Wednesday, September 2, 2009

Kasih Yang Satu [14]

" Err..ummi..pakcik..tunggu sini kejap ehh..Rish ambil kereta dulu ". Farish mendudukkan Hasyim di bangku berhampiran.

" Hmm..yelah..". Ucap Syarifah Asmah memerhatikan keadaan sekeliling. Dah nama hospital..ada jer yang datang tak putus-putus. Nasib baik Farish tak jadi doktor..kalau tak..kasihan dia..

Tanpa sedar Syarifah Asmah mengeluh perlahan.

" Kenapa? ". Suara Hasyim tiba- tiba melantun.

" Kuss..semangat..Ya Allah..terperanjat saya bang ". Syarifah Asmah mengurut dadanya. Hampir saja dia menjerit.

" Maaf..salah saya ". Hasyim serba salah.

" Tak mengapa..ehh...nama abang siapa ? lagi tadi kita dok bual..nama pun tak tahu ". Seloroh Syarifah Asmah.Dia mahu ciptakan kemesraan dalam kesunyian.

" Hmm..panggil abang,,abang Hasyim saja..kamu siapa namanya. Suami tak ikut sekali? ".

" Syarifah Asmah..panggil Mah jer. Suami saya sibuk..sepatutnya dia hantar tapi ada perkara penting di pejabat..tu yang Farish hantar tu ".

Farish? Nama itu berlegar-legar di kepala Hasyim. Mungkin nama pemuda itu agaknya. Kalau ibunya Syarifah..mesti keturunan Syed ni..kalau keturunan Syed penampilan mereka tentu hebat-hebat belaka,kaulnya dalam hati.

" Maaf bang..saya bertanya..dah lama abang hilang penglihatan? ". Berhati-hati Syarifah Asmah bertanya. Takut menyinggung perasaan Hasyim.

" Hmm..lama dah..mata abang ni dulu elok..tapi dermakan pada anak perempuan saya..dia jelah satu-satunya yang terselamat waktu kemalangan dulu. Dia masih muda..banyak nak di terokainya..". Ucap Hasyim tersenyum bila mengenangkan ketulusan anaknya.

" Lahhh..ia ker? Maafkan saya lagi bang..dah buka cerita lama ".

Syarifah Asmah melihat jam di tangan. Hampir 15 minit menunggu..Farish masih tak datang lagi..takkan jauh sangat parking tu?

Deringan telefon memutuskan lamunannya. Dia memandang skrin telefon.Farish? Kenapa pulak?

" Ummi...sorry..lama tunggu..Farish masih kat parking ni..ada kereta block..tak boleh keluar..ummi masuk dululah yer..kat luar tu panas..nanti 1 minit nak sampai Rish call ummi ya ". Suara Farish putus tanpa sempat Syarifah Asmah bertanya.

Hishh..budak nih..terus letak jer?,getus hatinya.

" Hmm..bang..jomlah kita tunggu kat dalam..Farish lama lagi kat parking..ada kereta block laluan..kat luar ni panas.."ajak Syarifah Asmah. Namun dia sendiri bingung bagaimana nak membawa Hasyim. Takkan nak pegang tangan dia? Ishh..berdosa...aduhh..macam mana ni ekk? Syarifah Asmah menggaru kepalanya yang tak gatal.

" Ayah...". Sapaan satu suara membuatkan Syarifah Asmah menoleh.

Seketika dia terpinga..MasyaAllah...redupnya muka dia,bisik hatinya.

" Ehh..Qis..kenapa kamu datang? Kereta kamu macam mana? Kamu ok ker? ". Hasyim kaget bila terdengar suara anaknya.

" Ayah..Qis tak apa-apa..ni Qis nak jemput ayah balik lah..bila Qis call Mak Lang..dia kata ayah tak call pun..risaulah Qis..ayah ni pun ". Balqis mengelus lengan ayahnya lembut.

" Ayah lupa lah Qis..ada orang yang nak hantar ayah balik. Qis ingat tak..yang ayah masuk hospital dulu..orang yang tolong ayah..dia ada kat sini..tapi sekarang kat parking..rasanyanya mak dia ada kat sini kan ..".

