Wednesday, July 15, 2009

Dan Sebenarnya [30]

Hani Zahra

Jam 8.30 pagi aku menunggu dalam rasa berdebar. Hari ini aku harus bertemu suamiku. Entahlah..mungkin yang terakhir kalinya. Aku mahu memulangkan kunci rumah. Sesak rasanya dalam dada. Tak pernah aku menyangka begini sekali perjalanan hidup. Terlalu sukar sekali!

Aku lemparkan pandangan ke tasik. Permukaanya tenang i. Aduhaiii..andai hati ini bisa setenang itu,bisikku.

" Hani ". Suara Amirul kedengaran. Lembut . Aku mendongak. Jelas terukir senyuman di situ.

Aku pelik. Sudah hilangkah marah dia?,bisik hatiku.

Tanpa melengahkan masa aku bangun menyalami tangannya. Tunduk dan mengucup lazimnya tugas isteri. Jari jemariku menggigil. Takut dengan sandiwara apa lagi yang bakal aku dapat sebentar nanti.

" Lama ke dah tunggu abang?". Soalnya penuh lembut dan duduk di sebelahku.

Abang?? Uiksss..pelik nih!

" Tak lah..Hani baru jer sampai. Abang sorang je ker? ". Soalku menutup getaran di hati.

" Emm..".

" Kak Su sihat?". Aku bagai ketandusan idea untuk bersuara. Lalu kami berdua berdiam diri dan merenung keindahan tasik menghijau.

" Emm...ada apa Hani nak jumpa abang? ". Amirul merenungku lembut.

" Ni..Hani nak pulangkan kunci rumah '". Aku hulur segugus kunci padanya. Tapi tak di sambut. Terdengar Amirul menghembus nafas kasar. Dia mengeluh dan meraup mukanya.

" Hani tekad nak keluar rumah? ". Soalnya perlahan.

Aku terkejut. Ehh..bukan ker aku di halau..bukan aku nak keluar pun..

" Abang kan dah halau Hani. Bukan Hani yang nak keluar rumah ",jawabku perlahan. Ya..bila teringat kata-katanya di telefon hatiku bagai di siat-siat.

" Abang minta maaf. Abang terlalu ikutkan hati. Hani tak bersalah..abang yang terlalu tamak ". Amirul memegang tanganku. Dia mengelus dan perlahan mengucupnya.

Hatiku semakin pelik. Pelik melihat sikapnya yang berubah lembut. Tiada lagi kata-kata kesat. Tiada lagi maki hamun.

" Tiada apa yang Hani nak maafkan abang. Hani pun bersalah. Tak pernah fikir perasaan abang
". Aku menarik tanganku perlahan dan bangun. Cuba mencari kekuatan untuk memberitahu apa yang terbuku di hati.

" Kalau abang nak minta maaf..Hani maafkan..kalau itu buat abang bahagia..cuma..Hani rasa..".

" Hani..kita balik seperti semula sayang?. Abang janji abang ubah sikap abang. Abang akan berlaku adil. ". Amirul bingkas bangun mendapatkanku. Dia seakan tahu apa yang akan aku katakan. Tubuhku di rangkul. Aku membiarkan .Mencari rasa bahagia untuk menjelma. Mataku pejam. Cuba menghayati indahnya perasaan. Tapi kosong!

Aku meleraikan dakapan dan menggelengkan kepala. Amirul kelihatan kecewa.

" Abang..Hani minta maaf. Hani dah tak sanggup nak ulangi semula. Hani dah tak upaya nak merebut cinta abang. Hani dah kalah dalam perjuangan ini bang. ". Aku bergerak menjauh.

" Apa maksud Hani? ".

" Untuk terakhir kalinya abang..lepaskan Hani. Hani nak cari kebahagiaan Hani sendiri ".rayuku lembut.

Aku tahu hukumnya berdosa sekiranya seorang isteri meminta cerai dari suami. Bergegar tiang Arasy. Tapi aku dah tak sanggup nak terus hidup begini. Aku dah tak sanggup nak membiarakan suamiku dan diriku sendiri memperbanyakkan dosa.

" No! Aku tak setuju! Kau nak cerai dengan aku supaya dapat kahwin dengan jantan tu kan ". Suara Amirul melengking kuat. Aku tersentak. Amirul sudah bertukar menjadi orang yang aku takuti.

" Biar Hani tak kahwin dengan sesiapa ,asalkan abang lepaskan Hani. Tolonglah bang. Kesian kat Hani. ". Aku memegang tangannya. Cuba merayu tapi tak berhasil. Jelas muka Amirul merah menahan marah.

