Tuesday, July 21, 2009

Dan Sebenarnya [35]

" Pak Long..ni ambar caper? ". Naim bertanya dengan kata-kata pelatnya. Dia menunjukkan gambar yang berada di sebelah katil Adam. Gambar yang selalu di bawa Adam kemana saja pergi.

" Ohh..ini gambar mak long Naim ". Adam mencuit hidung anak saudaranya. Naim. Anak kepada Nur Sofea. Adam memegang bingkai dan menyentuhnya.

Sedar tak sedar hampir enam tahun berlalu. Enam tahun dia hidup bersendirian. Enam tahun tanpa Zara di sisi. Enam tahun dia cuba melupakan,namun gagal. Dia seolah-olah merasa Zara sentiasa di sisinya tiap saat.

" Pak Long,ane mak long? Dia enggalkan pak long eh ? ". Naim bersuara lagi. Dia pelik kerana selalu nampak Adam memegang bingkai itu sendirian. Mengelamun.

" Emm..mak long dah pergi jauh Naim. Mak long dengan Allah sekarang ni. ". Adam meletakkan kembali gambar itu dan bangun dari biliknya.

" Iaaannn..pak long..takper..anti A'eim temankan ehh..A'eim carik mak long bayu ". Naim berkata lambat-lambat. Adam memeluk anak saudaranya. Itulah buah hati pengarang jantungnya.

"Yelah..dah jom..kata semalam Naim nak mandi laut.Dah petang ni. Kata nak buat istana pasir. Pergi panggil mama yer. ". Serentak itu Naim berlari terkedek-kedek dan hilang di bilik sebelah.

Adam ketawa kecil dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Dari balkoni biliknya matanya terarah pada laut terbentang. Matanya di pejam. Cuba menghirup udara yang segar..

" Cik..cik..ok ker tu? "
" Sombong ..terima kasih pun tidak ! ".

Adam membuka matanya. Masih terbayang lagi kata-kata yg di lemparkan ketika bertemu dengan Hani Zahra di sini. Di pantai Mersing ini. Sebenarnya Adam yang menyuarakan untuk bercuti bersama keluarganya. Tapi dia tak di beritahu apa sebabnya. Tak mahu menimbulkan perasaan tak senang di hati mama.

Dia mengatur langkah ke arah buaian. Ya..buaian yang pernah dia duduk hingga larut malam demi menunggu Zara. Di pandangnya bilik yang pernah di duduki Zara dulu. Masih teringat lagi. B302. Dia melabuhkan punggung ke buaian. Tiba-tiba dia terdengar nyaringnya tangisan dari bilik itu.

" Mama..mama..mama...",halus jeritan suara itu. Adam menelinga.

" Kenapa sayang? Lahh..kan mama dah kata..jangan main pintu..nanti tersepit ".

Darah Adam berderau. Suara Zara! Spontan dia terus berdiri. Zara kan itu? Tapi..Zara kan dah meninggal?

Dia bergerak untuk mengetuk pintu. Di bantah kata hatinya yang berkata jangan. Baru saja dua tapak langkahnya terhenti. Pintu bilik B302 terbuka. Kelihatan sepasang suami isteri keluar membawa anaknya yang menangis.

'Hemm..bukan Zara..aduhai hati..sedarlah',gumamnya perlahan dan melangkah pergi.

Adam menyusuri keindahan pantai dan duduk di atas batu. Dia teringat kata-kata Zara dulu sewaktu di Port Dickson. Selepas habis melawat tapak projek.

" Emm..cantikkan ". Adam menoleh memandang Zara yang merenung jauh di laut ketika matahari hampir terbenam.

" Ha'ah..memang cantik ". Adam tersenyum. Dia menatapi keindahan di raut wajah Zara.

" You suka laut En. Adam ? ".

" Tak. I suka lain ".

" Lain? Maksudnya? Gunung? Tasik?". Zara mengerutkan kepala.

Adam ketawa kecil. Dia menggelengkan kepala.

" I suka perempuan ",usik Adam. Dia lihat zara selamba jer.

" Itu memang pasti En Adam. Kalau you suka perempuan itu tandanya you normal. ",sinis saja suara Zara.

