Friday, July 17, 2009

Dan Sebenarnya [32]

Hani Zahra

Aku mendiamkan diri. Masing-masing sunyi tanpa bicara. Kelajuan kereta juga sederhana.

" Sayang ". Suara Adam bergema memecah kesunyian. Dia memegang erat jariku manakala sebelah lagi memegang stereng.

Aku berpaling memandang Adam. Dia menghadiahkan senyuman untukku.

" Dah lah tu..jangan di fikirkan sangat pasal tadi. ",pujuknya.

Aku menggelengkan kepala. Bagaimana mungkin aku lupakan.Setiap kata bagai belati menghiris jiwa. Hancur.Berkecai. Masih terbayang lagi bagaimana sinisnya wajah Adreana Suraya tadi.

" Ehh..kak Su. Sorang je ker? ". Aku kaget dan menarik tanganku dari Adam.

" Ha'ah..sorang. Abang outstation.". Adreana Suraya menadangku dengan satu pandangan yang cukup aku fahami. Meluat. Benci.

" Ehh..duduk lah dulu kak.",pelawaku cuba tersenyum. Seolah-olah taida apa berlaku antara kami. Adam memandang ke arahku meminta penjelasan.

" Hemmm..siapa ni Hani? ". Adreana Suraya merenung tajam ke arahku.Dia masih lagi berdiri.

" Err..errr..perkenalkan. Adam..ini Adreana Suraya..akak..ni Adam Iskandar..kawan Hani ",jawabku menahan resah.

" Kawan?",soal Adreana Suraya sinis.

" Emm..ha'ah..kawan".jawabku lambat-lambat. Dalam dada bagai mahu pecah menahan perasaan.

" Hani..Hani..akak tak sangka begini sekali perangai Hani. Patut pun abang marah. Patut pun abang menyampah. Kalau macam ni memang patut Hani di tinggalkan. Perangai tak senonoh!". Adreana menyindirku. Aku terdiam tanpa kata. Bisa sungguh!

" Cik..ini tempat awam..you tak sepatutnya cakap macam gitu. Malulah orang semua pandang ". Adam bersuara cuba membelaku.

" You shut up! Ini hak I. Memang patut pun dia malu. Biar dia sedar sikit siapa dia. Kalau dah jadi bini orang tu buatlah cara bini orang. Ni tidak..masih lagi keluar cari lelaki lain ",nyaring suara Adreana Suraya di kepekatan malam.

Aku tunduk . Malu! malu bila mata orang semua memandang kami sambil berbisik-bisik. Muka Adam merah.

" Patutlah beria-ia mintak cerai . Ooo..ini kerja kau ya ".

" Akak..Hani buat gitu untuk kebahagiaan semua orang. Untuk akak jugak ",jawabku cuba berdiplomasi.

" Heh! Untuk aku konon. Kalau untuk aku kenapa dari awal kahwin kau tak mintak cerai?. Kenapa sekarang baru nak bertindak? Sebab kau dah ada orang lain kan? Sebab jantan ni kan!".

" Akak..bukan begitu..Hani dah cuba..tapi abang tak mahu lepaskan Hani ".

" Tak mahu lepas? Heyyy perempuan..sia-sia jer aku pujuk abang supaya maafkan kau. Rupa-rupanya begini perangai kau ya. Kau memang dasar perempuan jalang Hani!",tengkingnya.

" Akak!",jeritku . Aku tak sangka Adreana Suraya mengeluarkan kata-kata yang begitu kesat padaku. Tubuhku menggigil menahan geram.

" Jangan panggil aku kakak! Aku bukan kakak kau! ". Dan serentak itu Adreana Suraya melangkah pergi. Aku hanya terpaku di situ bersama titsan air mata.

" Heyyy..sayangg..jangan menangis lagi". Adam memujukku lembut. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipiku.

" Entahlah Adam..I rasa kehadiran I buat semua orang susah. Buat semua orang sedih ",jawabku bersama tangisan.

" No..bukan semua orang..segelintir jer..sebab mereka tak kenal siapa you. Mereka tak tahu apa sebenarnya berlaku. ",pujuknya lagi.

" Lagipun..kehadiran you melengkapi hidup I. I tak pernah rasa susah. Malahan I rasa bahagia. percayalah sayang. Kalau pun semua orang menganggap you salah..I tetap akan berada di sisi you selalu. I promise that ! ". Adam mengusap tanganku perlahan.

Ya..itu aku tahu..Adam akan selalu ada di sisi. Menghiburkan hati kala sunyi. Sesungguhnya aku amat bersyukur pada Tuhan. Kerana menghadirkan Adam sebagai kekuatanku kala ini.

" Zara..apa pun terjadi. I nak you janji dengan I. You akan selalu di sisi I. Jangan tinggalkan I ya ..". Aku pandang mukanya dari sisi. Bila dia menoleh ada sinar pengharapan di matanya.

