Friday, August 7, 2009

Kasih Yang Satu [6]

Balqis mengecilkan matanya. Dia cuba fokus pada susuk tubuh seseorang di remang senja. Terkial-kial untuk bangun dan mengagau mencari tongkatnya. Dia segera keluar dari kereta dan berlari.

"Encik..mari saya tolong ". Balqis mengutip tongkat dan memegang lengan pemuda itu. Secara tiba-tiba dia teringatkan ayahnya yang mempunyai nasib yang serupa. Cacat penglihatan.

Balqis dapat melihat pemuda itu tersenyum di balik kaca matanya dan dia segera membalas.

" Terima kasih ". Ucap pemuda itu setelah mereka duduk di bangku berhampiran.

Balqis memandang lengan pemuda itu berdarah. 'Kasihan..mesti nak seberang jalan tadi tak nampak tunggul kat sini',bisiknya. Dia berlari menuju kereta dan mengambil peti kecemasan.

" Encik..lengan ni luka..saya tekap dulu dengan tisu yer sebelum cuci ". Tangan Balqis menyelongkat mencari ubat antiseptik dan kapas. Tiada suara yang keluar dari mulut pemuda itu. Balqis tahu pemuda itu seolah-olah merenungnya tapi dia tahu pemuda itu buta.

" Arrgghh..aduh ",garau suara itu mengaduk dan dahinya berkerut bila ubat antiseptik terkena lukanya.

" Tahan ya encik..sedikit jer lagi ". Balqis memujuk perlahan.Berhati-hati dia menyudahkan kerjanya.

" Okey..dah ". Balqis mendongak dan tergaman. Dia membelek muka di hadapannya yang sungguh tenang. Dadanya berdebar-debar.

'Aduhai..eloknya rupa..tapi kasihan..buta',desisinya perlahan. Tapi cepat-cepat dia menunduk kembali bila tersedar perbuatannya. Dia tahu tak seharusnya bersikap demikian. Mereka juga manusia biasa cuma penglihatan kurang sempurna saja. Nasib baik dia buta..tak nampak aku tenung dia..ishh..kalau tak..malunyaaaa,jerit hatinya.

" Terima kasih sekali lagi ". Ucap pemuda itu perlahan.

" Sama-sama..tak mengapa..tanggung jawab saya sebagai manusia ". Tulus saja Balqis menjawab dan tangannya mengemas peralatan. Dia mengerling jam di tangan. Sudah pukul 7.10..takkan dia tak balik rumah kot,bisiknya.

" Emm..encik nak balik rumah ker? Saya boleh tolong hantarkan ",pelawanya ikhlas.

" Err..ya..ya..tapi tak mengapalah..saya tunggu sini dulu..sebab saya tunggu adik saya datang ambil ".

" Dah nak Maghrib ni encik...kawasan ni sunyi..encik pasti ker adik encik nak ambil?". Balqis kembali bertanya. Wajahnya terlukis riak tidak percaya.

" Emm..encik dah cuba call ker? ". Soalnya lagi.

" Err..telefon saya terjatuh tadi dalam parit sebelah tu ".

Lahai..kasihan...,desis hati Balqis. Macam mana ekk? Kang lambat balik nanti ayah sorang-sorang kat rumah.

" Emm..macam ni jelah encik..apa nombor dia..saya tolong telefonkan. Tunggu kejap yer..saya pergi ambil dalam kereta ". Balqis berdiri dan melangkah.

" Saya tak ingat nombor dia ". Ucapan itu buat Balqis terpusing kembali. Dia menepuk dahinya. Adusss...payah ni.

" Emm..takpelah..rumah encik kat mana..saya tolong hantar ya ",pelawanya lagi. Dia tak sampai hati nak meninggalkan pemuda itu bersendirian. Malam semakin menampakkan mukanya.

" Kampung Permata ".

" Ohh..bolehlah encik..saya tolong hantarkan..saya pun lalu kat situ jugak ". Balqis menghampiri bila pemuda itu bangun dan meluruskan tongkatnya. Dia membetulkan cermin matanya yang senget.

" Tak menyusahkan ker?".

" Tak mengapa..sama arah..satu jalan ". tutur Balqis lembut.

