Thursday, July 16, 2009

Dan Sebenarnya [31]

Hani Zahra

" Sorry..lama tunggu ker? ". Aku memberikan senyuman paling manis buat Adam. Aku duduk di hadapannya.

" Baru jer ". Adam tersenyum. Hatiku lega. Aku belek wajahnya. Ada raut sendu di situ. Mengapa ya?

" So..ada apa nak jumpa I malam-malam ni Adam?". Aku melemparkan pandangan di sekeliling restoran. Tak ramai pengunjung.

" Saja..rindu..".

" Hah!". Jawapannya buat kepalaku terpusing 90 darjah.

" Betul..I rindu you. Kan dah hampir 5 hari kita tak jumpa. ". Adam tersengih sengih.

" Elehh..baru lima hari ". Aku menjuihkan bibir.

" Yelah..siapalah kita kan..Takder siapa yang nak rindu ". Adam menarik muka. Merajuk.
Heee..ngada-ngada,getusku.

" Hmmm..siapa you eh?..Ha'ah kan..siapa you ekk? ",usikku.

" Zara!". Separuh menjerit Adam. Pura-pura marah.

" Dahlah Adam..kalau you nak merajuk..pergi balik rumah. I takder masa nak pujuk. I tak reti pujuk. ".Aku tersengih.

Adam masih lagi membatu. Dia membelek menu di tangan. Seolah-olah aku tak wujud di hadapannya.

" Adam..",panggilku lembut.

" Adammm...",aku makin lembutkan suara. Cuba meraih perhatiannya. Tapi Adam masih buat muka bodoh. Eeeee...geramnyaaaaaa...

" En. Adam Iskandar sayanggggg". Aku menutup mulut. Terlepas cakap. Alamak!

Adam berpaling. Dia tersenyum. Kemudian tersengih-sengih..

" Apa you panggil tadi Zara? ". Adam mengangkat keningnya. Dia ketawa.

" Manader I cakap apa-apa. You silap dengar tu ",dalihku. Mukaku berbahang. Malu kerana terlepas kata. Alahaiiii..

" I rasa tak silap dengar. Cuba ulang Zara. Tak berapa jelaslah ". Adam merenung tepat mataku. Jelas ada api cinta di situ.

" Sorry..siaran langsung. Takder ulangan ".Aku tersengih. Padan muka!

Adam ketawa lepas. Dia meraih jariku di atas meja dan di elus manja.

" Sayang..I miss you ",ucapnya separuh berbisik.

" I know ",jawabku beserta senyuman.

" Do you miss me? ". Soalnya penuh pengharapan.

Aku tundukkan muka. Malu untuk berkata yang sebenarnya. Tapi memang ya..aku rindukan dia..rindukan ucapan dan telatah dia..

" Heyy..cakaplah sayang ". Adam menggoncangkan tanganku.

" You sepatutnya tahukan Adam?". Aku berteka teki dengannya.

" Ya..I tahu..tapi yang I tak tahu apa perasaan you sebenarnya pada I. I rasa macam merindu bayangan jer. You tak pernah cakap you sayangkan I jugak ". Adam mengeluh perlahan.

" Adam..kadangkala..tak perlu I cakap apa yang I rasa..I tahu you tahu apa di hati I kan. ".

" I tak tahu Zara. Sumpah I tak tahu. Kalau I tahu pun samar-samar jer ".

" Jangan bersumpah Adam. I dah serik dengan apa yang nama dia sumpah ".

" Tapi demi Allah Zara. I sayangkan you. In fact..I love you ".

Aku terkesima. Hatiku sebak. Juga bahagia. Aduhai Adammm..

" Adam..jangan begitu. Kita tak tahu apa yang akan datang '".,pujukku lembut.

" InsyaAllah Zara..I yakin dengan cinta I. Suatu hari cepat atau lambat you akan tetap jadi milik I. Walaupun ianya hanya seketika ".

Aku tersenyum. Cuba melawan rasa sedih yang bertandang.

" Emmm..kita ni asyik cakap je kan. I laparlah..kita pesan dulu yer . Nanti baru kita bincang semuanya. You nak apa?". Aku membelek menu di tangan. Menukar topik bicara.

