Friday, July 3, 2009

Dan Sebenarnya [23]

Hani Zahra

Aku gelisah. Dari malam tadi sebenarnya. Tidurku asyik terjaga. Macam ada sesuatu yang akan berlaku . Jam aku pandang. Hampir 7.30 pagi. Aku semakin tak keruan. Antara takut dan bahagia. Tanganku mencapai telefon bimbit. Mahu mendail nombor Adam. Nak batalkan permintaan tak masuk akal dia pergi Genting hari ini.

Tapi terhenti. 'Errr..apa alasan aku ekk?'. Aku berfikir seketika. Balik kampung? Isshh..tak..dia dah tau aku dah takder siapa lagi.'

Sakit perut?..Ufff..mudah jer dia kesan aku berbohong..Alahaii..apa ekk??... terus terang status aku?..Alah kalau dia bagi tahu ayah dia, mau aku kena pecat nih! Dahlah aku sorang-sorang saper nak bagi makan?. Amirul? Huh! jangan haraplah Hani oiii...

Kepala aku garu. Aduhh..kusutt!!! Nak tak nak aku bangun melangkah tingkat atas. Salin baju. Aku melangkah malas. Baru saja jejakkan kaki di tangga pertama,loceng rumahku berbunyi.

'Aikkk..awalnya sampai'. Darahku berderau. Lambat-lambat aku melangkah buka pintu.

Abang! Wajah Amirul tercegat depan mataku. Tiada senyuman,tiada salam,dia menonong masuk rumah. Aku tinjau di luar. Mana kak Su ?

Aku salam dan cium tangannya. Tanda aku masih hormat. Amirul masih diam. Malahan wajahnya mencuka.

" Abang sorang jer. Mana kak Su? ". Soalku menutup resah. Resah kerana bila-bila masa saja Adam akan sampai. Apa aku nak jawab nanti? Mati akuuuu...

" Hemm..kak Su kat rumah . Tak larat nak berjalan dah..Dah tujuh bulan. ",jelas Amirul mendatar.

Tujuh bulan? Lahh..ia tak ia jugak.. tak sedar masa berlalu. Dah tujuh bulan juga aku jadi isterinya.

" Abang duduk dulu. Hani siapkan sarapan ya ". Aku segera bangun.

" Tak payah. Abang dah makan. ".,jawabnya keras. Matanya tepat merenung mukaku. Merah!

Aku cuak. Pasal apa pulak nih? Aku kembali duduk mengadapnya.

" Emm..apa sebab abang datang sini ? ".Soalku lembut. Redakan keadaan. Namun dalam hati berdebar bukan main.

" Tak boleh ker? Sejak bila abang tak boleh datang rumah isteri abang sendiri ",soalnya meninggikan suara.

" Boleh..bila masa Hani kata tak boleh. Tapi..abang kan jarang nak jenguk Hani '',sindirku. Biar dia rasa.

" Hani jangan nak sindir abang pulak !". Suaranya tinggi.

" Hani tak sindir bang, kenyataan apa ?".,tukasku geram.

Aku lihat Amirul terdiam. Mungkin dia mengepung perasaan marahnya. Dia perlu di ajar! Perlu di ingatkan!,bentak hatiku.

" Hani dah tak sayangkan abang ker? ".soalnya selepas lama berdiam diri. Nadanya sayu.

" Kenapa abang cakap macam gitu? ". Aku sayang dia..tapi sudah tinggal sisa. Pengorbananku tak pernah di hargai..ada sebak bertandang. Tapi aku perlu mengekangnya. Hari ini aku mahu bicara sampai akhir tentang tali yang terbina.

" Hani dah ada orang lain kan? ". Tekannya. Suaranya kembali ke intonasi awal tadi.

" Mana ada".

" Jangan tipu!!"

" Abang cakap apa ni?". Suaraku juga tinggi. Tubuhku mula menggigil menahan takut.

" Ni..nii..apa semua ni?". Sampul surat dia lempar ke arahku. Aku tersentak. Aku capai dan buka.

Menggigil tubuhku sewaktu aku melihat isi kandungannya. Gambarku dengan Adam.

" Tu..siapa? Hani masih lagi nak tipu abang!!",jerkahnya lagi. Amirul mula mundar mandir di hadapanku.

" Ini..bos Hani. ".,jawabku tenang.

" Heyyy perempuan..kau masih nak tipu aku lagi yer ". Dahiku di tunding keras. Cepat-cepat aku tepis.

" Yang abang nak sibuk pasal Hani kenapa? ".Jeritku.

Aku dah tak mampu bendung kemarahanku selama ini. Aku berdiri di hadapannya. Membalas renungan yang membara.

" Kau sedar tak. Kau tu isteri aku! ". Amirul menolak tubuhku di sofa. Aku jatuh terduduk.

" Isteri?? Isteri siapa ?". suaraku tinggi. Aku renung wajahnya. Yang hadir kini benci..geram..

" Isteri siapa abang? Isteri yang di nafikan haknya. Isteri yang ada cuma pada nama. Isteri yang langsung abang tak hargai. Isteri siapa abang?'. Aku bersuara perlahan. Menahan sendu.

