Monday, June 15, 2009

Dan Sebenarnya [5]

Hani Zahra

Keikhlasanku lafaz dalam bicara
Ketulusanku di dalam rasa
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kehadiranmu membina semula
Harapan yang terkubur
Yang ku sangka berakhir

Kejujuranku tersirat dalam jiwa
Kesetiaanku tiada kau duga
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kasih sayangku tiada nilainya
Tanpa risikan harta
Dan keindahan rupa

Bagaimanakah kau harus aku terima
Mengapakah harus dia hadir antara kita
Walau ku tahu hatimu selembut sutera
Namun kau kasarkan lidah bahasa

Ku rebah... aku tak bermaya
Terpaksa ku kumpul semula
Bekal cinta yang belum pernah kau sisa
Walau hasrat meronta
Ku terpaksa
Hindarkan kembar cinta
Antara ku dan dia
Memang aku yang lemah

Keikhlasanku lafaz dalam bicara
Ketulusanku di dalam rasa
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kehadirannya mengakhir kan semua
Harapan telah terkubur
Cinta telah berakhir….selamanya..


Lagu itu berputar berulang ulang kali di kotak minda. Aku nilai kembali keikhlasan hatiku sendiri dengan apa yang telah terjadi..

- Ikhlaskah aku?
* Tidakk..engkau tak ikhlas...gema suara hati
- Apa buktinya?
* Engkau tahu apa buktinyakan?
- Mana ada?
* Hahahahhahaa..orang lain kau boleh tipu..tapi tidak hati sendiri...
- Diam..kau apa tahu??
* Hahahahahahaahaaaa..
- Diam!!! Diammm!!!

" Cik..Cik..". Satu suara menegur di sisi.

Aku berpaling . Eh, apahal pulak mamat nih?

" Ya..Ada apa ?". Aku cuba berbasa basi.

" Errr..cik ok ker? ". Dia masih bertanya. Tapi kini memandang aku dengan pandangan yang sukar sekali aku mengertikan.

Aku pandang kiri kanan. Jam menunjukkan lewat benar. 6.45 petang? Hah! Ehh..aku belum solat asar!. Tanpa pamitan aku tinggalkan pantai yang menemani aku satu jam yang lalu. Ketika aku mahu sampai di bilik baru aku sedar kunci tertinggal di tempat tadi.
Alahaiii..tak memasal aku kena menqada' solat asar..Ishhh..apa kena gaknya aku hari ni.,

" Cik!".Suara menegur aku di belakang.

Allahuakhbar! Jantungku berdetak kencang. Dengan perlahan aku berpusing mencari suara siapa. Ehh..dia lagi! Apasal ikut aku sampai sini?. Hati dan mindaku bertingkah sesama sendiri. Nak menculik ker? Sekarang ni banyak kes colek tak kiralah siapa pun jadi mangsa.

" Cik lupa ni..". Dia menghulurkan kunci yang tertulis B302.

Aku menyambut dengan perlahan. Mukanya ku pandang sekilas. Handsome!. Itu rumusan pertama yang ku lihat.
Tanpa membuang masa aku buka pintu dan meloloskan diri. Namun sempat aku dengar dia mengomel kuat.

"Sombong!.Terima kasih pun tidak". Itulah rungutan dia yang terakhir aku dengar di balik pintu.

Ahh..peduliklah..aku nak sombong ker..nak berlagak ker..kau saper?. hatiku menjerit.
Namun seketika aku berjeda. Kalau tak kerana dia pasti aku masih terbongkok-bongkok di tepi pantai mencari kunci . Hanya dalam hati aku berterima kasih. Takpelah..biar Tuhan saja yang balas semua kebaikkannya. Aku cuba pujuk hatiku yang kini libang libu.

Jam 9.00 malam aku menuju kafe yang di sediakan. Hmm..makan apa ? Western lah! Eh..takmo..heavy sangat.Nanti susah tidur. Haaa..mee tomyamlah..

Aku lemparkan pandangan ke persisiran pantai. Ada yang duduk di kelilingi unggun api menyanyi sambil memetik gitar. Ada yang buat BBQ. Ada yang cuma duduk bersantai. Aku cuba bayangkan andai mama dan suamiku ada di sini ,alangkah bahagianya...
Amirul Fahmi..Hani Zahra..aku cuba memadankan nama berdua..Esok..kalau ada anak boleh letak nama Amzar ker Farah Amira ker..Tanpa sedar aku pasang angan-angan yang mustahil aku gapai.

Namun anganku hanya seketika. Suraya! Aku bagai terlupa kehadiran dia di antara kami.
Seleraku mati untuk menjamah makanan. Walau aku tahu tomyam itu kegemaranku.Tapi aku gagahi untuk makan sesuap dua. Apa agaknya yang mereka buat ?. Persoalan itu berlegar-legar di fikiran bagai tiada henti sejak aku menjejaki di tempat asing begini.Bersendirian!

No comments:

Post a Comment