Wednesday, August 5, 2009

Kasih Yang Satu [3]

" Kamu dari mana ni Farish? ". Syarifah Asmah menegur anak bujangnya yang baru masuk dalam rumah. Dia menutup suis televisyen. Lagi tadi hatinya bimbang bila lihat jam dah hampir pukul 10 malam. Satu-satu anak lelakinya masih belum pulang pejabat.

" Emm..jumpa kawan ummi ",ucapnya lembut menyalami tangan umminya. Dia duduk bersandar melepaskan lelah.

" Jumpa kawan sampai lewat malam. Takder besok-besok ke bualnya tu Farish ?". Ucapnya kurang senang. Dia menanggalkan cermin matanya.

" Nak balik cepat tadi ummi. Tapi yelah..lama dah tak jumpa Zul jadi terleka sikit. Walid mana ummi ? ". Farish memanjangkan leher melihat luar. Kereta ayahnya tiada.

" Si Zul tu dah balik Malaysia? Lahh..kenapa tak di bawak ke rumah.? Boleh ummi jumpa dia. Lama kan dia kat Mesir sana. Nanti bawak datang rumah..ummi rindu anak ummi lagi sorang tu ". Ucap Syarifah Asmah teruja. Ahmad Zulfar kawan sepermainan Farish dari kecil sehingga dewasa. Dah di anggap seperti anaknya sendiri.

" Walid mana ummi? ". Soal Farish kali kedua. Dia pelik bila lihat umminya tinggal bersendirian.

" Walid? Emm..ummi suruh walid kamu ke kedai. Belikan ummi mee hailam. Teringin pulak nak makan. Malas ummi nak keluar sekali ".

" Lahai..kenapa ummi tak call Farish jer? Boleh Farish tapaukan ..".

" Letih dah jari ummi dail nombor kamu Farish. Manjang tak di angkatnya. Entah apa di buat tak taulah ".,bebel Syarifah Asmah.

" Lahh..ye ker ? ". Farish mengeluarkan telefon bimbitnya. 10 missed call. 2 dari Mellisa dan selebihnya dari umminya. Dia tersengih tanda bersalah.

" Maaflah ummi. Farish letak mode silent tadi. Malas nak dengar bunyi telefon ".

" Kamu tu memang..hemm..kenapa kamu letak silent? Tak pernah pulak ummi tau ".

" Apa lagi..si Mellisa lah..asyik call Farish..hishh..rimas ler ",dengus Farish. Dia benar-benar jengkel dengan perangai Mellisa.

" Apa dia nak? ",kendur suara Syarifah Asmah bertanya. Dia tahu silapnya dulu beria-ia ingin menjodohkan anaknya dengan anak Datin Nelly. Nak jaga standart. Penghabisan..keluarganya malu..Farish patah hati..

" Entah..malas Farish nak layan . "

" Farish dah ada orang lain ?". Soal Syarifah Asmah tiba-tiba bila lihat anaknya termenung panjang.

" Belum ". Sekilas terbayang raut lembut wanita siang tadi di temui di trafic light. Siapakah gerangannya?

" Nak ummi cari kan ?"

" Tak pelah ummi..Farish cari sendiri ".

" Ummi tau..Farish masih marahkan ummi pasal Mellisa ".

" Eh..taklah ummi..dah takder jodoh..walau hati Farish sakit tapi ada hikmahnya ummi. Sekurang-kurangnya ALLAH tunjuk siapa Mellisa sebelum dia jadi isteri Farish. Kalau lambat tahu..kan susah..".,pujuknya lembut.

" Kamu dah hampir 33 tahun Farish. Ummi teringin nak dengar suara budak kecik kat rumah ni. "
" Lahh..kalau gitu ummi jelah bagi adik ke Farish ",usiknya .

" Kamu nih! Main-main pulak! ". Peha Farish di ketipnya kuat.

Farish menyeringai kesakitan. Dah lama dia tak menerima 'hadiah' dari umminya. Segera dia menggosok-gosok pehanya.

Syarifah Asmah ketawa melihat reaksi wajah anak bujangnya. Dia pun tak menyangka tindakan refleksnya tadi.

" Ampun ummi...Farish gurau jer..emm..nantilah..Farish cari dan bawak depan ummi ya ".

" Ummi dah tak kisah siapa orangnya Farish. Asalkan pandai jaga maruah diri dan keluarga sudahlah . Dapat bahagiakan kamu dunia dan akhirat..".

" Ehh..lama betul Walid kamu nih ..",rungut Syarifah Asmah. Dia bangun dan mengintai di tepi jendela.

" Ummi..Farish naik dululah..dah melekit badan ni dari tadi belum mandi ". Farish bangun dan menuju biliknya di tingkat atas.

Ketika dia baru mahu membuka pintu bilik dia dengar deruman kereta ayahnya masuk. Dia menggelengkan kepala. Walid..walid..ada pemandu pun masih lagi nak keluar mencari,suruh jelah Pak Kassim pergi beli.,katanya perlahan.

Tapi seketika dia teringat yang Pak Kassim bercuti hari ini . Balik kampung seminggu. Ohh..patutlah,dia tersenyum dan mencapai tuala dan menghilang di balik bilik air.


******************************************************

Nur Balqis melangkah tenang menuju pintu lift. Tudungnya di betulkan. Jam di selak dari baju kurungnya. 7.45 pagi. Awal lagi,desisnya. Punat di tekan menuju tingkat 10 Menara Ansar.

Sememangnya Nur Balqis lebih suka datang awal dari semua orang. Dia boleh menyelesaikan tugasan yang berbaki semalam. Dia mencari kunci di tas tangan.

" Qis !". bahunya di tepuk perlahan. Pucat mukanya seketika. Dia menoleh.

