Wednesday, July 29, 2009

Rahsia Hatiku [5]

Aku duduk di taman bersendirian. Cuba menenangkan hati yang panas bila teringat kembali perbuatan Insyirah yang menceroboh privasi aku.

Ketika kereta Inyirah masuk parking,aku bangun mengepal genggaman. Dia harus di ajar bagaimana hormat orang!

" Heh perempuan! " Aku buka pintu keretanya kasar. Insyirah terpinga-pinga.

" Kau dah kenapa AJ?".Soalnya jengkel. Dia keluar dan berdiri di hadapanku.

" Kau tu yang dah kenapa? ". Aku peluk tubuh memandangnya tajam.

" Apa pulak? ". Inyirah menolak badanku.

" Heyy..galihlahh ",bentaknya.

" Aku nak tanya kau. Kau ada tak masuk bilik pastu selongkar barang aku ?".

" Mana ader ".dalihnya.

" Kau jangan bohong! Aku dengar sendiri derang cakap kat toilet!"

" So..kalau kau dah dengar lagi nak tanya aku kenapa?". Insyirah mencebik.

" Kau memang kurang ajar kan Syira. Apa..mak ayah kau tak ajar ker jangan sentuh barang orang lain ?".

" Kau jangan nak mengata mummy daddy aku AJ!".jeritnya.

" Habiss..kalau dah ajar kenapa kau tak hormat privacy aku? Ada aku kacau barang kau??".

" AJJJJ! ". Serentak itu pipi aku pijar. Kurang ajar!

Bukk!! Satu penumbuk melayang di pipinya. Insyirah jatuh terduduk. Bibirnya berdarah.Hatiku puas!

" Arianaaaaaaa!". Suara mama menjerit kuat di belakangku. Bila aku menoleh daddy juga bercekak pinggang . Mukanya merah menahan marah.

Mama memeluk Insyirah. Dia mengesat darah yang mengalir dari bibir . Mata mama tajam memandangku. Inyirah menangis teresak-esak.

" Whats wrong with you Ariana? Bergaduh adik beradik ". Tengking mama kuat. Aku tersentak. Tak pernah mama begini marah.

" Dia bukan adik beradik AJ ".

Pang! Satu tamparan di pipi kananku. Kalau tadi Insyirah hadiahkan penampar di pipi kiri kini dua-dua belah terasa kebas! Aku tergamam tanpa bicara.

" Mama tak pernah ajar Ariana begini tau tak! Mama tak sangka begini liar sikap Ariana! Apa salah Syira? Tak boleh kah bincang baik-baik?".

" Dia yang mulakan dulu...dia yang carik pasal!",bantahku keras. Aku gosok pipiku.Perit!

" Ma..takpelah..mungkin silap Syira agaknya selama ni ". Aku pandang muka Insyirah yang penuh plastik. Ya ALLAH..perempuan ni pandai bermuka-muka.

" Ariana! Minta maaf sekarang jugak",perintah mama. Daddy memaut Inyirah supaya berdiri. Dia memeluk anak kesayangannya.

" No..AJ tak mau. AJ tak salah ". Aku membantah keras. Aku tak salah!

" Ariana!! Now! Say you're sorry! ". Mama meninggikan suara.

" Nooo..bukan salah AJ..buat apa nak mintak maaf ". Tanpa sedar suaraku sama tinggi dengan suara mama.

" Ma...dahlah..kalau Ariana tak mau minta maaf biar Syira jer yang minta maaf ".

Mataku fokus ke arahnya. Huh! Nak berlakon depan aku? Sorry! Aku tak heran.

" Tak payahlah berlakon perempuan. Aku tau siapa kau ",ucapku sinis. Muka daddy berubah.

" Ariannnnnaaaa! You are too much now!",tengking mama. Tangannya hampir ke mukaku. Tapi terhenti. Tak lama kemudian mama menangis perlahan.

" Ariana..mama dah tak tau nak buat macamana dengan kamu.Semakin hari semakin mama tak faham sikap kamu. I think better Ariana duduk rumah nenek kat kampung. Biar kamu belajar erti hormat menghormati ". Mama kemudian melangkah masuk bersama daddy dan Insyirah.

Sebelum pergi Insyirah menghadiahkan senyuman sinisnya padaku. Dan aku terduduk di kerusi tanpa bicara.

Duduk dengan nenek? Kampung? Habis..macam mana dengan hari graduation aku? Memanglah aku dah habis exam..tapi hari kebudayaan? Naim?

Aku termenung sendiri? Semua silap aku ker selama nie? Syirah yang baca diari aku dan sebarkan ke semua orang..dia tampar aku dulu..lepas tu mama daddy marah aku. Aku ker yang salah? Tak nampak kah semua Syirah cuma berpura-pura baik depan mereka ?

Mama..tergamak mama nak hantar AJ duduk dengan nenek? Tergamak mama nak pisahkan Ariana dengan rumah yang penuh kenangan arwah papa? Apa mama tak ingat pesan papa supaya jaga AJ? Kenapa maa??Tak ingatkah semua tuuu??

Aku hembus nafas kasar. Aku tak mahu duduk rumah nenek. Aku harus keluar dari rumah! Tapi..mana aku nak pergi? Aku bukan ada kawan lain selain Naim..kalau aku cari Naim tentu dia sampaikan pada minah gedik tu.

Azmeer! Ya..Azmeer! Tapi..nak ker Azmeer tolong aku? Nanti dia pun akan cakap dengan Naim. Aduhh..bingit betul!

Tanpa jawapan aku melangkah longlai ke dalam rumah. Baru saja tangga pertama aku melangkah aku dengar suara daddy memarahi mama.

" You tau tak..I tak pernah sentuh atau angkat tangan dekat Syira. Tapi anak you dah melampau Ika! ".

" Habis..you nak I buat apa lagi?".

" I tak boleh tengok dia Ika..Kalau setakat gaduh-gaduh kecil tu normal..tapi sampai berdarah bibir anak I itu dah melampau sangat Ika ".

" I tau..maafkan I sebab tak pandai mendidik anak ". Suara mama sayu bersama tangisan.

Aku bersandar di dinding. Hatiku hiba. Mama yang di persalahkan dalam hal ni. Anak jenis apa aku ni?Aku menyeka air mata dan cepat-cepat memanjat tangga bila dengar pintu bilik mama di buka.

Dari atas aku lihat papa menderu keluar dengan marah. Kemudian mataku bertemu pandang dengan mama yang menangis.

Ma...maafkan AJ ma...cuma hatiku bersuara bila kelibat mama hilang dari pandangan.

" Hemm..puas? ". Suara Insyirah di muka pintu biliknya memeluk tubuh sambil memintal hujung rambut.

" Kau..kau..". Tubuhku menggeletar menahan marah.

" You deserved it AJ..hhahaa..padan muka kau!". Dan kemudian pintu biliknya di tutup kuat.

Aku menggetap bibir menahan sakitnya hati. Sakit hati dengan hadiah yang tak sepatutnya aku dapat dari Insyirah dan sakit hati melihat tangisan mama.

Takper..takper..satu hari nanti kau dapat balasannya Syirah..kau tunggu..

No comments:

Post a Comment