" Tapi you tak nak tahu siapa perempuan tu Zara? ". Soal Adam. Dia ingin tahu reaksi Zara.

" What for? ". Zara membuat mula blur.

" Hemm..nothing..". Adam mengeluh. Dia tak tahu apa di hati Zara.

" En. Adam. You suka siapa itu tak ada kaitan dengan I. Sebab itu hati you,perasaan you. I takde hak nak halang. Soal cinta En. Adam...tak siapa yang faham ". Zara mengeluh juga.

" Along ". Suara Nur Sofea memecahkan lamunannya. Adam menoleh.

" Still ingatkan kak Zara? ". Nur Sofea mengambil tempat di sisi abangnya.

" How can I ever forget her dik. Dia ada dalam diri along ".

" Hemm..maafkan adik long ". Untuk kesekian kali Nur Sofea meminta maaf. Adam pelik. Maaf untuk apa?

" Untuk apa dik? "

" Untuk segalanya."

" Ishh..adik takder salah dengan along. "

" Ada..cuma along jer yang tak tahu ".

" Tahu apa?". Adam semakin pelik.

Namun belum sempat Nur Sofea membuka mulut, Naim berlari terkedek-kedek ke arahnya.

" Mama..mama..papa anggil ".

" Ishhh..tak boleh renggang sikitlah ",ngomel Nur Sofea sambil turun dari batu.

" Dia rindu tu dik ",usik Adam ketawa.

" Bukan rindu..tapi mengada-ngada ",ulas Nur Sofea memimpin tangan anaknya.

Adam menghantar pemergian adiknya dengan mata. Siapa sangka,adiknya yang manja dah jadi ibu orang. Hampir empat tahun. Naim pun dah berusia tiga tahun.

Adam melemparkan pandangan di sekeliling pantai. Dari kejauhan dia seakan-akan melihat Zara di bawah pokok. Namun dia tepis perasaan. Mungkin terlalu rindukan dia agaknya,bisik hatinya.

Bila suasana mulai kelam,Adam melangkah perlahan meninggalkan pantai. Dia mahu tinggalkan kenangan bersama Zara di sini. Mulai esok dia mahu mulakan hidup baru. Kasihan dia melihat mamanya yang di selubungi perasaan bersalah selama ini.

Langkahnya terhenti bila melihat seorang kanak-kanak yang leka membina istana pasir.

'Eh..mana mak ayah dia? Dah nak maghrib ni',gumamnya perlahan. Langkahnya di atur pada kanak-kanak itu.

" Adik..". Adam bertinggung di hadapannya. Kanak-kanak itu berhenti bermain pasir. Matanya membulat memandang orang asing di hadapannya.

" Siapa nama? ".

" Ain ".

" Ohh..Ain..mama dengan papa mana? Kenapa main sorang-sorang. Bahaya tau ". Adam mengukir senyuman. Dia memandang istana pasir di hadapannya.

" Mama kata dia nak pergi bilik air sekejap. Nanti mama datang balik. Uncle siapa ? ". Petah saja Ain bersuara.

" Uncle? Nama uncle Adam .Ehh..lama betul mama Ain pergi kan. Dah nak Maghrib. Jom balik.Uncle hantarkan ya ". Namun Adam masih lagi bertinggung. Dia mengamati istana pasir yang di bina Ain. Cantik!

" Ainnn ". Nyaring satu suara memanggil dari kejauhan. Adam terpaku. Suara Zara! Darahnya berderau.

" Ain..dah jom balik..dah nak maghrib. Nanti kita datang lagi yer ". Suara itu semakin jelas di telinganya.

" Okey ma". Ain mengemaskan peralatannya. Adam melihat dari belakang pemilik suara itu yang turut membantu mengemas bersama Ain.

" Mama..Ain kenal satu uncle ma..tu..". Adam melihat Ain menunjuk padanya.

Saat pemilik suara itu berpusing,jantungnya serasa mau gugur! Zara!

***************************************
Hani Zahra

" Zara! ". Adam menyebut namaku kuat.

Aku terpaku memandang Adam di depan mata. Mahu saja pengsan di saat itu. Tak sangka dengan situasi yang tak di jangkanya.

" Mama". Ain menggoncang tanganku. Aku bagai tersedar. Adam masih lagi merenungku . Aku larikan pandangan .

" Jom balik sayang ". Aku menarik tangan Ain dan mula melangkah namun tanganku di raih Adam. Hampir saja aku hilang imbangan badan.

" Zara! ". Mata Adam mencerun ke arahku. Aku jadi takut. Takut kerana dah berbuat salah kepadanya . Takut kerana merahsiakan yang aku hidup selama ini.

" I need an explanation! ". Keras saja suara Adam. Aku pandang tanganku yang di cengkam kuat. Sakit!

" Lepaskan tangan I Adam. Sakit tau tak! ".

" Sakit? Sakit?? ". Adam bersuara lagi. Nadanya bagai menyimpan dendam.

" Habis..you ingat sedap? Lepaslah...lepassss ".Aku meronta kuat. Namun pegangannya tetap padu.

Ain memandang aku dan Adam . Dia terpinga-pinga.

" Kenapa you buat I macam ni Zara? Kenapa you palsukan kematian you? ". Melengking suara Adam memecah keheningan .

" I had to..Adam..pelase..lepaskan tangan I ". Aku merayu dengan tangisan. Sungguh..tanganku sakit!

Adam melepaskan pegangan. Aku mengusap pergelangan tangan. Jelas berbekas merah. Tanpa buang masa aku melangkah laju bersama Ain yang masih keliru.

" Zara!". Adam mengejarku dan berhenti di hadapanku. Dia menghadangkan tangannya.

" Apa lagi Adam? ". Aku rimas. Rimas dengan tingkahnya.

" You perlu jelaskan pada I semuanya Zara. Kenapa you buat I macam ni?.I macam orang bodoh selama ni. Ingatkan you dah pergi selamanya. I tanggung rindu macam orang gila. I tak hiraukan keadaan sekeling sebab cari you. You tau tak? ". Muka Adam merah.

Aku diam terpaku. You ingat you sorang ker Adam. You tak tau bagaiman hati I terpaksa berjauhan dari you!!,bentak hatiku.

" Nothing to explain Adam. Isn't that obvious?. I tak perlukan you dalam hidup I.",bohongku.

" No..I tak percaya..". Adam menggelengkan kepalanya.

" Up to you ",balasku dan terus melangkah pergi.

" Heyy..then..how about us? ". Suaranya jelas menunjukkan dia geram. Adam menarik lenganku.

" Adam..I nak balik dulu. Kita bincang lain kali. Dah nak Maghrib. Okey..so please..". Aku pandang mukanya. Adam melepaskan pegangan.

" Bila? ". Suaranya mulai kendur.

" Jumpa I kat restoran malam ni. 8.30 pm ". Dan aku terus meninggalkan Adam berdiri tegak di situ. Aduhai hatiii..sabarlah!

Sampai di bilik aku menyuruh Ain mandi dulu. Mujur saja aku 'cuti'. Kalau tak kan kelam kabut berebut bilik air.

Aku duduk di tepi katil. Aku cari tas tangan. Aku buka dan mencari gambar yang menemani hidupku selama enam tahun. Gambar yang menimbulkan kemarahan hati Amirul. Gambar aku dan Adam. Tuhan saja yang tahu bagaimana terkejutnya perasaanku tadi.

'Adam...',bisikku perlahan. Ada rindu yang mencengkam. Ada derita yang tak mampu aku kambus. Sungguh aku rindu padanya selama ini. Sungguh aku cuba membina kekuatan tanpa dirinya. Hampir saja aku menyerah kalah pada takdir yang menduga.

Saat aku meratapi kerana di khianti Adreana Suraya aku menerima khabar kehilangan suamiku. Dia kemalangan dan maut bersama Adreana Suraya. Yang terselamat cuma Ain..yaaa..Ain..Nur Ain Hawani..anak mereka yang kini menjadi buah hatiku.

Dalam kepayahan hidup aku membesarkan Ain sedaya upayaku. Demi janjiku pada Datin Zarina..aku memalsukan kematianku. Yang tahu cuma Nadia..juga Nur Sofea..Aku harus berterima kasih pada mereka yang berpegang pada janji dan memberi sokongan padaku selama ini.

