Wednesday, June 24, 2009

Dan Sebenarnya [16]

Panas ! Itu yang Amirul Fahmi rasakan. Bukan panas dengan cuaca,tapi panas hati. Panas hati melihat renungan manja lelaki itu pada isterinya, Hani Zahra. Kalau tak mengenangkan nak cepat pulang kerumah,mahu saja di tumbuknya lelaki itu tengahari tadi.



- Heyyy..apa hak kau?. Ada suara mengejek.

* Dia isteri aku!,bentaknya

- Isteri?? Isteri apa? isteri yang di abaikan haknya !!

* Hani tak kisah pun. Yang kau sibuk pehal?

- Mana kau tahu dia tak kisah ? Ada kau tanya?

* Err..errrr

- Hahahaha..kan dah..tak tahu jawab! Berdosa tau tak abaikan dia.

* Habis kau nak aku buat apa?

- Lepaskan dia!

* Tapi aku sayangkan dia!!!

- Kau kan dah ada Suraya

* Tapi aku sayangkan diaaaaaa !!

- Kalau sayang dia tunjukkan

* Aku tak boleh..aku tak boleh ingkar sumpah aku..

- Habis kau nak terus siksa dia?

* Kau diam !! tahulah aku nak buat apa.

- Sampai bila?? sampai bila??

* Arrrghhhhh!! kau diammmmmmm!!!



" Abang..abangg..". Badannya di goyangkan. Amirul Fahmi membuka mata.



" Abang kenapa? Sakit ker ". Adreana Suraya bertanya cemas. Lagi tadi dia perhatikan muka suaminya seakan mengerang sakit,meracau-racau.



Amirul Fahmi bangun dari pembaringan. Kepalanya sedikit pening. Matanya di pejamkan.



" Abang ok ker?". Adreana Suraya menyoal sekali lagi bila tiada jawapan .



" Hmmm.."



" Dah lambat nie bang.Pergilah mandi. Kata nak balik kampung. Tak sabar nak jumpa mak tau ",gesa Adreana Suraya. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.



" Besok jelah balik sayang,nanti sampai dah malam pulak ",usul Amirul.



Wajah Adreana Suraya bertukar redup. Amirul Fahmi tahu Suraya kecil hati. Dia perasan sejak mengandung emosi Suraya berubah seratus peratus. Sering menangis. Pada Hani dia meminta agar bersabar. Sabar dengan 'ketidakpulangan' dia bila giliran Hani. Mujur Hani faham walau dia tahu Hani cukup terseksa. Tapi apa boleh buat. Cinta dan kasihnya pada Suraya memaksa berbuat demikian.



Lamunannya terhenti bila terdengar esakan kecil Suraya. Wajah Suraya di pandang kasih. Isteriku...,bisiknya.Di tarik dalam pelukan.



" Syyhhhh..jangan menangis sayang,nanti baby pun menangis ",pujuknya kecil. Namun Suraya tak berhenti menangis.



" Yelah,kita balik kejap lagi yer . Dah..dah..jangan nangis. Baru tak jumpa mama seminggu dah melalak gini. Kamceng betul sayang dengan mama yer. Kalah abang dengan Hani dulu ",usiknya.



Adrena Suraya mencubit peha suaminya. Perlahan Amirul bangun dan menuju tingkat atas. Mandi.



*************************************************************************************



Hani Zahra



Aku berhentikan kereta di halaman rumah. Jam dah menunjukkan 12.45 malam. WKK 8899.. Ehh..tu kereta abang,abang balik jugak ker? Mesti ada Kak Su sekali. Rindulah kat dia..

Bonet aku buka pantas. Beg baju aku keluarkan. Cepat-cepat aku melangkah.



" Assalamulaikum ". Senyap. Takde jawapan. Dah tidur agaknya semua.



" Assalamualaikum ",laungku kali kedua. Masih senyap. Aku raba tas tangan cari telefon.



ALLAH..bateri kong pulak,getusku. Pintu aku ketuk . Mula-mula perlahan. Lama takde jawapan aku ketuk kuat. Masih tiada jawapan.



' Ishhh..takkan semua tidur mati kot '. Lima belas minit aku tunggu di beranda. Nyamuk mula menggigit. Tak tahan dengan suasana sejuk,aku masuk dalam kereta kembali. Letih dah lelah seharian bekerja dan terus memandu balik menyebabkan mataku cepat saja tertutup.

Tok!Tok!Tok!,tingkap kereta aku di ketuk. Aku terpisat-pisat bangun. Suasana mula cerah. Dah pagi agaknya. Ehh.. mama!

" Hani buat apa dalam kereta ni sayang? ". Aku bangun dan buka pintu kereta. Mama aku peluk.

" Hani bila sampai? Kenapa tak ketuk pintu ? ".

" Hani sampai malam tadi.Ketuk tapi takde sape bukak pintu ". Aku menguap tahan ngantuk. Letih badan masih terasa. Tak selesa sebenarnya badan tidur dalam kereta.

