Monday, July 20, 2009

Dan Sebenarnya [34]

" Along ". Nur Sofea mengelus bahu Adam perlahan. Adam menoleh dan kembali merenung kolam di hadapannya rumahnya.

" Along buat apa kat sini?". Nur Sofea memegang tongkat abangnya. Akibat kemalangan itu Adam memerlukan bantuan tongkat untuk sementara waktu. Wajah abangnya di pandang lama. Jelas wajahnya tak terurus. Jambang mula tumbuh meliar. Hatinya di terpa sayu.

" Along..dah..jom masuk..dah nak maghrib ". Nur Sofea menarik lembut tangan Adam. Membantunya untuk berdiri. Adam diam tiada reaksi dan menurut apa saja perintah adiknya.

" Adam..",sapa Datin Zarina ketika Adam melintasi di hadapannya. Adam menoleh sekilas dan terus masuk bilik di belakang. Sememangnya sejak kemalangan bilik Adam di tempatkan di ruang bawah. Nur Sofea mengangkat bahu dan menuruti langkah Adam yang terhincut-hincut.

Datin Zarina menghantar langkah Adam dengan air mata. Dia sayu melihat Adam begitu. Sejak kematian Zara ,Adam leka dengan dunianya sendiri. Adam lebih selesa mendiamkan diri. Puas dia membuat pelbagai cara agar Adam seperti dulu namun hampa .

Kesal mula bertakhta kerana terlalu menurut kata hatinya. Kesal kerana tak pernah mendengar apa juga penjelasan Adam mengenai Zara. Teringat bagaimana dia di marahi Nur Sofea dua bulan lalu.

" Mama..cukup-cukuplah mama bising pasal kak Zara. Penat adik dengar ma ". Nur Sofea membela abangnya bila Datin Zarina membebel ketika Adam selalu tanya di mana Zara saat membuka mata.

" Biar mama bising. Biar Adam tau mana salah dia. Biar Adam tau buruknya Zara tu. Apa yang di banggakan sangat pun mama tak tau! ". Pedas saja kata Datin Zarina. Adam membatu.

" Mama! Cukup ma..! Cukup! Mama tak tau apa sebenarnya ma! ",. Suara Nur Sofea tinggi. Hatinya panas. Mamanya sedikit pun tak mensyukuri nikmat Allah kembalikan Adam. Mamanya kini amat berbeza dengan yang di kenalinya dulu.

" Yang Sofea nak bela sangat perempuan tak tau malu tu kenapa? ". Melengking suara Datin Zarina di rumah besar itu. Dato Zulkarnain turut tersentak.

" Awak ni pun Za..Adam tu baru nak baik..awak dah bising-bising..cukup-cukuplah tu ".tukas Dato Zulkarnain. Dia pun naik risau dengan tingkah isterinya.

" Haa..awak semua sama..terima bulat-bulat apa yang di buat Zara ke anak kita. Pasal dia anak kita jadi begini tau! ",rungut Datin Zarina lagi.

" Ma..tolonglah maa..kalau tak pasal kak Zara..along tak mugkin hidup tau ". Nur Sofea memintas keras.

Adam membulatkan mata. Pasal Zara? Sofea tau pasal Zara?

" Apa maksud adik? ". Adam bersuara setelah sekian lama. Nur Sofea menutup mulutnya. Dia terlepas kata! Dia terlupa..terlupa dah berjanji dengan Hani Zahra.

" Errr..takder apa-apa..adik salah cakap ". Nur Sofea bingkas bangun. Dia mahu ke biliknya.

" Adik..please ". Rayuan sayu Adam buat langkah Nur Sofea berhenti. Dia berpaling memandang muka abangnya yang penuh pengharapan. Wajah mama dan papanya juga berubah.

Maafkan Sofea kak! Sofea terpaksa cerita semuanya,bisiknya perlahan.

" Sebenarnya...penderma misteri tu bukan orang lain..kak Zara..dia minta adik rahsiakan semuanya sebab dia dah janji dengan mama supaya tak muncul lagi dalam hidup abang..cuma..yang adik tak sangka..dia akan pergi tinggalkan kita semua ". Nur Sofea mula menangis.

" Za..kenapa menangis ni? ". Soal Dato' Zulkarnain perlahan. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

" Entahlah bang..Za rasa anak-anak semakin menjauh dari Za.",ngongoi Datin Zarina perlahan. Dia merebahkan kepala di dada suaminya.

" Takpelah..bagi mereka masa. InsyaAllah..mereka akan pulih semula ",pujuk Dato Zulkarnain. Dia mengelus rambut isterinya. Dia faham apa yang dirasai isterinya.

