Friday, June 12, 2009

Dan Sebenarnya [4]

Hani Zahra

" Hani! Amir! Sini sekejap ",laung mama dari ruang tamu dengan suara yang cukup serius.

Aku yang sedang mengemas pakaian untuk kembali semula ke Kuala Lumpur terhenti seketika. Aku pandang wajah suamiku yang sudah siap berpakaian. Dalam hati tertanya-tanya. Mama dah tahukah? Degupan jantungku terasa kuat. Nak tak nak aku bangun mengekori suamiku. Spontan dia memeluk pinggang dan jalan beriringan.
Aduh abang! Jangan buat Hani semakin larut cintakan abang,jerit hatiku.

'" Korang balik hari nie kan ?'. Aku menarik nafaz lega. Sangkaanku meleset! Alhamdulillah!

" Ya ma. Amir banyak kerja kat pejabat. Lagi lama Amir cuti ,lagi banyak kerja melambak ma. Mama sendiri taukan bagaimana sibuknya arwah apa dulu menguruskan syarikat ni ?". Jawab suami dengan mimik muka seolah-olah risau yang amat.

Aku tahu Amirul berbohong. Aku tahu dia risau dengan Suraya! Meninggalkan Suraya di hotel berdekatan bandar keseorangan! Buktinya malam pertamaku,dia meninggalkanku sendirian.
Abang tipu mama! hatiku membentak sendiri. Namun demi mama,aku terpaksa redakan perasaan marahku .

" Takpalah mama, KL dengan Negeri Sembilan bukannya jauh pun. Kalau abang tak dapat balik, Hani yang akan balik jenguk mama. Okey? ". Aku menghampiri mama dan menggosok tangannya.

Mama tersenyum dam memelukku erat. Aku memang sayang mama. Kerana mama, aku di beri kehidupan yang hampir sempurna. Kerana mama, aku dapat bersama dengan orang yang aku cinta. Biarpun aku tidak di cintai. Oleh itu, hati mama aku akan jaga sepenuhnya walaupun aku terpaksa korbankan perasaan sendiri.

" Ini, mama nak beri hadiah untuk Hani ", jelas mama dan menghulurkan sampul surat kepadaku.

" Amir ma? Takder ker ? ", soal suamiku menarik muka.

" Isshhh..kan ker Amir dah dapat Hani. Kira hadiah ler tu ",seloroh mama.

Aku buka envelope. Wahhhh! Pakej percutian 4 hari 3 malam di Bali,Indonesia. Aku unjukkan tiket kepada suamiku.

" Terima kasih ma..terima kasih sangat.Hani memang teringin nak pergi Bali ".Sekian kali aku peluk mama. Aku seka air mata yang terasa mahu keluar. Aku tak mahu wujudkan suasana dengan kesedihan.

" Sama-sama sayang. Mama harap lepas nie,jodoh kalian panjang.Cepat -cepat mama dapat cucu. Hani bawah tanggungan Amir sekarang. Kena dengar cakap suami. Jangan membantah tau".Nasihat mama tegas.

Aku tersengih dan memandang suamiku . Besar sungguh harapan mama. Tapi ma, harapan itu mustahil ma. Pernikahan kami di atas kertas saja. Anak mama terikat dengan sumpah sendiri. Maafkan Hani ma. Kalaulah mama tahu yang sebenarnya...gema hatiku sayu.

" Hani?"

" Ya bang". Aku pandang suamiku. Dia berkerut.

" Kenapa?". Aku pelik. Dah panggil lepas tu kerut muka pulak.

" Mama yang panggil lah! Heyyy..kuat berangan betul. Ingat apa? Kenangan malam tadi ker ?",usik mama bergabung ketawa dengan suamiku.

" Eeeeeeee..manader..bencilah! Hani masuk dululah. Lagi lama kat sini lagi banyak Hani kena kutuk ". Aku pura-pura merajuk dan bingkas bangun.

Suamiku..mama..masih lagi ketawa.. Alahai mama..kalaulah mama tahu yang sebenarnya....

No comments:

Post a Comment