" Dah tu kenapa tak call ?".

" Bateri flat la ma".

" Lahhh..ia ker?. Sian anak mama kena tidur luar. Dah,jom masuk . Dah solat subuh tak ni? ".

" Belum". Aku pandang jam di tangan. 6.45..alahaiii..subuh gajah ler hari nie..

Aku ingat lepas mandi dan solat nak sambung semula tidur. Tapi aroma nasi lemak mama membantutkan hajatku. Segera aku ke dapur. Ehh..Kak Su dah bangun. Aku tercegat di tepi pintu melihat kemesraan mama dan Kak Su. Terbit rasa cemburu. Tapi aku usir jauh -jauh rasa itu..

" Assalamualaikum Kak Su ". Sapaku dam menyalam tangannya. Adreana Suraya terperanjat melihatku dan menarik aku dalam pelukan.

" Ya ALLAH Hani..baru jer Kak Su sebut nama. Dah muncul. Bila balik? Kenapa tak beritahu ? ".

" Haaaa..Kak Su mengumpat Hani yer ",usikku menarik kerusi dan duduk.

" Hani sampai malam tadi. Takder saper bukak pintu. Dah Hani jadi musang. Berjaga kat luar rumah ",rajukku. Mama yang mendengar hanya ketawa.

Adreana Suraya berjalan dan berdiri di belakangku. Dia bongkok seketika. Aku terpinga-pinga melihat kelakuannya. Cari apa ?

" Takde pun Hani ? ".soalnya berkerut.

" Apa yang takde kak ?". Apa pulak nie?. Mama turut memandang Adreana Suraya .

" Ekor".

" Ekor apa? ".

" Ekor musang!".

" Akak!!",jeritku geram.

Serentak itu Adreana Suraya dan mama mengilai ketawa. Ishhh,bencilahhhh...mukaku mencuka.

" Apa yang seronok sangat ni pagi-pagi dah ketawa ?". Amirul Fahmi tiba-tiba muncul bersuara. Aku bangun dan tunduk menyalamnya hormat.Suamiku mengusap-ngusap kepalaku. Takpelah..sekurang-kurangnya,kasih dia padaku masih ada,walau sekecil hama..

" Kak Su nie bang,kalau tak sakat Hani tak sah! ",aduku manja. Amirul fahmi menarik kerusi dan duduk di meja makan.

Adreana Suraya tersenyum nipis. Dia mengambil tempat duduk sebelah suamiku dan mengucup mesra..Alahaii..terusik jugak perasaan cemburu. Kalau tadi cemburukan kemesraaan mama ke Suraya,kini aku cemburukan kemesraan Suraya kepada suamiku pula. Cepat-cepat aku buang pandangan.Buat-buat tak nampak. Mataku bertentang dengan mama. Ada sinar syahdu di matanya. Mungkin simpati denganku barangkali..

Usai bersarapan kami semua duduk di beranda. Menanti butir bicara mama. Kenapa mama suruh kami balik kampung .

" Nie,mama nak beritahu,bulan depan mama nak pergi umrah. Jadi mama nak Amirul,sebagai seorang suami yang beristeri dua ni,kena adil yer sayang. Kena kawal perasaan Suraya,maklumlah,orang tengah mengandung. "

" Juga jangan abaikan Hani. Mama sayangkan Hani macam anak mama sendiri ".

Aku tunduk. Menahan hiba. Mama seolah-olah mengerti perasaanku. Walau aku tak pernah ceritakan perihal itu,mama seakan memahami. Terima kasih mama...,bisikku.

Aku pandang muka suamiku. Jelas mukanya merah. Malu barangkali kerana di tegur.

" Mama jangan risau. Su ada,Su akan jaga Hani ma. Su anggap Hani dah macam adik Su sendiri ma. ",pujuk Adreana Suraya. Aku gagal menahan hiba. Wanita bernama Adreana Suraya terlalu tulus. Akhirnya,aku rebah di pangkuan Adreana Suraya. Kakakku!


Di pangkin bawah pohon mangga aku bawa diri. Mencari ketenangan dalam kesejukan malam.Aku mengira bintang di langit. Banyaknya! Sedang leka mengira telefonku bergegar. Memang sengaja aku letak 'silent mode'. Tak mahu timbulkan syak wasangka di hadapan mama dan semua bila menerima panggilan dari Adam.

1 mesej di terima. Adam! Panjang umur dia.

"andi bntg bisa di ptik
kan ku hdiahkn untukmu
andi bulan bisa di sntuh
kan ku gubah mnjdi tugu
andi awan bisa di lorek
kan ku kait jd slngd rindu
tp aku cma mnsia biasa
yg ada hnya cnta
namun mahukh kau mnrimanya? ".