" Maafkan I Adam..I terpaksa untuk bahagiakan semua orang ",bisikku perlakan dan mendakap gambarnya.

" Mama..kenapa mama menangis? ". Nur Ain Hawani berdiri tegak di hadapanku . Dia siap berpakaian. Matanya membulat memandangku.

" Isshh..mana ada mama menangis. Mata mama gatal masuk pasir tadi. Tulah..Ain tak basuh tangan tadi kan ,pastu pegang muka mama ",dalihku cepat-cepat menyorokkan gambar Adam.

" Mama..Ain laparlah ",rengek anakku.

" Emm..ain makan roti ni dulu ya. Nanti kita makan nasi ".

Aku membuka beg dan memilih pakaian Ain. Sambil itu otakku ligat berfikir untuk bertemu Adam atau tidak? Kalau bertemu pasti Datin Zarina mengamuk. Kalau tak jumpa,nanti Adam bagaimana? Ahhh...biarlah..dia mampu hidup tanpa aku selama ni ...

" Ain..kemas baju..kita balik rumah ",arahku dan membuka almari. Mengemas pakaianku sendiri. Aku mahu pulang semula ke kota.

" But ma..kata mama kita balik esok? ". Ain bertanya pelik.

" No sayang..we must go now. Mama baru teringat,esok aunty Nadia nak jumpa sayang..anak mama tak mau jumpa baby Irfan ker ? ". Aku mencangkung dan memegang mukanya. Aduhaii..persis arwah suamiku!

" Nak..nakkkkk...". Ain menjerit dan mengemas permainannya. Aku tersenyum. Umpanku mengena!

Selesai mengemas dan bersalin pakaian,tepat jam 8.00 malam aku membuka pintu. Aku menutup lampu dan menjinjit beg. Ain menunggu di tangga.

" Going somewhere dear? ". Suara Adam melantun .

ALLAH! Kantoi!! Genggaman beg terlepas. Aku tersentak. Adam berdiri di hujung anjung. Bibirku terketar tanpa suara.

" Ehh..uncle Adam ",sapa Ain.

" Hai Ain..Ain nak pergi mana ni? ". Adam mendukung Ain dan matanya terarah padaku. Aku masih berdiri statik tanpa suara.

" Nak balik rumah. Mama kata aunty Nadia nak jumpa ",lancar saja Ain menyebut alasanku tadi.

" Another excuse ker Zara? ",perli Adam. Matanya masih lagi tajam memandangku.

" Errr..err..actually Adam..I..I..". Tergagap-gagap aku mencari alasan walau aku tahu ianya serapuh dahan yang reput.

" You memang nak larikan dari I kan Zara? ",provok Adam.

" Mana ada? ",tukasku .

" Then apa tu? ". Mata Adam melirik pada beg pakaianku di lantai.

Aku menarik nafas. Tapi seakan tersekat. Aku tahu sekarang ini aku dah tak boleh bagi apa juga alasan.

" You suka kan Zara..suka dera hati I dari dulu sampai sekarang ",ucap Adam sayu. Ain sudah turun dari dokongannya. Dia duduk di kerusi. Memerhatikan kami.

" I am not ",bantahku.

" Yes you are. You suka buat I rasa macam terhegeh-hegeh dengan you. Kan Zara ".Tekannya lagi.

" Look Adam..I don't care whatever you nak cakap. Suka hati you ". Aku cuba menyakiti hatinya. Tapi mengapa yang aku rasa cuma hatiku yang sakit...perit..

" Zara..please lah..jangan begini. I rindukan you..sungguh I rindu..only God know everything sayang ". Adam bersuara sayu. Dia mengenggam tanganku.

'Sayang'..lama sungguh aku tak dengar orang panggil aku sayang. Hatiku sebak. Aku tahu tembok hatiku mulai retak.

" Sayang..please say something. You tak gembira jumpa I balik? ".

Mataku mula berkaca. Gembira?..ya..sememangnya aku gembira..malahan aku bahagia melihat Adam dah sihat seperti dulu kala. Cuma aku tahu aku tak harus bersamanya lagi.

" I gembira Adam..Cukup gembira bila tengok you dah sihat. " Aku kerdirpkan mata berkali-kali cuba menahan air mata dari mengalir.

" Then why you nak larikan diri dari I? "

" Adam..look..I gembira jumpa you tak bermaksud I boleh terima you lagi. ".

" But why? ".

Aku mengeluh..aduhaii..perlukah aku beritahu sebabnya adalah janjiku pada mamanya?

" Adam..I dah kahwin . You tak terfikir ker anak siapa yang I bawa ni ?". Aku berbohong untuk kesekian kalinya. Biarlah aku terus menipu andai dapat berpegang terus pada janji.

Adam melepaskan peganganku. Seolah-olah baru tersedar sesuatu. Dia memandang muka Ain.

" You dah baik semula dengan suami you?". Menggeletar suara Adam.

Aku diam dan akhirnya mengangguk. Aku cuba senyum tapi mati bila lihat wajah Adam yang bertukar sayu.

" Tempat seorang isteri di sisi suaminya Adam. Begitu juga dengan I. Resam rumah tangga ada yang pasang surut. I belajar dari kesilapan ",ucapku tenang. Ya ALLAH..ampuni aku kerana berbohong lagi...

" Maafkan I Adam. I tak sepatutnya buat you begini. Tapi itu saja cara untuk I agar you lupakan I. You juga berhak mendapatkan wanita yang sempurna. I tak sempurna Adam ". Aku bersuara lagi bila Adam diam tanpa suara.

" Entahlah Zara..I pun tak tahu I yang permainkan takdir atau takdir permainkan I. I cuba bina keyakinan yang you milik I selamanya. I cuba melawan kata mereka yang you masih hidup di hati I..but apa yang I dapat?..entahlah Zara ",keluh Adam.

Aku menahan pilu yang bertandang. Pilu..terharu..cinta..semua menyesak dalam dada. Tapi aku tak mampu berkata yang sebenarnya.

" Adam..I ".

" Takpelah Zara..I terima apa yuga yang sebenarnya takdir I. Terima kasih kerana wujud dalam hidup I. Terima kasih juga sebab hadiahkan luka di hati I. I akan ingat ini sebagai pengajaran. Mungkin betul apa yang orang cakap. Mencintai tak semestinya memiliki. ".

" Adam..I..".

" I doakan you bahagia Zara..walau di mana saja..kirim salam dekat suami you ". Dan Adam terus berlalu bersama kepekatan malam.

Aku terpaku dan lututku lemah untuk berdiri. Adam..jangan tinggalkan I,lirihku. Aku dah tak kisah andainya apa saja kata Ain . Air mata mengalir sayu di pipi.

Yang aku tahu hatiku sakit sangat. Lebih sakit saat aku kehilangan Adam enam tahun dulu. Lebih sakit saat aku kehilangan Amirul. Lebih sakit ketika menerima berita mama meninggal dunia.

" Kak Zara ". Nur Sofea muncul di hadapanku. Dia juga basah dengan tangisan.

" Kenapa akak buat begitu kak? Akak kan tahu bagaimana keadaan abang selama ni? ". Soal Nadia sambil mendakapku.

Air mata merembes lagi. Ya..aku tahu semuanya pasal Adam. Sepanjang enam tahun ini,Nur Sofea sering menyampaikan keadaan Adam.

" Akak terpaksa Sofea. Akak tak mahu dia kehilangan mamanya lagi. Akak tak mahu ingkar janji akak ". Aku mengesat air mata. Tapi degil betul! Masih mahu mengalir.

" Akak..dari dulu Sofea dah kata..mama dah menyesal. Dia selalu sebut nama akak ". Nur Sofea menegaskan padaku.

Aku tahu semua itu. Cuma..entahlah..aku dapat rasakan kebenaran kata-kata Adreana Suraya dulu. Kehadiran aku hanya membuat semua orang berduka..

" Biarlah masa merubah segalanya Sofea. Akak terima takdir dengan redha ". Aku menarik nafas. Aku kerling Ain. Dia sudah terlena. Kasihan dia..belum makan lagi..

" Jangan Zara..jangan..kasihan anak mama ". Datin Zarina berdiri di hadapanku. Wajahnya cukup sendu. Bila masa dia berdiri di situ aku pun tak tahu.

