Friday, July 10, 2009

Dan Sebenarnya [28]

Hani Zahra

" Zara! ".

Aku berhentikan langkah. Nurul Huda datang ke arahku dengan membawa sejambak bunga. Dia tersenyum dan menghulurkan padaku.

Aku mengerutkan dahi. Errr..apa pulak nih?

" Apa ni kak? ". Soalku sambil membelek jambangan besar itu. Err..baper kuntum ekk..satu..dua..tiga..

" Tak payah kira. 99 kuntum semuanya. Akak dah tolong kirakan untuk Zara. Haiiii..siapalah yang bertuah bagi tu ekk? ". Nurul Huda tersengih-sengih.

Aku terpana. Seumur hidup belum pernah aku terima jambangan sebanyak ini. Ishh..siapa pulak yang hantar. Lahh..mana kad dia. Aku mendongak dan memandang muka Kak Huda.

" Ehhh..jangan pandang akak. Yang tu akak tak tau. Bunga tu pun semalam sampai. Kan Zara takder. Pergi Sarawak. ',Jelasnya seakan faham dengan pandanganku tadi.

" Lahh..entah-entah bukan untuk Zara kak. Untuk orang lain kot. Nanti tuan punyer badan cari,matilah Zara ". Aku sedikit ragu-ragu dalam hal ini.

" Betul lah untuk Zara. Kat pejabat ni yang perempuan sorang jer. Err..yang belum kahwin ya maksudnya. Lagi pun..akak yang sain DO tu..akak taulah..untuk siapa ".

" Errrr..kat DO tu takder ker tulis saper hantar kak? Isshh..risau pulak saya. Tah siapa-siapa jer ".

" Wehhhh..takkan akak nak kepoh-kepoh nanyer mamat yang hantar smlm. Nanti dia kata akak menyibuk pulak ". Nurul Huda menjengilkan matanya.

" Dah lah Zara..toksah pening kepala. Anggap jer Zara ada peminat rahsia..tapi.."

" Tapi apa kak? ". Soalku bila dia tak habiskan kata.

" Emmm...kesian kat boss..Hahahahaa..kan dah melepassss". Nurul Huda ketawa mengilai.

" Haa.haaaaa...dah..dah....jangan nak buat cerita. Kan Zara dah kata,boss dah bertunang. Mau Zara kena libas nanti dengan tunang dia..". Aku gelengkan kepala melihat dia sering memadankan aku dengan Adam.

Semalaman aku berfikir kesudahan kisah cinta yang tak sempurna antara aku, Amirul dan Adam. Walau apa cara sekalipun aku guna,Amirul tetap tak kan lepaskan aku. Biar seribu tahun pun Adam menanti,kami tetap takkan dapat bersama. Nak tambah menarik pulak Adam dah ada Sofea..ya..Nur Sofea..aku hampir terlupa dengan itu.

Nasib baik aku tak lafazkan apa yang terbuku di hati kepada Adam semalam. Mujur juga aku tak menyebut aku juga mencintainya..Kalau tak..tak tau mana aku nak sorok muka ni.

Cuma aku pelik, tak terfikirkah Adam bagaimana kecewanya hati Nur Sofea bila tahu Adam menduakan dirinya. Begitu berani sekali Adam melafazkan cinta padaku. Ahh..lelaki! Mudah saja mengucapkan cinta tanpa memikirkan implikasi akan datang.

" Zara!". Nurul Huda memukul bahuku kuat.

Aku menyeringai. Perit! Ishh..perempuan ni..tangan macam besi!

" Sakitlah kak Huda." Aku menggosok bahuku.

" Berangan lagi..akak punyalah syok bercerita dia boleh buat bodoh!",marahnya.

" Ehh..Zara bukan berangan. Zara fokus tu..fokus dengan apa yang akak cakapkan tadi ",dalihku tersengih.

" Haa..yelah fokus..kalau fokus apa yang akak cakap tadi? ",sergahnya.

" Emm..aaaaa...lahh..dah lupa..tulahh..akak tepuk kuat sangat. Kan dah hilang semuanya ". Aku ketawa lambat-lambat.

" Dah..dahh..kalau berangan cakap berangan,tak payah dolak dalik ",sindirnya dan kembali duduk di kerusinya.

"Akak marah ker? Lahhh...akak reti marah jugak ker? Zara ingat akak tak pandai marah ",usikku.

" Zaraaaaaaaaaaa!!". Nurul Huda memuncungkan mulutnya. Aku ketawa dan berlalu pergi.