Aku tersenyum.Hatiku di terpa perasaan bahagia..Adam..Adam..tak habis habis buat lawak..errr..tapi..lawakkah ?. Sering aku terima sms begini. Kadangkala hantar melalui e-mel pejabat. Tapi seperti selalu aku biarkan saja. Mungkin caraku ini di salah tafsirkan Adam. Alahaiii..lelaki...

" Ehem". Aku mendongak. Amirul! Wajahnya kelat. Cepat-cepat aku masukkan telefon bimbit ke poket seluar.

Dia duduk di sebelahku. Mukanya masih cemberut. Marah barangkali dengan kejadian pagi tadi.

" Err..abang nak tanya sikit Hani ".

" Apa dia bang". Aku melunakkan suara.

" Hani dah ada orang lain ker ?". Aku tergamam. Apa maksudnya?

" Maksud abang?. Hani tak faham."

Amirul Fahmi mengeluh keras. Serba salah nak bertanya. Antara malu dan cemburu. Dia cuba mengepung dalam dada.

" Hani makan dengan siapa waktu lunch tempohari?".

Dadaku berderau. Alamakk!! Dia nampak ker?

" Emm..bos Hani ",jawabku lambat-lambat.

" Dia dah kahwin ker belum ?"

" Belum".

" Dia tau tak Hani dah kahwin ?"

" Tak. Tak siapa yang tahu ".

" What!!". Suara Amirul melengking kuat. Mukanya merah,rahangnya bergerak-gerak,menahan geram.

" Yang abang nak menengking Hani ni kenapa ?". Hatiku panas!

" Kenapa Hani tak berterus-terang dengan semua ?". Amirul mendengus kasar.

" What you think that I suppose to tell them abang?.Yang Hani dah kahwin tapi isteri nombor dua. Yang Haniseorang isteri tapi tak di diktiraf sebagai isteri ?",. Aku kepung perasaan marahku. Tak mahu mama dan Kak Su tahu.

Aku lihat Amirul diam. Tak berkutik.

" Hani tahu batas Hani. Hani masih tahu status Hani. Tapi Hani sedih,abang jadi selemah begini. Lemah dalam menunaikan tanggungjawab abang. Hati Hani sakit abang. Sakit sangat. Abang sedikit pun tak ambil kisah pasal Hani."

" Hani rindukan abang yang dulu. Abang yang bijak kawal suasana. Abang yang suka sakat Hani. Tapi sekarang lepas kita di satukan abang jadi orang yang betul-betul Hani tak kenal."

" Hani rasakan abang, Hani boleh jadi gila macam gini. Nak jaga perasaan mama,Kak Su. Entahlah abang,Hani penat..penat sangat". Luahku panjang. Anehnya setitis air mata pun tak tumpah. Apakah kebal sudah hatiku?

Amirul Fahmi mencapai tanganku dan mengucupnya. Ada air mata bergenang di situ.

" Maafkan abang Hani..abang janji,abang akan cari jalan selesaikan masalah ni". Aku pandang tepat di matanya. Tapi kosong! Mungkin sekosong hatiku yang lali dengan janjinya.

Aku menarik tanganku bila Adreana Suraya berjalan ke arah kami. Aku tak mahu hatinya terluka melihat adegan kami. Perasaan ibu mengandung kena jaga juga,bisikku. Dia dudk di sebelahku.

" Aikk sayang? Ada Hani abang dah tak pandang lagi ker ?",usik suamiku.

Sayanggg??..alahaiii..

" Uhhhfff... abang Su dah biasa pandang. Dah jemu. Su nak pandang muka Hani pulah. Mudah-mudahan anak ni peribadi dia sesabar Hani,secantik muka dia '.

Aku tersenyum hambar. Cantik nak buat apa kak? Kalau rampas hak orang,gema suaraku.

" Hani..Kak Su ada cadangan." Suraya senyum ketika mengucapkan itu dan memandang Amirul.

" Apa kata, hani pindah ke rumah kak Su. Senang sikit. Kalau ada apa-apa ada orang lain boleh tengokkan ",usulnya yang buat nafasku terhenti seketika.

Apaaa?? pindah?? Means,duduk serumah?? Hahhh??..Amirul Fahmi mengangguk.

" Ehh..takpelah kak. Terima kasih jelah. Hani senang begini. Sebab Hani pun bukan selalu ada kat rumah. Selalu balik lambat ,kerja banyak. Kena out-station. Nanti tak pasal-pasal Kak Su yang kena jaga Hani ",tolakku lembut.

Yang sebenarnya aku tak sanggup menonton kemesraan mereka berdua. Di sini saja aku dah panas hati lagi kalau mengadap hari-hari? Mau kena kanser hati pulak!

" Yelah kalau begitu,akak tak paksa. So,Hani kalau ada apa-apa call akak dengan abang yer ". Adreana Suraya tersenyum. Aku balas senyumannya. Tapi..pahit sekali aku rasakan.

Aku dongak memandang langit. Ya Tuhan..,tabahkan hatiku!

No comments:

Post a Comment