Tuesday, July 28, 2009

Rahsia Hatiku [4]

Mataku meliar pandang mencari Naim di padang. Lahhh..mana plak mamat ni,getus hatiku. Aku nak jumpa dia..nak ajak dia jadi partner nanti masa malam kebudayaan. Dah hampir tiap-tiap sesester dia jadi partner aku. Biasanya awal-awal lagi dia dah ajak. Ni lagi dua minggu..bukan kata ajak..tegur pun tak.

Tawa rancak yang meletus membuat aku menoleh. Geng Insyirah melirik sinis padaku.

' Nak kena agaknya ni ',hatiku berbisik sebal. Sebal sebab tahu makna pandangan mereka. Tapi aku biarkan bila nampak kelibat Naim berlari-lari masuk di tepi padang.

" Naimmm!". Aku melaung memanggil namanya.

Bukan kata menjawab..menoleh pun tidak. Hatiku panas! Langkah kakiku laju ke arahnya.

" Weh brader. Pekak ker aku panggil kau ". Aku tepuk bahunya.

Air yang di teguk Naim tumpah. Dia bingkas berdiri.

" Kau pehal AJ? Suka-suka main tepuk-tepuk orang. ",tengkingnya di tepi padang.

Mukaku berubah hangat. Malu kerana di tengking di hadapan semua orang. Lebih-lebih lagi depan perempuan gedik tu.

" Kot ya pun tak payah tinggikan suara tu ",jawabku tenang. Mungkin salah aku jugak walau Naim lupa..dia selalu tepuk aku begitu..tak pula aku naik angin.

" Kau nak apa AJ?". Soalnya bila teman-teman nya menjauh.

" Nothing. Saja..lama taknampak kau ".

" Aku sibuk lah AJ ".

Yelah..sibuk ngan perempuan gedik tu,kata hatiku. Mataku melirik pada Inyirah yang tergedik-gedik melangkah ke arah kami.

" Naimmmm". Insyirah memaut lengan Naim manja.

Ya Tuhann..sakit betul mata aku nengok. Taulah kekasih kau..tapi janganlah over!,laung hatiku.

" Boleh tolong Syirah takk? ". Insyirah melentokkan kepalanya. Uffff...nak jer aku sekeh!

" Apa Syirah? ". Lembut selembut sutera suara Naim .

" Emm..emmm..assiggment Syira ada yang tak lengkap. Naim boleh tolong tengokkan tak ?".

" Ehh..beb! Aku blah dululah ". Aku terus melangkah. Makin lama makin sakit mata aku tengok.

" AJ..nanti aku call kau ". Naim menjerit dari jauh. Aku pura-pura senyum.

Naim..kau memang tak pandai menilai perempuan! Ake membelok ke arah libraray.

" Jasminn..Jasminnnn..tungguuu". Aku pandang kiri kanan. Ni saper nak kena belasah ngan aku panggil nama gitu.

" Kau carik pasal ker Azmeer? ". Dia termengah-mengah di hadapanku.

" Apa pulak ". Dia menarik nafas.

" Yang panggil aku nama tu pehal. Kan aku dah cakap awal-awal ?".

" Oppsss..sorry..lagipun..sedaplah nama Jasmin tu...melur..putih berseri wangi lagi ".

" Uwekkk..dah..kau tak yah berdrama dengan aku. Geli ler weh ". Aku gosok lengan. Isshh..geli ler.

" Kau nak apa Azmeer? ". Soalku pandang mukanya. Ishh..pehal mamat ni makin lama makin hensem aku pandang?

" Emm..emm..saya nak tanya awak AJ..malam kebudayaan nanti awak datang tak? ".

" Entah. Tak kot ".

" Kenapa? ".

" Malas". Yang sebenarnya aku takde teman. Nak ajak Naim dia mesti ajak perempuan gedik tu.

" Lahh..gitu pulak ".

" Abis kau nak macamana? ".

" Saya pun takder teman,awak ". Azmeer berkata perlahan.

" So ?". Aku mengerutkan dahi. Apa kena mengena dengan aku pulak.

" Pergi dengan saya,awak ". Azmeer mengharap.

" Kau gila ker apa?. Tak nak lah ". Laju aku geleng kepala.

" Alah..awakk..pleaseee ".

" Apa awak-awak. Kau ingat aku burung wak-wak ker? ". Sergahku membulatkan mata.

Azmeer terkulat-kulat di hadapanku. Nak ketawa pun ada aku tengok.

" Dah habis ker student lain kau nak ajak? Tu..freshie melambak ler Azmeer..kau cakap jer nak yang mana..yg tinggi,rendah,hitam,putih..semua ada..cakap jer..berebut beratur nak pergi dengan kau tau ". Aku merendahkan suara.

" Saya tak nak keluar dengan orang yang saya tak berapa kenal lah awak..".

" Ehhh..kita pun baru kenal lah apa? ".

