Monday, June 22, 2009

Dan Sebenarnya [12]

Hani Zahra

Sabtu menjelma. Pagi-pagi lagi aku sudah terpacak di tasik Putrajaya. Ambil angin bersiar-siar sambil jogging. Err..ada ker waktu pagi bersiar-siar?,soal hatiku sendiri dan ketawa kecil.

Baru 500 meter aku sudah termengah-mengah. Sememangnya aku kurang bersenam dari alam persekolahan dulu. Seringkali aku mengelak kalau ada kegiatan sukan. Kalau adapun itu dah tahap terpaksa. Sekarang??haaaa..terimalah padah cik Hani oiii!!,jerit hatiku.

Aku melabuhkan punggung di salah satu tempat duduk. Hmm..tak ramai orang pun hari nie. Mungkin baru Sabtu. Kalau hari minggu tu lainlah..

Tasik yang hijau aku pandang. Ada ketenangan di situ..Kan bagus jadi ikan,takder masalah..suka hati nak hidup macammana pun. Mata aku pejam. Teringat minggu lalu. Perbualan aku dan mama. Aku pulang ke kampung sejurus saja menerima kedatangan 'tetamu' yang tak ku undang.

Alhamdulillah...aku berjeda seketika.. Masalah itu selesai akhirnya.. Selesai?? Mata aku buka.. Manader selesainya Haniii!!gema suara di telinga. Pandangan aku lemparkan kembali di permukaan air..Aduhai...apa agaknya yang sebenarnya ALLAH nak tunjukkan padaku ? Mama..maafkan Hani,rintihku perlahan. Air mata aku tahan. Tak mahu orang lain syak yang bukan bukan.

" Mama,kalau Hani tanya sikit boleh tak". Soalku ketika kami duduk bersantai di pangkin . Aku renung buah pelam yang menunggu masak. Emm..sedapnya kalau cecah kicap dengan cili. Terliur seketika.

" Kenapa sayang ". Mama berhenti mengait. Dia pandang mukaku.

" Emmm..kalau kita tahu satu perkara tapi tak tahu samada nak bertahu sebab kita tahu kalau kita beritahu pada yang tak tahu dia jadi tahu dan kita tahu perkara buruk yang akan berlaku kalau dia tahu.Patut tak kita beritahu jer walau risiko dia tu tinggi? So, what do you think mama ?".

" Yang Hani cakap putar belit nie kenapa. Tahu..lepas tu tak tahu,lepas tu tahu lagi ? Hani nie ngidam nak makan tahu ker? ".

Aku ketawa. Aku tahu aku dah memutar belitkan perkara yang senang jer nak tanya. Tapi aku tak tahu bagaimana nak mula. Aduhhh..peningnyaaa..aku garu kepala yang tak gatal. Mama masih lagi memandang aku dengan muka pelik. Pelik barangkali melihat aku ketawa takde sebab.

" Ma..emm..mama sayang Hani tak ? ",soalku perlahan. Dari ekor mata aku tahu mama masih tak faham kenapa.

" Tentulah sayang..walau Hani bukan anak kandung mama,tapi Hani tetap anak mama. Mama dah janji dengan arwah adik mama. Nak jaga Hani dengan penuh kasih sayang. Mama akan bahagiakan Hani walau apa cara sekalipun. Kenapa tanya? Hani dah tak sayang mama ker ",soalnya sayu. Ada air di tubir matanya.

" Ma..bukan gitu maksud Hani..Hani sayang mama. Hani jugak sayang abang..cuma..errr". Aku tak jadi teruskan kata. Aku bimbang perkataan seterusnya akan mengguriskan hati mama.

" Hani nak cakap apa sebenarnya sayang ?". Mama bertanya dan membelai rambutku.

" Ma..kalau Hani cakap,mama jangan marah yer. Jangan marah abang,tapi mama marah Hani jer. Sebab semua salah Hani",jelasku menahan debar. Mama aku lihat masih tenang.

" Kamu nak cakap yang Amirul dah kahwin lain ker Hani ? ",soal mama telus.

