Thursday, July 30, 2009

Kasih Yang Satu [1]

Farish memperlahankan pemanduan kereta bila ternampak seorang lelaki tua yang mengerang kesakitan di pinggir jalan.

Hatinya tergerak untuk menolong lalu dia memberi signal dan membergentikan ketera. Terkocoh-kocoh dia keluar .

" Pakcik..pakcik ok ker ? ". Tiada suara yang keluar cuma erangan yang menunjukkan lelaki itu dalam kesakitan memegang dadanya.

'Ehh..tak boleh jadi nih,kena hantar hospital'. Farish mencempung tubuh kurus itu dan memasukkan dalam Perdana hitamnya.

Baru saja dia mahu duduk dia terperasan tongkat yang terdampar di tepi parit. 'Lah..orang buta ker?,detik hatinya.

Kelam kabut dia keluar dan mengutipnya. Dan pemanduannya kembali laju menuju hospital berdekatan.

Tak sampai sepuluh minit dia tiba di Kempas Medical Centre. Tak perlu tunggu lama dia menjerit memanggil petugas.

Setelah urusan selesai dia terduduk di kerusi melepaskan penat.

" Encik..encik saudaranya kah ?". Soal nurse yang berada di kaunter.

" Tak..sebenarnya saya nampak dia pengsan tepi jalan. So saya tolong ". Nurse itu mengangguk perlahan.

" Errrr..dia ok kan ?". Mata Farish terarah di bilik kecemasan.

" Sabar ya Encik. Kejap lagi doktor keluar. Nanti boleh tanya.".

Farish memandang jam.Emm..3.00 petang..tak payah balik ofis lah. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mendail.

" Tina..saya tak masuk ofis. You cancel all my appointment..hmm..emm..ok. Itu je!".

" Encik ". Farish menoleh.Telefon bimbitnya di masukkan dalam poket. Ohh..doktor dah keluar.

" Encik..". Doktor Rasyid bertanya namanya.

" Farish..".

" Ok..Encik Farish..saya dah check. For now dia dah stabil. Mujur En. Farish cepat hantar. Dia terkena serangan jantung ".

" Oh? Emm..Alhamdulillah..lega hati saya..so kalau macam tu saya balik dulu lah ".

" Balik?".

" Ya..oh..maaf..sebenarnya ,saya terjumpa pakcik tu pengsan tepi jalan..so saya tolong ",terangnya buat kali kedua.

" Emm..ok lah kalau macam tu. Nanti pihak kami akan uruskan semuanya. Sekali lagi terima kasih En. Farish sebab menolong orang yang kesusahan. ".

" Tak mengapa..tanggung jawab saya sebagai rakyat dan manusia. ". Farish menguntum senyuman.

Sebelum meninggalkan hospital dia sempat menjengah pakcik tadi.

'Tidur dah..emm..takpelah..esok aku datang lagi',bisiknya perlahan.

Hari ini dia bersyukur..kerana masih lagi punyai hati nurani untuk membantu sesama insan. Alhamdulillah..dan dia meraup mukanya. Sekuntum senyuman terukir di raut wajahnya.

*****************************************************

Balqis menjengah di ruang laman. Jam hampir pukul 10.00 malam. Dia resah. kejap bangun kejap berdiri..kejap mengintai tingkap..

' Mana ayah ni? Ishhh..dah malam sangat ni tak balik lagi '. Hatinya benar-benar di landa kebimbangan. Bimbang dengan keselamatan ayahnya di luar. Bersendirian . Tambahan pula ayahnya cacat penglihatan.

Deringan telefon mengejutkan. Mujur saja dia tak menjerit.

" Cik Nur Balqis ker?". Suara di sana bertanya. Perempuan.

" Ya saya". Siapa pulak ni?,hatinya bertanya.

" Cik Balqis..sila datang hospital ya. Kempas Medical Centre. Ayah cik di tahan di sini. ".

" Hah? Apa?..baik..baik..saya datang sekarang". Terburu-buru Balkis keluar rumah setelah mengambil beg duitnya.

'Ayah...Ya ALLAH..selamatkan ayahku',pintanya dalam hati. Dia kesal kerana membiarkan ayahnya bersendirian . Sepatutnya dia mengambil ayahnya di rumah Mak Lang..tapi kesibukan kerja tadi membuat dia sampai lewat di rumah.

'Maafkan Qis ayah..',rintihnya menyeka air mata yang mengalir. Sungguh dia sayang ayahnya. Ayah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada setelah adik,abang dan mamanya terlibat kemalangan jalan raya. Ayahnya bukan buta tapi dia mendermakan matanya demi Balkis.

' Ayahh..jangan tinggalkan Qis ayah..'

Setibanya di parking dia berlari-lari menuju ke kaunter. Nafasnya termengah-mengah.

" Cik..boleh saya tahu di mana bilik pesakit bernama Hasyim?".

" Bilik 117 cik..jalan terus dan belok kanan".

" Terima kasih ". Balkis menghadiahkan senyuman.

Hatinya rusuh..sepanjang jalan hatinya rusuh mengenagkan ayah kesayangannya. Pintu bilik di tolak. Ayahnya terbaring dengan bantuan pernafasan.

Air matanya cepat saja mengalir. Dia menyentuh tangan ayahnya yang berkedut. Urat timbul sana sini.

" Balqis "

" Ayah..ayah tak apa-apa kan?",soalnya lembut.

" Alhamdulillah..masih panjang umur ayah ni ".

" Jangan bergurau dengan Qis begitu ayah. Qis tak suka.Ayah kena sihat selalu.. temankan Qis ".

" Emm..ajal maut tangan ALLAH nak ".

" Itu Qis tau..tapi buat masa sekarang ayah kena temankan Qis sampai Qis tua ". Balkis menyeka air matanya lagi. Dia tak mahu ayahnya tahu dia menangis.

" Jangan menangis Qis..ayah tak der apa-apalah ".

" Mana ada Qis nangis ayah ".

" Kamu ni Balqis..kamu tu anak ayah..ayah tahu kamu menangis walau ayah tak nampak.".

" Maafkan Qis ayah..Qis tak ambil ayah tadi. Kalau lah Qis tahu begini ..Qis rela di buang kerja dari kehilangan ayah ". Air matanya kembali mengalir. Hatinya di buru kesalan.

" Ayah yang salah..ayah bosan kat rumah Mak Lang kamu tu..Mak lang kamu sibuk tak sempat hantar..jadi ayah cuba balik sendiri..alah..bukan jauh sangat..ayah tahan lah teksi..mana tahu..dia turunkan ayah kat mana-mana tah ".

" Hemm..nasib baik ada insan prihatin yang tolong ayah..kalau tak..". En. Hasyim bersyukur kerana masih ada yang sudi menolongnya.

" Dahlah..kita cerita esok jer..sekarang..ayah berehat ya..Qis teman kat sini ". Balkis merenung wajah tua ayahnya. Jasanya tak terbalas seumur hidupnya.

'Qis sayang ayah',bisiknya dalam hati dan merebahkan kepala di sisi ayahnya.

No comments:

Post a Comment