Balqis memegang lengan pemuda itu dan memimpinnya.

'Nasib baik dia pakai baju lengan panjang,kalau tak..hishh..berdosa ',bisik hatinya.

Dia memimpin hingga ke pintu kereta wajanya . Penuh berhati-hati dia mendudukkan dan menutup pintu.

" Encik siapa nama ? ". Soal Balqis bila memulakan pemanduan. Matanya terarah pada jalan raya.

" Fari..err..Farid ". Tergagap-gagap pemuda itu menjawab. Balqis melirik sekilas.

" Saya Balqis..panggil Qis je yer ".

" Apa Farid buat kat situ tadi ? ". Balqis menyoal untuk meleraikan pertanyaan di benaknya.

" Saya tunggu adik saya. Kereta dia rosak. So kena tunda. Dia kata nanti nak ambil saya semula. Tapi lama sangat tunggu saya jalan-jalan..mana tahu tersadung tunggul ". Balqis mengangguk-anguk. Dia mengerti perasaan Farid. Mungkin itu yang di rasakan ayahnya.

" Saya tak menyusahkan awak ker Qis? ". Tanya Farid untuk kedua kalinya.

" Taklah..lagi saya gembira dapat tolong sesama insan.". Balqis perasan jawapannya tadi membuat Farid tersenyum lebar. Dia turut menguntum senyuman.

" Farid kerja di mana ? ".

" Kerja??".

Seketika kemudian tawa kecil meletus di bibir mungil Balqis. Dia baru menyedari kebodohannya yang bertanya soalan tak sepatutnya. Ishh..kalau buta nak kerja apa kan..apalah aku ni..isu sensitif tu..

" Maaf..saya bukan ketawakan awak..awak jangan terasa ya ". Ucapnya bila melihat riak muka Farid berubah tadi.

Perlahan senyuman mula terukir di bibir Farid.

" Maaf kalau bertanya..emm..dah lama ker awak pakai tongkat ni ? ". Balqis melirik pada tongkat di sebelah Farid.

" Emm..lama jugak..sejak dari kecil ".

" Ohh..kesian ..takde penderma lagi ya? ".

" Entah..saya tak pernah cuba..".

" Awak nak saya tolong? ".

" Awak nak tolong saya Qis? ".

" Emmm..sekali tolong dengan ayah saya..dia pun sama macam awak..cacat penglihatan ",balas Balqis tenang.

" Dia pun sejak kecil juga ker buta? ".

" Nope..dia sihat tubuh badan..tapi mata dia di mata saya..saya yang buta selepas kemalangan dulu. Ayah saya dermakan mata dia untuk saya. ".

" Ohhh..apa perasaan awak yer bila awak tersedar awak dah hilang keupayaan untuk melihat?".

" Emmm..mula-mula sedih..terlalu sedih..sebab saya muda lagi..baru habis SPM..lama saya mengamuk..mungkin ayah saya tak dapat nak tengok penderitaan saya..tu yang dia bagi mata dia..Banyak risiko sebenarnya. Tapi ayah saya tetap nak buat pembedahan. ". Dada Balqis sebak. Dia masih rasa terhutang nyawa dengan ayahnya walau ianya sudah lama berlaku.

" Ehhh..maaflah..kalau cerita saya membosankan awak ". Balqis tersedar. Dia pun tak tahu mengapa dia begitu terbuka untuk bercerita. Mungkin kerana nasib Farid seperti ayahnya yang membuatkan dia begitu percaya untuk meluahkannya.

" Tak mengapa..saya ok jer ".

" Emm..Kampung Permata. Kita dah sampai. Mana satu rumah awak? ". Mata Balqis terfokus pada rumah yang berderet di hadapannya. Seolah-olah rumah setinggan.

" Yang ada cat kuning tu. Adik saya cat dua hari lepas. Kalau nak tengok saya mana nampak ".seloroh Farid.

" ALLAH! Maaf Farid..saya tak sengaja ". Balqis di runtun rasa bersalah. Dia tak sepatutnya bertanya begitu.

" Tak mengapa..okeylah..terima kasih ya Qis ". Balqis mengangguk walau dia tahu Farid tak akan dapat melihat.