" InsyaAllah Adam.. "

" Tak mahu..I nak you berjanji ". Adam mendengus.

" Adam..I tak mahu berjanji. Takut I tak mampu nak tunaikan ",jawabku lembut.

" Zara..please..for my sake. Manalah tahu..ini hari terakhir kita bersama ". Adam bersuara sayu.

" Ishh..jangan cakap macamtu Adam.. I tak suka ',tukasku.

" So..promise to me sayang ". Adam mnggoncangkan tanganku.

" Okeylah..I promise..but.."

Bummmpppp!!

Belum sempat aku menyudahkan kata kereta kami berpusing-pusing. Hentakan kuat yang aku rasa dari sisi pemandu. Adam hilang kawalan.Kereta kami terbalik. Dalam sekelip mata saja duniaku jadi gelap!


" Hani..Hani...". Ada suara yang memangilku. Tapi siapa?

Aku cuba buka mata. Tapi sukar. Aku cuba lagi untuk kali ke dua. Seluruh badan terasa amat sakit.

" Nadia...". aku bersuara lemah.

" Syukur Alhamdulillah..kau sedar akhirnya ",jawabnya beserta tangisan.

Sedar? Sedar apa? Aku raba dahiku. Berbalut. Ehh..kenapa ni?

" Aku kat mana Nad?". Soalku cuba menggerakkan badan. Tapi gagal. Sakit sangat!

" Kau tak ingat? '. Nadia mengerutkan dahinya.

Aku menggeleng lemah. Aku pandang sekeliling. Bilik lengkap dengan peralatan. Ada botol tergantung di sisiku yang menyambungkan dengan lenganku.

" Kau kat hospital Hani. Kau eksiden. Tak ingat? ". Soal Nadia lagi.

Serta merta aku bagai tersedar. Ya..aku teringat yang aku mengalami kemalangan selepas balik dari makan bersama Adam. Adam?? Hah! Adam??..Adam mancamana?

" Kau nak pergi mana Hani?. Kau belum ok lagi ni ". Nadia memegang bahuku dari terus bangun.

" Aku nak jumpa Adam. Adam macamana Nad?. Is he ok? ". soalku bimbang. Takut jadi apa-apa dengan dia.

" Kau rehat dulu Hani. Adam ok..dia tak de apa-apa". Nadia memujukku lembut. Tapi aku sangsi. Teramat sangsi dengan riak mukanya.

" Kau tak tipu aku kan Nad?". Soalku meminta kepastian.

Tiba-tiba pintu bilik di rempuh kasar. Aku lihat Datin Zarina menyinga. Nur Sofea menangis tersedu di sebelahnya.

" Hey perempuan. Kembalikan anak aku..kembalikan akan akuu...",jerit Darin Zarina kuat di hadapanku.

Aku terperanjat. Dadaku berdebar? Kembalikan anak dia? Apa ni?

" Saya..saya..tak faham aunty.",jawabku terpinga-pinga. Apa semua ni?

" Kenapa Zara..kenapa kau muncul dalam hidup Adam. Kenapa hancurkan hidup kami..kenapa Zara? Kenapaaaaa??". Datin Zarina mula menangis.Hilang sudah amarahnya tadi. Nur Sofea menggosok-gosok belakang mamanya. Cuba meredakan perasaan .

" Nad..apa ni..aku tak faham ". Aku pandang muka Nadia. Jelas wajahnya penuh serba salah.

" Puaslah hati kau Zara. Anak aku dah koma. Kat ICU sekarang. Puaskan hati kau! ". Datin Zarina mula menjerit ke arahku.

Adam Koma? ICU? Apa!!

" Nadiaaaaaaaa!",melengking suaraku memandang Nadia. Aku tak faham kenapa dia rahsiakan dariku. Aku perlu penjelasan darinya.

" Hani..aku bukan tak nak bagi tahu. Tapi dalam keadaan kau begini aku tak boleh nak cakap. aku kena fikirkan kesihatan kau jugak ". Nadia bangun memegang tanganku. Ada air mata di pipinya.

" Kenapa bukan kau je yang mati Zara? Kenapa mesti anak aku? ". Datin Zarina masih lagi menangis.

Aku bingkas bangun. Walaupun seluruh tubuh rasa mencengkam. Aku kuatkan semangat. Aku harus lawan semua sakit ni.

" Kau nak ke mana Hani? ". Suara Nadia cemas. Dia menghampiriku.

" Aku nak jumpa Adam. Aku nak jumpa dia Nad ". Aku pandang muka Nadia memohon simpati.

" Kau jangan jumpa anak aku Zara! Aku tak benarkan! Apapun terjadi kau tak boleh jumpa dia lagi sampai bila-bila. ". Suara Datin Zarina bergema kuat .

" Tapi aunty..saya nak jumpa dia. Saya nak tengok keadaan dia. Walaupun hanya sekali. ",rayuku.

" Panggil aku Datin.! Aku bukan aunty kau !". Mata Datin Zarina mencerun kepadaku.