Amirul terdiam. Dia terduduk. Dia mula sedar agaknya silap dia selama ini.

" Abang..Hani dah tak sanggup nak tunggu lama lagi. Hani dah tak mampu nak sabar lagi. Hani dah tak larat nak pendam dalam hati. "

" Abang dah ada Kak Su. Sedangkan Hani sendirian bang. Hani dah letih nak terus berklakon ke semua orang yang Hani bahagia...". Air mataku mula menitis. Aku dah penat..penat dengan semua ini.

" Hani nak abang buat apa ?". Soal Amirul seakan-akan bingung.

" Lepaskan Hani ".

" Whatt?? No wayyyyy!",tempiknya kuat. Marahnya kembali semula.

" Tolonglah abang. Lepaskan Hani. Biar Hani teruskan hidup. Hani pun berhak bahagia ',rayuku. Aku melutut di kakinya.

" Oooo..supaya kau senang-senang nak bercinta dengan budak hingusan tu ya. Tak..abang takkan buat begitu. Kau tak boleh lepas dari aku No way!!!". Serentak itu tubuhku di tolak kuat. Amirul bingkas bangun.

" Kau..aku akan biarkan . Aku gantung kau tak bertali. Biar kau rasa! ",katanya kasar. Dia segera melangkah ke pintu.

Aku terhenyak. Gantung tak bertali?..

" Abang..please abang. Jangan buat Hani begini ". Aku kejar dia bersama tangisan. Cuba memaut tangannya. Tapi di tepis kasar.

" Haaaa..dah sampai pun kekasih kau .",sinis Amirul menjeling padaku ketika sampai di muka pintu.

Aku terpempan!. Adam berdiri dengan wajah yang merah padam.

'Dah dengarkah semua'?..Aduhhhh..

Aku masih berdiri tegak di muka pintu. Kereta Amirul dah meluncur pergi. Aku pandang muka Adam yang berkerut-kerut menahan perasaan.

" Adam..I.."

" Cukup! Enough! I tak mahu dengar apa-apa". Adam mengangkat tangan. Dia segera melangkah.

" Adam..please.. I boleh explain ". Rayuku mengejar dia.

" Stop it Zara! I tak mahu dengar apa pun. How could you lie to me Zara? How could you! ',bentaknya keras.

" Sebenarnya..I dah cuba cakap tapi tak boleh ".sanggahku.

" Tak boleh..Hahahhaa..but not funny. I tak sangka,you nampak jer lembut. Tapi hati you busuk. Busuk tau tak! ".

" I tak sengaja! "

" Tak sengaja apa? Tak sengaja isi borang kerja kata you bujang? Tak sengaja jerat I dengan muka you yang tak innocent tu? Tak sengaja buat I jatuh cinta kat you. Tak sengaja terbitkan harapan di hati my mum. Itu yang you kata tak sengaja??".jeritnya lantang.

" Sudahlah Zara. I tak mahu dengar apa-apa. I jijik dengan diri I. Jatuh cinta dengan isteri orang. Impikan orang yang bukan hak I ".

" Adam..please..Wait! You tak tahu apa yang sebenarnya ",rayuku lagi. Aku paut lengannya.

" Apa lagiiiiiiiii!!!! Apa lagi yang you nak tipu I?". Adam merentap tanganku kasar. Mujur saja aku tak terjatuh.

" I tak mahu tengok muka you Isnin nanti di pejabat. I benci.. I jijik ". Itu kata terakhirnya sebelum dia masuk kereta dan memecut laju.

Aku terduduk! ALLAH..Tolong hambamu ini,rintihku perlahan. Aku menangis semahu-mahunya. Apa yang KAU nak tunjukkan padaku Ya ALLAH?

Puas menangis aku melangkah kedalam rumah. Aku pandang kiri kanan. Nasib baik aku berjiran dengan cina. Mereka tak ambil tahu sangat. Kalau melayu,habislah. Malu aku.

Aku sandarkan kepala . Cuba lupakan peristiwa tadi. Tapi ianya bagai berlegar-legar di fikiran. Air mata kembali merembes. Aku di gantung tak bertali. Adam mahu aku berhenti kerja. Ya Tuhan...beratnya masalahku..

' Mama..I need you right now',esakku kecil. Aku rebahkan tubuh di sofa. Memeluk bantal dan menangis semahu-mahunya.

Aku pandang telefon bimbitku di atas meja. Dengan menggigil aku mendail.

" Hello sayang.."

" Nad! Tolong aku Nad..I need you right now,,pleasee ",ucapku tak tertahan-tahan dengan tangisan.

" Hani..heyy..Hani..whats wrong ni,.Kau kat mana? Aku datang sekarang".

" Aku..kat..rumah ". Susah sekali aku nak menjawab sambil menangis.

" Okey. Tunggu aku!"buru-buru suaranya. Kemudian talian di matikan.

Aku kembali memeluk bantal. Dan air mata mengalir bagai tiada henti. Ya Tuhan..berikan aku kekuatan..

No comments:

Post a Comment