" Kau dengar sini perempuan! Kau dengar baik-baik! Aku takkan lepaskan kau walau aku mati sekalipun. Kau akan tetap jadi hak aku! ". Amirul merentap tanganku kasar. Dia menunjal dahiku kuat.

"Kau takkan bahagia. Aku akan pastikan hidup kau tak bahagia! ". Itu amarannya sebelum melangkah pergi.

Aku terduduk . Dadaku bergegar. Aku menarik nafas. Tapi seakan sukar. Air mata bertakung. Aku hantar permergian suamiku dengan linangan air mata.

" Abangg...kenapa siksa Hani begini sekali?..Mama..tolong Hani maa,rintihku perlahan...

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi..

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku..
Dugaan...Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlalu
Mengapa begitu laku..

Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu...

********************************************************************************

"Adam!!!." Suara Datin Zarina bergegar di keheningan pagi. Dato' Zulkarnain terperanjat. Dia mengurut dadanya. Hampir terlepas surat khabar di genggamannya . Dia menggelengkan kepala melihat isterinya . Balik dari jogging dah marah-marah.

" Awak kenapa ni yang oiii ". Dato' Zulkarnaian memegang bahu isterinya yang telah di kahwininya hampir 30 tahun.

" Adam mana abang?. Mana budak bertuah tu? ". Nafas Datin Zarina turun naik. Seolah-olah menahan geram yang amat.

"Tu ..kat gazebo dengan Sofea. Sarapan kat situ. Yang awak marah-marah ni kenapa ? ".

" Abang ikut saya sekejap ". Datin zarina menarik tangan suaminya dan melangkah laju. Hampir saja tersungkur Dato' Zulkarnaian mengikuti langkah isterinya.

" Adam!!",jerit Datin Zarina .

Hampir saja Adam tersedak mendengar suara mamanya melengking kuat. Dia dan Nur Sofea berpandangan sesama sendiri. Nur Sofea mengangkat bahu menunjukkan dia tak tahu apa-apa. Cawan di letakkan di atas meja.

"Kenapa ni ma? ". Soal Adam pelik melihat mamanya jelas kelihatan marah. Papanya juga terpinga-pinga.

" Adam dah gila ker? '. Soal Datin Zarina kuat.

" Gila? Ehhh..Adam waras lagi lah ma. Isshh..mama ni doakan Adam jadi gila pulak ",selorohnya. Nur Sofea dan papanya ketawa.

" Hah! Waras..kalau waras yang kau gilakan isteri orang kenapa?".Luah Datin Zurina. Hatinya sakit bila teringat peristiwa di tasik tadi. Jelas Hani Zahra di peluk seseorang di tempat terbuka. Orang itu suaminya sendiri!

" Hah! Adam?? Isteri orang? Awak biar betul yang oii ". Dato Zulkarnain membetulkan duduk.

"Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri abang. Hah..Adam! Apa yang terkulat tu. Jawab!". Datin Zarina menyinga.

" Emm..macam ni ma..". Adam gelisah. Siapa pulak yang bocorkan rahsia? Matanya melotot memandang Nur Sofea.

Nur Sofea menggelengkan kepala laju. Dia benar-benar tak tahu.

" Macam ni apa? Dah takder perempuan lagi ke dalam dunia sampai isteri orang yang kau gilakan Adam? ". Mata Datin Zarina masih mencerun. Api kemarahan membara.

" Siapa orangnya yang?". Dato Zulkarnain memandang wajah isterinya. Dia juga ingin tahu.

" Si Zara lah..siapa lagi yang dia gilakan ".

" Hah! Zara..Hani Zahra? Staff saya? Ehh..bila masa dia kahwin pulak?. Kan ker dia bujang lagi? ".

" Nak goda anak orang di katanya bujanglah abang oii.. huh! nampak jer baik..tapi penipu! ",bebel Datin Zarina.

"Ma..Zara tak begitu ma. Mama tak tahu apa yang sebenarnya ". Adam bersuara. Hatinya tersentuh bila mamanya memburukkan Zara.

" Adam dah tau ker Zara tu isteri orang? ". Soal Dato' Zulkarnain meminta kepastian. Dia seakan tak percaya Hani Zahra bertindak begitu.

" In fact..Adam baru jer tahu..". Adam menundukkan mukanya. Dia tahu akan timbul masalah ini tapi dia tak menyangka secepat ini ianya timbul.

" Are you loose your mind Adam?. Kan papa dah beritahu,jangan kacau hak orang. Nahas Adam nanti. ". Dato Zulkarnain menggeleng. Dia kesal kerana Adam mengingkari katanya.

