Wednesday, July 8, 2009

Dan Sebenarnya [26]

Hani Zahra


" Selamat datang ke Sarawak Cik Hani ". Ammar Suffiyan menjabat tanganku erat. Sekuntum senyuman terukir di situ.

" Terima kasih. Tapi just call me Cik Zara. ".,jelasku meleraikan genggaman. Aku baru sampai malam tadi. Nasib baik ada yang menunggu di lapangan terbang. Kalau tak mau menjajar aku mencari arah.

" Tak sesat?". Itu soalannya ketika kami sama-sama duduk. Aku pandang mukanya. Mungkin berusia sekitar 30-an. Masih muda. Tapi dah menjawat jawatan pengurus di salah satu cawangan anak syarikat Hi Tech Engineering.

" Emm..kalau saya seorang mau sesat barat dah En. Ammar ",selorohku dan ketawa kecil.

" Sesat barat? Ehh..ada ker istilah tu? Dah lama saya bertukar di sini. Dah macam-macam istilah orang semenanjung ya ". Ammar Suffian tersenyum dia hadapanku.

Mukaku merona merah.Mahu saja aku menghamburkan ketawa. Tapi tak manis pulak.

" Hehehe..itu istilah saya En. Ammar. Menandakan sesat dah tak jumpa jalan keluar.",jawabku menutup malu. Aduhhh..macamana boleh terlepas nihhh...

" So En. Ammar. Apa masalah yang berlaku di sini ? ". Soalku mematikan perbualan tadi. Kini lebih menjurus ke arah topik serius.

" Ohh..tentang itu. Okey. Jom kita ke bilik mesyuarat. Actually kita menunggu salah sorang lagi staff. Ehh..wait..mungkin Cik Zara kenal ". Soalnya ketika kami sama-sama melabuhkan punggung di ruangan bilik mesyuarat.

" Emm..siapa?. Setahu saya Dato' hantar saya seorang saja di sini ? ". Aku ada sedikit terpinga. Siapa pulak?

" He comes one day earlier than you. "

" Ohh..I see..but who? ". Hatiku di asak rasa ingin tahu.

" Anak Dato'. Adam Iskandar."

Ohh..Adam Iskandar..aku mengangguk .Jam aku pandang. Hampir pukul 10.00 pagi. Lambat betul nak menunggu. Adam Iskandar..nice name!

Emmm..errrkkkkk! Adam?? My Adam? Adam Iskandar? What? Alamak!! Aku menggelabah..aduhh..kalau dia nampak aku kat sini macamana? Dia kan suruh aku letak jawatan. Tapi aku tak sempat nak bersuara. Dato' Zulkarnain dah arahkan aku ke sini.

Peluh mula merenik. Aku pandang muka Ammar Suffian di depan mata. Kalau Adam buka rahsia macamana? Mana aku nak letak muka?

Sedang aku mula mahu berkata,pintu di buka dari luar. Bagai ada tarikan magnet kami sama-sama pandang ke pintu.

Adam Iskandar berdiri tegak. Jelas wajahnya berubah. Terperanjat. Jantungku berdetak laju. Ya ALLAH..tolong hambaMU,bisikku perlahan.

" En. Adam. Masuk..masuk ". Ammar Suffian bangun mendapatkannya dan berjabat tangan. Aku masih lagi terpaku di tempat duduk. Bagai ada gam yang melekat. Tapi mataku masih lagi memandang wajahnya.

" Sorry. Am I late?". Soalnya dan duduk di sebelahku. Sedikit pun dia tak menoleh dan menyapaku. Masih marah lagi agaknya.

" Tak..kami pun baru nak bermula ",jawab Ammar Suffian membuka laptopnya.

Aku masih diam membisu . Jantungku berdebar-debar. Nafasku sesak. Bagaikan tak cukup udara. Haruman Hugo Boss yang di gunakan Adam benar-benar meruntun naluriku. Sungguh aku di baluti rasa bersalah dan juga rindu. Aku rindu dengan usikan paginya. Aku rindu dengan ucapan sms nya. Adamm..maafkan I,jerit hatiku sendiri.

