Thursday, August 6, 2009

Kasih Yang Satu [4]

" Qis..apa cerita ayah kau ? ". Amira bertenggek di mejanya sebaik saja sampai di pejabat. Dia berhenti menaip.


" Sihat dah ",ucapnya pendek. Malas nak panjangkan perbualan. Mata kembali fokus pada komputer.


" Weh..takkan tu jer ",Riak muka Amira jelas menunjukkan dia tak puas hati.


" Well..kalau kau nak tau lebih lanjut..tu..telefon..kau telefon sendiri yer..so please..cik Mira..saya ada banyak kerja nak buat ". Sengaja dia tegaskan suara. Amira mencebik dan berlalu di mejanya.


Tepat jam 9.00 pagi Tuan Zailani masuk beserta senyuman.


" Balqis..masuk bilik saya sekejap ",tuturnya lembut.Dia mengangguk perlahan.


Balqis membawa buku nota kecil di tangan. Tugas sebagai setiausahanya membuat dia bersikap sedemikian.


" Ya Tuan..ada apa yang nak suruh saya buat ? ". Balqis berdiri menanti arahan.


" Ehh..jangan begitu formal . Duduk dulu..kita berbual sedikit ".


" Ayah awak dah sihat ?". Soal Tuan Zailani memulakan bicara.


" Alhamdulillah tuan..sihat dah ".


" Siapa jaga dia kat rumah ? ".


" Takder siapa tuan ".


" Makan minum dia..macamana ? ".


" Pagi saya dah masak dulu sebelum pergi kerja. Lagipun ayah saya dah biasa dengan semua tu. "..terangnya panjang. Sungguh dia bersyukur kerana ayahnya mampu menguruskan dirinya walau cacat penglihatan.


" Ohh..okey..berapa lama awak dah kerja kat sini Qis ?".
Balqis termenung dan hitung seketika. Kalau tak silap dah hampir enam tahun .


" Emm..hampir enam tahun tuan ",jawabnya pantas.


" Okey..awak dah ada kekasih?".


Gulp! Soalan jenis apa ni?Mukanya merona kemerahan.Takkan nak padankan dengan anak dia kot,soal hatinya.


" Saya takder masa nak fikir tentang itu semua tuan. Pada saya karier dengan ayah yang penting sekarang ini. Kenapa tuan? ".


" Takder apa..saja tanya..okey..biar saya terus terang jelah yer. Lagi enam bulan saya akan bersara. Tempat saya akan di gantikan dengan anak saya yang akan jadi boss awak. "


" Tuan nak bersara? Ehhh..tapi tuan nampak muda lagi ". Balqis terperanjat.


" Ishh..awak ni..saya dah tua dah..letih nak mengadap komputer dan semua ni. Sepatutnya dengan umur saya ni kena duduk di rumah bermain dengan cucu jer ",seloroh Tuan Zailani yang membuatkan Balqis ketawa kecil.


" Anak saya dah datang semalam..tapi awak cuti kan. Saya dah announce dekat semua orang..kecuali awak. ".


Aku mengangguk kecil. Ohh..patutlah si Amira macam nak cakap sesuatu tadik..ini rupanya..


" Takpelah..lain kali nanti awak jumpa anak saya yer. Itu saja untuk pagi ni ".
Aku bangun dan menyorong kerusi.


" Oh ya Balqis..nanti awak aturkan lunch meeting saya dengan Dato Zarin ya.Dan saya tak mahu di ganggu pagi ni. Siapa saja call cakap saya sibuk ",arahnya tiba-tiba.


Aku mengangguk dan terus keluar. Dalam hati terfikir-fikir..anak tuan Zailani tu sama tak perangai dengan bapanya. Tuan Zailani bos yang amat bertimbang rasa,tak pernah menengking walau aku ada buat kesilapan. Tutur bicaranya sentiasa lembut.Dia pernah di tawarkan pangkat Dato' tapi dia menolak lembut. Katanya apa ada dengan pangkat..


" Qis ". Sergah Amira di hadapannya.


Balqis mengurut dadanya. Hari ini dah dua kali dia terperanjat.


" Kau ni kan..nasib baik jantung aku tip top. Kalau tak..". Balqis mengomel kecil. Dia menjengilkan matanya ke arah Amira yang terkekeh ketawa.


" Kau kenapa? Lepas keluar bilik bos dah macam ayam berak jagung. Ada cerita apa? ".


" Sibuk jer nak tau hal orang ". Balqis membuka fail di hadapannya.
" Oooo..sombong..takper..takper..". Amira pura-pura merajuk.


" Alah musyuk-musyuk..merajuk pulak dah..ishh..buruk tauuu",usik Balqis ketawa kecil.


" Lunch nanti aku cerita yer cik Mira sayang. Sekarang aku nak buat kerja dulu.",tuturnya lembut.


" Janji tau..kalau tak aku takmo cakap dengan kau setengah hari!".


Balqis ketawa lagi mendengar ugutan keanak-anakan Amira. Amira memang istimewa.Teman sepejabatnya sejak awal dia menjejakkan kaki di pejabat ini. Mudah mesra dan cantik orangnya. Patut pun ramai yang tergila-gilakan dia.


Bunyi telefon mematikan tawanya. Cepat-cepat dia angkat.


" Hello..Maju Teguh Sdn Bhd ". Ucap Balqis penuh kelembutan.


" Hello..En. Zailani please. ",garau suara di talian.


" Maaf encik. Bos saya agak sibuk sekarang ini. Boleh encik tinggalkan pesan ?".


" Sibuk? No..aku tak mahu tinggal pesan. Siapa kat sana? ". Kasar saja pemanggil itu bertanya.


" Saya setiausaha dia encik ".


" Ohh..jadi cik setiausaha..tolong sambungkan kepada bos awak. Aku takder masa nak bersembang lama-lama. Aku ada banyak kerja nak buat ". Angkuh saja bunyinya.


Ehhh..macam bagus jer..abis..ingat aku takder keja nak melayan kau ker?,bentak hatinya. Namun dia kawal perasaannya.


" Maaf encik..saya tak boleh ingkar arahan yang di berikan. Encik boleh tinggalkan pesanan? Nanti saya akan sampaikan ya ".


" Hek eleh..lembab betul engkau ni. Kau tau tak siapa aku ?".


" Maaf encik..saya hanya menjalankan tugas jer..siapa ya di sana dan apa pesanan yang encik nak saya sampaikan? ". Dia menggigit bibirnya tanda geram. Takder sopan santun langsung orang melayu kita.


" Aku anak dia...Syed Farish ..so please..".


Balqis tergamam. Terlepas pen di tangan. Alamak..mati aku!! Bakal bos aku..aduhhh..


" Errr..tunggu sebentar ya encik ". Kelam kabut dia menekan nombor.


" Tuan..maafkan saya menganggu. Anak tuan di talian. Nak saya sambungkan ker ?". Bila mendapat kebenaran Balqis menekan nombor tadi. Dia menarik nafas lega.


Ishh..angkuh jer suara anak Tuan Zailani tadi. Itu ker bakal boss aku,aduhh...,masak aku macam nih..Mesti garang semacam jer. Buktinya tadik..tak boleh berkompromi... Balqis termenung panjang.


" Balqis,saya keluar sekejap. Awak dah fixed my appointment ker tadi ? ". Tuan Zailani berdiri di hadapan Balqis tiba-tiba.


Pen di tangannya kembali terpelanting. Jelas dia terperanjat untuk kali ke tiga.Dia segera berdiri.


" Err..belum tuan..",jawabnya takut-takut kerana terlupa.


" Emm..tak mengapa..saya kena balik dah tak masuk pejabat lagi. Awak call thru mu handpone jelah kalau ada apa-apa ".


" Baik tuan ". Balqis mengangguk dan memerhatikan langkah bossnya yang terburu-buru bagai mengejar sesuatu.


Dalam hatinya terdetik sesuatu. Lepas anak dia call dia terus keluar. Apa hal ekk? Matanya memandang Amira di meja bertentangan. Dia mengangkat bahunya tanda tak tahu bila Amira memberi isyarat bertanya mengapa.


