Monday, August 17, 2009

Kasih Yang Satu [9]

Balqis termenung di tepi jendela. Teringat dia perbualan di hospital dengan Iqram siang tadi. Hatinya serba salah. Sungguh serba salah.

Qis..Iq minta maaf ya ".

" Maaf apa pulak Iqram? ". Balqis terpinga-pinga. Sudahlah dia di tarik Iqram tadi bila mahu pulang. Kini di kejutkan dengan permintaan maaf pula.


" Iq tahu Qis terluka. Iq tahu Qis marah lagi dengan Iq..kan ? ". Tekan suara Iqram perlahan. Dia tak mahu orang lalu lalang mendengar perbualan mereka.


" Taklah..mana Qis marah Iq lagi..Qis tahu..Qis takkan selamaya boleh marah seseorang tu. Qis terima dengan redha takdir yang datang ",tutur Balqis lembut bersama senyuman. Namun dalam hatinya terbit seribu persoalan. Apa sebenarnya maksud Iqram?


" Habis..kalau tak marah,kenapa Qis bohong Iq yang Qis nak kahwin? ".


" Errr..errrr..". Riak wajah Balqis berubah. Dia tahu tembelangnya dah pecah. Adussss..masalah lagi,bisik hatinya. Tapi..mana Iqram tahu?


" Iq jumpa pakcik. Iq tanya dia betul-betul. Kenapa Qis? Kenapa tipu Iq? ". Muka Iqram penuh persoalan. Dia tak faham dengan Balqis kini. Balqis yang dulu tak pernah berselindung.


"Perlukah Qis jawab soalan Iq yang Qis tahu,Iq tahu apa jawapan Qis kan? ". Balqis mengeluh perlahan. Dia tersandar lemah. Otaknya dah tak boleh berfikir lagi. Ya Allah..cepatnya balasan kau berikan kerana aku menipu...


" Qis..Iq rayu Qis untuk kesekian kalinya..please sayang..kita balik macam dulu. Kita sambung lagi tali pertunangan kita. Iq masih cintakan Qis..please sayang..". Iqram melutut merayu.


" Iq..bangun..jangan begini..sini tempat awam...malu Qis orang nampak..bangunlah ". Balqis menggelengkan kepalanya. Dia tak sangka sampai begitu sekali drastik tindakan Iqram meraih cintanya.


" No..Iq tak mahu bangun..Iq nak jawapan Qis..for my mum sake..please sayang ".


" Iqram..listen..dengar sini..Qis tak suka Iq gunakan nama aunty untuk kita kembali semula." Balqis bersuara tegas. Hatinya marah kerana Iqram mengambil kesempatan dalam kesempitan.


" But sayang..".


" Iqram..bagi Qis masa nak fikirkan semua. Bukan mudah untuk Qis cantumkan kembali hati yang pernah Iq hancurkan..ianya perlukan waktu..perlukan masa..Qis harap , Iq faham..dan juga..cuba bukakan hati Iq untuk orang lain..Qis tak berani berjanji dengan pasti..segalanya kita tak tahu kan..". Balqis memujuk lembut. Dia tahu..dia kena gunakan reversed psikologi..


" Fine..tapi Iq akan tetap tunggu jawapan Qis..walaupun bertahun lamanya..Iq janji..". Iqram mengangkat tangannya seperti berikrar.


Balqis melepaskan keluhan. Mindanya kusut..Aduhai lelaki..mudahnya kau membuang..mudah juga kau mengutip kembali..


" Qis ".


" Ya ayah ". Balqis tersentak. Spontan dia menjawab.


" Kenapa Qis..lagi tadi asyik mengeluh jer ayah dengar. Tak baik tau sayang mengeluh ni..Qis ada masalah ya ". Hasyim duduk di sebelah Balqis. Dia membelai rambut anaknya..


" Taklah ayah..Qis ok jer ". Balqis merebahkan kepala di dada ayahnya. Hanya dengan ayah dia dapat bermanja.


" Qisssssss". Hasyim tekan suaranya. Dia tahu anaknya tak berterus terang. Dari suara Balqis dia tahu anaknya menyorokkan sesuatu.


" Cuba cerita dengan ayah..apa masalah Qis..hmm..Iqram ker?",duga Hasyim.


" Emm..ehhh..tapi mana ayah tahu? ". Balqis mengangkat kepalanya. Wajah tua ayahnya di tenung.


" Iqram nak balik semula dengan kamu kan ? Hmm..dia ada jumpa ayah hari tu..dia minta kepastian..kamu pun Qis..kenapa berbohong? Tak baik tau..ayah tak pernah ajar anak ayah untuk menipu ".


