Wednesday, August 19, 2009

Kasih Yang Satu [11]

" Qis..kau ok ker? ". Soal Amira ketika mereka bersarapan pagi di gerai . Masih awal lagi untuk mereka naik pejabat. Amira mengerutkan dahinya. Nur balqis bukanlah Balqis yang dia kenal sebelum ini. Balqis sekarang kerap termenung.


" Hmm..aku ok ". Lemah saja suara Balqis. Dia mengacau air di cawan. Mee hoon yang di ambilnya tadi tak di usik.


" Betul ? ". Amira menyoal lagi.Dia tahu temannya berbohong.


" Mira..kau rasa kalau aku balik semula dengan Iqram ok tak ? ". Balqis memandang tepat muka temannya. Ada persoalan di ruang matanya.


" What??". Mahu saja tersembur nasi goreng dalam mulutnya. Cepat-cepat dia teguk air untuk meredakan perasaan.


" Hmm..". Balqis mengangguk. Dia tahu temannya pasti terperanjat..malahan terkejut,lebih tepat.


" Apa sebenarnya ni Qis sampai kau nak balik semula dengan jantan tak guna tu? ". Amira memberhentikan makan. Dia sudah patah selera.


" Mira..". Balqis tersentak dengan kata-kata yang lahir dari mulut Amira. Tapi dia tahu,Amira cakap yang benar. Dia tahu Amira masih tak dapat nak maafkan Iqram kerana pernah mencalarkan hatinya dulu.


" Sorry to say lah dear..tapi..apa kes? ". Amira tersedar kelancangan dia. Pasti ada sesuatu berlaku nih,bisiknya.


" Entahlah Mira..dah berbelit-belit aku rasa..tak tahu nak cerita dari mana..". Keluh Balqis. Dia sudah letih memikirkan permintaan aunty Gayah yang memohon untuk kembali pada Iqram.


" Hmm..kalau macam tu..aku tanya kau jawab jelah yer..tapi yang jujur tau ".


Balqis mengangguk. Baru saja Amira mahu membuka mulut telefon bimbitnya berbunyi.


'Farid!'. Wajah Balqis berubah. Masuk kali ni dah berpuluh malahan hampir ratus Farid menelefonnya. Tapi di biarkan sepi saja walau dia tahu hatinya di asak secebis rindu.


" Hmm..tanyalah ". Balqis memandang muka temannya yang tertanya-tanya mengapa dia berbuat demikian.


" Okey..kau..". Bicara Amira terhenti bila deringan berbunyi lagi. Dia pandang telefon di atas meja yang menjerit-jerit supaya di angkat.


" Teruskan ". Balqis menyuruh dan buat tak dengar bunyi itu. Tak lama kemudian deringan itu mati sendiri.


" Macam ni..kau..".


Tit..tit..tit..tittt....kali ni bunyi sms masuk.


Balqis mencapai lemah telefonnya dan membuka pesanan ringkas.


8.00 am ~ Farid ~


' Qis..answr my call pse..sy trgkan semua kat awak..kta jmpe..u set the place..pse Qiss..sy xmo khlgn awk '.


Ada air mata bertakung di mata Balqis. Dia tahu selepas kejadian itu Farid seringkali memberi sms atau menelefonnya. Tapi sedikitpun tidak di layan. Baginya..dia tak suka dengan orang yang telah menipunya. Aku benci! Tapi..sungguhkah aku benci?,soal hati kecilnya.


" Qis? ". Sapaan Amira melenyapkan bayangan Farid.


" Kau dah bersedia bercerita atau tak ni? Kalau tak..aku tak paksa..tapi kalau tak cerita aku akan terus soal kau..so..kira cam paksalah..hehe..baik kau cerita ya..". Amira cuba melawak untuk meredakan hati temannya. Dia tahu temannya sedang berduka walau dia tak tahu apa penyebabnya.


" Hmm..mula-mula aku nak tanya siapa orang yang kau elak nak jawab panggilan tadi. Iqram? ".


" Bukan ". Balqis menggeleng perlahan.


" Kawan kau yang buta tu ker? ".


" Hmm..".


" Kau gaduh dengan dia? ".


" Tak ".


" Then apa? ".


" Dia tipu aku Mira.." Suara Balqis sayu.


" Aku tak faham ". Mira merenung wajah temannya yang jelas sendu.


" Dia tak buta ".


" Hah? Tak buta?..okey..tapi macam mana kau tahu ? ". Amira mengasak tanya. Kurang ajar betul jantan tu,gema hatinya.

" Hmm..entahlah..takdir tuhan nak tunjuk agaknya..aku jumpa dia hari tu..sepatutnya jumpa pagi..tapi dia cancel..cakap kat klinik..tapi aku jumpa dia kat Hutan Bandar..dengan sorang awek.. ".


" Kau cemburu ker? ". Amira tersenyum simpul.


" Bukan aku cemburu..tapi aku sedih sangat..kenapa dia sanggup tipu aku..cakap dia cacat penglihatan..kau pun tahukan..aku paling tak suka dengan apa yang namanya pembohongan ".


" Hmm..kau dah dengar penjelasan dia? ".


" Untuk apa? Aku rasa tak perlu..nanti lepas ni lagi banyak pembohongan yang dia buat ",rengus Balqis. hatinya masih lagi tercalar. Jiwanya masih lagi sakit.


" Qis..sedar tak kau dah banyak berubah kerana mamat tu? ".


" Haaa? ". Balqis mengerutkan dahinya. Aku berubah?


" Ia..kau berubah sangat..dari yang penuh perhatian.penuh kelembutan..penuh kemaafan..terus jadi yang dah hilang punca..sukar mendengar penjelasan..malahan hati kau macam dah degil pulak.."


" Dulu..masa kau hilang Iqram taklah seteruk macam ni..walau dah bertahun kau kenal dia...but now..apa dah jadi Qis? Are you falling in love with 'si dia tu'? ". Usik Amira.


" Ishhh..mana der..cuma..entahlah..aku rasa..hmm..tak taulah ". Muka Balqis merona merah. Dia tahu dia dah keliru dengan dirinya sendiri.


"Okey..lupakan pasal mamat tu....kau dah besar Qis..boleh fikir baik buruk..yang penting sekarang ni..pada akulah..meet him..dengar apa penjelasan dia..hati kau pun tak sakit..aku pun tak pening tengok kau macam ni ",pujuk Amira.


" Hmm..pasal Iqram pulak kenapa sampai kau kata nak balik dengan dia? ". Amira menyedut minumannya. Jam di kerling . lagi 15 minit masuk pejabat.


" Aunty Gayah sakit..aku kesian kat dia..dia merayu-rayu supaya aku terima anak dia ..".


" So? ".


" Tulah..aku bingung sekarang ni ".


" Nur Balqis..dengar sini..kau masih sayangkan Iqram? ".


" Entah..ada kot ".


" Sayang macam mana? kekasih?kawan? ".


" Sekarang ni aku sayang sebagai kawan. Aku masih trauma lagi dengan apa yang pernah dia buat dulu. ".


" Then habis ceritalah..".


" Maksud kau? ". Balqis terkebil-kebil. Uiksss..senang betul?


" Qis..terima kerana hati kau dah sayang..terima kerana jiwa kau bisik..he's the one..bukan kerana simpati kat mama dia atau keluarga dia. He deserved that tau..untuk kau tolak kasih dia",ulas Amira.


" Kau mahu terluka di tempat yang sama ker? Jangan bunuh diri Qis. Aku tahu kata-kata- aku ni macam menghasut kau..tapi kau timbang balik dengan apa yang dia dah buat dulu. Kerana orang lain dia tinggalkan kau tanpa kata..kalau cinta dia cukup kuat dia takkan tinggalkan kau Qis ". Amira menggenggam tangan Balqis. Mahu meminjamkan sedikit kekuatan.

" Hmm..betul jugak kan..kenapa aku tak terfikir ekk? ". Balqis tersenyum seolah baru tersedar lena yang panjang. Namun seketika dia mengeluh.

" Lahh..apasal lagi ni? ". Amira kembali meletakkan sudu garfu bila mendengar keluhan Balqis.

" Tapi..macam mana mama Iqram? ".

" ALLAH haiii..budak ni lah...Qis..bahagiakan hati kau dulu baru bahagiakan hati orang lain. Kau ni asyik fikir orang lain jer..sesekali kena jugak fikir tentang diri kau..hati kau ". Amira membebel geram.

Dia tahu lambat laun hati Balqis akan berubah. Bukan boleh nampak orang lain sedih. Mudah saja simpati tapi tak kena tempat,jerit hati Amira.

" But.."

" No but..mama Iqram sepatutnya tahu..hati yang terluka bukan mudah nak sembuh..dah..makan cepat..jap lagi nak masuk pejabat. Kang bakal ayah mertua kau cari nanti ",usik Amira menghabiskan makanannya sambil ketawa.

" Banyak lah kau..kalau pasal mengarut memang nombor satu ",jawab Balqis geram. Dia menjuihkan mulutnya dan ketawa.

Amira tersenyum senang bila lihat Balqis mula tersenyum. Ya Tuhan..moga kau permudahkan urusan sahabatku ini,doanya dalam hati.

************************************************************************

" Kau ada masalah ker Rish? ". Soal Zul bila lihat Farish seakan tiada mood untuk bercakap. Dia pelik,tadi Farish yang beria mengajak dia keluar minum tapi suasana kini lebih kepada sepi.

" Aku rasa aku dah jatuh cinta lah Zul ". Farish bersuara akhirnya. Namun matanya masih melekap di telefon bimbit.

" Ia? Alhamdullilah..siapa dia? Aku kenal ker? ". Zul bertanya teruja. Dia gembira temannya dapat mencari pengganti Mellisa.