" Awak lain lah ..bolehlah..nanti saya belanja awak makan yer ". Umpannya.

" Makan jer? Lain takder? ".

" Awak nak apa? ". Dia menyeluk poketnya.Ishh..sian lah pulak.

" Emmm..nantilah..aku fikirkan..ehh..dahlah aku nak pi kelas jap ".

"Jap..jap..naper awak lama tak on YM? ".

" Perlu ker? ".

" Taklah.."

" So?".

" Takpelah ".

Azmeer melangkah. Aku pelik. Dah kenapa? Ahhh..lupakan jelah.. Aduss..sakit perut pulak. Aku masuk tandas paling hujung.

" Ehh..kau nak tau tak..si AJ tu kan..suka dekat Naim tau ". Ada satu suara berbisik.

Bulu romaku tegak berdiri. Ishh..depa ngumpat pasal aku! Siapa? Tadi masa kau masuk kosong jer tandas.

" Mana kau tau? ". Suara itu bertanya.

" Syira yang beritahu.Dia baca diari AJ. Perempuan tak siap suka dengan Naim.Bukan takat suka..simpan cinta lagi..".

Kurang ajar Syira! Hatiku menggelegak panas! Pantang nenek moyang aku orang baca hak peribadi! Aku mengepal penumbuk. Ada yang herot bibir tu balik kang.

" Lagi?..Lagi? ".

" Lagi??..Haaa..si AJ tu simpan gambar Naim kau tau tak..hahaha..tak sedar dirikan dia tu..Dia ingat semua orang suka dekat dia gaknya..padahal semua geli geleman. Si Naim tu pun kata..dia kawan dengan AJ tu sebab simpati jer..".

Dan kemudian terdengar gelak mereka satu tandas.

Ohh..patutlah Naim macam menjauhkan diri..ini rupanya sebab dia..memang kurang ajar betul Syira tu..memang nak kena! Tapi kata-kata mereka tentang Naim menghiris hati. Cuma simpati?

Ketika aku keluar pintu..tiada siapa lagi di tandas. Aku buka pili dan membasuh tangan. Muka aku pandang di cermin.

' Buruk sangat ker aku ni? '. Aku raba pipi.Licin. Hidung mancung. Cuma..yelah..rambut aku pendek..dan penampilan aku tak menarik.

Papa..bisikku perlahan..

Buruk sangat ker AJ pa?..tanpa sedar air mataku menitik. Apa salah aku ek?. Salahker aku pilih cara hidup aku begini? Aku tak kacau orang. Aku tak susahkan orang. Tapi kenapa orang buat aku macam ni?

Asyraf Naim! Baru aku tau sikap kau sebenar. Kau gunakan aku selama ni..

Bila dengar pintu bilik air di tolak dari luar aku cepat-cepat basuh muka. Hilangkan bekas air mata.

" Ehh..AJ..kenapa ni? ". Maira memegang bahuku. Maira..rakan

" Kenapa apa? ". Aku pamerkan senyuman palsu.

" Kenapa mata tu merah. Menangis? ". Mata Maira tepat ke arahku.

" Mana ader..".

" AJ..dahlah..jangan nak selindung. Maira dah dengar apa yang mereka cakap tadi. Maira kat luar. Tak baik lah apa yang depa cakap tu ". Maira memujukku lembut.

" Entahlah beb..aku pelik lahh..aku tak kacau hidup dderang..suka-suka jer derang nak kacau hidup aku ".

" AJ..derang tu cemburu tengok AJ happy manjang..result pun ok..tu yang gitu ".

" Ehhh??..pelikkan manusia ni Maira. Suka pandang luaran. Suka menilai tanpa mengenali ". Aduku tak puas hati.

" Tapi..penilaian manusia atas dasar penampilan juga AJ.".

" Kau pun sama dengan derang Maira!". Aku merengus. Beg sandang aku galas.

" AJ..Maira cakap yang benar..cuba tukar penampilan..InsyaAllah..ok tu ". Maira bersuara lembut.

Aku mengeluh perlahan..tukar penampilan?. Hari tu mama pun cakap begitu..kali ni Maira pulak..perlukah aku tukar untuk puaskan hati orang lain? Perlukah aku korbankan hati untuk orang lain?

" AJ..hidup ni tak lama ..sesekali kita buat perubahan..baru seronok. Mana tau terbuka mata derang tengok AJ nanti ". Maira menepuk perlahan tanganku.

" Ehh..dahlah..lemas ler beb cerita syahdu nih ". Aku menyeringai.

" Kau dah hantar asigment lum ?".

" Baru jer hantar ".

" Wehhhh..aku belum lagi..alapakk..lagi 10 minit..mati aku kalau lambat..sesia jer kena tolak markah. ". Aku berlari keluar .

Dalam masa yang sama aku terfikir. Berubah? Aku perlu berubah? Perlu ker? Entahlahhh...

No comments:

Post a Comment