Friday, June 19, 2009

Dan Sebenarnya [11]

Hani Zahra

12.45 tengahari..cepatnya masa..kertas kerja aku tolak ke tepi. Kepala aku sandarkan di kerusi.

Aku mengurut kepala perlahan. Pening dengan kerja. Pening dengan hidup. Letihnyaaaaa..Aduhhhh...Aku tutup mata seketika. Cuba bayangkan keindahan pantai Mersing dua bulan lepas. Emmm..desiran ombak..memukul pantai tak jemu-jemu. Akulah sang pantai..menerima setiap pukulan yang adakalanya kuat..adakalanya perlahan membelai...ada surut juga..pukulan rindu ..kalau dulu rinduku menggila..sayangku melimpah ruah..tapi sejak peristiwa itu,kehadiran "dia" persepsi aku berubah seratus peratus.

'Bukan salah suamiku..aku yang salah..meninggikan suara,memancing kemarahan dia..mengambil kesempatan dalam kesempitan..'pujuk hatiku sendiri.

Masih terbayang lagi wajah bersalah suamiku . Tak sangka aku menerima kunjungan tetamu dari orang yang aku tak pernah terpikir untuk jumpa. Adreana Suraya !

Melawan rasa gugup dan berdebar aku persilakan mereka masuk. Lambat-lambat aku keluar menatang dulang minuman. Sebenarnya aku masih di awang-awangan ketika pertama kali di perkenalkan. Tepat sangkaanku. Adreana Suraya memang cantik orangnya secantik namanya. Berkulit cerah,tinggi persis bak model, wajah pan asian. Patutlah Amirul tak boleh tinggalkan walau sekejap!

Sepi! Itu yang aku rasakan saat itu. Baik aku,Amirul dan Suraya diam membisu. Kekok dan segan bercampur satu. Bosan dengan suasana sepi aku memulakan perbualan.

" Boleh Hani panggil awak Kak Su ? ", soalku. Aku pandang mukanya.

Adreana Suraya memandang suamiku dan mengangguk. Dia tersenyum.

" Eleh! itupun nak minta izik ker ?,jengkel hatiku melihat mereka.

" Kak Su nak apa sampai jumpa Hani hari nie ?". Terus saja aku bertanya. Malas nak berbasa-basi . Adreana Suraya sedikit tersentak. Begitu juga suamiku. Mungkin tak menyangka aku bersikap begini. Amirul lantas berdiri dan memandang kami berdua. Dan melangkah pergi. Aku sedikit terpinga melihat kelakuannya.

Adreana Suraya berganjak . Kalau tadi dia duduk di hadapan kini berada di sebelahku. Mencapai tangan dan tersenyum.

" Maafkan kak Su Hani. Kak Su datang tak beritahu. Tapi kak Su dah tak tahan lihat abang begitu .". Itulan intronya. Aku diam tunduk membisu.

" Abang dah ceritakan semua pada kak Su. Satu pun tak tinggal. Kak Su sedih kenapa sampai begitu sekali abang buat Hani. Kak Su tahu Hani terluka sangat dengan abang..dengan Kak Su . Maafkan kami Hani ", jelasnya lagi. Hatiku sebak..tersangat sebak..Amirul buat salah..Suraya yang minta maaf..itukah suamiku?..

" Patutnya dari dulu Kak Su jumpa Hani. Selesaikan masalah bersama. Tapi Kak Su takut sangat masa tu,takut kasih abang beralih pada Hani. Tapi Kak Su tak sangka pulak sampai abang boleh bersumpah begitu. Mula-mula Kak Su gembira sangat tapi lepas tu Kak Su menyesal Hani,sebab buat abang berdosa meninggalkan tanggungjawabnya dengan Hani. Hari-hari Kak Su di buru kesalan. Kalaulah masa dapat berundur kembali..",keluhnya.

Kalau masa boleh undur,Hani takkan setuju dengan perkahwinan gila ni kak!!!!,jerit hatiku. Aku kerdipkan mata berkali kali. Jangan lah air mata ni gugur..janganlah....Aduhaiii..susahnya berlakon...

" You know what Hani! ",katanya teruja.

Aku mengangkat kepala dan pandang mukanya. Tapi Adreana Suraya diam.Mukanya suram.

'Pehal pulak minah ni..nak cakap,cakap jelah..',getus ku perlahan.

" Abang pernah cintakan Hani..". Satu ayat yang buat aku tersentak. Cinta?? Ehh..merepek ker dia ni? Aku melongo depannya. Macam tak percaya pulak..Amirul Fahmi cintakan aku? Haaa??

" Kak Su tahu..sebab di awal perkenalan kami di sana,tiap saat, tiap masa nama Hani jer yang abang sebut. Sampai Kak Su bosan..bosan dengan cerita dia..Hani beginilah,Hani begitulah. Kak Su teringin sangat nak jumpa siapa yang bernama Hani . Nak tengok hebat sangat ker dia sampai nama Hani tak lekang dari bibir dia. ".

" Kak Su sedih sebab terpaksa dengar nama orang lain . Sebab Kak Su dah jatuh cinta dari awal lagi. Saat Kak Su terasa janggal berada di luar negara keseorangan. Mak ayah Kak Su terbabit dalam nahas kapal terbang. Sewaktu nak datang jumpa kak Hani .Cuti semester pertama. Tiba-tiba saja Kak Su jadi anak yatim piatu. Kak Su hilang punca Hani..Kak Su takut nak hadapi hidup sendirian..",. Aku terkedu. Adreana Suraya menangis teresak-esak. Hatiku sebak..hilang perasaan jengkel.Hilang perasaan benci. Yang hadir cuma simpati. Kasihan dia...