"Mama..jangan begini ma..kak Zara tak bersalah. Semua ni takdir Allah ma. ",pujuk Nur Sofea . Dia kesian melihat Zara. Pipinya juga basah dengan tangisan.

" Datin..saya merayu pada Datin. Benarkan saya jenguk Adam. Sekali jer Datin ".

" Kau ni bodoh ker apa? Aku kata tak boleh-tak bolehlah..",tukas Datin Zarina.

" Datin..saya minta maaf atas semuanya. Tapi benarkan saya jumpa Adam. Saya janji..ini kali terakhir saya jumpa dia. Lepas ni saya akan hilangkan diri..saya akan pergi dari hidup dia...Tolong Datin..saya merayu..". Aku pandang wajahnya. Meminta simpati.

Datin Zarina memandangku dan terus keluar dari bilik. Aku hanya mampu memandang.

" Kak Zara..Sofea minta maaf dari pihak mama..Nanti Sofea datang lagi. Kita jenguk abang ya ". Nur Sofea memelukku erat.

Ya Tuhan..terima kasih kerana beri aku kesempatan.,bisikku dalam hati.

Aku melangkah perlahan-lahan mengimbangi tubuhku yang sakit. Nadia setia di sisi memimpin ku berjalan. Setibanya di hadapan bilik ICU langkahku terhenti. Aku lihat dari cermin kaca pintu..Adam terbaring di situ bersama balutan di kepala..kaki..Tubuhnya berselirat dengan wayar-wayar.

Aku tolak pintu perlahan. Kakiku seraya tak upaya untuk melangkah..mahupun berdiri.

" Adam..",bisikku lembut di telinganya. Tapi tiada reaksi.

" Adam....",panggilku lagi.

" Adam please..jangan gurau dengan I macam ni. I tak suka..".

" Adam..wake up lah..pleaseee.. Adammm",rayuku lagi. Namun Adam masih kaku baring di situ. Air mataku mengalir sayu.Teringat katanya semalam.

'' You tak pernah cakap yang you sayangkan I "

" Sumpah I tak tahu Zara..I tak tahu apa yang ada dalam hati you"

" Sayang..bangun sayang..I need you..please ". Aku menukar panggilanku. Mana tahu bila Adam dengar dia akan membuka matanya.

Aku sentuh pipinya . Sejuk. Mesin yang bersambung dengan tubuhnya berbunyi. Tit..Tit..Tit. Aku raih jarinya dan kucup. Lama. Beserta tangisan. Aku tak menyangka begini sekali jadinya.
Maafkan I Adam..patutnya I yang berada di sini,rintihku..

' Zara..apa pun terjadi. I nak you janji dengan I. You akan selalu di sisi I. Jangan tinggalkan I ya ..'.

Aku menangis lagi. Tak tahu yang kali ke berapa. Aku tahu aku tak boleh berjanji dengan dia semetelah aku dah berkata dengan Datin Zarina. Aku mesti pergi dari hidup Adam.

' Sayang..maafkan I. I terpaksa mungkir janji. I tak dapat bersama dengan you . Perlu you tahu sayang.. I will always love you. Always..". Akhirnya aku mengucapkan kata cinta padanya. Tapi aku tahu ianya sudah terlambat. Terlalu lambat...

Tiba-tiba mesin berbunyi tidak stabil. Aku panik. Aku tahu nyawa Adam dalam kritikal. Aku menjerit memanggil Nadia dia luar pintu.

" Nadiaaaaaaaaaaa..Nadiaaaaaaaaaaaaaaaaa",jeritku cemas.

Nadia masuk dan dia tergamam. Dia berlari keluar memanggil doktor.

Jantungku kencang berdegup. Aku pandang muka Adam. Aku pandang mesin. Ya ALLAH..selamatkan Adam..Tolong hambamu Ya ALLAH..

" Adam..jangan tinggalkan I..please sayangg..jangan tinggalkan I ". Aku goncang tubuhnya dan merayu. Aku pandang muka pintu. Jururawat dan doktor bergegas mendapatkan Adam.

" Cik..cik..tolong keluar ",arah jururawat dan menutup pintu.

Nadia memelukku. Dia menyuruhku sabar. Tapi bagaimana sabar sekiranya aku tahu Adam bakal meninggalkan aku?

Dari jauh aku lihat Datin Zarina terjelepok di hadapan pintu bilik ICU. Dia meraung semahunya. Mujur ada Dato Zulkarnain di sisi. Kalau tidak..

Tak lama kemudian doktor keluar dan berkata sesuatu pada mereka. Tak perlu berkata aku tahu semuanya bila melihat Datin Zarina jatuh pengsan di situ. Dato Zulkarnain tersandar lesu dan Nur Sofea menangis hiba.

" Adammmmmmmmmmmmmmmm....",jeritku sebelum semuanya gelap gelita!.


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku...

1 comment: