Tuesday, June 16, 2009

Dan Sebenarnya [6]

Hani Zahra

' Aduhai mata..tidurlah',keluhku perlahan. Puas aku golek ke kiri ,ke kanan namun masih tak dapat tidur. Aku capai novel dan cuba untuk membaca. Tapi hanya seketika. Novel aku campak ke tepi. Perlahan-lahan aku bangun dan berdiri di jendela.Aku cuba mencari bulan di malam kelam.

Rindu! Itu yang sebenarnya. Sudah dua malam aku di sini. Cuba untuk mencari ketenangan jiwa. Cuba untuk muhasabah hati. Kata orang bahagia itu rumahnya di hati .Tapi sia-sia. Aku masih rindu pada dia. Ya dia. Suamiku! Walau aku tak di cintai tapi cukuplah hanya di sayangi. Biarpun aku tahu kasih yang terbina atas dasar terpaksa.

Apa khabar mereka agaknya?. Soalku untuk kesekian kali. Namun jawapan itu tiada.

Aduhh..bodohnya mengharap kasih pada yang tak sudi. Terasa menyesal buat keputusan begini. Membiarkan orang lain bahagia tapi aku terluka. Sakit sekali!

- Perlukah aku merebut kasih yang sudah menjadi milikku?
* Ya! Sebab kau isteri dia juga. Kau berhak!
- Tapi bagaimana cara ?
* Luahkan. Amirul tak pernah tahu kau mencintainya dari dulu lagi kan?
- Aku dah cuba. Tapi setiap kali aku nak sebut,aku malu. Dia hanya anggap aku bagai adik saja!
* Heyyyy!!! Kalau malu sampai mati pun kau takkan rasa di cintai sesiapa!

Telinga aku tekup. Tak mahu dengar lagi suara yang membuat hatiku sebegini nanar.

Padangan aku tuntaskan di taman berdekatan. Eh! ada orang. Siapa? Aku cuba fokuskan mata. Lah! Mamat kerek tadi. Apa dia buat kat situ? Tak sejuk ker? Sekilas jam di dinding aku pandang. 11.00 malam. Tak takut kah dia ? Eh..yang aku kepoh pasal orang lain kenapa? Dia punya pasallah. Nak sejuk ker , nak apa ker..takde kena mengena dengan aku pun. Tanpa sedar aku tergelak sorang sorang.

Berderau darahku saat pandangan kami bertemu. Tak sangka pulak bila aku memandang kali kedua dia menoleh sama. Cepat-cepat tirai bilik aku tutup semula. Alamak! Kantoi! Aduh..malunyaaa!!..Esok lusa pasti aku bertembung dengan dia. Macamana nih? Apa nak buat ekk?. Persoalan bertingkah dengan perasaan tak menentu.

'Tok! Tok Tok."..Pintu biliku di ketuk perlahan beserta salam.

Mukaku pucat. Andai di toreh pasti tiada darah. Alamak! Aku kenal suara tu.Suara mamat tadi. Apa nak buat ni? Buka pintu atau tak? Hatiku berkata untuk membuka namun kaki tak berdaya melangkah. Sudahnya ketukan itu berhenti sendiri. Aku kira orangnya dah balik agaknya.
Terjingkit-jingkit aku menuju jendela. Tujuan utama mengintai! Ya..mengintai dulu.

Sebaik saja tirai aku selak ,aku menjerit kuat! Mamat tu berdiri kat tingkap pulak. Cepat-cepat aku melompat ke katil dan selubung. Aku pekap telinga tak mahu dengar apa bunyi sekalipun.
Yang pasti esok aku nak balik KL semula!

Awal pagi aku buka pintu. Udara sejuk menyapa diri. Mataku tertancap dengan nota di bawah pintu. Ehh..siapa pulak yang bagi ?.

' Salam . Maaf mengganggu semalam. I datang nak pulangkan selendang tapi you dah tidur agaknya. Takpelah. I kena balik pagi nie.Ada urgernt matter. Nie no phone I, so call me if you want back this selendang ya! - Adam '.

Hah! Aku terpempan. Selendang kesayangan aku. Hishhh..menyusahkan betullah dia nih. Sesuka hati jer nak ambil hak orang. Tinggalkan jelah kat kaunter tu. Geram punya pasal aku terus koyakkan menjadi kepingan kecil.Aku bayangkan nota itu adalah dirinya .Puas aku!

Usai bersarapan aku kembali pada rutin harian sejak tiga hari lepas. Bersendirian di tepi pantai. Jauh dari gangguan orang. Jauh dari kesibukan kota. Namun ketenangan aku tak lama. Ada satu suara menegur dah terus buat aku tergamam tanpa bicara.

"Hani.....!

No comments:

Post a Comment