Thursday, June 11, 2009

Dan Sebenarnya [2]


Amirul Fahmi

Dengan perlahan aku menolak pintu bilik dan mataku tertacap sekujur tubuh di pinggir katil tanpa bantal dan selimut.
Kasihan Hani,desis hatiku. Jelas kelihatan sisa air mata berbekas di tubir matanya.

" Maafkan abang Hani,abang terpaksa heret Hani dalam masalah ini.Kalaulah abang punyai kekuatan untuk berterus terang tentu kita tak jadi macam ni ",bisikku perlahan.
Aku kuis anak rambutnya. Terserlah wajahnya yang sungguh comel. Dengan berhati-hati aku kendong dia untuk kedudukan yang lebih selesa.

" Maafkan abang Hani..maafkan abang. Entah untuk ke berapa kali aku mengucapkan maaf walau aku tahu ianya sukar untuk di maafkan.

Aku kerling jam di sisi katil. 1.00 pagi. Serentak itu fikiranku melayang .Suraya! Masih terngiang-ngiang lagi tangisannya yang meruntun perasaan. Andai aku berada di situ,pasti Suraya aku tarik dalam dakapanku. Aku meraup muka dengan penuh kekesalan hati. Kalau tadi ku mohon maaf dengan Hani,kini perasaan bersalah menggunung kepada Suraya. Dan sejenak terkenang betapa sendu terlukis di wajahnya saat dia menerima perkhabaran sedih itu.

" Apa salah Su abang?",soalnya penuh sayu

" Sayang...sayang tak pernah bersalah.Abang ingat nak bawa Su jumpa mama hari ni.Jelaskan segalanya.Tapi abang terlambat sayang.Mama mohon abang untuk menikah dengan Hani secepat yang mungkin. Mama abang cuma satu saja di dunia."
Aku cuba menarik Suraya dalam pelukan tapi bingkas saja dia mengelak. Dia berdiri dalam kegelapan malam di balkoni kamar kami.

" Abang sayang Su tak? ",tanya Suraya tanpa melihat ke arahku. Aku tahu dia cuba untuk menahan lukanya perasaan.

Aku atur langkahku kearahnya dan merangkulnya perlahan.

" Bukan sayang saja,malah abang terlalu cinta Su.".Ku elus pipinya yang basah dengan air mata.

" Kalau cintakan Su,Su mohon abang,jangan duakan Su.Jangan kahwin lain.Kita baru je menikah bulan lepas. Su tak kuat untuk berdepan kenyataan yang abang bakal menjadi suami orang lain. Su tak mahu kongsi kasih sayang abang.Tolong bang! Su rayu sangat kat abang ",pinta Suraya yang sudah berlutut dan memaut kakiku kuat beserta tangisan yang tak tertahan-tahan.

Ya Allah ! Sakitnya dalam dada bila aku melihat tangisan Suraya tanpa henti.

" Bangun Su,bangun sayang.Jangan begini ",jelasku lembut dan mendudukkan dia di bangku.

Hatiku bungkam. Malam kian larut. Dalam sunyi begini yang ku dengar hanya tangisan Suraya.
Aku dongak ke langit hitam. Bertaburan bintang memancarkan kilauan di dada langit.

Aku raih jemari Suraya dan menyulam dengan jariku. Aku pandang wajahnya dan cuba untuk tersenyum.Namun ianya terasa kaku.

" Suraya binti Othman. Bersaksikan bintang,bulan dan sekelian alam, abang Amirul Fahmi bersumpah bahawa jiwa dan jasad abang hanya tercipta untuk Suraya seorang. ", ikrarku penuh yakin.

Aku lihat Suraya tergamam. Aku pasti,ini saja cara yang dapat meyakinkan isteriku bahawa cintaku hanya untuk dia seorang.Aku juga mahu dia menghentikan tangisan namun aku tak menyangka,tangisan Suraya semakin kuat.

Aduhaii..mahu bagaimana lagi isteriku ini?

" Sudahlah Su,Su mahu abang buat apa lagi?".Tanpa sedar aku meninggikan suara.Hilang sudah benteng kesabaran yang terbina.

Suraya tersentak.Serta merta tangisannya terhenti.Dia memandang wajahku penuh sayu dan bangun menuju ke pintu. Meninggalkan aku terpinga-pinga dengan sikapnya yang mendadak berubah tiba-tiba.

Sebelum pintu di tutup,Suraya berpaling dan memandangku. Jelas suaranya serak kerana banyak menangis.

" Abang tak ternah marah Su.Hari ini kerana nak berkahwin dengan Hani,abang tinggikan suara pada Su. Esok lusa kalau abang dah berkahwin,tak mustahil abang tinggalkan Su.",ucap Suraya dan terus menutup pintu.

Aku terjelepok di balkoni. Luruh semua upaya untuk berdiri.

Sayang,abang tak sengaja,maafkan abang sayang!maafkan abang!,rintihku perlahan walau ku sedar Suraya takkan mendengar semua itu.

Aku mengeluh perlahan bila terkenang peristiwa itu. Suraya! Rindu di hati membuak-buak. Tanpa berpikir panjang aku tukar baju dan mencapai kunci kereta. Satu saja yang ku pikirkan. Suraya! Aku pandang wajah Hani yang nyenyak tidur.

Maafkan abang Hani!







No comments:

Post a Comment