Aku tak mampu berkata apa-apa. Wajahnya menyimpan seribu duka. Kotak tisu aku hulurkan.

" Hanya pada abang Kak Su bergantung harap. Mungkin keadaan Kak Su membuat abang jatuh cinta. Saat abang melamar,Kak Su rasa bahagia yang tak terhingga. Tak terucap dengan kata-kata. Kami menikah di tahun akhir semester. Abang sarankan balik Malaysia baru menikah. Tapi Kak Su gesa sebab Kak Su takut..dia berpaling pada Hani lagi..",jelasnya sambil mengesat air mata.

" Maafkan Kak Su Hani..maafkan Kak Su..Kak Su tamak..maafkan Kak Su..",. Berulang kali Adreana Suraya meminta maaf. Hatiku sayu..bercampur simpati...

" Kak Su tak salah..Hani faham..". itu saja yang aku mampu kata. Aku sebak tapi tak tahu kenapa air mata tak mahu keluar. Biarpun tadi ianya seakan berlumba mahu keluar.

" Hani",panggilnya perlahan. Dia menggenggam tanganku. Matanya sayu.

" Kak Su mohon...Hani tinggalkan abang. Demi kandungan Kak Su ",rayunya yang buat aku terpempan . Aku terkejut bukan kepalang.

" Maksud Kak Su ?". Aku gagahkan bertanya walau aku dah tahu jawapannya.

" Kak Su tak mahu bila anak ini lahir kasihnya terpaksa di kongsi . Kak Su tahu Hani tak setuju tapi itu saja cara yang boleh Kak Su fikirkan. Kak Su tak mahu terusan rasa berdosa kerana tak ikhlas tunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri. Kalau Hani nak Kak Su sujud di kaki Hani, sekarang jugak Kak Su lakukan. ",pintanya lagi.

Aduhai hati...sabarlahhhh..,bisikku...Begitu dalam cintanya kepada insan bernama Amirul Fahmi sehingga tak kisah merendahkan martabatnya sebagai wanita. Badanku menggigil menahan perasaan sedih yang tidak terhingga.

Memang aku meminta perpisahan..tapi itu semua di luar kawalan. Bukan dengan cara begini. Abang...sampai hati abangg....,rintihku dalam diam. Aku tercungap-cungap seolah sukar bernafas. Tak terkata bisanya hati ini.

Seketika aku berjeda..tapi sekurang-kurangnya Adreana Suraya datang secara hormat. Meminta haknya dengan cara yang cukup berdiplomasi walau menghancur lumatkan perasaanku. Aku renung wajahnya yang sendu.

" Beri Hani masa kak. Hani perlu terangkan dengan mama.Tapi Kak Su tak perlu risau. Hani tak pernah cintakan abang. Kami dah macam adik beradiklah ". bohongku sambil ketawa. Rimas aku dengan keadaan sedih itu.

Biarlah aku terus menipu untuk menjaga kesihatannya,pujuk hatiku.

Adreana Suraya terus memelukku erat dan mengucapkan terima kasih berkali kali.

Namun dia tak tahu..hatiku menangis untuk kesekian kali..Tuhanku..pinjamkan aku kekuatanMU,bisikku sayu.

" Cik Zara!".Satu suara menegurku.

Lamunanku terhenti .Aku membuka mata. Alamak! Adam! Apa dia nak?

" You okey ker tu? ", . Mukanya berkerut seribu.

" I okey..kenapa ? ",soalku dan kerling jam di meja. Hampir pukul 1.00 tengahari.

" If you don't mind, I nak belanja you makan ",jelasnya sambil tersenyum. Terserlah lesung pipitnya. Aduhai..kacaknya...Macam pernah nampaklah Adam nie..tapi kat mana ekk?,soal hatiku sendiri.

" Cik Zara!".sergahnya bila aku tak menjawab

" Oh kau anak hantu! ". Opsssss!! aku termelatah!! Aduhh..malunyaaaaa....

Adam ketawa kuat. Aku jangan ceritalah..kalau boleh nak sorok bawah meja sekarang jugak..

" I manusia lah Cik Zara oiii.. mana ada hantu jalan siang-siang hari ",seloroh Adam yang masih lagi ketawa.

" Adalahhh En Adam ", sanggahku menahan malu. Malu kerana sifatku yang satu dia dah tahu. Alahaii..

" Hantu apa ? ". Soalnya. Ketawanya terhenti.

" Hantu shopping",jawabku selamba

Tawanya meletus lagi. Aku geleng-gelengkan kepala. Betul apa!..kalau tak betul taklah shopping komplek,pasaraya tumbuh macam cendawan lepas hujan,rumusku.

" Err..you nak kemana Cik Zara ?",soalnya bila lihat aku melangkah keluar bilikku.

" Makan. You nak belanja I makan kan? ",soalku pelik.

Adam ketawa lagi. Kali ini tanpa henti. Aku terpinga-pinga. Ehh..salah ker? tadi dia yang ajak aku keluar makan?

" Maksud I..mmm.. malam nanti. Kita dinner ".

Hah!!!

Jawapan dia buat aku rasa bukan nak sorok bawah meja lagi,tapi nak punya kuasa hilangkan diri.. Eeeeee..benciiiiiiiiiii....

No comments:

Post a Comment