Setibanya di bilik aku kembali memandang jambangan bunga ini. Siapa pulak yang bagi yer? Tiba-tiba bunyi sesuatu di laptop. Ada e-mail masuk.

Adam!..Ahh..apa mahunya lagi?

' Monen sayanggg..received my flower? Hope you can forgive me. Miss you here!'

Lahh..Adam rupanya yang bagi. Hatiku tersentuh. Benar-benar tersentuh. Dia begitu bersungguh menawan kembali hatiku. Teringat pagi tadi sewaktu di lapangan terbang. Wajahnya penuh sendu.

" Sayang..maafkan Adam yaa..I can't stop thinking bout you. And belive me..I really..really love you " Tanganku kejap di genggam. Aku sebak. Empangan mata bila-bila saja akan pecah. Tapi harus aku tahan. Aku harus kuat!

" Zara..please say something. I miss your voice. Sampai bila you tak nak bercakap dengan I ",keluhnya. Aku kerling deri ekor mata.Adam menunduk. Genggaman di lepaskan .Mungkin menahan perasaan.

" Adam..you nak I cakap apa?. Maafkan apa?. You tak pernah salah Adam. I yang salah. I yang patut minta maaf. "Aku bersuara bila Adam diam tak bersuara. Dah habis idea barangkali!

" Adam..". Aku mengangkat tangan bila lihat dia seperti mahu menuturkan sesuatu. Biarlah aku cakap untuk yang terakhir kalinya.

" Adam..kisah kita takkan kemana. I hargai apa juga perasaan you pada I. Tapi I minta maaf..I tak dapat nak balas semua perasaan you ",bohongku.

" Tipu..you tipu..". Bergetar suara Adam.

" Buat apa I nak tipu you. Bukan I dapat apa pun ".

" No..you tipu..I tau you pun cintakan I kan?. ",desaknya.

" Nope..you totally wrong. I memang tak cintakan you. You jer yang perasan ". Aku ketawa sinis. Tapi dalam hatiku hancur tak terkira.

" You boleh tipu I Zara..tapi you tak boleh tipu hati you sendiri. Nadia dah beritahu I segalanya. ". Adam merenungku tajam.

Aduh! Nadiaaaaa..mmg tak boleh simpan rahsia!

" Tapi tak mustahil I boleh tipu Nadia kan?",dalihku menutup getaran dalam dada.

Adam diam. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Tiba-tiba tanganku di kucup lembut. Aku terpana!

" Untuk yang terakhir kalinya Zara. I nak cakap I akan terus menunggu you hingga penghujung nyawa. Tak kisahlah apa status you. Yang I tahu I cintakan you setulus hati ",lirih saja suaranya.

Aku diam tak mampu nak berkata apa-apa. Jiwaku melayang. Bahagia! Tapi bahagia yang tak ada kesudahan. Ya Tuhan..mengapa begitu sukar sekali perjalanan cintaku ini!

Tit!Tit!..Lagu Munajat Cinta berkumandang di telefon bimbitku. Terbang semua lamunanku tentang Adam.

" Hello ". Aku pantas menjawabnya bila lihat siapa pemanggil itu.

" Heh! Perempuan! Aku nak minggu depan kau kosongkan rumah tu! Aku nak balik rumah aku! ". Amirul Fahmi mengherdik di hujung talian.

Aku tersentak! Ya ALLAH..apa pulak kali ni?

" Abang..". Aku bersuar lembut. Cuba berdiplomasi walau harga diriku di injak-injak tempohari.

" Jangan panggil aku abang! Aku jijik dengar. Aku geli tau tak! ",herdiknya lagi.

Dadaku bergetar. Rasa hati berbaur. Hatiku tercalar..benar benar tercalar!

" Habis..Hani nak tinggal mana?". Soalku menahan sendu.

" Aku pedulik apa! Kau mintaklah tolong dengan kekasih kau tu. ",sinis saja suaranya. Aku bagai tak percaya. Itu suamiku. Suami yang pernah berjanji untuk mencari jalan keluar atas semua masalah yang berlaku. Inikah penyelesaiannya??

" Dia bukan sesiapa pada Hani!". Aku dah hilang sabar.

" Hey perempuan! Kau jangan ingat aku tak tau kau pergi mana semalam? Siap masuk keluar hotel kan?". Aku tersentak.

" Tapi..itu semua urusan kerja..Hani.."

" Yelah..kerja jadi jalang! Patutlah tak nak kerja dengan aku dulu. Rupanya ini perangai kau Hani. Kalau mama masih ada,entah macamana agaknya!". Amirul memintas kataku.