" Entah apa yang di bomohkan anak kita ni bang. Sampai tak kisah pun Adam di buatnya ",getus Datin Zarina.

"Ma..jangan cakap begitu. Zara tak seburuk yang mama sangka!". Suara Adam tinggi. Dia harus memberitahu kedua orang tuanya tentang siapa Zara.

" Tak buruk Adam kata?. Menipu semua orang. Bukan sorang tapi semua orang tau!". Keras saja suara Datin Zarina.

" Dia terpaksa ma..terpaksa..".

" Terpaksa apa? Nak kikis harta memanglah..buat-buat terpaksa. Mintak cerai dengan suami dia sebab nak ambik harta kamu. Itu pun kamu tak sedar ker Adam?". Datin Zarina menghamburkan kemarahannya.

" Mama!". Tanpa sedar Adam meninggikan suara.

" Sampai hati Adam. Sebab perempuan penipu tu Adam sanggup tinggikan suara pada mama. Mama yang lahirkan Adam tau tak? " Datin Zarina mula menangis. Hatinya sebak!

Dato Zulkarnain menggosok belakang isterinya. Matanya memandang Adam.

Adam terkesima. Dia rasa bersalah. Tak sengaja meninggikan suaranya. Dia bangun dan memegang tangan Datin Zarina.

" Ma..maafkan Adam. Adam tak sengaja nak tinggikan suara.Ampunkan Adam ma.. ".

"Yelah ma..along tak sengaja ". Nur Sofea bersuara. Dia belas melihat abangnya melutut merayu mamanya.

" Mama boleh maafkan..tapi dengan syarat. Adam tinggalkan perempuan tu. Buang dia dari syarikat ".

Adam bingkas bangun. Hatinya bagai di sengat. Pecat Zara? No wayy..takk..tak bolehhh,gema hatinya. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

" No ma..tak boleh..Adam sayangkan dia.. I love her. Adam tak mahu kehilangan dia. No..Adam tak setuju ". Adam resah. Tapi lebih pada takut. Takut kehilangan Zara buat kali ke dua. Cukuplah hari tu hidupnya nanar.

" Adam lebih sayangkan perempuan tu dari mama? Adam sanggup tengok mama sedih?. Mana mama nak letak muka kalau kawan mama semua tau? Mana Adamm!! Mana!!!!". Datin Zarina menguatkan tangisan.

" Ma..please..jangan paksa Adam ma. Zara tak bersalah ma. Kesian dia ma. Mana dia nak hidup kalau tak bekerja. ". Adam merayu Datin Zarina. Jelas matanya juga berkaca.

" Dia dah ada suami. Biar suami dia yang tanggung. Yang Adam sibukkan kenapa? ".

" Ma..hidup Zara tak seperti orang lain ma..".

" Memanglah tak macam orang lain. Dah hidup menipu!",tukas Datin Zarina mengesat matanya kasar.

" Mama! Tolonglah ma..dengar apa yang Adam nak katakan ". Bentak Adam . Dia geram.

" Enough Adam ! Stop it! Papa tak mahu Adam tinggikan suara pada mama lagi. Tommorrow,papa nak bersemuka dengan Zara. Adam jangan masuk campur. Biar papa pecat dia kalau Adam tak sanggup! ". Dato Zulkarnain bersuara keras.

" But pa..".

" Takder tapi.tapi..dah..jom masuk Za..".ucap Dato Zulkarnain dan bangun masuk ke dalam rumah memimpin isterinya.

Adam terduduk. Serasa mahu tumbang. Mujur ada Nur Sofea yang memautnya.

" Along..sabar ya..",pujuknya. Dia simpati melihat abangnya yang jelas kecewa dengan penerimaan mamanya.

Adam buntu. Esok Zara di pecat. Bagaimana dengan Zara?. Ya Allah...kesiannya dia..tak habis-habis di timpa malang,bisiknya.

" Along nak buat macamana adik?". Soal Adam penuh kekeliruan.

" Entahlah along..tapi along pun silap jugak. Isteri orang tu..".jawab Nur Sofea perlahan. Dia tahu abangnya pasti terguris dengan katanya.

Adam mengeluh. Dia dapat membayangkan bagaimana hari esok saat Zara di berhentikan kerja. Kalau Zara hilang lagi dari pandangan..mahu hatinya hancur!

No..no..aku tak boleh biarkan Zara pergi lagi..aku tak mahu Zara hilang lagi..Tak..takk... Adam menggeleng gelengkan kepala dan bingkas bangun meninggalkan Nur Sofea yang terpinga-pinga melihat abangnya pergi. Begitu kelam kabut sekali!

No comments:

Post a Comment