" Kak Nab..Ya ALLAH..terperanjat Qis lah..ingat siapa ..tadi takder orang tiba-tiba kena tepuk pulak ". Dia mengurut dadanya.

" Mintak maaflah...kak Nab ingat Qis nampak kak Nab tepi pintu tadi. Tu yang kak Nab tegur ". Riak bersalah di muka kak Nab jelas kelihatan.

Nur Balqis menguntum senyuman pada ibu tunggal berusia 40 an itu. Pembantu pejabat di tempat dia bekerja.

" Takpelah kak..silap Qis jugak jalan tak tengok kiri kanan. ". Balqis menolak daun pintu memberi laluan kepada kak Nab agar masuk dahulu.

Dia membuka suis lampu dan menuju mejanya. Tas tangan di letak tepi beserta bekalnya. Bersepah dokumen dalam tray. Dia menarik nafas panjang. Aduhh..baru cuti dua hari..kalau seminggu mau menimbun nih,bisiknya.

" Kak Nab dah sarapan ? ". Soalnya bila melihat kak Nab sibuk mengeluarkan vakum di tepi sudut.

" Dah..dekat rumah . Kamu? ".

" Belum..Qis ke pantri dulu yer. Nak sarapan dulu. Qis masak nasi lemak je hari ni ". Balqis bangun menjinjit bekalnya.

" Banyak ker kamu bawak Qis ?". Kak Nab meninjau dan tersenyum.

" Cukup rasanya kalau nak kongsi berdua. Memang Qis bawak lebih untuk kak Nab pun. Tapi tadi kak Nab jual mahal ",usiknya.

" Bukan begitu..memang kak Nab dah sarapan kat rumah tapi bila kenangkan nasi lemak yang kamu buat macam lapar pulak perut ni ".

" Dah..letak dulu vakum tu. Awal lagi ni..waktu pejabat pukul 9.00 kak Nab...jom..makan dulu ", Balqis menuju pantri dan mengeluarkan pinggan. Dia bahagikan nasi lemak pada dua bahagian.

" Aduhh..wangi betul bau dia Qis..haishh...malang betul nasib kak Nab ni ". Muka kak Nab suram.

" Malang kenapa kak Nab? Cuba cerita dengan Qis. Kenapa lagi? Budak-budak buat hal ker ?",solanya. Terhenti pergerakannya mencedok sambal.

" Yelah..anak-anak kak Nab kecik semuanya. Kalau dah bujang mau kak Nab jodohkan dengan kamu Qis. Dahlah cantik..baik hati..pandai masak lagi! ",pujinya.

" Ya ALLAH..kesitu pulak kak Nab nih..ingatkan kenapa tadik..hishhh! "..

" Betul apa yang kak Nab cakap Qis..kamu memang baik hati..tak kisah kawan dengan kak Nab yang cuma tukang cuci pejabat ni. Kalau orang lain dah lama di jelingnya ",ucapnya sayu.

" Kak..manusia tu semua sama jer kak..yang beza pangkat jer..Qis rasa lebih baik kawan dengan orang yang sama level dengan Qis..yang lain semua pandang harta pangkat dengan rupa je kak ".

" Akak pun tak faham lah Qis. Bodoh betul bekas tunang kamu tu yer. Buta mata dia agaknya lepaskan kamu ",rungut kak Nab sambil menggaul sambal di pinggan.

Nur Balqis tersentak. Mukanya berubah. Dia tak sangka kak Nab menimbulkan lagi perkara yang ingin di lupakannya setahun yang lalu.

" Errrr..kak Nab minta maaf Qis. Kak Nab terlepas cakap ",ucapnya bila tersedar kesilapannya.

" Tak mengapa lah kak Nab..Qis pun dah lupakan dia..". Balqis tersenyum kecil.

" Dah..jom makan..nanti sejuk..dah tak sedap ". Balqis mula menyuap namun di rasakan culup payah sekali untuk di telan. Dia mencapai air milo yang di bancuhnya tadi dan meneguk perlahan.

Dalam hatinya libang libu bila terkenangkan bekas tunangnya. Tiada angin tiada ribut dia di tinggalkan tanpa sebab. Puas dia merayu..puas dia bertanya..senang saja jawapan yang di berikan bekas tunangnya. 'tiada jodoh'! Hatinya sedih kerana di buat begitu. Dirinya umpama tiada harga walau sekelumit pun.

" Qis ".Kak Nab memanggilnya perlahan.

" Ya kak ".

" Kenapa tak makan lagi. Depan rezeki jangan termenung. Tak baik ".

" Qis bukan termenung..Qis tengok akak makan..laju bukan main ",dalihnya sambil ketawa.

" Tulah..sedap benar nasi lemak kamu Qis. Kalau kamu jual mau laku ni ".

" Ishh..tah mahulah Qis..pada akak jer sedap..tekak orang lain tak kan ".

" Kamu tak percaya?. Meh sini akak tolong jualkan nasi lemak kamu. Mesti habis punya ". ucap kak Nab bersungguh-sungguh dan menaikkan ibu jarinya.

" Dahlah..merepek pulak kak Nab nih..dah..makan..makan ". Balqis menggelengkan kepalanya. Sememangnya dia mewarisi kepakaran memasak dari arwah ibunya yang meninggalkan dia bila menginjak usia 17 tahun.

Ibu..Qis rindu ibu!,bisik hatinya perlahan..Dia menyuap makanan masuk kedalam mulut walau pun payah kerana sarapan penting untuk meneruskan tugasnya yang menimbun di atas meja.

Hari ini masih cukup panjang untuk di fikirkan!Hemmm..keluhnya bersama suapan demi suapan...

No comments:

Post a Comment