Aku diam. Malas nak menjawab. Kalau jawab pun aku tetap salah. Aku tetap yang berdosa pada dia.

" Aku bagi tempoh sampai hujung minggu ni. Kalau kau tak keluar,siap! Aku hancurkan hidup kau! ". Talian di matikan.

Tubuhku menggigil. Menahan sedih dan geram. Sampai hati abang buat Hani begini...,rintihku bersama air mata.

Aku capai telefon dan interkom Kak Huda. Aku nak ambil cuti. Padanya aku katakan aku tak sihat. Dia terpinga-pinga seketika.

Tapi pemanduanku bukannya balik rumah. Aku berhenti di Tasik Titiwangsa. Duduk bersendiri. Serabutnya kepala hanya Tuhan saja yang tahu.

Hari ni dah hari Rabu. Mana aku nak cari rumah sewa? Bila masa aku nak angkut barang-barang? Walau tak banyak tapi kena kemas jugak.

Sampai hati abang..sampai hatiiiiiiiiiii.. Ingin saja aku menjerit,tapi nanti di katakan tak betul pula. Pandangan aku lemparkan ke tasik. Indahnya hidup andai jadi ikan. Berenang-renang tanpa masalah..

Dalam melayan minda yang bercelaru telefonku berbunyi. Nadia! Ya ALLAH..syukur Alhamdulillah! Kau hadirkan Nadia sekarang ini.

" Weyyy..sayangg". Suara Nadia girang di sana.

" Ya sayanggg". Aku senyum. Bagai terlupa seketika masalah aku.

" Kau kat mana ni Hani? ".

" Em..Tasik Titiwangsa ".

" Kau tak kerja ker?"

" Tak. Cuti. MC ".

" Uiksss..cuti ker MC?",soalnya sambil ketawa.

" Dua-dua".

" Kau ok ker ni Hani? Ada masalah? ".

" Kalau Hani yang takder masalah itu bukan Hani namanya Nad ",selorohku.

" Hahahhhaa..yelah kan. Kali ni kenapa pulak Hani. I tought kau dengan Adam dah ok!".

" Mana tau aku dengan Adam dah ok?",soalku sengaja. Aku tekankan suara di situ.

" Err..errrr...aku kan boleh baca hati kau ",dalihnya. Jelas suaranya berubah. Takut-takut.

" Yelah tu..kau kepoh kan apa pasal aku ker dia Nad? ".

" Nothing. Ishh..macamlah aku ni kepoh sangat ",rajuknya.

" Lahhh..kalau kau tak kepoh bukan Nadia tu nama kau..Hahahaha". Nadia ketawa kuat. Mengilai. Ishhh..perempuan nih..tak berubah perangai walau dah jadi mak budak!

" Nad..errr".

" Apa sayang?".

" Kau ni..sayang-sayang..aku gelilahhh."

" Elehh..poooodahhh! Geli kunun. Haaa..apa dia?".

" Nad..boleh tolong aku tak? ".

" Tolong apa? Cakap jer. Apa saja aku tolong kau. Tapi..kalau kau mintak tolong nak kahwin dengan laki aku..err..tu aku tak tolong kau..aku belasah nanti! ",usiknya.

" Wehh..takmolah aku madu ngan kau. Huh! Kau brutal sangat! ". Aku mencebik.Nadia ketawa lagi.

" Nadddd..kau dengarlahhhh",rengekku manja.

" Iaaa..apa diaa??".

" Kau carikan aku rumah sewa. Boleh?.Tak kisahlah rumah ker..bilik ker..",ucapku perlahan.

" Rumah sewa? Ehhh..abis rumah yang kau duduk sekarang ni kenapa?". Suaranya menjerit kuat.

" Errr..Amirul halau aku keluar dah. Dia nak duduk situ ". Aku terdiam. Menahan hiba yang datang.

" What??..Heyyyy!! Kurang ajar betul punya jantan! ". Suaranya melengking kuat.

" Dahlah Nad. Boleh tak?",pujukku. Malas nak bercerita lagi. Buat sakit hati!

" Emm..bila kau nak? Area mana? ".

" Sabtu ni. Tak kisahlah area mana. Tapi tak mahu jauh sangat dari pejabat. Tak kisahlah rumah apa pun. Janji aku selesa ".

" Sabtu ni?. Apa??!! Heyy.. Hani..mana nak cari secepat ni? Jantan tu dah gila ker apa?. Eeeee...kalau aku jumpa dia aku siat-siat dia. Huh! Humban dalam gaung! ". Nadia membebel di talian.