" Hehehehe..Qis tak menipu lah ayah..Qis bohong sunat jer ". Balqis menjerit kecil bila pehanya di ketip ayahnya. Betul lah kata Iqram yang dia berjumpa ayah,kata hatinya.


" Ayah...". Teragak-agak Balqis untuk meneruskan bicara.


" Hmmmm..".


" Apa yang harus Qis buat ayah. Qis masih tak boleh lupa keperitan hati ni dengan apa yang dah Iqram buat dulu..tapi dalam masa yang sama Qis kasihan dengan aunty Gayah. Dia mengharap Qis jadi menantu dia..Qis bingung ayah..". Balqis mengeluh lagi.


" Qis..solat istikharah nak..minta petunjuk dengan Allah..InsyaAllah..Qis dapat jawapan. Jangan terima cinta kerana simpati ..nanti Qis jugak yang merana..",lembut Hasyim menasihati.


" Qis dah jumpa orang lain ker? ". Hasyim bertanya. Hati kecilnya mengatakan kasih anaknya sudah di miliki orang lain. Tapi dia tahu..ianya bukan Iqram.


" Ha'ah..Qis senang dengan cara dia..dia nampak baik dan ikhlas..tapi..err..emm..".


" Kenapa?". Hati Hasyim kurang enak. Apa anaknya bercinta dengan kumbang larangan?


" Dia macam ayah..". Balqis menunduk. Dia tahu ayahnya terperanjat bila jelas ayahnya bersandar tadi.


" Ayah..maafkan Qis.."


" Qis..yang suka kamu..yang nak kahwin kamu..nak bahagia kamu..kamu bebas pilih sesiapa saja..ayah tak pernah melarang..cuma..sebagai ayah kamu..ayah mahu kamu dapat yang terbaik..yang boleh jaga kamu hingga akhir nyawa..". Penuh tersirat kata-kata Hasyim.


Balqis terdiam tanpa kata. Hatinya bergetar sedih. Dia tahu masih awal lagi untuk mengatakan dia dah jatuh cinta tapi dia dah tak boleh bohong hatinya. Dia tahu dia sering menunggu panggilan dari Farid. Ya Tuhan..apakah ini cinta? Mengapa sukar sekali untuk aku dapatkan cinta?

" Qis".

" Ya ayah ". Lamunannya putus. Dia bangkit dari pembaringan.

" Telefon kamu bunyi tu ".

" Aaaa? Ia ker? kejap ehh ayah..". Balqis bangun dan menuju biliknya. Telefon di capai. Farid?. Hatinya berbunga. Cepat-cepat telefon di lekapkan di telinga.

" Assalamualaikum Farid ". Balqis tersenyum lebar.

" Qis okey..Farid macam mana? Qis nak minta maaf sebab tinggalkan Farid tadi. Ada hal penting sangat. ".

" InsyaAllah..nanti kita jumpa lagi..haa? esok? Errr..errrr..Qis tak boleh janji..".

" Farid..are you there? ". Balqis menyoal bila talian sepi.

" Okeylah..terima kasih call Qis. Selamat malam..ya..ya..waalaikumussalam ". Balqis merenung telefon di tangan. Suara Farid lain sangat. Kenapa ya? Termenung dia seketika sebelum kembali mendail .

" Assalamualaikum Farid ".

" Sorry..ganggu lagi..emm..esok kita jumpa ya. Qis ambik Farid kat rumah. Alamat hari tu betul kan? Aaaaa..okey..okey..tunggu esok pagi ya...hmm..waalaikumussalam ". Balqis tersenyum girang bila mendengar Farid ketawa-ketawa.

Balqis berteleku seketika dan berbisik..Ya Tuhan..KAU berikan aku petunjukMU....


**********************************************************************

Syed Farish mendakap telefonnya. Hati yang rusuh semenjak tadi kini sirna kembali. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Dia pasti kini dia telah jatuh cinta. Perasaan yang di rasakan sungguh berbeza saat dia bersama Mellisa dulu.

" Farish ". Satu tepukan di bahunya. Hampir saja tercampak telefon di tangan. Dia mengurut dadanya.

" Walid..". Farish tersengih.

" Apa kamu buat sorang-sorang kat sini? Tak sejuk kah? ". Walidnya menanggalkan kopiah di kepala. Dia yang baru pulang dari surau berdekatan pelik melihat anak tunggalnya tersengih-sengih sendirian.