Pen di bawah mejanya di capai. Ishh..hari sergah sedunia ker hari ni? Nyaring bunyi telefon bimbitnya dalam beg membuatkan dia cepat-cepat mendongak.


Iqram! Darahnya berderau! Apa lagi mahunya? Dia simpan kembali telefon dalam beg. Malas nak menjawab atau mendengar suara orang yang pernah menyakitkan hatinya. Dia kembali menatap komputer dan terus menaip.


" Maaf..cik..siapa bernama Nur Balqis binti Hasyim ". Balqis tersentak. Matanya mencari tahu siapa yang bertanya.


" Saya Balqis ". Dia segera berdiri. Amira tersenyum-senyum ingin tahu bila dia juga melihat ada seseorang menghantar jambangan bunga pada temannya itu. Lehernya panjang tertoleh-toleh.


" Ini bunga untuk cik.Sila tanda tangan di sini ya ". pemuda itu menghulurkan kertas dan pen.


" Siapa bagi ya? ". Soalnya ingin tahu.


" Maaf cik..saya cuma menghantar saja. Kalau tak silap ada kad di situ. Okey..terima kasih cik ". pemuda itu berlalu bila selesai saja Balqis menandatangani resit tersebut.


" Oittt..saper bagi tu ? ". Amira teruja bertanya.


" Ishhh..kepohlah ",usik Balqis. Hatinya juga ingin tahu siapa yang menghantar jambangan yang cukup cantik itu. Namun selepas saja dia membuka kad yang tertera wajahnya berubah.


To : Sayangku Balqis


Maafkan I atas kesilapan lalu..and I still love you..


Iqram


Jambangan bunga di letak ke tepi. Hilang sudah pujian tadi yang ada cuma kini hatinya cukup marah. Marah dengan sikap Iqram yang mudah berkata cinta. Sedangkan dulu dia di buang bagai tiada harga.


Kalau di ikutkan perasaan mahu saja di campak jambangan itu dalam tong sampah namun maruah Iqram perlu di jaga. Walau Iqram pernah menghadiahkan sejuta luka di hatinya. Dia menyabarkan hatinya sendiri. Jari jemarinya menggigil menahan rasa.


Di satu sudut Amira diam menikus. Walau tak bertanya dia tahu siapa orang yang memberi bunga pada temannya. Pasti Iqram si tak reti bahasa tu! Dia juga turut geram dengan sikap Iqram dulu. Senang senang jer putuskan tunang sebab suka orang lain. Lepas tu terhegeh-hegeh nak balik semula. Memang muka tak tau malu! Teringat dia perbualannya di telefon dengan Iqram semasa Balqis bercuti tempohari.


" Boleh bercakap dengan Balqis ".


" Balqis cuti encik. Siapa ya di sana ? ".


" Iqram di sini. Takpelah..bila dia balik ya? ".


" Iqram? Ada apa lagi awak call Balqis lepas sakitkan hati dia. ?". Bagai peluru Amira bertanya. hatinya mendogkol geram.


" Itu saya punya suka. Awak siapa nak halang saya ? ". Iqram mendengus.


" Sorry..saya kawan dia.dan jadi tanggungjawab saya untuk melindungi teman saya dari lelaki yang tak tahu malu macam awak ni. Jangan cari dia lagi. Dia dah nak berkahwin! ". Amira mencipta alasan tanpa memikirkan apa yang terjadi kemudian dan terus meletakkan gagang telefon.


Lamunan dia terhenti bila mendengar namanya di panggil. Dia menoleh.


" Kau puasa ker tu Mira ? ". Balqis berdiri di hadapannya bersama dompet di tangan.


" Tak ".


" Dah tu..jomlah makan ". Amira melirik jam di tangan. 1.10 petang..ohh..patutlah..cepat-cepat dia mengambil beg duit dan menutup komputer.


Baru saja mahu melangkah keluar darah Balqis kembali menggelegak. Iqram berdiri di hadapannya bersama senyuman!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment