Wednesday, September 30, 2009

Kasih Yang Satu [17]

Balqis termenung di tepi katil. Dia memerhatikan nafas turun naik Iqram yang sedang lena. Seketika perasaannya bercampur baur. Antara sedih,marah dan kecewa. Sedih bila melihat Iqram terlantar di hospital kerananya..Marah dan kecewa dengan tindakan Iqram yang membuat keputusan melulu.

Hampir seminggu dia menjadi penghuni setia hospital. Namun Iqram masih jua tak sedarkan diri. Teringat dia dengan panggilan yang di terima minggu lepas .

" Qis..mummy ni ". Terdengar esakan di hujung talian.

" Ya aunty..kenapa sedih ni ?".

" Iqram..dia..dia..".

" Iqram? kenapa dengan dia aunty? '. Jantung Balqis berdenyut pantas. pasti ada perkara yang buruk berlaku.

" Qis..tolong datang sini cepat..aunty takut kalau jadi apa-apa dengan Iqram tu..tolong aunty Qis ". Rayuan di hujung talian buat hati Balqis terharu. Walau apa pun yang terjadi antara dia dan Iqram perkara itu tak harus di panjangkan.

" Ya..ya..Qis datang sekarang..aunty cakap dulu kat mana sekarang ni ya ",pujuk Balqis perlahan. Setelah menyalin alamat sepantas kilat dia keluar dari pejabat. Di beritahu pada Amira ,dia mengambil cuti separuh hari.

" Qis..Qis..". Suara Iqram memecahkan lamunanya. Di pandangnya Iqram dengan rasa bersyukur..sedar juga akhirnya..

" Iq..shhhhh...jangan banyak gerak..". Balqis pantas menahan badan Iqram dari bangun. Air matanya menitis.

" Iq nak minum air ker? ".

" Emm ". Balqis cepat-cepat menuang air di cawan dan meletakkan straw..agar mudah Iqram menyedut.

" Kenapa menangis ni sayang..hmmm? ". Iqram bersuara lembut. Di capainya tangan Balqis.

" Kenapa buat macam ni Iq..kenapa buat macam tu? ". Balqis mula teresak-esak.

" Entahlah..Iq tak tahu..dari kehilangan Qis..baik Iq mati jer ".

" Jangan cakap macam tu Iq..Iq tahu tak perbuatan Iq tu berdosa..kenapa harus rosakkan diri sendiri? ". Balqis menyembamkan muka di dada Iqram. Hilang sudah rasa marah yang membelenggu dirinya selama ini.

" Qis..Iq sayangkan Qis..Iq tak mahu kehilangan Qis buat kali kedua..". Tangan Igram membelai tudung Balqis. Bila tersedar perbuatannya,Balqis segera bingkas bangun. Dia tahu perbuatannya tadi berdosa.

" But you should not do this Iq..tak kesian ke kat your mum and dad?". Soal Balqis memandang wajah Iqram. Air matanya masih lagi mengalir laju.

" Sorry..Iq tak fikir semua tu..yang Iq fikir Qis jer ". Iqram cuma tersenyum.

" Lain kali jangan buat lagi Iq..Qis tak suka ". Balqis menyapu air matanya.

" Boleh..tapi Qis mesti janji..Qis takkan tinggalkan Iq lagi..promis ya..can u? ". Suara Iqram merayu.

Balqis terpana. Dia tak tahu nak jawab apa. Seketika dia terkenangkan lamaran syarifah Asmah untuk Farish..Sejak dari malam kenduri..Farish seakan tak berputus apa memenangi hati wanitanya. Berjambak bunga memenuhi kamarnya..berkotak-kotak coklat di dalam peti ais.

" Qis..". Panggil Iqram perlahan. Dia dapat melihat perubahan air muka Balqis sebentar tadi.

" Iq..jodoh pertemuan di tangan Allah..yang penting sekarang kesembuhan Iq..Qis akan cuba untuk sentiasa di sisi Iq..tapi Qis tak mahu berjanji..takut Qis tak mampu penuhi..Iq faham kan apa maksud Qis? ". Dengan penuh berdiplomasi Balqis bersuara.

Anggukan dari Iqram melegakan hati kecilnya. Dia tersenyum lega.