" Tak..kau tak kenal..tapi ada masalah lah..dia dah hilang ". Farish meraup wajahnya. Mindanya kusut. Besar sungguhkah kesalahan aku sehingga Balqis enggan menerima kemaafan? Farish memejamkan mata cuba menbayangkan senyuman manis Balqis.

" Hilang? Macammana boleh hilang? Kau tak cari? Ehh..apa dah jadi ni kawan? ". Zul bingung. Hilang? Hilang macam mana?

" Silap aku sebab menipu dia agaknya..tapi bukan niat aku..cuma itu saja caranya untuk dekat dengan dia ". Farish melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya.

" Cuba cerita satu-satu Rish..aku tak faham ". Zul mengangkat cawan dan meneguk air kegemarannya. Kopi.

Farish menghembus nafasnya dan mula bercerita. Tak satu pun tinggal. Bila dia pandang muka Zul,jelas temannya menggelengkan kepalanya. Tak setuju dengan cara yang di guna pakai Farish.

" Hmm..kalau aku pun aku cabut lari Rish. Hati perempuan ni sensitif tau..mudah terasa..lagi pulak kau menipu ". Zul menggeleng kepalanya. Kesal dengan tindakan Farish.

" Habis..kau tak cari dia? ". Soal Zul.

" Macam mana aku nak cari? Aku tak tahu nama penuh dia..aku tak tahu mana dia tinggal..kat mana dia kerja..bila aku call dia tak angkat..bila aku sms dia tak jawab ",keluh Farish lagi.

" Berat kes kau ni kawan..macamnilah..kau berserah jer pada takdir. Andai ada jodoh kau..Insyaallah..ceruk rantau mana pun kau akan jumpa dia nanti ". Nasihat Zul. hanya itu yang dia termampu beri sebagai seorang sahabat.

" Itulah..lepas solat jer aku selalu berdoa..mudah-mudahan aku dapat jumpa dia..terangkan apa sebenarnya..aku susah hati selagi dia tak tahu kedudukan sebenar Zul ".

" Heyy kawan..jangan jadi lemah kerana seorang perempuan lah..". Zul menepuk lembut bahu Farish.

" Hmmm..sakitnya perasaan bila tak di pedulikan kan..takpelah..ehh..kau kata nak jumpa tunang kau..mana? ". Mata Farish meliar mencari.

" Tak jadilah..dia ada hal dengan kawan dia ".

" Kau sayangkan dia Zul walau baru jer kenal? ". Farish menyoal meminta kepastian. Dia sukar percaya bila tempohari Zul mengatakan dia sudah bertunang atas pilihan keluarga.

" Kami baru belajar mengenali hati budi. Dia ok setakat ni. ",ucap Zul pendek. Dia tersenyum.

"Heheheh..aku bukan baru kenal kau hari ni Zul..kau dah mula sukakan dia kan. Pelik aku lah..setahu aku kau ni memilih orangnya? ",provok Farish.

" Macam kau jugak Rish..perkenalan walau singkat tapi memberi impak yang dalam kan ." Zul tersengih-sengih.

" Cehh...by the way,jemput datang rumah aku minggu ni. Ada kenduri doa selamat..jemput sekali tunang kau "

" InsyaAllah..".

" Oklah..dah lewat ni..aku balik dulu lah ".

" Lewat? ". Zul membelek jam di tangannya. Baru pukul 10 malam. Uiksss..satu perubahan ni,bisiknya.

" Hmm..esok pagi aku last dekat office lama. So derang ada wat parti sikit..kena gerak awal..lagipun ummi aku tu selalu bising kalau aku balik lambat. Macam aku ni anak dara dia jer ",rengus Farish.

" Yelahkan..aku lupa..kau tu anak mak..heheeh..kirim salam kat ummi kau. InsyaAllah..senang nanti aku datang ". Farish menghulurkan tangan berjabat salam dan terus beredar.

Sampai di rumah dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Tangannya di letakkan di atas kepala. Berfikir bagaimana cara untuk menjejaki Balqis.

Bila rimas dengan suasana sunyi yang menghimpit dia membuka radio. Menghayati lagu yang mendayu.

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan..

Deringan telefon mematikan khayalannya . Dengan perasaan malas dia mencapai telefon yang di letakkan di sisi meja. Matanya terpejam.

" Farish ". Suara Mellisa di hujung talian. Dengan pantas dia menekan punat merah. Memutuskan talian.

Sesaat kemudian ia berdering lagi. Mellisa lagi! Dia mencampakkkan telefon di sisi. Tak mahu mendengar suara Mellisa. Bila mengenangkan perbuatan Mellisa yang menipunya hatinya sakit.

Bila telefon terus berdering tanpa henti hatinya jadi radang.

" Mell..enough..jangan call I lagi..I muak dengar suara you ",bentak Farish kuat.

" Farid..".

" Qis???!". Matanya terbuka. Darahnya berderau!

1 comment:

  1. alahaiiiiii
    salah jawab cal la pulak
    mst qis x akn call dh pasni :(

    ReplyDelete