Wednesday, June 17, 2009

Dan Sebenarnya [8]

Hani Zahra

" Waalaikumussalam ma. Emm..Hani sihat..mama "?,ucapku membalas salam dan soalan mama di talian. Aku kawal suara melindung rasa gugup. Dalam hati berkata,janganlah mama nak cakap dengan anaknya.

" Bukan Hani tak mahu call mama. Tapi sibuk kemas rumah. Yelah baru pindah. Penatlah ma",bohongku bila mama bising kerana hampir sebulan aku kembali ke KL tanpa berita.

" Ohh..mama tekalah.Hani kat mana",pintaku dengan suara manja yang di buat-buat. Yang sebenarnya aku menahan hiba yang bertandang.

" Hani kat Bali lah ni. Kan mama dah bagi hadiah tak ternilai. Takkan nak membazir pulak. Nie Hani jalan-jalan kat pantai..cantik ma tempat ni. You should come with us tau!.", bohongku lagi.

Namun dalam hati hanya Tuhan saja yang mengerti betapa berdosanya aku membohongi mama. Maafkan hani ma....

" Lahai..Hani dengan abang lah..takkan pergi sorang pulak.?..Abang?? Nak cakap dengan dia? jap ehhh ma...". Peluhku merenik di dahi. Aduhh..mati aku..mati aku...macamana ni?

" Ma..abang kat kedai nun. Beli aiskrim. Nak tunggu lama ni..Kang bill melambung pulak. Nanti Hani call balik yer..Yelah..nanti Hani sampaikan salam kat abang yer..Okey maa....Iaaa..hani jaga diri..Ia maaa..sayang mama jugak..W'salam. ". Selepas saja talian putus,tanpa di suruh air mataku mengalir laju. Aku memeluk lutut dan menangis semahunya. Hari ini kalau boleh aku mahu melepaskan kesedihan yang bertandang. Esok lusa bila sampai KL aku mahu rebut kebahagian aku. Aku tak mahu tewas dalam percaturan cinta lagi. Amirul Fahmi milikku seorang! Itulah tekadku!

Takper..Hari ni aku biarkan mereka bahagia...Hmm..apa khabar agaknya mereka ya?. sekian kali persoalanku tiada jawapan. kalau di ikutkan hati,ringan je tanganku mendail talian suamiku. Tapi aku tak mahu mengganggu ..biarlah mereka kecap bahagia di bulan madu.

Bulan madu!.aduhaii..tangisan dalam diamku kembali menggila. Akukah yang silap? silapkah aku sebenarnya? Mama..I need you rite now..ngogoiku perlahan. Pasir pantai ku ramas perlahan. Mungkin pasir di Bali sama agaknya seperti di sini. Masih terbayang lagi di minda serabutnya wajah suamiku di talian ketika menjawab panggilan dari Suraya.

" Jangan begini sayang. Abang pun kalau boleh tak mahu pergi. Tak lama pun. Su nak ikut? Nanti apa kata Hani pulak.",ucap suamiku perlahan tanpa menyedari kehadiranku di kaki tangga.

" No! abang tak maksud begitu. Tolonglah Su. Faham keadaan abang. Jangan buat abang macam ni. Pleasee ",rayu suamiku lagi. Aku masih menelinga. Minda berbisik menyuruhku pergi tapi hati menahan. Pagar tangga aku cengkam kuat. Menahan betapa gigilnya badan .

" Adreana Suraya! Dengar dulu apa abang nak kata. Wait! Dengar dulu..sayang??sayang?? ". Aku lihat suamiku meraup muka.Telinganya merah. Mungkin menahan marah dengan reaksi Suraya mematikan talian . Tiba-tiba suamiku bingkas bangun mencapai kunci kereta dan menuju pintu. Tak lama kemudian kedengaran bunyi enjin kereta mengaum memecut pergi.

Aku masih lagi terpaku di tangga. Bezanya kini aku terduduk bila seluruh badan longlai menahan tangisan.

Kuatnya cinta bernama Adreana Suraya itu. Sehingga tak boleh berenggang walau sehari pun. Meninggalkan aku menjaring kesepian bersendirian.

Adreana Suraya..hmm.cantik nama tu,mungkin secantik orangnya. Tapi hari tu suamiku cuma menyebut Suraya. Terlupa barangkali,pujuk hatiku.

Perlahan aku menapak kaki ke ruangan dapur. Tudung saji aku buka. Masih tak terusik lauk yang aku masak petang tadi. Alahaii..

Satu suap..dua suap..masuk yang ketiga,pinggan aku tolak ketepi. Hilang selera dah rasanya. Sampai hati Suraya. Apakah dia tak tahu apa makna bermadu? Apakah dia tak tahu maksud berkogsi?.

Ruangan dapur aku tinggalkan. Cuba bermalas-malasan di ruangan tamu. Satu demi satu siaran televisyen aku cari. Ufffff..semua cerita menyesakkan kepala,getus hatiku.

Nak telefon mama aku takut dia mengesan suaraku yang dalam kesedihan. Sudahnya hampir sebulan aku berdiam tanpa khabar berita.

Aku cuba pejam mata menghayati kesunyian. Kerap kali sunyi menemani hidupku. Ada suami seakan aku hidup sendirian .Nak bekerja kena tunggu lagi sebulan.Itu tarikh yang telah di tetapkan syarikat tersebut .
Sekarang bolehlah berkompromi. Waktu siang Amirul Fahmi milikku. Waktu malam di rumah sana. Habis nanti kalau aku dah bekerja macamana ya?. Aku berkaul dalam hati.

Hmmm...Hani...Hani.. apa bezanya Hani?..siang ke malam ker..bukannya Amirul sentuh kau pun..,ejek satu suara di cubing telinga.

Aku buka mata seluasnya. Cuba mencari siapa yang berkata itu. Kurang ajar betul! bentakku geram. Tapi takde siapa... Astagafirullah! Syaitan dah goda agaknya. Dengan langkah longlai aku memanjat tangga menuju kamar. Kamar aku. Bukan kamar kami. Itu yang di syaratkan suamiku sejak aku menjejaki rumah ini..Aduhaii..

Penat melayan perasaan tanpa sedar aku terlena akhirnya bersama tangisan yang entah ke berapa kali.

1 comment:

  1. "...tanpa sedar aku terlena akhirnya bersama tangisan yang entah ke berapa kali.."

    aduhai hani Zahra sesungguhnya... kamu seorang yg tabah dan mengalah dgn karenah manusia.

    ReplyDelete