Hah? Aku terperanjat! Macamana mama tau ? Siapa beritahu?

" Errr..macamana mama tau ?",soalku teragak-agak.

Mama menghela nafas. Berat! Aku pandang mukanya mencari jawapan.

" Amirul anak kandung mama. Mama tahu apa langkah dia. Bagaimana sifat dia. Cuma mama tak sangka dia sanggup belakangkan mama dalam kes ni. Suka ambik mudah. ",ujar mama. Ada nada geram berbuku di situ.

" Mama gagal Hani..Mama gagal nak berikan kebahagiaan buat Hani. Mama sangka mama beri madu selama ini. Tak tahu pulak madu tu bertukar racun di hati Hani. Maafkan mama sayang",. aku pandang muka mama. Ada linangan air mata di situ. Kasihan mama!

" Sejak bila mama tahu ?",soalku tenang. Namun dalam dada bergelora menantikan jawapan.

" Sejak mama call Hani . Hani kata kat pantai. Kata kat Bali konon. Hani ingat mama tak tahu ker ?Pasport Hani tertinggal dalam laci. Macamana pulak Hani pergi.? Bila mama call Amirul ,line dia tutup phone. Pandai korang berlakon yer Hani ?". Nada suara mama berubah. Ada riak merajuk di situ.

Cepat-cepat aku raih tangannya. Aku kucup dan mohon maaf. Di bahu mama aku sandarkan semua kesedihan yang aku pendam selama ini. Hilang beban yang aku tanggu. Cuma satu saja yang aku tak ceritakan ke mama. Perihal Amirul yang hampir memperkosa aku. Isterinya sendiri! Keesokan harinya aku kembali di Kuala Lumpur. Hanya sms aku titipkan ke suamiku. Mama ingin bertemu dia dan Adreana Suraya.

Lamunan aku terhenti bila terdengar erangan seseorang. Bulu romaku tegak! Err..suara apa tu?. Mataku melilau mencari tahu. Di satu sudut aku lihat seorabg warga emas duduk memegang kakinya. Segera aku mendapatkannya.

" Maaf aunty. Aunty tak apa-apa ker ? ",soalku penuh berbahasa.

Dia mendongak dan jelas kerutan terlukis di wajahnya. Dia diam saja,mugkin menahan kesakitan yang terlampau. pandangan aku tuntaskan ke arah kakinya. Terseliuh barangkali. Aku selak seluar senamnya dan cuba untuk mengurut. Sebaik saja aku selah aku beristigfar.

' Astagafirullah! Bekas patukan ular. Patut pun sampai tak bersuara',desisku.

Tanpa berpikir panjang aku paut bahunya dan membantunya untuk berdiri. Tapi tak berhasil. Saiz badannya yang sedikit gempal tak terdaya aku nak membantu semetelah aku kurus orangnya. Aku pandang kiri kanan. Ada sepasang kekasih di situ. Aku berlari mendapatkan pertolongan dari mereka. Mujur saja mereka bersetuju.

Setelah di masukkan kedalam kereta aku terus memecut laju. Takut-takut bisa menjalar ke jantung dan membawa maut. Sampai di klinik aku memaklumkan pada jururawat dan mereka bergegas memberikan rawatan.

Aku henyakkan punggung di kerusi tersedia. Gigilan badanku kerana kejadian itu masih lagi tak hilang. Mujur klinik tak ramai orang,bisikku.

" Cik! Sila ikut saya . Doktor nak jumpa".

Aku dongakkan pandangan dan bangun bila jururawat itu panggil.

" Cik nie saudara dia ker",soal Doktor sebaik saja aku duduk. Aku lihat aunty itu terbaring tak sedarkan diri di katil.

" Err..bukan..kebetulan saya tolong dia kat taman tadi.", Aku jelaskan serba sedikit tentang peristiwa itu. Doktor itu mengangguk. Aku pandang tag namanya. Dr. Faiz.

