Thursday, August 13, 2009

Kasih Yang Satu [8]

" Farish..nak ke mana pagi-pagi ni ? ". Syarifah Asmah bertanya di balik rimbunan bunga kertas. Sememangnya dah jadi hobinya menanam bunga dan mencantikkan laman. Walaupun tugas selalunya di lakukan Pak Kassim tapi hujung minggu begini dia lebih gemar buat sendiri.

" Errr..nak keluar kejap ummi ". Farish terhenti melangkah. Dia mencari suara umminya. Terjengah-jengah dia seketika. Kunci kereta di masukkan dalam poket kembali.

" Ummi buat apa lagi tu? Kaki kan belum sembuh sepenuhnya? ". Farish bertinggung di sebalah umminya. Dia memerhatikan tunas tunas di batang pokok kertas.

" Emm..kemas sikit..ishh..kalau di ikutkan sakit, sampai bila nak baik..kena buat-buat bergerak jugak kan ". Lincah tangan Syarifah Asmah mengetip pucuk pucuk muda. Biar merimbun katanya..

" Tapi tengok keadaan sakit yang macam mana ummi. Hmm..walid mana ummi? Selalu hilang jer ". Farish sangsi dengan sikap ayahnya. Sering meninggalkan ibunya bersendirian. Nak kata bergaduh tak nampak pulak.

" Walid kamu? Tu haa..tak nampak ke apa kamu ni ?". Muncung Syarifah Asmah menunjukkan ke arah kolam ikan di tepi rumah.

'Lah..mana nak nampak..terlindung bangku',bisik hatinya dan tersenyum.

" Emm..Farish keluar dululah ummi..ada janji dengan kawan ". Farish bangun setelah bersalam dengan umminya dan membetulkan seluarnya.

Hari ini dia berpakaian sempoi. Baju T-shirt yang sudah lusuh begitu juga jeans. Letih malam semalam dia menyelongkar stor mencari baju lamanya. Mujur badannya masih begini..kalau tak..dah susahh..

Syarifah Asmah menghantar dengan pandangan mata. Dia pelik melihat cara pemakaian anak tunggalnya. Tak seperti selalu yang mementingkan gaya.

Dia bangun mendapatkan suaminya yang tekun membaca akhbar. Jalannya agak terhencot sedikit. Hati kecilnya berkata suaminya perlu tahu tentang Farish.

" Bang ".

" Mmmm".

" Banggg ". Syarifah Asmah mengeraskan suaminya. Dia geram bila suaminya tetap fokus pada pembacaan.

" Ia..apa..awak cakap lah ". Syed Zailani menjawab mendatar.

" Bang..dengarlah apa Mah nak cakap ni " desak Syarifah Asmah. Dia semakin sebal bila tak di endahkan.

" Awak cakap jelah..saya dengar ni ".

" Baik tak payah cakap kalau macam tu. Saya cakap dengan dinding jelah ",rengus Syarifah Asmah dan berdiri untuk masuk dalam rumah.

" Astagafirullahalazim..Mah..dah tua-tua gini pun awak nak merajuk jugak ker? Dahlah tu..buruk saya nengoknya. Boleh sangkut hanger pun muncung awak tu tau ". Usik Syed Zailani. Dia melipat ahkbar yang di bacanya. Cermin mata di simpan dalam kocek bajunya.

Air kopi di hirup. Syarifah Asmah hanya memerhatikan dengan riak masam.

" Apa dia yang penting sangat awak nak cakap ni Mah..hmm? ",soal Syed Zailani telus. Dia malas nak berkias lagi.

" Pasal Farish ".

" Kenapa dengan Farish? ". Dahi Syed Zailani berkerut. Tak sihatkah anaknya? Tapi tadi dia lihat ok jer..

" Penampilan Farish tu..tak seperti selalu ". Hatinya risau.

" Hahahhaa..awak ni kan Mah..sampai penampilan dia yang awak kisahkan. Saya ingat apa lah tadi..hishh ". Syed Zailani ketawa kecil. Dia gelengkan kepalanya. Dah kenapa dengan isterinya itu ya?