" Nad..yang kau nak campak dalam gaung tu suami aku Nad. Bukan orang lain lah",usikku.

" Suami? Suami apa macam gitu? Suami hantu! Kau ni lembut sangat Hani. Pergi sana pejabat kadi. Pergi buat aduan. Kalau kau segan. Meh..aku temankan ",arahnya.

" Biarlah dia nak buat apa Nad. Aku dah malas. Malas nak fikirkan semuanya.".Aku menghela nafas.Yaa..aku dah malas..malas nak teruskan semua..biarlah masa menentukan semua kebenaran.

" Kau macam gini makin lemaklah dia Hani. Aku peliklah..kau dah bukan Hani yang aku kenal dulu ".

" Maksud kau? ".

" Yelah..Hani yang dulu penuh ketegasan. Hani yang dulu tau apa hak dia. Hani yang dulu tegas dalam bersuara. Apa kena agaknya dengan kau Hani?".

" Entahlah Nad. Mungkin aku dah lali agaknya. Lali dengan apa yang di namakan kecewa. ".

" Jangan begitu Hani. Kau berhak bahagia. Kesian kat abang Is..bertahun dia menanti tak jemu-jemu ". Nadia dah mengendurkan suara.

" Ishh..kau ni Nad. Gila apa nak kenenkan Adam dengan aku. Orang tu dah bertunang pun. Kau ni ahhh..". Aku ketawa.

" Abang Is dah bertunang? Ehhh..mak ngah tak cakap apa-apa pun. Takkan takder majlisnya. Kau biar betul Hani ",soal Nadia teruja.

" Ehh..betullah..aku dah jumpa tunang dia. Cantik..comel lagik. Kira sama padanlah ".

" Kau silap orang tak Hani. Lagipun abang Is tak beritahu apa-apapun kat aku.Sibuk nanyer pasal kau adalah ",jelasnya tegas.

" Tak..aku tak silap..apa nama dia ekk..haaa..Nur Sofea! Ya..Nur Sofea!".

Nadia mengilai ketawa..Lama..sampai aku jadi geram.

" Kau pehal Nad? Betulkan? Kau kenal ker tunang dia? ",soalku tak sabar.

" Lebih dari kenallah Cik Hani Zahra..ohhh..kiranya kau dah kecewalah tu..hahahaha". Nadia terusan ketawa.

" Apa pulak! ",nafiku menutup malu.

" For your information Cik Hani Zahra..Nur Sofea tu adik sepupu I..anak mak ngah yang bongsu..merangkap adik si Adam Iskandar ".

" Hah! Whattt??!!".

" Jadii..jadii..Adam tipu aku lah yer Nad!",ucapku terperanjat. Aduhhh..patutpun dia begitu 'daring' menuturkan kata cinta padaku. Alahai Adammm! Kurang asam betulll!!

" Lebih kurang gitulah Hani..alahhh..dia saje nak jeleskan kau kot".

" Huh! Nak jeleskan aku? Sorry lah kawan...".

" Errr..Hani...nanti jangan pulak kau beritahu abang Is ehh yang aku cakap. Mati aku nanti! ",rayunya.

" Yelah..tu aku tau..okey Nad. Kau jangan lupa ya tolong carikan rumah untuk aku. Emm..jangan kabo ker Adam yer..pleaseee..".

" Bisa di atur itu mbak! Beres...nanti apa-apa hal aku call kau yer ".

" Thanks Nad!. I owe you one! ".

" You're welcome dear. Okey..kau jangan fikirkan sangat. Jaga diri. Assalamualaikum ".

" Wa'alaikumussalam". Talian aku matikan.

Aku tak tahu sekarang ini apa perasaanku. Lega? Suka? Sedih?

Yang pasti..dadaku lapang selapang lapangnya bila mengetahui ada jua insan yang sayang padaku. Ya Tuhan..KAU permudahkanlah kehidupanku...

Telefon bimbitku bergegar. Ada mesej yang masuk.

" Hani Zahra cantiknya nama,hati berdarah cinta menyiksa "

Aku tersenyum. Pandai pulak Adam berpantun ya..nanti..kejap ya..

" Adam Iskandar aku merindu,dalam tak sedar aku pun begitu ! ".

Aku tekan butang send. Dan aku bangun meninggalkan Tasik Titiwangsa dengan senyuman bahagia. Aduhai Adam! Rindunya!






















No comments:

Post a Comment