*****************************************************************************

Farish menutup file di hadapannya. Lagi pagi tadi fikirannya terganggu. Terganggu oleh permintaan Balqis yang dia rasa tak masuk akal..tapi..betul ker tak masuk akal?

Dia mencampakkan pen di hadapan. Mahu saja dia menjerit kuat. Matanya menyoroti tingkahlaku Balqis di luar cermin gelap.

" Awak..jangan buat saya macam ni awak..",ucapnya perlahan. Matanya menangkap surat yang di serahkan Balqis semalam setelah bercuti seminggu.

" Apa ni Qis? ". Soal Farish kehairanan bila Balqis meletakkan surat di atas mejanya.

" Saya nak bagi notis Encik Farish. Saya nak berhenti kerja ". Ucapan pendek itu buat jantung Farish seakan mahu gugur. Di pandang wajah Balqis dengan rasa tidak percaya.

" Tapi kenapa? ". Soal Farish meminta jawapan.

" Saya dah terangkan dalam surat tu encik..maafkan saya..". Farish lihat Balqis tunduk. Dia bagai mendengar getaran dalam bicara Balqis.

" Balqis..awak ada masalah ke? Seminggu awak cuti..tiba-tiba balik kerja kata nak berhenti. ke ada kena mengena dengan kejadian di rumah saya tempohari?". Farish menahan debar menanti jawapan dari Balqis.

Jawab Qis..pleasee..,jerit hatinya.

" Tak encik..itu takde kena mengena..sebenarnya saya nak melanjutkan pelajaran jer..".

" Di mana? Malaysia atau luar negara? ".

" Masih di Malaysia encik ".

" Ambil course sepenuh masa atau separuh masa? ".

" Separuh jer encik "

" ohhh..kalau macam tu..tak payahlah berhenti..awak masih boleh kerja di sini kan?". Farish menarik nafas lega.

" Maafkan saya encik...tapi saya takut tak boleh nak bahagikan masa antara belajar atau kerja "

" No..saya tak terima surat awak..keputusan saya muktamad. ". Farish bersuara tegas.

" But encik..".

" No obligation..! So..kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar ".

Serentak itu dia melihat Balqis berlalu tanpa mengambil surat di atas mejanya. Bila Balqis menghampiri pintu dia memanggil lembut.

" Nur Balqis..".

" Ya..". Balqis menoleh.

" Please..don't leave me.". Farish merenung lembut.

Namun Balqis tidak menjawab apa-apa dan terus saja keluar meninggalkan dia yang hampa.

Tok!Tok!Tok! Ketukan di pintu mencantas khayalannya.

" Masuk ". Dia membetulkan kedudukannya di kerus dan pura-pura sibuk. Dia menunduk.

" Assalamualaikum ". Halus suara menegurnya.

" Wa'alaikummussalam". Farish mendongak. Errkkk..nafasnya semput seketika..Syarifah Mellisa di hadapannya. Dia menjeling Balqis di luar yang tekun menaip.

" Hai..sibuk ker? ". Mellisa sudah melabuhkan punggungnya di kerusi.

" Yup..you nak apa datang sini lagi Mel? ",soal Farish sedikit jengkel. Susah sangatkah wanita ini mengerti yang dia sudah tak sudi?

" Jangan begitu Rish..I datang nak ajak you keluar makan jer..". Riak muka mellisa berubah sebentar tadi.

" Kenapa tak call dulu? ".

" Kalau I call you nak ke jawab panggilan I ? ".

Gulp! Ya tak ya jugak ehhh..Dia tahu dia selalu membiarkan panggilan dari Mellisa tak di jawab.

" Tu maknanya I sibuk lah..",acuh tak acuh saja Farish menjawab.

" Setiap waktu?Even weekend? Every night?". Mellisa bersuara geram.

" Yup..I kan busy..sejak ambil alih tugas walid ". Farish mencipta alasan.

" Takpelah kalau gitu..I balik dulu lah . Maafkan I sebab ganggu you ". Suara Mellisa berubah kecewa. Dia segera bangun.

" Mel..wait..okey..kita pergi makan..". Farish tak sampai hati melihat riak muka Mellisa sebentar tadi. Dia tahu bagaimana rasanya di kecewakan.

" Okey..". Senyuman Mellisa melebar. Jeratnya mengena! Dia ketawa dalam hati..

No comments:

Post a Comment