" Za rasa berdosa bang. Berdosa pada Zara.. tengok Adam begitu..kalaulah masa boleh undur kembali..Za akan dengar semuanya..Za takkan membantah..",esakan Darin Zarina semakin kuat.

" Dahlah tu Za..kita sama-sama salah. Tak payah ungkit semuanya. Kita doakan jer supaya Zara aman tenang di sana ",pujuk Dato Zulkarnain.

*******************************

Adam termenung di tepi jendela. Hatinya kosong!

'Zara',gumamnya perlahan. Pinggangnya di raba. Ada tanda yang Zara tinggalkan. Dia kini berkongsi darah..berkongsi pinggang dengan Zara..

' Zara..kan dah janji dengan Adam..tak kan tinggalkan Adam..kenapa mungkir janji sayang..tau tak..Adam rindu sangat kat sayang ". Adam merenung PDAnya.

Dia bergerak membuka laci. Selendang Zara yang di ambilnya sewaktu Zara tertinggal di pantai Mersing tahun lepas. Dia meremas perlahan. Zara....,bisiknya lagi.

Matanya terarah pada surat yang di tinggalkan Nur Sofea sebentar tadi. Surat dari Zara. Dia tiada kekuatan nak membacanya. Namun di gagahi juga.

engkaulah adam
yang tercipta untukku
yang aku tunggu seluruh hidupku
yang aku rindu sepenuh nyawaku..
engkaulah cinta yang aku cari
yang aku kembara selama ini
andai bisa aku petik si matahari
kan ku serahkan untuk menyinari
hidupmu..hidupku..sepanjang hari..
akulah hawa yang tercipta
dari tulang rusukmu saja
untuk di belai manja
untuk kau lindungi sepenuh jiwa
mungkin terlewat untuk ku bicara
mungkin terlambat aku menyatakan semuanya
aku rindu kamu
aku sayang kamu
aku cinta kamu
namun mengapa
kasih tercipta sukar ku gapainya
rindu membara
tak berbahang panasnya
dan
andai takdir tak menyebelahi kita
kan ku sematkan cinta di jiwa
sehingga penghujung nafasku
duhai adamku...
Luv,
Hani Zahra

Adam menggenggam kertas itu. Hatinya sakit. Sakit kerana terlalu rindukan Zara. Sakit kerana takdir Tuhan tak terkata untuk di harunginya.

" Kenapa Zara tinggalkan Adam? Kenapa? ". Adam menjerit kuat. Dia memeluk selendang Zara. Dia bagai terlupa apa hikmah di sebaliknya. Yang dia rasakan kini kesakitan yang tiada henti.

Nur Sofea menyelak pintu. Air matanya luruh lagi melihat abang yang di kasihi begitu rupa. Dia yang bingkas bangun mahu solat maghrib bila mendengar abangnya menjerit. Tak sempat dia membuka telekung.

Perlahan-lahan dia menghampiri Adam dan berteleku di hadapan Adam.

" Along ". Nur Sofea mencapai tangan abangnya.

" Mengucap long. Ingat Allah..mengucap long ",pujuk Nur Sofea. Ya..kini dia mengerti apa yang cuba di sampaikan Zara sewaktu di hospital . Dia perlu kuat juga. Dia perlu bantu abangnya menghadapi realiti.

" Adik..kenapa kak Zara tinggalkan along dik. Kenapa? ". Adam bersuara sayu.

" Along..sabar long..mengucap..semua tu takdir Allah ..kita tak tahu apa sebenarnya yang cuba Allah tunjukkan. Along ingat kak Zara seronok ker bila tau along macam ni? ". Nur Sofea menggenggam tangan abangnya. Adam masih diam.

" Dahlah tu long..along menangis sekalipun kak Zara takkan balik semula. Along doakan kesejahteraan dia ya..dah..jom solat dulu. Cepat..adik tunggu ". Nur Sofea bangun dan memimpin abangnya ke bilik air.

Dia melihat ada surat di atas katil Adam. Dengan tangan menggeletar dia membaca. Namun belum pun habis ayat dia menangis sendiri. Ya Tuhannn..mengapa begitu sekali dugaan kau hadiahkan pada mereka!

' Kak Zara',bisiknya sebelum bangkit bangun membentang sejadah. Biarlah..kali ini dia di sisi abangnya untuk bersama mengharungi apa yang bakal terjadi esok hari..

Dan sebenarnya..dia pun tak tahu apa yang ALLAH mahu tunjukkan pada abangnya! Cuma dia berharap..semoga esok memberi sinar baru menerangi.

'Terima kasih kak Zara..kerana hadir menyinari hidup along walau seketika!,gema hatinya...dan kemudian dia mengukir senyuman.

No comments:

Post a Comment