adam..semua tinggalkan aku sendirian. So..untuk apa aku hidup?

" Hani..kau masih ada aku. Kau masih ada keluarga aku ",pujuk Nadia lembut. Dia tahu waktu ini hati sahabatnya sedih. Mida sahabatnya celaru.

" Ia..tapi sekurang-kurangnya Nad...walau aku tak dapat bersama dia biarlah ada kenangan dari aku untuk dia terus hidup Nad. Lagipun..kau ni..macam doakan aku cepat mati pulak ",selorohku.

" Haniii! Apa cakap macam tu pulak? Aku tak suka lah..",rengus Nadia. Dia menarik mukanya.

" Hahahaha..yelah..dah tu kau doakan lah aku selamat ya sayang? Nad..alah..Nad..dahlah tu..boleh sangkut hanger muncung kau tu. Senyum sikit ".,usikku sambil ketawa.

Nadia menjengilkan matanya dan kami sama -sama ketawa. Hatiku lapang seketika..biarlah..untuk kali ini aku ketawa...

Sedang kami ketawa,pintu bilik di tolak perlahan. Nur Sofea berdiri dengan mata yang basah. Dia melangkah ke arahku dan memelukku.

" Sofea..heyy..kenapa ni?. Adam tak ada apa-apa kan? ",soalku takut. Takut andainya Nur Sofea membawa berita yang buruk.

Nur Sofea merungkaikan dakapan. Dia menggeleng kepala. Aku pandang muka Nadia. Mencari jawapan. Nadia juga menunjukkan muka pelik.

" Kak Zara..Sofea dah dengar semuanya tadi. Sofea tak tahu nak cakap apa ". Nur Sofea memelukku lagi. Aku tergamam. Alahaii..kenapa pulak boleh tahu..kalau boleh aku mahu merahsiakan semuanya..

" Dah lah tu Sofea..ini saja yang akak boleh bantu. Kalau nak wang ringgit akak tak mampu.". Aku mengusap belakangnya perlahan. Nur Sofea masih lagi menangis.

" Cuma..akak mahu Sofea janji dengan akak. Boleh? ". Aku merenung mukanya. Alahai..persis Adam..

" Apa?".

Aku pandang muka Nadia dan Nur Sofea bergilir. Dan keluhan meletus.

" Akak mahu Sofea dan kau Nad..rahsiakan semuanya. Jangan beritahu sesiapa. Sebab akak tak mahu Dato' dan Datin dapat tahu. Sofea sendiri taukan..apa janji akak pada mama Sofea? ".

" Tapi..".

" Takde tapi tapi nya sayang..lepas semuanya selesai..akak akan pergi jauh dari semua. Akak akan pegang pada janji akak ".

" Habis..abang macam mana? Akak nak tinggalkan abang buat selamanya ke? Jangan kak..jangan buat macam tu. Sofea kenal abang..takut dia tak dapat terima kenyataan ". Nur Sofea menggeleng kepala. bagai tak percaya apa yang baru di dengarinya.

" Sofea..masa akan mengubati semuanya..akak yakin..Adam mampu mengharungi hidup tanpa akak di sisi. Sofea pun kena bantu jugak..jangan biarkan abang Sofea sendirian ". Aku cuba tersenyum walau pahit.

" No...Sofea tak yakin abang boleh..akak..tolong lah..jangan buat abang begitu. Dia dah cukup menderita menanti akak selama ni. Akak tau tak..lima tahun dia tunggu akak..lima tahun dia hidup dalam mimpi tak pasti..Sofea tak yakin abang akan tabah..". Nur Sofea kembali menangis. Hatinya perit bila teringat kata-kata abangnya.

" Eeeee..gelilah..baru 4 hari dah angau. Kalau kak Zara tinggalkan along tah macamana agaknya. Mau gila kot along nih "

" Mungkin. Along sayangkan dia. Terlalu sayangkan dia. Tak kisahlah apa status dia. Along terima seadanya. Along yakin dia tercipta untuk along ".

Aku terperanjat. Aku tak pernah tahu cerita ni. Aku pandang muka Nadia. Dia mengangguk perlahan mengiakan..Aduhai Adam... Tapi aku tahu..aku tak boleh berganjak dengan keputusan yang aku buat. Ia semua untuk kebaikan semua orang..

" Maafkan akak Sofea. Akak tak boleh buat apa-apa. Cuma akak minta nanti bila abang sedar..dah sihat..Sofea serahkan surat ni untuk dia. Janji dengan akak Sofea..janji jangan beritahu sesiapa ..". Aku merayu penuh perasaan. Nur Sofea terpaku dan akhirnya dia mengangguk perlahan. Aku mendakap Sofea untuk kali ketiga. Kerana aku tak tahu apa nasibku selepas ini. Ya ALLAH..bantu aku...

Tak lama kemudian mereka meminta diri untuk pulang. Tinggallah aku sendirian Aku pejamkan mata,cuba untuk merehatkan minda. Esok..hari penting dalam hidupku. Namun dalam kesamaran malam aku dengar pintu bilikku di tolak perlahan.