Aku kaget dan pandang muka Nur Sofea. Dia menundukkan muka. Takut dan bersalah kerana memecahkan rahsia yang tersisip kemas selama ini.

" Maafkan Sofea kak..Sofea dah tak boleh tahan tengok keadaan abang dan mama ",sayu Nur Sofea berkata.

Aku bangun untuk bersalam dengan Datin Zarina,sebaliknya dia mendakapku bersama tangisan. Memohon maaf atas segala-galanya.

" Datin..tak perlu minta maaf. Saya yang patut minta maaf ke Datin. Saya punca semuanya. Maafkan saya Datin ". Aku kucup tangannya lagi.

" Ya ALLAH Zara..maafkan mama..mama berdosa pada Zara .Sofea dah ceritakan segalanya pada mama..siapa Zara...maafkan mama nak..". Tangisannya masih tak berhenti.

" Datin..dahlah ",pujukku lembut.

" Mama..panggil mama ". Datin Zarina mengangguk.

" Mama..". Sebutku perlahan. Dan seolah-olah di sirami salju hatiku sejuk sama sekali. Hilang semua duka yang membaluti.

" Zara..boleh mama minta satu perkara? ". Soalnya ketika kami sama sama dudul di beranda. Aku,Nur Sofea dan Darin Zarina.

" Ya ma..",bergetar suaraku. Aku menunduk. dalam hati mengucapkan syukur. Aku bersyukur kerana kesabaranku berbalas juga akhirnya.

" Jadi menantu mama ".

Aku angkat kepala. Pandang muka Nur Sofea yang tersenyum dan wajah Datin Zarina yang mengharap.

" Tapi..saya janda ma..Apa pulak masyarakat sekeliling kata nanti ",ucapku perlahan.

" Pedulikan orang kata..selama ni keluarga mama di landa musibah tak siapa yang datang bantu. Mama dah tak peduli. Boleh ya Zara..tolong mama..ini saja cara yang boleh tebus kesalahan mama untuk kalian ". Datin Zarina merayu di hadapanku. Tanganku di genggam.

Air mataku menitis lagi. Ya Tuhann..terima kasih..terima kasih Tuhanku!

Sebaik saja aku mengangguk tubuhku di dakap Datin Zarina. Nur Sofea turut bertepuk tangan. Alhamdulillah! Semuanya selesai..cuma..Adam di mana ya?

***********************************

Mataku meliar mencari Adam di persisiran pantai. Dia duduk di pasir. Aku tersenyum dan melangkah perlahan-lahan. Mahu mengejutkannya..

" Hai sayang ",ucapku di belakangnya.

Adam menegakkan badannya. Dia berpusing ke arahku.

" Zara? ". Matanya penuh tanda tanya.

" Yelah..I..takkan hantu pulak ",selorohku mengambil tempat di sisinya. Aku sembunyikan senyuman.

" Apa you panggil I tadi ? ". Soal Adam terpinga-pinga.

" Sorry..siaran langsung..boleh dengar sekali jer ". Aku gelak kecil.

Dari sisi aku dengar Adam mengeluh. Aku toleh ke arahnya.

" You nak apa lagi Zara ? ". Adam menyoal tapi matanya merenung kepekatan malam.

" I nak you",jawabku selamba bila teringat dia pernah bagi jawapan serupa padaku.

" Stop it Zara ! "

" Sorry..I can't". Aku pamerkan senyuman. Namun Adam masih diam membeku. Jarinya menguis pasir.

" Adam.. I minta maaf. I tak sepatutnya buat you begini ".

" Kalau kemaafan you minta..I dah lama maafkan you Zara..I tak simpan dendam..apa jua alasan you buat hati I begini I terima jer ".

" Sebab tu I minta maaf Adam..banyak salah yang I dah buat pada you ".

" Dahlah Zara..better you balik..nanti hubby you cari I . I tak mahu rosakkan rumah tangga you lagi ". Adam bangun dan berdiri. Dia mengibas seluar yang di lekati pasir.

Aku turut bangun. Ishhh..dah sudah..merajuk pulak mamat nih...

" I takmo balik..".

" Suka hati you! ". Adam merengus. Dia mula melangkah.

" Adammmm",laungku. Tapi Adam terus melangkah..dan melangkah..dan melangkah..

Aku terpaku di situ. Sampai hati you Adam..sampai hati you..

'Haahahaha..padan muka! Tadi jual mahal sangat!'. Ada suara berbisik di telingaku.

" Mana janji you akan selalu ada di sisi I Adam? Mana..? ",rintihku perlahan.

" Dan mana janji you akan terus di sisi I Zara? ". Adam bersuara di belakangku.

Bila aku menoleh Adam mengukirkan senyuman manisnya. Air mata aku kesat kasar.

" Sekarang you rasakan bagaimana sakitnya hati di tinggalkan? ". Adam memulangkan perbuatanku padanya.

" Tapi..itu sikit Zara..I tak sampai hati nak buat sampai enam tahun lagi . You pernah tak bayangkan bagaimana hidup I selama ni Zara? Hemm? ". Adam memegang daguku memaksa aku pandang mukanya.

" Sayang..you tak payah beritahu..I dah tahu siapa Ain.. Itu anak Arin kan? ".

Aku mengangguk bersama air mata. Aku dah tak sanggup nak menipunya lagi.

" Siapa beritahu you? ". Aku bertanya setelah tangisanku resa sedikit.

" Sofea..".

" Sofea?".

" Yup..adik I..dia ceritakan semuanya bila ternampak you dengan I kat sini petang tadi. Dia ceritakan segala-galanya pada seluruh family I. ",jawabnya tenang.

" Habis tadi you tau I tipu you ?". Soalku dan mukaku merah menahan malu. Rahsia yang aku anggap rahsia terbongkar juga..Kurang asam tul Sofea!

" Ha'ah..I saja nak tengok you jawab apa..tapi I tak sangka you putar belit fakta..pandai kelentong ya sayang ". Adam mencubit kecil dan ketawa.

Aku terpaku..sungguh aku rindu dengan gelak tawanya..

" I am sorry Adam..I terpaksa buat begitu ". Aku bersuara sayu.

" Takper..I faham..cuma I nak ajak you ". Adam berjeda sebentar. Aku menunggu dengan penuh debaran.

" You nak tak..".

" Nak". Aku menjawab pantas. Aku tahu dia nak melamarku. Aku dah tak mahu menunggu lama. Cukuplah enam tahun masa tersia.

" Nak apa? ". Adam mengerutkan dahinya.

" You cakap pasal apa? ". Aku bertanya kembali. Ehh..silap ker?

" You jawab pasal apa pulak? ". Adam memandangku. Kemudian dia tersengih-sengih. Dia menaikkan keningnya.

" Apa?". Aku pura-pura marah. Tapi dalam hati malu bukan kepalang.

" Hahahaha..I tahu apa yang you jawab tadi ". Adam ketawa kuat. Aku geram..geram dan malu..Eeeeee..mau je aku cepuk mukanya!

" Manader.You silap fikir tu ". Dalihku. Nasib baik waktu malam. Tak nampak sangat mukaku yang merah.

" Dahlah sayang..jangan pura-pura lagi. I tahu apa yang you tahu ". Adam senyum penuh makna.

" You tau tak betapa I sayangkan you Zara? "

" I tau ".

" Kalau you tau kenapa you tinggalkan I? ". Adam bersuara serius.

" Adam..please..you dah tau jawapannya kan..". Aku mengeluh.

" Tapi I tak faham bagaimana you boleh tergamak buat I begitu Zara ".

" Adam..you ingat I boleh gelak ketawa macam biasa lepas kehilangan you? You ingat I boleh terima orang lain ? Kalau itu yang you fikir..you silap Adam..silap sama sekali ".

" Dengan kesihatan I yang tak menentu..I jaga Ain sendirian..terima semua cemuhan dan cacian orang sekeliling bila bertanya di mana ayah Ain ".

" I hampir tak berdaya Adam. Tapi I kuatkan semangat. I tahu lambat laun kita akan bersua Adam. I tahu Sofea takkan simpan lama tentang I ".

" Cuma I tak terfikir secepat ini kita bertemu".

" Kenapa? ". Adam menyoalku.