" Boleh ker tu? ". Soal Balqis bila di lihatnya Farid seakan-akan sukar untuk bangun.

" Errr ".

" Tunggu..saya tolong awak. ". Dia membuka tali pinggang keretanya dan bangun. Dia pegang lengan Farid untuk berdiri dan membongkok mengambil tongkat Farid yang jatuh di tanah.

" Nak saya hantar sampai depan pintu ker Farid? ".

" Tak mengapa..di sini sudah cukup..lagipun dah nak Maghrib..tak manis orang pandang "

" Okey..awak jaga diri ya . " Balqis melangkah menuju keretanya.

" Qis! ".

Balqis menoleh bila namanya di laung . Dia segera mendapatkan Farid . Takut kalau-kalau ada apa-apa lagi yang tak kena.

" Ya...".

" Emm..boleh mintak nombor telefon tak ?".

Balqis mengerutkan dahinya. Ehhh..nak buat apa pulak?

" Tak mengapalah kalau awak keberatan. Saya minta diri dulu. Oh ya..terima kasih sekali lagi sebab tolong saya ". Perlahan saja suara Farid.

" Awak tunggu sini sekejap. Saya ambil kertas dulu ". Balqis berlari-lari anak menuju keretanya. Mindanya melarang namun gerak tubuhnya mendahului akal fikiran. Cepat saja dia menulis dan kembali di hadapan Farid.

Dia menyelitkan di poket baju Farid . Jelas salam kesamaran malam dia melihat Farid tersenyum ikhlas.

" Terima Kasih Qis ".

" Sama-sama...okey Farid..Assalamualaikum ". Balqis mengatur langkah dan masuk dalam kereta semula sebelum berlalu pergi..

***********************************************************

" Apa yang kamu tersenyum sorang-sorang tu Farish ? ". Syarifah Asmah menepuk perlahan bahu anak tunggalnya. Dia meletakkan secawan koko panas di atas meja.

" Untuk Farish ker? Terima kasih ummi..ummi memang ibu yang terbaik di dunia ". Farish mengambil cawan dan menghirup minuman dengan penuh gelojoh.

" Hishhh..budak ni..panas lagi tu ",bebel Syarifah Asmah. Dia menggelengkan kepalanya bila melihat Farish terjerit kecil dan mengipas lidahnya.

" Humm..ada apa nak cerita dengan ummi ker Farish? ".

" Cerita apa ? ". Farish bertanya kembali.

" E'eh budak ni..buat-buat tanya pulak dia..ehh..kenapa lengan kamu ni luka? ". Syarifah Asmah membelek lengan anaknya yang berbalut. Nampak kemas. Tapi masih tak dapat meredakan perasaan risau di hatinya.

" Jatuh..hehehe ". Farish tersenyum lagi bila mengenangkan peristiwa itu.

Sebenarnya memang kereta rosak. Dia menunggu Pak Kassim datang. Terlintas idea bila terlihat tongkat pakcik yang di tolongnya tempohari. Dan dia cuba berlakon menjadi orang yang kehilangan penglihatan. mau merasa apa yang mereka rasai. Kegelapan..kesunyian..

Bila dia tersungkur dan di tolongi gadis yang selalu mengganggu lena semenjak terpandang di lampu isyarat, dia hanya mampu mendiamkan diri. Tergamam sebenarnya dengan pertemuan tak di sangka. Bila gadis itu mengandaikan dia buta..dia hanya mengiakan tanpa berfikir panjang.

Masalah sekarang ialah dia mencipta penipuan. Tipu yang dia buta...tipu tentang namanya..tipu mengatakan dia orang miskin..padahal itu semua sebaliknya. Aduhhh..mati aku kalau Qis tahu,keluh hatinya.

" Lah.termenung pulak dia..tadi senyum sorang-sorang..sekarang dah menung panjang pulak. Kamu ada masalah ker Farish? Pasal Mellisa lagi ker? ". Duga Syarifah Asmah bila melihat anaknya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

" Tak lah ummi..pasal Mel tu Farish tak mahu fikir. Semak kan otak jer ",dengus Farish.

Dia rimas dengan Mellisa yang mengganggu dia di pejabat saban hari. Merengek merayu meminta maaf. Mahu saja di layangkan tangan di pipi perempuan plastik tu ,tapi di sabarkan hatinya. Tak mahu mengecohkan keadaan.