" Cik Zara! ". Ammar Suffian memanggilku seraya memecahkan lamunan tadi.

" Ya?". Aku tersentak. Aku kerling Adam . Dia tekun menyelak kertas kerja di meja. Seolah-olah aku tak wujud di sisinya.

" Shall we continue?".

" Oh..yes please ". Aku senyum dan cuba menumpukan perhatian sepenuhnya. Walau aku tahu ianya sukar. Malahan amat sukar sekali!

Akhirnya hampir tiga jam kami menyudahkan perbincangan. Aku tarik nafas lega. Esok aku boleh balik semula KL. Tak mahu lama-lama di sini. Memandang wajah bening Adam membuat aku di himpit pelbagai rasa.

" Cik Zara. Jom ". Ajak Ammar Suffiyan setelah aku keluar dari bilik menyuarat. Adam masih lagi di situ. Aku malas nak bertanya. Biarlah..

" Pergi mana? ". Aku mengerukan dahi. Tak faham.

" Lunch lah. Sekarang dah pukul 1.00. My treat!". Ammar Suffiyan mengajak bersungguh.

" Oh! Okey!". Tanpa berfikir panjang aku terus jalan beriringan dengan dia.

" Err.. En. Ammar..kita berdua je ker?. En. Adam tak ikut sekali? ". Soalku bila perasan hanya aku dan dia menuju pintu lobi.

" En. Adam ? Dia kata pergi dulu. Nanti dia menyusul. ". Ammar Suffian kembali senyum meleret. Senyuman yang hanya aku saja tahu maknanya.

Dadaku berdebar. Aku rimas! Rimas lagi tadi jantungku tak berhenti memukul kuat. Kalau tadi aku berdebar saat bertemu dengan Adam,kini aku berdebar bila berdua dengan Ammar Suffian. Aku boleh baca dari lirik matanya. Aduhhh...masak aku macam nih!

" You nak makan apa Cik Zara?". Soalnya sebaik saja aku duduk di restoran berdekatan.

" Emm..panggil panggil I Zara jer. Tak payah ber cik cik dengan I ". Aku senyum. Cuba menyesuaikan diri.

" Kenapa tidak Hani saja? ". Soalnya lagi.

Aku menggeleng. Mukanya aku pandang. Aku mengukir senyuman biarpun amat pahit aku rasakan saat ini. Nama Hani terlalu banyak duka yang tergalas. Nama Hani buat aku sengsara sekali. Kalau boleh aku nak hilangkan nama Hani. Biar hanya Zahra. Sebak mula bertandang bila mengenangkan peristiwa minggu lalu. 'Gantung tak bertali'..perkara yang di takuti semua wanita..Hancur sudah hati ini..Luluh sudah rasa ini..

Bukan aku tak cuba menjejakkan kaki di rumah suamiku. Bukan aku tak pernah mencarinya memohon sedikit belas ihsan. Tapi aku di halau bagai tiada harga.

" Abang..Hani mohon abang. Kalau boleh sembah..Hani sembah abang. Jangan buat Hani begini abang..tolong bang..". Aku merayu untuk kesekian kali. Kakinya aku paut kuat.Aku lihat Adreana Suraya hanya mampu memandang. Tapi air matanya menitis laju.

" Kau nak apa lagi perempuan?. Hah! Baru sekarang tau merayu pada aku. Padanlah muka kau tu. Tanggunglah dosa kau sampai mati!! Aku takkan ampunkan!". Amirul Fahmi mengherdik dan menolak tubuhku di hadapan pintu pagar rumahnya.

" Abang!! Kenapa buat Hani begitu??". Adreana Suraya menjerit kuat.

" Su diam!! Pergi masuk!". Tengking Amirul . Jiran-jiran sudah menjengukkan muka. Mengintai apa yang berlaku.

" Kau perempuan..jangan datang sini lagi. Kalau kau degil..nahas!!. ". Dia menunjal kepalaku kuat dan mengeheret Adreana Suraya masuk.

" Abanggg..abangggggg!!",aku panggil namun tak di hiraukannya. Saat itu..tahulah aku..jalan berliku mula terbuka luas di depan mata.Aku harus menerima takdir..hidupku tak seindah yang pernah aku impikan..

