Wednesday, June 17, 2009

Dan Sebenarnya [7]

Hani Zahra


" Hani Zahra ! Betul ker kau nie? Ya Allah..Syukur Alhamdulilah.,jerit suara itu. Tubuhku terdorong dalam pelukannya.Erat!

Aku masih lagi dalam keadaan tergamam. Terkejut.Malu.Itu yang sebenarnya! Kecilnya dunia,desis hatiku.

"Hai Nadia",ucapku seakan teruja selepas pelukan kami terlerai.

" Kau apa khabar? Kenapa hilang takde berita?. Puas aku cari kau tau". Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut mongelnya itu.

Aku tersenyum dan gelengkan kepala. Masih Nadia yang dulu. Nadia yang suka berceloteh. Hmm..dah jumpa ni mesti sekejap lagi dia buka cerita 'silam'. Alahaiii...,keluhku dalam diam.

" Heyy! Aku punyalah tunggu jawapan. Kau sedap jer dok tercengang-cengang ". Aku menyeringai sakit bila pehaku di cubit.

" Kau nie Nad, dari dulu sampai sekarang masih lagi suka cubit orang. Aku ingat dah berubah perangai.",ujarku dan menggosok peha.Perit! Pasti tinggalkan bekas esok.

" Cepatlah",gesa Nadia.

" Aku sihat Nad. Kalau tak sihat taklah aku boleh sampai ke sini ".gurauku.

" Ha'ah..yelah tu. Sihat benarlah tu. Dari jauh aku tengok kau asyik termenung jer.Kau lari dari masalah ya ? ". Soalan Nadia buat darahku berderau seketika. Alahai Nadia,kau memang memahami. Tapi..perlukah aku ceritakan segalanya ?

" Hah! Berangan lagi! betulkan apa aku kata ". Nadia merenungku serius.

"Ishhh..kau nie Nad. Sesuka suki jer wat spekulasi. Takde masalahnya lah. Salah ker aku datang sini? . Cepat-cepat aku ceriakakan suara agar Nadia berhenti bertanya. Minah ni kalau tahu,masak aku!

" Boleh tu boleh. Tapi aku pelik. Kau kan orang nogori.Pantai kat sana lagi cantik. Yang boleh sesat sampai ke area Mersing nie apahal?, soalnya lagi.

" Hahahahaaaa..aku sambut seruan kerajaan lah. Cuti-cuti Malaysia! Lagipun aku dah bosan mengadap pantai PD tu",. Jawapan selambaku membuat Nadia ketawa sama.

" Hani..kenapa kau buat Abang Is macamtu. Tinggalkan dia tanpa jawapan?.Kau tau tak dia separuh nanar cari kau. Kesian aku tengok dia tau. Bertahun lamanya dia bawa diri ke luar negara. ". Tanpa mukadimah terus saja Nadia meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Nadia kenal benar persis orang yang bernama Hani Zahra. Keras betul hatinya menerima cinta !

" Hmmm..",aku menggumam. Iskandar...sepupu Nadia. Rupanya aku tak pernah nampak. Suara..langsunglah! Entah apa yang Nadia beria-ia menjaja tentangku sampai begitu sekali dia jatuh cinta. Banyak kali juga Nadia cuba untuk menjumpakan kami berdua. Namun berjuta alasan aku tak mahu pergi. Sakit perutlah. Ada assigment lah. Balik kampunglah. Tapi itu semua hanya alasanku sebab aku dah terlanjur mencintai Amirul Fahmi dalam diamku.

Tak pernah aku ceritakan pada Nadia tentang Amirul. Walau dia teman terbaik aku masa di universiti .Rahsia peribadi,tak perlulah di ceritakan. Itu rumusanku!
Amirul Fahmi..Aduhaii..rindunya pada suamiku. Rasanya kalau di kumpul mahu suku lautan agaknya.

Tanpa sedar aku mengeluh perlahan.

" Sorry Hani. Aku tak bermaksud nak buat kau serba salah. Cuma..errr..aku tertanya kenapa kau hilangkan diri lepas belajar. At least tinggalkanlah nombor telefon. Kau memang nak jauhkan dari aku kan ? ". Provok Nadia.

" Takpe Nad. Bukan salah kau pun.Patutnya aku yang mintak maaf. Hilang takde berita..Nad..sebenarnya aku...

" Mama! ". Mataku tertuntas pada anak kecil yang mungkin berusia setahun lebih.

" Anak kau Nad?.Bila kau kahwin? Aku tak tau pun ",soalku.

" Tulah padahnya hilang tanpa berita. Dah dekat dua tahun aku kahwin ler",ujar Nadia berbaur sindiran.

Aku cuma mampu menyengih. Kan dah kena sebijik!

" Eh oklah! Aku naik bilik dulu. Bilik kau nombor berapa?. Nanti kita cerita panjang lagi yer. Kalau aku tau kau ada kat sini ,malam tadi dah wajib rasanya aku jemput kau kat parti BBQ aku. Boleh kau jumpa abang Is..heheheee..",usiknya.

Ohhh! agaknya yang ramai-ramai malam tadi kat pantai keluarga Nadia ,ucapku hanya dalam hati.. Jap! wait a minute. What? Iskandar?

Mukaku merona merah. Adussss..dia ada kat sini ker?

" Heyyy..aku memain jelah..abang Is tak dapat datang. Katanya nak datang petang semalam. tapi sampai kesudah takder. Hampeh tul! Tapi..kalau dia tau kau kat sini..aku yakin seyakin yakinnya dia dah terpacak kat depan kau ". Nadia mengilai ketawa .

Heeeee..minah nie kalau ketawa,masih macam dulu. Tak agak-agak!,kataku dalam hati.

Setelah memberi nombor bilik Nadia berlalu akhirnya. Aku pusatkan pandangan ke laut luas. mataku pejam. Seolah-olah bertakafur. Tapi tak lama. Deringan telefon bimbitku berbunyi nyaring. Nama di skrin buat jantungku berdetak laju.

Mama!...Aduhh..mati aku!

No comments:

Post a Comment