Balqis menoleh sebelah. Ada senyuman terukir di wajah itu.Dia cepat-cepat menghulurkan tangan untuk bersalam. Hampir-hampir saja dia terlupa orang di sekeliling kerana risaukan ayahnya.

" Assalamualaikum makcik ".

" Wa'alaikumsalam ". Jelas Syarifah Asmah senang dengan budi bicara anak gadis Hasyim.

" Maafkan saya makcik..sebab dah menyusahkan makcik sekeluarga. ". Balqis tersenyum.

" Ehh..tak mengapa..lagi pun jalan rumah sehala..Ehhh..sebut pasal sehala ni..jemput datang rumah ummi hujung minggu ni..ada kenduri doa selamat ",pelawa Syarifah Asmah ikhlas.Namun dalam hatinya ada agenda lain.

" InsyaAllah makcik..kalau takde apa aral..saya dengan ayah akan hadir majlis tu ". Balqis tak berani berjanji. Dia tahu keadaan sekarang tak mengizinkan untuk ke mana saja. Keretanya tersadai di bengkel lima hari. Ke hospital ni pun dengan teksi.

" Emm..makcik..saya minta diri dululah..rasanya pakcik teksi tu dah lama menunggu..nanti marah pulak orang lain sebab halang laluan..sekali lagi terima kasih ya makcik..Mudah-mudahan murah rezeki makcik ".

" Hmm..yelah..datang tau..makcik tunggu..". Hati Syarifah Asmah berbunga-bunga.

" InsyaAllah..Assalamualaikum ".

" Waalaikumussalam". Syarifah Asmah menghantar pemergian dua beranak itu dengan mata. Dia melilau mencari bayang kereta Farish..baru jer dia meraba mencari telefon..terdengar suara Farish yang memanggil.

Dengan langkah perlahan dia menuju kereta dan menutup pintu.

Farish yang tercengang-cengang melihat ibunya seorang. Mana pakcik tadi?

" Emmm..anak dia dah sampai..dah ambil tadi..tulah..kamu lambat sangat..dah..jalanlah..",jawab Syarifah Asmah bila melihat anaknya terpinga-pinga.

" Kata tak ambik..eksiden..macam mana pulak dia datang ummi? ". Soal Farish perlahan sambil berfikir. Bila dia mendengar letusan ketawa kecil dari Syarifah Asmah..dia menoleh menagih jawapan.

" Kamu ni pun..kat sini kan banyak teksi..bayar jelah..". Syarifah Asmah menggelengkan kepalanya. Bibirnya mengukir senyuman bila teringat anak gadis Hasyim. Cantik orangnya.

" Yang ummi senyum ni kenapa? ". Seketika Farish menoleh dan kembali memandang jalan raya.

" Emmm..anak pakcik tu..cantik Rish..kalaulah jadi menantu ummi..tentu best kan? ". Suara Syarifah Asmah teruja. Dia mahu memancing perhatian anaknya.

" Kalau cantik tak semestinya baik ummi ". Farish menjawab mendatar. Dalam hatinya terasa kurang enak. Ada muslihat ummi ni! Macam cara dia kenalkan dengan bekas tunangnya dulu.

Mellisa!..emmm..lama nama tu tak muncul. Orangnya pun dah menghilang..bagus jugak..aman hidup aku..,bisik hati Farish.

" So..macam mana Rish..mahu tak kamu kenal budak tu? ".

" Kenal?..ehh..kenal apa pulak ummi ni? ". Farish terpinga-pinga.

" Allah..budak bertuah ni..kita ingat dia dengar apa yang kita cakap tadi..ni..kamu nak tak kenal dengan budak tu..ummi dah jemput dia datang hujung minggu ni..ummi rasalah..ini jodoh terbaik kamu ..hati ummi berkata ". Syarifah Asmah telus memujuk Farish. Dia tahu anaknya perlu di psiko dulu.

" Ummi..tak payahlah..Rish senang begini..tak di ikat sesiapa..pergi mana-mana tak perlu risaukan siapa..kecuali walid dengan ummi lah..".

" Jadi...kamu tak nak kahwin? ". Soal Syarifah Asmah terkejut.

" Ummi ni..merepek pulak..nak..mestilah Farish nak kahwin..Rish pun lelaki normal yang mahu hidup berkeluarga jugak..cuma..bukan sekarang ummi..not now... ". Farish ketawa kecil. Ummi..ummi..ke situ pulak dia fikir.