" Eh awak ni..memanglah saya risau. Dari smart,kemas..la ni pakai baju yang tak serupa baju...lusuh benar saya nampak. Pelik lah ". Syarifah Asmah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.


" Baju dia koyak-koyak ker? ".


" Tak lah ".


" Dah tu? ".


" Awak ni..". Syarifah Asmah mati akal.

" Dah..awak tak payah nak serabutkan kepala awak tu..InsyaAllah..dia anak kita..kan kita tahu perangai dia macam mana. Kot-kot dah bosan agaknya pakai baju selalu ",pujuk Syed Zailani.

" Emmm..entah-entah pasal perempuan tak bang? ". Mata Syarifah Asmah bercahaya tiba-tiba. Baru dia teringat minggu lalu anaknya ada perkatakan tentang seorang gadis. Kalau benar..lega hatinya...


" Perempuan? Perempuan mana pulak? "

" Yang awak sengih sorang-sorang ni kenapa pulak Mah oii? ".

" Takde apalah..dah..jom masuk..kata nak pergi rumah Tan Sri Yussof. Kang lambat pulak ". Syarifah Asmah bangun dan meninggalkan suaminya yang terpinga-pinga dengan sikapnya.

'Ishhh..dah kenapa dengan isteri aku ni yer..tapi syukur Alhamdulillah..kasih kami masih mekar mewangi,bisik Syed Zailani sebelum melangkah sama masuk dalam rumah.


********************************************************************


Dari jauh Balqis nampak Farid yang duduk di bangku. Bersendirian. Dia tersenyum.


" Assalamualaikum ". Sapanya lembut. Dia berdiri di hadapan Farid.


" Wa'alaikummusalam Qis. ". Farid mengukir senyuman. Lega hatinya. Bila Balqis lambat 15 minit,pelbagai andaian berlegar di fikirannya.


" Maaf lambat. Kereta Qis meragam tak mahu hidup . Tu yang lambat ".


" Tak per..janji datang...saya ingat Qis tak sudi datang tadi..yelah..takut Qis malu nak keluar dengan saya kan ".


" Ishh..takdelah..Qis tak kisah kawan dengan sesiapa pun Farid. Farid dah sarapan? ".


" Belum..tunggu Qis lah ".


" Lahai..ye ker? sorry..tapi Qis dah makan kat rumah tadi..dengan ayah..jom..Qis temankan Farid makan ya ".


" Hehehee..tipu jer ..Saya dah makan kat rumah tadi. Ummi buatkan ".


" Ummi?". Balqis pelik. Setahunya Farid tinggal dengan adiknya. Bukan ibunya. Hatinya di jentik perasaan kurang enak. Farid menipu?Takkanlah...


" Ehh..adik saya..emm..nama dia ummi..ummi sahara ",tergagap-gagap Farish mencipta alasan. Dia tahu dia terlepas kata.


" Ohh...". Hatinya lega. Sememangnya dia tak suka orang membohonginya. Walaupun perkara kecil. Memang itu pantangnya.


" Cantik Qis hari ni ". Puji Farish bersama senyuman.


" Terima kasih..ehh..tapi macam mana...? ".


" Qis..saya cuma tak nampak di mata..tapi bukan buta di hati. Dari suara saya tahu..Qis cantik orangnya ". Farish kembali menyusun ayat. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah kerana tersilap bicara lagi. Dia menggenggam kemas tongkat menahan resah.


" Awak sakit ker Farid ? ". Balqis bertanya bila lihat dahi Farid berpeluh-peluh.

" Taklah..emm..jom kita jalan Qis? ".

" Err..nak kemana? Boleh ker? ".

" Boleh apanya? ". Farish tak jadi bangun. Dari kaca mata hitamnya dia nampak Balqis memandangnya dengan riak kurang percaya.

" Takut awak jatuh lagi. ". Balqis berterus terang.

" Hari tu saya sorang-sorang. Hari ni awak ada kan Qis..so awak boleh tegur-tegur saya ". Farish tersengih. Dia tahu..dia terlupa lagi..