" Kau tinggal apa pulak kali ni Nad? ". Aku bertanya dengan mata terpejam. Malas nak bukak. Sebab tadi Nadia dua kali masuk tertinggal beg lah..handphone lah..

Aku dengar kerusi di tarik dan ada orang duduk. Ishh..Nadia nih..memain pulak..,getusku.

" Nad..kau ni memain pulak..tak kelakarlah Nad ". rungutku dan membuka mata. Tapi sebaik saja aku buka lampu aku terkejut..tergamam..yang penting lagi..aku terkujat!

" Kak Su?". Wajahku pucat. Adreana Suraya tersenyum di hadapanku. Mimpikah aku?

" Hani..apa khabar? ". Soalnya lembut.

" Errr..macam nilah..akak sorang je ker? ". Soalku dalam reaksi tak percaya lagi.

Adreana Suraya mengangguk. Dia merenung wajahku bersama senyuman. Tapi bukan senyuman ikhlas..atau aku yang tersilap pandang?

" Mana akak tau Hani eksiden? ". Soalku pelik. Yalah..siapa yang beritahu pulak?

Adreana Suraya bangun. Dia mengusap-ngusap perutnya yang memboyot. Dia berjalan menuju sofa dan duduk di situ. Dia masih lagi tersenyum sinis.

" Tak sangka kan Hani..hidup ni bagaikan roda..satu saat aku kecewa..satu saat aku gembira ". Adreana Suraya memulakan kata selepas berdiam dan senyum sekian lama.

Aku terpinga melihat kelakuan Adreana Suraya. Panggilan kata nama juga berubah. Kenapa ekk?

" Apa..apa maksud akak? ". Dengan terketar aku bertanya.

" Kau tahu Hani..hari ni aku puas..puas sangat bila tengok keadaan kau sekarang ni. Lembik tak berdaya kan?". Adreana Suraya ketawa.

" Maksud akak? ".soalku lagi. Sungguh aku tak faham!

" Kau memang lembab! Bodoh! Bodoh sebab percayakan orang dengan sepenuh hati." Adreana Suraya ketawa lagi.

" Hani..Hani..tak faham ". Aku masih lagi pandang mukanya mencari jawapan.

" Hani..Hani..Hani...". Adreana Suraya bangun menyebut namaku berulang kali sambil menggelengkan kepalanya. Dia berdiri di hadapanku dan duduk di katil.

" Aku rasakan..selama ni hidup aku di berkati agaknya. Sebab apa saja yang aku minta semua aku dapat.Selama ini aku nak kau rasa bagaimana rasanya hati aku di tinggalkan. ",ucap Adreana Suraya bersahaja.

Aku masih lagi tak dapat menagkap apa yang cuba di sampaikan Adreana Suraya. Di tinggalkan?

" Kau tahu tak perempuan..aku dah lama cari kau..dah lama sangat..lepas saja Iskandar tolak cinta aku..aku dah bersumpah..akan musnahkan kebahagian kau walau apa cara sekalipun ". Adreana Suraya memandang tajam ke arahku.

Iskandar? Macam pernah dengar..Iskandar..Adam Iskandar ker?

" Err..Adam Iskandar ke? ".soalku meminta kepastian.

" Ialah bodoh! Aku panggil dia Iskandar ",jerit Adreana Suraya kuat.

" Tapi..apa kena mengena dengan Hani? ".

" Apa kau kata?Takder kena mengena dengan kau? Heyyy..sebab kaulah semuanya terjadi tau tak? ",herdiknya . Aku terdiam.

" Kalau tak kerana dia tolak cinta aku..taklah aku lari ke London..taklah mama papa aku meninggal sebab mencari aku kat sana..semua sebab kau tau tak!!". Adreana Suraya mula menangis. Aku tergamam tanpa bicara.

" Mujur saja ada Amirul..dia mengubati luka..lama-lama aku jatuh cinta dengan dia tapi cinta aku tak berbalas. Sebab apa? Sebab dia jatuh cinta dengan perempuan nama Hani Zahra..kau tak tahu betapa bencinya aku masa tu kat kau. So..aku goda Amirul dan dia jatuh di tangan aku ". Adreana Suraya ketawa lagi. Dia jalan mengelilingi aku.

Aku terkejut..terkejut mengetahui cerita sebenar. Aku meragui cinta Amirul selama ini.. Ya Tuhann..aku bersalah pada suamiku sendiri..abanggg..maafkan Hani,rintihku dalam diam.

" Tapi nasib aku tak baik sebab Amirul kena kahwin dengan kau..so aku kena berlembut..aku kena pasang strategi nak singkirkan kau..bila aku minta kau tak mahu lepaskan Amirul..so aku kena gunakan cara aku sendiri. Kau tahu tak perempuan... aku macam nak menjerit jer bila tengok Amirul dekat dengan kau..sentuh kau..aku rasa nak bunuh-bunuh kau..tapi...aku tau semua tak guna...semua akan menyusahkan aku akhirnya. Aku kena sabar depan semua orang. Aku kena buat baik depan mama ",jelasnya lagi.