" Alhamdulillah..lega hati ummi dengar..tapi..cubalah..kenal dulu..mana tau " Syarifah Asmah terus memujuk .

" Ummi..dahlah tu..sampai masa..sampai ketika..adalah jodoh Rish..ummi doakan je yang terbaik untuk Rish ya ". Farish menggenggam tangan Syarifah Asmah. Dia tahu umminya bimbang..namun apa daya nya...jodoh pertemuan di tangan Allah..

" Hmm..yelah". Syarifah Asmah mengeluh. Dia tahu hati anaknya. Bila terluka lambat nak sembuh..kasihan kamu Farish..ummi cuma mahu kamu bahagia nak,bisik hati kecilnya sebelum memejam mata.

****************************************************************************

" Qis ". Hasyim memanggil dari ruang tamu.

" Ya ayah..kejap ya..Qis nak habiskan cuci pinggan ni ". Dengan cermat Balqis membilas pinggan dan susun di tempat yang di sediakan. Dia di didik dari kecil orang arwah ibunya tentang kebersihan dan keselesaan. Biar rumah tak besar..asalkan kemas dan bersih..

Dia membawa secawan air kopi kegemaran ayahnya dan meletakkan di atas meja.

' Ya ayah..kenapa? sakit dada lagi ker? ". Balqis risau..risau dengan kesihatan ayahnya yang tak menentu sekarang ini. Mungkin perubahan cuaca agaknya.

" Emm..ni..hujung minggu ni..kamu nak pergi tak rumah kenduri tu? ". Hasyim akhirnya meluahkan apa yang berlegar di minda.

" Entahlah ayah..kereta Qis rosak..takut tak sempat..lagipun..Qis seganlah ayah..makcik tadi nampak macam orang berada jer..kita ni siapalah ayah..". Suara Balqis mendatar. Dia tak mahu peristiwa dulu berulang kembali. Cukuplah dia mendengar umpatan sanak saudara Iqram tentang dia dan ayahnya..yang konon cuma mahu mengikis harta.

" Tak boleh macam tu Qis..dia dah jemput..kita mesti pergi..rasanya macam mengharap kamu pergi tu..". Nasihat Hasyim. Dia sedar suara Balqis yang bergetar bila bercakap tentang kekayaan. Dia tahu hati Balqis terluka dulu..hatinya juga..namun..

" Ayah tahu tak alamat makcik tu ?".

" Tak..".

" Allah..macam mana nak pergi kalau tak tahu? ".

" Lahh..ayah ingat kamu dah ambil ". Hasyim kesal dengan keterlupaannya.

" Hmm..takder rezekilah ayah kita nak pergi..takpelah..lagipun hujung minggu ni rumah boss Qis nak buat kenduri..dia jemput semua staff dia anak beranak. Ayah temankan Qis ya..",pujuk Balqis lembut.

" Kamu kata kereta takder ".

" Heheheh..naik teksilah..". Balqis ketawa bila tersedar kebodohannya.

" Hmm..yelah..ayah nak masuk tidur dulu..kamu tu..jangan berjaga lewat sangat..dengan mana solat tahjud..dengan mana berjaga..nanti kamu sakit Qis ".

" Yelah ayah..ayah jangan risau..lepas ni Qis masuk tidur ya..". Jawab Balqis lembut sambil mengurut lembut tangannya yang sengal akibat kemalangan kecil pagi tadi.

Lama Balqis terpaku di ruang tamu. Mahu menonton tv malas..sudahnya dia terus masuk ke bilik.

Aduhai mata...tidurlah,bisik Balqis perlahan. Namun dalam kesamaran malam..hatinya di pagut rindu..

Tak mahu melayan perasaan dia bingkas bangun dan menuju bilik air. Baik mengaji dari berfikir yang bukan-bukan,kata hatinya.

Dan..di kesunyian malam..terdengarlah alunan suara Balqis....

Hasyim yang berada di sebelah bilik mengucapkan syukur..Syukur Alhamdulillah..Balqis secantik namanya..secantik peribadinya...

1 comment:

  1. alaa malu pulak farish bila ummi usik dia ni
    hahaha...harap2 qis g umah farish nti :p

    ReplyDelete