" Okey..dah..jom..kita pergi tepi pantai tu..walau awak tak boleh melihat sekurang-kurangnya awak boleh mendengar kan ? ". Farish ketawa . Alahai Qis..bukan takat mendengar..emlihat pun aku bolehlah..,jerit hatinya.

Belum jauh melangkah telefon Balqis berbunyi. Farish mengerling dari ekor matanya.

" Waalaikumussalam..ya Iqram.. ".

" You what? Haa? Okey..saya datang sekejap lagi ". Suara Balqis tergesa-gesa di pendengaran Farish. Hatinya tertanya-tanya siapa Iqram.

" Farid..Qis kena pergi dulu. Ada emergency. Maaf ya..lain kali kita jumpa ".

" Emm..tak mengapalah..". Farish melihat Balqis yang berlari-lari anak. Namun berpatah balik semula padanya.

" Errr..Farid..awak tak marah ker? ". Soal Balqis

" Taklah..takper..lain kali mungkin ada pertemuan kita. InsyaAllah ". Farish cuba tersenyum walau hatinya walang.

" Maaf ya Farid..Qis minta maaf banyak-banyak. Nanti Qis call Farid ya..Assalamualaikum ". dan Balqis terburu-buru melangkah hingga hilang dari pandangan.

Farish menjawab salam dalam hatinya. Dia melepaskan keluhan. Alahaii..baru nak mesra sikit dah ada jer halangan. Iqram..hmmm..siapa Iqram pada Qis tu? Mesti istimewa agaknya...sampai kelam kabut begitu.

Farish bangun dari duduknya. Dadanya sesak . Hatinya kurang senang. Dia tahu perasaan itu. Rasa cemburu...tapi..berhak ker aku cemburu pada orang yang bukan milik aku?,soal hatinya...

Akhirnya dengan langkah longlai dia meninggalkan taman itu dengan hati yang hampa. Alahai Balqisss....

**********************************************************************

" Iqram! ". Balqis melaung namanya bila nampak Iqram berdiri resah di depan pintu kecemasan Hospital Pakar.

Kalau di ikutkan hati dia memang tak mahu etrlibat lagi dengan keluarga bekas tunangnya. Tapi bila mengenangkan ibu ayah Iqram dia tak sampai hati pula. Mereka tak bersalah pun.

" Qis ". Muka Iqram sedikit bercahaya.

" What happen? ". Mata Balqis menjengah ke arah bilik kecemasan.

" My mum kena heart attack ".

" Uncle mana ? ".

" Belum sampai lagi. Dia on the way dari kelab golf. Nasib baik I ada kat rumah. Kalau tak..ishhh..tak taulah apa jadi ". Iqram meraup mukanya. Dia takut melihat ibunya tercunggap-cungap tadi.

" Sabarlah..InsyaAllah..aunty akan selamat. Kita sama-sama doakan ya ". tutur Balqis perlahan. Dia tahu saat ini Iqram perlukan teman untuk meredakan perasaan. Dia pernah mengalaminya dulu saat ayahnya di masukkan ke hospital ini. Bezanya..dia bersendirian..tanpa sesiapa..

" Terima kasih Qis..I betul-betul panik tadi..tak tahu nak buat apa..". Iqram menghembuskan keluhan.

" Takper..kita tunggu kat sini..kita serahkan pada doktor..yang penting you kena bertenang ". Balqis berkata lembut.

" Balqis??". Tan Sri Idham menegurnya.

" Ehh..Tan Sri ". Balqis bingkas bangun dan menyalam bekas ayah mertua tak jadinya. Dia tak perasan kehadiran Tan Sri.

" Ehh..apa Tan Sri pula..panggil uncle jer..macam dulu-dulu.Lama tak jumpa kamu.Kamu sihat? Bila sampainya? ".

" Alhamdulilah..sihat uncle..Qis baru jer sampai ".

" Kenapa tak call Dr. Badri Iq? ". Tan Sri Idham menyoal keras.

" Dr. Badri kan kat Australia pa..cuti..Iq dah call dia...Iq dah tak boleh fikir apa lagi. So Iq bawalah mummy kat sini '. Iqram menjawab mempertahankan dirinya.