" I tak nak makan. I nak you ". Adam tersengih.

" You ni kan. Sekali I cepuk baru tau. I laparlah sayang ". Oppsss!! aku terlepas kata lagi. Aduhh..

" Hahahahaha..kalau you sayangkan I cakap jer sayang..Tak payah nak simpan kata-kata tu Zara. Kan dah dua kali terlepas.. Isshhhh..tak sabar ni ".

" Tak sabar apa?". Soalku jengkel. Jengkel kerana dia permainkan aku.

" Tak sabar nak dengar you terlepas kata untuk kali ke tiga ". Dan Adam terusan ketawa. Aku cubit lengannya.

" Aduh..sakitlah sayang..you pun kalau nak cubit tunggulah kita kahwin nanti. Sekarang tak boleh lah ",usiknya.

" Adam!!!",jeritku geram.

" Oklah sayang..sorrylah..Lama kita tak gurau camni. Janganlah merajuk. Senyum kit ".

" Takmo senyum ". Aku pura-pura marah. Sebenarnya hati ini bahagia sangat. Tapi dalam bahagia aku curiga. Curiga kerana riak tawa adam tak seceria selalu. Kenapa ya?

" Adam..may I ask you something? ". Aku mulakan pertanyaan. Terasa sesak dada dengan semua persoalan.

" Yes dear..what? ". Adam mengukir senyuman manis. Senyuman yang buat kasihku makin mendalam.

" Is there anything you want to tell me? ".

" Emm..I tak faham..apanya?". Adam betulkan duduk. Dia seakan resah.

" You tak payah berlakon depan I Adam. Cakap jelah apa yang you nak cakap ya. "

" Takder apa-apalah sayang",jawabnya lembut

" Betul ker?. Sebab you lain macam hari ini. Kenapa? ",desakku lagi.

" Really..takder apa-apa. Like I say before.. I jumpa you sebab I rindu sangat ".

" Kalau rindu esok pun boleh jumpa Adam ".

" Zara..esok terlalu lama I nak tunggu sayang..Lagipun..rindu tu datang tak kira masa..bukannya I boleh elak..Lainlah you..",provok Adam yang buat hatiku sebu.

" Lainlah I?.Apa pulak? ",bidasku pantas.

" Yelah..you bukannya rindukan I pun kan ",tekannya lagi.

" For God sake Adam..how many times I need to tell you?. You masih tak kenal hati I lagi ". aku gelengkan kepala.

" Okey..kalau gitu..you cakap depan I. Now!. You sayangkan I jugak ". Adam bersuara tegas.

Jantungku berdebar. Ya..aku berdebar...pengucapan dengan tulisan tak sama. Aku tak pernah cakap yang aku rindukan atau sayangkan dia. Kalau ia pun cuma di sms saja.

" Emmm..emmm..". Jariku sejuk. Sesejuk air batu!

" Cakaplah.. I'm waiting sayang..". Adam merenenuku lembut.

" I..I..errrr". Gulp! Allah..susahnyaaaaa!

" Emm..I apa? ".

" I..I..errr..I..". Darahku berderau..terasa semput nafasku.

" Dahlah Zara..tak payah cakap..I tak mahu paksa you. Soal hati tak siapa boleh paksa.",. Adam mengeluh .

Suasana sepi. Senyap. Adam berdiam diri. Dia memandang luar.

" Adam..",panggilku. Rasa bersalah menyelubungi.

" Adam..please..",rayuku lagi.

" Adam..janganlah macamni. Adamm..please lah..". Namun masih tiada reaksi. Merajuk sangatkah Adam?

' Cakap jelah Hani..bukan susah sangat pun!',hatiku bergema.

" Okeyy..okeyy.. I cakap..I sayang you juga. Puas?". Mukaku merah menahan malu. Malu kerana suara hatiku akhirnya bergema.

" More than ever sayang..thanks!". Adam bersuara girang. Jariku di kucup mesra. Alahaiii....

" Amboiii..mesra nampak!". Ada suara sinis menegur kami. Aku berpaling. Dan jantungku berderau. Aduhh..apa pulak kali nih? Ya Allah..bantu aku!

No comments:

Post a Comment