" Nasib baik cik cepat hantar. Kalau tidak pasti kesannya buruk ',ulas Dr Faiz. Aku mengangguk dan tersenyum.

" Sekarang dia tidur sebab saya baru saja memberinka suntikkan. So cik boleh tunggu luar dan call ahli keluarganya. Saya percaya ini telefon bimbit dia.",usul Dr. Faiz dan menghulurkan padaku.

Aku mengangguk dan keluar. Handphonenya ku belek. Mak aihh! canggihnya,mesti orang berada nih,bisikku.

Aku kira baru saja nak mendail tiba-tiba ia berdering. Dengan teragak-agak aku menjawab.

" Datin Zurina ..awak pergi jogging ker,pergi shopping? Dah nak tengahari nih tak balik lagi yang oii...awak lupa ker kita ada jemputan di Hotel pukul dua nanti ?",suara di sana.

" Errr..maaf,saya bukan isteri Datuk,isteri Datuk..",belum sempat aku teruskan suara di sana memintas.

" Ehh! awak siapa? Awak dah buat apa dengan isteri saya ",tegas suara itu.

" Begini Datuk. Saya sarankan Datuk datang segera. Isteri datuk terkena patukan ular. ".Seperti tadi aku tak sempat terangkan lebih lanjut talian di matikan. Nasib baik aku sempat sebut nama klinik tadi. 'Kalau tak berpusinglah nak mencari,'getusku geram.

Setengah jam aku menanti akhirnya muncul juga kereta mewah di hadapan klinik. Ehh.. itu Adam dengan Dato'. Apa dia buat kat sini ?,soalku sendiri.

Mereka bergegas ke kaunter dan bertanya. Jururawat itu menunjukkan aku dan bilik dokter. pasti menerangkan jawapan persoalan mereka.

Adam berjalan ke arahku.

" Terima kasih cik Zara",itu ucapan darinya. Dan kemudian ucapan dari Dato sebelum dia masuk berjumpa isterinya.

Aku masih lagi memandang Adam yang berdiri di hadapanku. Ishh..dia nih,memang kerjanya tenung orang ker?. Aku mula tak selesa dengan keadaan itu.

" Err..oklah En Adam. I balik dulu. Ni, Datin punyer phone." Aku hulurkan padanya. Adam mengambil dan tersenyum.

" Well cik Zara. I owe you one. You dah selamatkan mother I. Cakap jer berapa banyak yang you nak,I akan beri ". Kata Adam bersungguh.

" Tak perlulah En Adam. I tolong ikhlas. Kalau bukan mother you pun I akan tolong. Itu kewajipan kita kan sebagai manusia',tolakku secara baik.

" Emm..kalau begitu apa kata I suggestkan kat father I raise your salary ",pujuknya lagi.

" Tak perlu dan I tak mahu En Adam. I mahu kerja i di iktiraf dengan sepatutnya. Bukan dengan cara ini ",tegasku. Ishhh..aku paling pantang kalau peribadi di campur adukkan dengan kerja.

" Okey..okey..janganlah marah". Dia mengangkat tangan surrender.

" Kalau macam gitu ..emm..apa kata I belanja you makan ."

Aku mengangguk dan mula untuk melangkan.Tapi seketika je..

" Err..your mother En Adam? How ?",soalku lagi. Yelah takkan nak tinggalkan mereka pulak.

Adam ketawa perlahan. Dia menggelengkan kepala.

" You masih macam hari tu jugak ker Cik Zara? Terus jer pergi tak tanya dulu ".

Haaaa?? Aku blur..tanya apa?,soalku dalam hati.

" I memang nak belanja you makan. Tapi bukan lunch or breakfast. Dinner lah Cik Zara sayang ".,jelasnya menyerlahkan lesung pipit bila tersenyum

Aku melongo..Errrkkk!! Adusssss..malunyaaaaaaa,..ehh..waitt..dinner? Tadi apa dia kata? Cik Zara sayangg?? What the..... Saat itu kalau nak ukur kemerahan buah tomato dengan mukaku,pasti aku menang!

No comments:

Post a Comment