" Dah tu tak boleh call Dr Lim? ".

" I've told you pa..Iq dah tak boleh nak pikir apa lagi ".

Pertelingkahan kecil mereka mati bila pintu bilik kecemasan di buka. Kelihatan Puan Sri Rogayah di tolak dengan wheel chair. Mukanya sedikit pucat dan lemah tak bermaya.

" Qis". Bersusah payah Puan Sri Rogayah menyebut namanya bila ternampak wajahnya.

" Aunty ". Balqis meluru dan bersalam. Dia tahu wanita itu menganggapnya sebagai anak selama ini. Cuma selepas insiden 'tak der jodoh' hubungan mereka terus putus. Balqis segan untuk bertandang ke rumah mereka.

" Shhh..jangan cakap banyak..aunty tak sihat..". Balqis tersenyum . Dia tahu kelopak mata Puan Sri Rogayah bergenang. Dia juga..cuma dia tak mahu tunjukkan dengan semua.

" Doktor..macam mana isteri saya? ". Tan Sri Idham bertanya bila melihat isterinya.

" Emm..actually her condition is ok but kena stay kat sini untuk satu dua hari untuk pemantauan . Sekejap lagi kita akan bawa masuk dalam wad...so encik boleh uruskan di kaunter dulu ya. "Tan Sri Idham mengangguk berkali-kali dan memandang wajah lesu isterinya.

Balqis merenung wajah Puan Sri Rogayah yang nyenyak tidur. Iqram dan Tan Sri Idham keluar mencari makan. Dia yang menawarkan diri untuk menjaga sebentar. Tiba-tiba dia teringat ayahnya di rumah. Alamak!..Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon dalam beg dan mendail.

" Assalamualaikum ayah ",ucapnya bila mendengar suara ayahnya di talian. Dia bergerak menjauh katil. Tak mahu mengganggu lena Puan Sri Rogayah. Dia berdiri di tepi jendela memerhatikan keadaan luar.

" Emm..bukan..Qis kat hospital ni ".

" Bukan..Qis sihat..Qis tak der apa-apa..ayah jangan risau ".

" Hmm..Aunty Gayah masuk hospital. Qis ada tunggu dia sekejap ni..haa..yelah..InsyaAllah..nanti Qis sampaikan..okey..ayah jangan keluar rumah tau..tunggu Qis balik..ingat ya..okey..waalaikumussalam ".

Balqis berpusing. Matanya besar bila lihat Puan Sri Rogayah tersenyum kearahnya. Ehh..tak tidur ker?,bisik hatinya.

" Qis ". Puan Sri Rogayah menggamitnya.

" Aunty dah bangun?. Maaf kalau Qis mengejutkan aunty ".

" Taklah..". Tangannya di elus lembut Puan Sri Rogayah.

" Qis..mummy rindu dengan Qis..kenapa Qis tak pernah nak jenguk mummy lagi ? ". Puan Sri Rogayah bersuara sayu. Dulu..Balqis memanggilnya mummy..kini..

" Qis pun rindukan aunty..maaf lah..sebab Qis tak datang..Qis sibuk dengan kerja ". Balqis beralas menjawab. Dia tahu jawapannya tak relevan sama sekali.

" Sibuk..yelah..". Ada nada jauh hati di situ. Balqis di buru rasa bersalah.

" Aunty..jangan begini..InsyaAllah..nanti Qis datang ya..yang penting sekarang aunty kena berehat dulu. Kita cerita lagi lain kali ". Balqis menarik selimut dan mencium dahi bekas mak mertua tak jadinya. Dia tahu..dengan Puan Sri Rogayahlah dia menumpang kasih seorang ibu.

Di luar pintu..Iqram berdiri tegak. Hatinya di runtun pilu bila mendengar kata ibunya. Dia tahu..semua salah dia kerana melepaskan Balqis demi memuaskan hatinya.

' Maafkan Iq mummy..'.

1 comment:

  1. cian pulak kt farish ni
    br je nk mula ngurat ade pulak gangguan
    chaiyok2 farish..nti ade la peluang tu kan

    ReplyDelete