" Ummi ni selalu kena tinggal sorang. Walid pergi mana? ". Soal Farish bila lihat ayahnya tiada masa dia balik tadi.

" Tu..pergi surau. Ada majlis yassin ".

Farish mengangguk perlahan. Biasa umminya ikut tapi kakinya bengkak jatuh bilik air tempohari membuatkan dia duduk di rumah saja. Dia memandang kaki umminya yang berbalut. Bengkaknya semakin susut. Alhamdulillah!

" Ummi..susahkan jadi orang buta ni ". Farish bersuara perlahan.

" Kenapa pulak ni..kamu tak apa-apakan Farish? ". Soal Syarifah Asmah risau. Jantungnya berdenyut pantas.

" Tak..cuma Farish kesian kat orang buta. Tak nampak apa pun. Gelap..gelita dunia mereka ".

Syarifah Asmah menarik nafas lega. Hampir tercabut jantungnya menunggu jawapan anak tunggalnya.

" Tapi..mereka nampak sebenarnya Farish. Melihat dengan mata hati. Tak seperti orang yang celik namun buta mata hati mereka ",jelas Syarifah Asmah.

" Kamu bercerita tentang buta ni kenapa pulak? ".

" Emm..haritu..Farish tolong sorang pakcik yang jatuh tepi jalan. So sekarang Farish cuba petang tadi..tutup mata..jalan guna tongkat ". Dia menyeringai.

" Tu yang luka ni ya..ehh..mana kamu dapat tongkat pulak Farish? Dah tu..ada siapa yang tolong tak? ". Soal Syarifah Asmah bertalu-talu. Teruja campur risau.

" Tongkat tu pakcik yang jatuh punya. Lupa nak bagi masa hantar hospital. Bila Farish nak jumpa dia dah balik pulak. ". Farish terkenangkan pakcik yang di tolongnya..sihat ker dia?

" Ohh..ada yang nolong kamu tak tadi? ".

" Ada..perempuan ". Farish tersenyum lagi bila terkenangkan kelembutan suara Balqis..emm..Balqis..seindah namanya..

" Perempuan? Cantik tak ? ".

Anggukkan Farish membuat Syarifah Asmah tersenyum lebar. Hatinya berbisik mengatakan anaknya sudah jatuh cinta lagi. Dia boleh baca dari gerak laku Farish.

" Siapa nama dia? Ehh..entah-entah orang punya " provok Syarifah Asmah.

Senyuman Farish mati. Ya tak ya jugak ekk..aduhh..macam mana nih?,bisik hatinya. Dia menyandarkan badan dan meletakkan tangan di belakang kepalanya.

" Dah lah tu Farish..kalau jodoh kamu..InsyaAllah..ada tu..jangan dok menung panjang. Ummi keluar dulu..walid kamu dah balik dah tu ". Syarifah Asmah berdiri perlahan-lahan. Sempat dia menepuk bahu anaknya perlahan. Sebelum dia menutup pintu sempat dia memandang anaknya yang termenung panjang.

Sebaik saja umminya keluar Farish mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Dia membelek nombor yang di berikan Balqis. Nak call atau tak? Nak atau tak? Kalau tak call aku yang rugi sendiri..kalau call mana tahu tunang orang ker..isteri orang ker..awek orang ker..mati aku kena belasah.

Tapi kalau wife orang tak mungkin dia bagi nombor phone dia kan..Farish tersenyum lebar. Jarinya pantas menaip menghantar mesej.

'Ehh..wait! Kan dia tahu aku buta..mana boleh taip mesej..aduhhhh..masalah betullll!,keluhnya sebelum mencampakkan telefon di atas katil.

Takper..takper..aku kena buat perancanagn lain untuk buat-buat terserempak dengan dia lain kali..ya..ya..itu harus aku buat..tapi aku kena menyamar lagi jadi orang buta yang miskin..aku nak tengok penerimaan dirinya walau aku tahu dia tulus.

Hmmm..kena uji dulu..kalau tak nanti jadi macam Mellisa..penuh kepalsuan!,bisik hatinya.

No comments:

Post a Comment