Thursday, July 23, 2009

Rahsia Hatiku [3]

" Beb! Mekasey ..nie yang aku buat makin sayang kat ko ". Bisik Naim menepuk bahuku perlahan. Dia pamerkan senyuman semanis madu.

" Piirahh". Aku menjuih.

" Syyhhhh..". Terdengar amaran menyuruh aku memperlahankan suara. yelah..dalam libraray tu..

" Ehh..oklah..aku blah dulu ",bisikku bila lihat Naim tekun baca puisi. Tanpa menoleh dia mengangguk . Naim tersengih-sengih sendiri. Mesti dia bayangkan muka minah gedik tu.

Pantas saja aku menuju ke kafetaria. Mataku meliar. Lah..takder pong..semua datang berteman.
Aku duduk di salah satu meja kosong. Aku selak buku accounting.

" Ehh..Jasmin ..awak buat apa kat sini?". Azmeer berdiri tegak di depanku.

" Mana kau tau nama aku? ". Soalku tak puas hati. Tak siapa panggil aku dengan nama tu kecuali arwah papa. Azmeer menarik kerusi dan duduk di hadapanku.

"Emm..saya tanya Prof Azmi ".

" Kau gila ker tanya dia. "

" Apa gila pulak. Dia oklah..". Azmeer meleretkan senyuman..adusss..boleh cair aku nih!

" Huh! Ok apanya..selalu jer carik salah aku..selalu jer sindir aku lam kelas..apa aku buat semua tak betul..kalo minah gedik tu betul plak ". Aku bersuara geram.

" Saya tak faham ". Azmeer mengerutkan mukanya.

" Dah ..tak paham sudah..toksah kau nak serabutkan kepala dengan masalah aku. Hah..kau datang sini nak makan ker? ". Aku pandang jam. Pukul 11.00 pagi..lambat kalau nak breakfast tapi awal kalau nak lunch.

" Tak..saya nak jumpa someone ". Matanya meliar mencari.

" Haaaa..aweks ehhhh". Aku menjungkitkan kening.

" Taklah ".

" Abess..saper? ".

" Entah..kawan baru..ehh..kot awak kenal ".

" Apa nama dia ? ".

" Black_roses".

" Lahhh..kau ker mirza07 tu". Aku ketawa kuat.

" Lahh..awak ker Jasmin ? Keciknya duniaaaa ".

" Bukan kecik dunia lah..keciknya kampus..dunia tu besar ".

" So..selamat berkenalan black_roses..". Azmeer menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku pandang sepi..Sori beb! Aku ingat lagi batas agama walau aku tak bertudung.

" Errr..sori". Muka Azmeer merah. Malu agaknya.

" Takper..sorry gak..aku tak suka sentuh orang bukan muhrim ".

" Eh..kau ada kelas tak petang ni? ". Soalku.

" Tak..kenapa? ". Azmeer betulkan kacamatanya yang melurut.

" Teman aku ".

" Mana? ".

" Tengok wayang ". Aku tersengih bila lihat mukanya berubah.

" Okey ". Mudah saja dia memberi persetujuan.

" Haaaa..lagi satu..panggil aku AJ..bukan Ariana atau Jasmin..just AJ ok..tu pun kalau kau nak kawan dengan aku lama lagi ".

Azmeer mengangguk..macam burung belatuk adalah..sedang aku ketawa..bahuku di tepuk kuat.

" Oh anak makcik bedah jatuh longkang! ". Alapakkk..aku melatah kali kedua..

" Weyyyy..setan kau Naim ". Aku tumbuk bahunya. Dia mengaduh dan ketawa. Azmeer hanya mengukir senyuman .

" Alahh..sorrylah AJ..aku suka tengok kau melatah..cute tau..",usiknya lagi.

" Kau memang kurang ajarkan Naim..nasib baik tak ramai orang..kalau tak mana aku nak letak muka ni ?" jengilku.

" Tu..kat lantai "..Naim ketawa lagi.

" Naimmmmmm!". Memang dah lebih!!

" Emm..saper ni AJ?". Mata Naim terarah pada Azmeer.

" Ohh..kawan aku..Azmeer..kenalkan..kawan baik aku Asyraf Naim ".

Bila dua-dua di hadapanku aku cuba bandingkan mereka berdua. Naim more to happy go lucky..mungkin sebab aku dah lama kenal dia..Azmeer dia masih tahap pemalu lagi..jaga adab sopan..buktinya tadi..sedikit pun dia tak ketawakan aku. Tapi antara Naim dan Azmeer..yang hensem tentulah Azmeer..cuma..hatiku dah terpaut pada Naim..oh Naimku!

" Weeeii AJ..kuat tul berangan tau minah ni ". Naim menepuk perlahan tanganku.

Aku besarkan mata..ishhh..mamat nih..tangan dia suka betul merayap. Kang aku cepuk baru tau!

" Kau Naim..tangan tu kalau tak sentuh tak boleh ker? Kau nak ker rasa ni ?". Aku tunjukkan segenggam penumbuk padanya.

" Ko hati-hati dengan AJ ni Azmeer. Garang gila tau dia ni..ehh..bukan..ganas..".

" Kau cakap bebaik sikit eh Naim..",jelingku.

" Ishhh..sejak bila kau sensitip ni AJ?..aku gurau jelah..ehh..dahlah..aku ada janji denagn Insyirah". Naim bangun dan bersalam dengan Azmeer.

" Lama dah awak kenal Naim tu ? ". Soal Azmeer tiba-tiba bila Naim menjauh pergi.

" Aku? Dengan Naim? Emmm..lama tak lama lah..dari semester satu lagi ".

" Ohh..awak suka dia? ".

Soalan dari Azmeer buat muka aku berubah jadi merah. Lahh..soklan apa plak ni?

" Kau ni pehal tanya gitu pulak ? ".

" Takder apa-apa..saja". Azmeer senyum penuh makna.

" Ehh..dahlah..jom masuk kelas dulu..wait..jap..kau kan ambil engineering kan..yang sesat kat accounting ni pehal?". Aku berdiri dan mula melangkah.

" Emm..sesat jalan..tu jer..".

" Whatever..eh..Azmeer..hujung minggu ni datang rumah aku. Ada kenduri kesyukuran ngan besday party kit ".

" Besday awak ker? ".

" Nope"

" Then? ".

" Adalah..kau datang ehh ". Malas aku nak sebut nama perempuan gedik tu.

" Insyaallah..".

Setelah berpisah aku menuju ke library. Tapi belum sampai aku dah nampak dari jauh..adegan yang betul-betul mencabar naluriku.

Ainur Insyirah memaut mesra lengan Asyraf Naim apabila selesai saja Insyirah membaca puisi yang aku karang malam tadi.

Aku mengintip di balik pokok. Rasa tak terlangkah lagi dah.

" Awak buat apa tu ? ". Suara Azmeer bergema di belakangku.

Alapakkkkk!!

" Err..cabut rumput",spontan aku menjawab. Cover malu beb!

" Ishhh...kan rumput tu memang untuk di bela. Awak nak kena denda ker sebab cabut tu? ". Azmeer menghampiriku dan duduk mencangkung. Dia memandang Naim.

" Ooooo..kan saya dah kata..awak sukakan Naim kan..tulah..nak tipu lagi..kan dah kantoi ".

" Ehhh..mana der..". Aku bangun berdiri dan mula melangkah.Huh! Malas nak layan.

" Dahlah Jasmin..takpayah nak menipu hati awak sendiri. Pergi cakap kat dia. Sure dia faham punyer. ".

" Kau diam ! Kau tak berhak masuk campur ".

" Maaf..saya memang tak berhak..tapi saya cakap sebagai sesama manusia. Perasaan perlu di luahkan. Kalau terlambat awak rugi sendiri Jasmin ",pujuknya lembut.

" Don't you dare to call me that name! ". Aku meluruskan telunjuk di mukanya. Rasa nak jer aku layangkan penampar di mukanya tapi aku sabarkan hati.

" Okey..AJ..sorry..dahlah..satu hari nanti awak akan ikut cakap saya. Saya mintak maaf ya sebab terkasar bahasa ". Azmeer berlalu pergi.

Blah lah lu mamat! Sibuk pasal hal orang... Bentak hatiku sendiri. Bila aku toleh Naim dan Insyirah dah takder.

Huh! Ini semua Azmeer punya pasal..kepoh hal orang! Benciiiiiiiiiiiiii....


***************************************************************

Malam tu aku duduk sendiri di taman depan rumah. Aku tengok keindahan malam yang hening di taburi bintang. Kalau dulu aku selalu duduk berdua dengan Naim..mengira bintang..dah menamakan bintang antara kami..tapi selepas jer majlis hari jadi dan dia couple dengan Insyirah semuanya berubah..dia dah jarang lepak dengan aku..dah jarang nak study dengan aku..

Aku pun tak tau apa yang terjadi antara kami. Nak jer aku tanya tapi..Naim seakan menjauhkan dirinya. Bila aku call dia offkan telefon. Bila aku tulis nota aku nak jumpa dia mengelak..Naimmm..apa salah aku?..

" AJ ". Insyirah duduk di hadapanku menatang mug.

" Pehal ? ". Aku jawab acuh tak acuh. Apa lagi agaknya nak ekk?

" Kau dengan Naim tu apa cerita ? ".

Apahal pulak minah gedik ni nak? Nak tau pasal aku dengan Naim pulak.

" Cerita apa? ".

" Yelah..aku dah tak nampak kau dengan dia hang-out macam dulu ". Tuturnya sambil menghirup minuman.

Nak hang-out macamana..dah dia asyik kau kepit 24 jam,bentak hatiku.

" Yang kau sibuk ni pehak plak ? ". Sindirku.

" Aku bukan apa..just nak tanya jer..yelah..pompuan tak siap macam kau ni dah tak keluar lagi dengan hot student cam Naim..pelik lah ". Insyirah ketawa sinis.

" Heh perempuan! Kalau kau nak cakap semata-mata nak sakitkan hati aku baik kau blah sekarang! ". Aku tepuk meja. Kuat! tapi tak sangka tanganku tertepis mug yang berisi coklat panas dan tertumpah di peha Insyirah.

" Mamaaaaaaaaaaaa!". Insyirah menjerit. Dia bangun dah mengesat-ngesat pehanya.

Aku tergamam. Insyirah mula menangis. Mama berlari ke arah kami. Mulutnya becok bertanya dan Insyirah terus mengadu.

" Arianaaaaa! Apa yang Ariana dah buat ni? ". Mama menyergahku.

" AJ tak sengaja ma. Tulah..siapa suruh letak mug tu kat situ ". Aku menjawab tenang.

" Tak sengaja apa ma...Sakit peha syirah..melecur nih. Maaaa..sakit maaaa..".

" Ariana..jumpa mama kat dalam lepas ni ". Mama menjeling dan memimpin Insyirah . Aku hanya pandang cuak..Allah..mati aku..mama bekas guru besar..mati akuuu...

Bila aku toleh lagi Insyirah senyum sinis dan mencebik . Eeeeee..nak jer aku layangkan penampar..aduhh..rugi betul tak bagi sekali tadik!

" Ariana ni kenapa? Kenapa semakin hari semakin mama tak faham perangai Ariana. ". Soal mama ketika aku duduk mengadapnya di bilik bacaan.

" Apa nak jadi dengan Ariana sekarang? Pakaian dah tak rupa perempuan. Suka cakap kasar-kasar. Cuba ikut macam Syira tu. Lemah-lembut..rajin tolong mama kat dapur ".

" Hari tu..masa kenduri..kenapa tak pakai baju elok sikit. Ni tak habis-habis jeans dengan topi. sakit telinga mama kena sindir dengan jiran-jiran. Apa..Ariana ingat elok ker pakai macamtu ? ".

" Ariana!! I'm talking to you!! Dengar tak? ". Mama meninggikan suara.

" Dengar ". Aku menjawab lemah. Aku rimas bila mama mula membebel.

" Mulai hari ni mama nak Ariana pakai baju elok sikit. No more topi atau baju geleber camni. ".

" But ma..".

" Takder tapi-tapi. Kalau Ariana bantah...tu..kereta tu..mama tarik balik ! ". Mama mengugutku.

" Ma..jangan ma..tu jer kenangan AJ dengan papa ". Aku merayu. Aku melutut di hadapannya.

Mama menarik nafas. Habis idea barangkali. Matanya berair. Sedih barangkali aku menimbulkan nama arwah papa.

" Ariana..mama dah tak tau nak cakap macam mana supaya kamu berubah. Mama malu dengan daddy..seolah-olah mama tak pandai mendidik anak. Ariana..kamu dah besar panjang nak..cubalah berubah sedikit..mama risau nanti kamu begini sampai tua ". mama mengusap rambutku.

" Ma..AJ muda lagilah..nanti esok lusa AJ tukarlah..mama tak payah risau lah..tak kahwin pun tak per ". Aku malas nak berlawan cakap dengan mama. Aku dah letih.

" Kamu dengan Naim bergaduh ker Ariana ? ".

Aku mendongak..uiksss..mama pun nampak ker?ketara sangat ker?

" Errrr..taklah maa..Naim sibuk tu ".

" Atau dia dah beralih arah pada Syirah ? ". Mama memandangku.

" Entah".

" Dahlah sayang..mama dah tau semuanya..Naim dah beritahu mama dia nak couple dengan Syira. Terkejut mama..tapi..yelah..apa nak buatkan..hati masing-masing. Baik budak Naim tu..".

" Ishh..mama ni..AJ dengan dia member jer..tak lebih tak kurang pun ",nafiku.

" Dahlah..mama nak ke bilik. Kang daddy carik plak." Mama bangun dan berlalu.

Hemm..berubah ya ma..InsyaAllah..satu hari nanti AJ berubah..cuma AJ perlukan masa ma..,bisikku perlahan dan meninggalkan bilik bacaaan yang penuh memori aku dan arwah papa dulu..suatu ketika dulu...

No comments:

Post a Comment