" Emm..ambil angin malam walid. Walid dari mana ni? ". Farish berbasa bertanya menutup kesilapannya. Dia tahu ayahnya tahu dia berangan tadi.

" Surau. Walid nak buat kenduri doa selamat hujung bulan ni. Tu yang menjemput para jemaah surau. Yang kamu tersengih-sengih sorang-sorang ni kenapa pulak?".

" Emm..walid nak buat kenduri? Tak cakap dengan Farish pun? ". Farish melencongkan jawapannya. Dia masih tak bersedia nak beritahu kedua orang tuanya tentang Balqis. Biarlah rahsia dulu.

" Walid baru bincang dengan ummi kamu semalam. Lagipun kalau beritahu kamu..kamu nak ker tolong masak ? ". Syed Zailani ketawa bila lihat muka anaknya berubah.

" Taklah begitu..emm..ramai ker walid jemput orang? ".

" Macam tahun lepas lah. Tapi kali ni walid nak ajak semua staf walid .Kamu nak kenal dengan dia tak? ". Syed Zailani mengusik Farish.

Ikut hajat hati dia mahu jodohkan anaknya dengan Balqis dulu. Tapi..dia harus pasrah dengan takdir tuhan . Farish memilih Mellisa . Namun jodoh tak panjang..kini peluang terbuka di depan mata bila Farish kembali solo.

" Yang mana satu walid ? ". Farish di asak ingin tahu. Semua staff ayahnya dia dah berjumpa dulu. Tapi semuanya tak menepati citarasa. Pantang nampak lelaki..mula tersenyum miang! Hatinya mendogkol.

" Emm..hari tu dia tak datang. Cantik orangnya...redup mata memandang. Ummi kamu belum jumpa lagi..". Syed Zailani terbayang wajah seketerinya.

" Siapa nama dia walid ? ".

" Emm..Nur Ba ". Ayat Syed Zailani berhenti bila mendengar Syarifah Asmah memanggil namanya. Kepalanya terteleng ke dalam rumah.

" Hmm..walid masuk dulu. Entah apa kena dengan ummi kamu terjerit-jerit gitu... macam walid ni jauh sangat agaknya. Hishhh.. ". Syed Zailani menggelengkan kepala dan mengatur langkah ke dalam rumah.

Pemergiannya di hantar dengan pandangan mata Farish. Lahhh..siapa yer nama budak tu? Ishhh...ummi ni..potong stim tul!

Farish mendongakkan kepalanya memandang bintang beribu. Bila angin semilir bertiup sejuk hingga mencengkam ke tulang dia segera bangun. Meninggalkan tempat itu dengan rasa yang bercampaur baur.

*********************************************************************

Mellisa duduk sendirian di ruang tersorok. Bunyi disko bingit sekali. Tapi tak sebingit hatinya yang menjerit. Hatinya terbakar bila terkenangkan tolakkan demi tolakan dari Syed Farish.

" Shit! ". Dia mencapai gelas yang berwarna kekuningan dan mula meneguk rakus. masih tak mampu membuang ingatan kata-kata sinis yang di terimanya.

" Heyy girl..rileks arr..asal kau buat muka macam ni..kan kita datang nak enjoy..jom..temankan aku menari ". Shila menarik tangan temannya. Dia tahu semua masalah Mellisa.

" Malas lah..". Mata Mellisa memandang seluruh tempat. Lampu yang berwarna warni menyukarkan pandangan. Muzik semakin rancak. Ruang tengah di monopoli sebangsa dengan dia. Bangsa melayu malahan lebih teruk lagi ialah anak remaja.

" Weyy..kau still fikirkan jantan tu ker? Mel..dahlah berapa kali aku nak cakap..kau cantik..kau boleh dapat yang lebih baik dari dia..petik jari jer..tu ha..mamat kat hujung korner..dari tadi asyik pandang kau jer '. Shila mula menyucuk jarum. Dia ada agendanya sendiri.

Mellisa menuntaskan pandangan. Emmm..boleh tahan,bisik hatinya.

Dia mula bangun dan mengukirkan senyuman. Tangan Shila di tarik dan mereka mula menghampiri ruang tengah. Mahu berdansa melepaskan rasa hati. Tak lama kemudian ada yang menghamipri mereka berdua. Tanpa segan..tanpa silu..Mellisa merangkul pinggal lelaki itu dan menari mengikut muzik. Dia hilang kawalan dan tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia mabuk lagi!

1 comment:

  1. alaa br je walid nk sebut nme siaran tergendala pulak ummi dia wat....hahaha
    rupanye staff walid yek...ade chance nih.. :)

    ReplyDelete