" I ingat kita bersua saat you akan lupakan I. Saat you dah boleh jumpa dan menyayangi orang lain. "

" You still tak percayakan I Zara..I kan dah pernah kata dengan you..I akan menunggu you hingga hujung nyawa I . Hati I milik you jer ". Adam gelengkan kepalanya berkali-kali.

" Sayang..do you love me? ". Soalan direct Adam buat aku terkesima. Adusss..

" Emm..of course ". Aku jawab perlahan. Msih lagi malu untuk aku mengakuinya. walau aku tahu sekarang aku bebas dari ikatan apa-apa.

" Apa? Tak dengar..".Adam tersengih-sengih lagi.

" Sorry..siaran langsung..takder ulangan". Adam bersuara pantas sebelum aku membuka mulut. Dia ketawa.

Aku menggetap bibir. Ishhh..belasah kang!

" Sayangg..dahlah..jangan buat muka macam tu..Tergoda iman I nanti ",usiknya lagi.

" Banyak lah..I cepuk nanti ".

" Wahhhh!!..dah pandai nak cepuk pulak ".

" Adam..dah jom..balik..I laparlah..".

" Lahh..I ingat you dah kenyang dengan air mata tadi ",usiknya.

" Adammmmmm!",jeritku geram.

" Alahh..sorrylah sayang..gurau jer..dah jom..mereka dah tunggu lama dah ". Adam membantuku berdiri.

" Mereka? ". Soalku pelik. Siapa?

" Ha'ah..mereka..tu ". Adam meluruskan jari menunjuk sekumpulan orang di taman permainan berkumpul memandang kami.

Hukkk!! Lahhh..lagi tadi mereka nampaklah segalanya? Alahaiiiii...

" Hani Zahra..bersaksikan alam semesta..sudi tak you jadi isteri I? ". Adam melutut di hadapanku. Aku kelu tanpa bicara.

" Adam..apa ni..bangunlah..malulah orang pandang ". Aku gelisah. Aduhhh..gila ker apa Adam ni?

" No..jawab dulu..".

" Adam..please..we talk later ",rayuku.

" No..I dah tunggu you lama Zara... I tak mahu tunggu lagi. No..tak aci! ". Adam masih melutut.

" Adam..at least bagi I makan dulu..I laparlah sayangg". Aku lunakkan suara. Mencuba nasib..

" Okey..kesian sayang I ni. Lapar ya ". Adam bangun mengibas seluar. Dia membongkok.

Demi melihat kesempatan itu aku menghampiri dia.Mendekatkan bibir di telinganya dan berbisik.

" Adam Iskandar..I love you so much..terima kasih kerana sabar menanti..". Dan aku terus melangkah pergi. Meninggalkan Adam yang terpinga pinga.

" Zara..heyy..waittt..you cakap apa tadi? ". Adam berteriak dari jauh. Aku ketawa.

Ya ALLAH..terima kasih ..Mungkin ini yang sebenarnya KAU mahu tunjukkan padaku. Kesabaran..ketabahanku berbuah bahagia akhirnya..

Adam Iskandar..ku ingin kau tahu..aku selalu milikmu..yang mencintaimu..sepanjang hidupku..!
~ FIN ~

3 comments:

  1. " Look Adam..I don't care whatever you nak cakap. Suka hati you ". Aku cuba menyakiti hatinya. Tapi mengapa yang aku rasa cuma hatiku yang sakit...perit..

    ...dailog ni mengharukan hati...
    jalan citer mmg best dan best.
    dear...tahniah berjaya buat pp ku basah.

    ReplyDelete
  2. salam keseluruhan cita nie mmg best..
    emm banyak pengajaran...tp knp zara macam gurl yg xda pendrian...
    mcm menindakkan hak isteri dlam perkahwinan.
    apa2 pun best..tahniah..
    emm wat novel la best..
    assalamualaikum...

    ReplyDelete
  3. best gilak citer ni!
    ingatkan Zara betul2 dah mati..
    suspen jap.. huhu..

    xde n3 spesel ke?
    pas dorang kawen ke? hee..
    neway, overall citer ni mmg best!
    dgn gaya bahasa yg tersusun..
    congratz cik writer! =)

    ReplyDelete