" Namun semua kedukaan aku tak lama..bila mama meninggal..hahhaa..masa tu dunia aku terang..sebab orang yg akan membela nasib kau dah takder..ahhahaa...dah matii..dah matiiiiiiii ". Adreana Suraya ketawa kuat. Seolah hilang pertimbangan akal dan fikiran.

" Kau tahu..gambar kau dengan Iskandar..apa saja kau buat, aku ambil gambar..aku pura-pura sorokkan dari Amirul. Tapi aku tahu dia mesti tau..hahah..bila kau kena halau dari rumah..hati aku puas..puas sangat! ".

" Sampai hati akak buat Hani begini. Hani tak tau semua..Hani tak salah kak ". Aku menangis semahunya. Tak sankga aku di dendami Adreana Suraya sebegitu rupa.

" Tak salah lagi kau kata?? Tak salahhh??..Aku pun tak tau apa yang kau dah guna sampai Amirul nak balik semula dengan kau..Iskandar pun boleh terima kau..no..no..aku tak boleh biarkan semuanya perempuan..no..tidak selagi aku hidup ",herdiknya lagi. Mujur saja aku di tempatkan di bilik bersendirian. Kalau ramai..tak tahu nak cakap apa malunya tu..

" Jadi..jadi..akak yang langgar kami ?". Aku pandang mukanya. Air mata aku kesat kasar.

" Ha'ah..baru padan muka kau..padan muka semua orang..cuma aku tak sangka..aku ingat kau akan mampus..tapi liat betul nyawa kau Hani ",sindirnya.

" Sampai hati akak..apa salah Adam kak..kenapa akak nak bunuh dia jugak? ",soalku bagai tak percaya.

" Kalau aku tak dapat..biar semua tak dapat !".

" Kan akak dah ada abang..kenapa masih lagi nak ganggu kebahagian Hani? ". Aku bersura sayu. Sayu kerana di khianati sebegitu rupa.

" Itu aku tak kira..yang aku tahu..kau mesti mampus..mampusss",jeritnya dan dia mara di hadapanku bersama jarum suntikan.

Aku kelam kabut untuk bangun walau tubuhku semua bagai di cucuk-cucuk.

" Suraya!!!!!!".Jerit Amirul Fahmi berdiri di hadapan pintu. Aku memandangnya dan cuba turun dari katil. Tapi gagal. Ada penghadang besi.

" Ab..abb..abang..ap..apa abang buat kat sini..kan abang outstation? ". Adreana Suraya menggelabah. Jarum suntikan jatuh ke lantai. Mukanya pucat.

Amirul Fahmi mara dan menampar pipi Adreana Suraya kuat sehingga tubuhnya jatuh ke lantai. Aku tergamam dengan tindakannya.

" Suraya..abang tak sangka begini busuk hati Su selama ni sehingga mengakibatkan kemalangan untuk Hani..",herdik Amirul Fahmi . Dia memeluk tubuhku erat. Aku menangis di bahunya. Takut..takut dengan semua..takut dengan wanita bernama Adreana Suraya..takut dengan kemarahan lelaki bergelar Amirul Fahmi.

" Abang..maafkan Su..Su buat semua ni untuk kebahagian kita bang..maafkan Su..jangan tinggalkan Su ". Aku lihat Adrena Suraya memaut kaki suamiku dan meraung.

" Kenapa Su..sampai hati Su buat abang begini. Abang sangka Su ikhlas cintakan abang ",rintih Amirul setelah melepaskan pelukanku.

Aku pandang muka suamiku. Ya Tuhan..aku juga bersalah buat dia begini. Aku juga silap tak pernah cuba memahami jiwanya.. Maafkan Hani bang....

" Hani sayangg..Hani tak apa-apa? ". Amirul Fahmi memegang pipiku dan mengucupnya.

Aku meggeleng kepala. Aku pandang Adreana Suraya di lantai yang memegang perutnya. Wajahnya berkerut. Dalam hati menyuruh aku menolongnya tapi minda berkata tidak.

" Su..mulai hari ini..abang tak mahu tengok muka Su lagi. Jangan muncul dalam hidup kami..". Amirul Fahmi memberi amarah keras .

" Hani sayang..abang pergi dulu. Abang nak laporkan pada polis. Nanti abang datang lagi ya sayang ". Amirul Fahmi mengucup dahiku . Aku menjeling muka Adreana Suraya yang pucat. Kasihan dia..

" Abangggggggggggg...". Adreana Suraya terus bangun dan cuba mengejar Amirul. Tapi sebelum itu sempat dia berkata sesuatu .

" Kau nampak sendiri Hani..kehadiran kau membuat hati semua orang hancurrr..hancurr tau takkk!! Kenapalah kau tak mati jer Hani??Kenapaaa??".

Sejurus saja dia pergi dumiaku kelam..berbalam..dan aku tak ingat apa-apa lagi.!

No comments:

Post a Comment