Thursday, June 11, 2009

Dan Sebenarnya [3]

Hani Zahra

Sayup azan subuh berkumandang. Aku cuba membuka mata. Perit! Mungkin kerana banyak menangis semalam. Ku toleh di sisi. Amirul Fahmi tiada di sisi!
Suamiku..begitu benci rupanya kamu padaku,bisik hatiku sendu. Malas untuk memikirkan segalanya bingkas saja aku bangun dari katil dan menuju ke bilik air.
Solat subuh! Itu yang penting sekarang ini.

" Ya Allah,Ya Rabbul Izzati. Aku mohon Kau berikan aku kekuatan untuk menempuhi hidup ini. Kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepadaku. Dan juga Kau lindungilah suamiku dari malapetaka. Ya Allah..andai aku benar-benar tercipta untuk dia,ku mohon kau peliharakanlah rumahtanggaku. Andai bukan,Kau berikanlah aku ketabahan untuk melupakannya . Aku merayu Tuhanku,Kau berikanlah aku kekuatan..aku mohon Ya Allah..aku benar-benar mohon..Amin Ya Rabbal Alamin ".
Laju air mata mengalir namun ku seka pantas. Tak mahu mama dan sanak saudara menghidu apa yang berlaku.

Berlakonlah Hani,demi kebahagiaan mama dan abang,desis hatiku. Tapi sampai bila? Itu persoalan yang tak mampu aku rungkaikan.

Setelah mengemas apa yang patut di kamar,bergegas aku ke dapur. Aroma haruman nasi lemak di awal pagi cukup membangkitkan selera.

" Morning mama!",ucapku dekat di cuping telingnya.

" Oh anak kau hantu! ",latah mama terperanjat. Mama memukul bahuku perlahan dan menjengilkan mata.

" Astagafirullahalazim Hani!Kenapa buat macam gini?Nasib baik tak kena ketuk dengan senduk tau . Nie apa morning2? Budaya mana hani ikut? ",leter mama.

Aku cuma mampu ketawa. Bergerak ke singki dan membasuh saki baki pinggan mangkuk yang kotor semalam.

" Eh,Amir mana? Tak turun sekali? Letih sangat ker malam tadi ",usik mama

Seraya itu mukaku panas. Tak tertoleh rasanya. Relex Hani,berlakon..berlakon..

" Emm..abang keluar ma pagi2 tadi. Katanya nak beli suratkhabar.",

" Sejak bila pulak kena beli surat khabar sendiri? kan ada yang hantar kat rumah ni. Apa? Ingat rumah kampung takder penghantaran gitu ker? ',tukas mama.

Alamak! Aku terlupa bab itu. Aduhh..itulah..bohong lagi!

" Sebenarnya ma,abang...."

" Assalamualaikum mama,pagi ". Suara Amirul di belakang kami.

Fuh! selamat..Aku menoleh pada suamiku..Siap berpakaian sukan lagi. Takkan pergi jogging awal2 subuh tadi? Pelik!

" Waalaikumussalam..hah! kamu dari mana Amir?",soal mama sambil mencedok nasi lemak ke pinggan.

" Jogging",jawab Amirul pendek

" Takder angin takder ribut kamu berjogging pulak?",soal mama pelik. Dah kenapa anak aku ni?

" Ishh mama..kalau ribut mana boleh berjogging ",usik Amirul ketawa kecil.

" Lagipun,Amir memang amalkan berjogging pagi..dari luar negara lagi.bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman tau ",jawab Amir dan memandang tepat di mukaku. Mama menggelengkan kepala mendengar alasan anaknya itu.

Aku hanya mampu senyum dan meneruskan suapan. Nasi lemak mama memang power!

Selesai sarapan,aku turun ke halaman rumah. wow! semuanya sudah kemas teratur.Inilah seronoknya hidup berjiran di kampung. Semuanya turun padang andai ada majlis perkahwinan.
Aku melabuhkan punggung di pangkin bawah pohon mangga. Mereka semua masih tidur. kepenatan barangkali.

Ehem..ehemm.. Tanpa melihat aku sudah tahu siapa.

"Hani.."

Aku menoleh sekilas dan cuba menceriakan wajah. Dengan isyarat mata aku menjemputnya duduk di sisi.

" Hani..pasal malam tadi..sebenarnya..",ujar Amirul tersekat sekat.

" Tak mengapa abang.Hani faham.Kak Suraya lebih berhak pada abang. Pernikahan kita atas nama saja. Abang jangan risau pasal Hani. yang abang kena fikirkan hati Kak Su.Mesti rasa hati dia sakit sangat sebab suami dia di kongsi orang lain. Hani perempuan abang,Hani mengerti ",kataku perlahan menahan titis air mata. Ya Allah...berikan ku kekuatan..

"Tapi Hani..Hani macamana? ". Aku lihat riak mukanya cukup bercahaya sewaktu menerangkan tadi dan kini roman wajahnya satu saja.Keliru!

" Biarlah masa menetukan semuanya abang. Hani ingatkan,Hani nak kerjalah abang.Boleh tak?",tanyaku untuk menutup rasa hati yg tidak menentu.

" Hani nak kerja? Emm..kat mana? Hani kerja dengan syarikat abang jelah",usul Amirul.

Sejenak aku terfikir...bekerja dengan orang yang aku cintai tapi tak dapat memiliki?Ohh..tidakkk!! tanpa sedar aku menggeleng kepala.

"Kenapa?",soal Amirul hairan

" Kenapa apa ?",balasku hairan.. apahal pulak dia ni tanya aku tiba-tiba?

" Yang Hani geleng kepala tu kenapa ? Tak sudi kerja dengan abang ?"

" Ehh..ye ker Hani geleng?..Hahahahahaa..Hani tak perasan lah abang.",ucapku menutup malu.

" Kak Su kerja mana bang? dengan abang ker?'.soalku ingin tahu.

" Yup"

" As what position ? "

" HR manager "

Ohhh..beruntung Kak Su..kerja hebat..di cintai suami sepenuh hati. Terlintas perasaan cemburu menguasai hati.

" Emm..abang tak takut ker,kalau kami bekerja tempat yang sama,nanti bergaduh di belakang hari?",soalku bersahaja.

Amirul Fahmi diam.Aku tahu ajakan dia tadi sekadar manis mulut sahaja. Perasan bahagia yang muncul mati tiba tiba.

" Abang..Hani lupa nak beritahu.Hani dah dapat kerja sebenarnya.Tadi Hni saja jer nak usik abang.',ujarku lembut. Namun dalam hati remuk redam rasanya.

" Ehh..jom masuk rumah..kang semua pelik pulak.Pengantin baru hilang pagi2.". Aku bangun dan menarik tangannya.

"Jom"

Dan kami melangkah beriringan buat pertama kali.Berdua!

No comments:

Post a Comment