" Zara..". Panggilan Ammar Suffian mencantas lamunanku.

" You kenapa?. Tak sihat? Jauh menung? ". Soalnya penuh prihatin.

" Tak..I okey..cuma I tengah fikir nak makan apa je ",dalihku melihat menu di tangan.

" Apa kata you pesan yang nombor 12?. Black paper lamb stik?",usulnya

" Errr..I tak makan kambinglah. ".

" Lahh..you vegetarian ker? ".

" Ehh..bukan..cuma I tak makan kambing. Yang lain I belasah jer ",jawabku sambil ketawa.

" Haaa..kalau macam tu beef steak lah!",usulnya lagi.

" En. Ammar..sebenarnya..I kenyang lagi..I makan banyak pagi tadi. ". Aku memandangnya bersama senyuman.

" Gitu pulak. Takpelah..I order untuk I jelah. I tak sempat nak breakfast. Maklumlah..bujang senang ",jelasnya sambil matanya melirik manja. Aku terkedu! Aduhh..masalah nih! Aku paham lirikan itu..

" You duduk dengan siapa di KL Zara? Lama I tak sampai KL. Actually my hometown kat Melaka. My parents still there ". Ammar Suffian menerangkan panjang bersama senyuman. Sememangnya dia murah dengan senyuman. Itu aku pasti!

" I duduk sorang jer. My mum just passed away ",terangku. Bila teringatkan mama,ada sendu bertandang. Kalaulah mama masih ada..tentu nasibku tak seburuk ini..

" Innalillah.. I am sorry to hear that ".

" Tak mengapa".

" Dah lama you kerja di Hi Tech Engineering? "

" Almost one year ".

" No wonder I tak tau. Mungkin masa you masuk ,I dah kena transfer kat sini ".

" Ia agaknya".

" Ruginya I ". ucapnya tiba-tiba membuat mimik muka sedih.

" Rugi apanya pulak?". Aku sedikit terpinga. Dah kenapa pulak?

" Rugilahh..sebab lambat kenal gadis secantik you . Mesti orang lain dah sambar ". Ammar Suffian ketawa.

" Allah! Ingat kenapa tadi. Jangan terlalu memuji . You tak kenal siapa I. Lagipun you ingat I ikan ker sampai nak kena sambar-sambar ",balasku tenang. Namun dalam hati berkocak maha hebat. Kalaulah dia tahu yang sebenarnya..entah apa kata-kata yang bakal di tuturkan..sama pedas dengan kata -kata Adam agaknya.

" Kalau you ikan kan..hehe..I rasa..you lah ikan paling cantik I jumpa ",usiknya lagi.

" Hahahaha..not funny! Betul-betul tak kelakar ". Aku gelengkan kepala. Ammar Suffiyan masih lagi ketawa.

Seketika aku bagai terbau haruman Adam. Darahku berderau. Aku berpaling.

" Seronok nampak? May I join? ",ucapnya sinis dan terus duduk di sebelahku.

" Cerita apa? ". Soal Adam lagi bila melihat Amamr Suffian masih lagi bersisa tawanya.

" Cerita kosong jer En. Adam. Saja habiskan masa sementara tunggu you ". Ammar Suffian berkata sambil memanggil pelayan restoren.

" Betul you tak nak makan Cik Zara? ". tanya Ammar Suffiyan sekian kali.

" No. Thanks . Just ice lemon ya". Aku menggeleng lembut.

" Okey. So En. Adam,you nak makan apa? "

Saat itu kalaulah aku ada kuasa..mahu saja aku berhentikan masa..memutar agar aku tak ke sini. Berhadapan dengan Adam seolah-olah semangatku di renggut semuanya.

Sudahnya..air yang sepatutnya manis menjadi pahit..sepahit pahitnya di tekakku..

Sepanjang masa aku hanya mencelah apa yang termampu. Kebanyakan masa aku mendiamkan diri cuba untuk bernafas seperti selalu. Seperti aku yang dulu. Hani Zahra yang dulu!

No comments:

Post a Comment