Monday, September 28, 2009

Dan Sebenarnya ~ Special Entry ~

Salam teman-teman..hamba rasa nak tunaikan permintaan seseorang untuk buat special ent3 bagi citer merapu hamba ni..bolehkan..tapi..kalau tak menepati cita rasa tu..maaflah ya..sebab idea bagai dah kering kontang..uwaaaaaaaa......



***************************************************************************


" Mama...". Ain Hawani merengek manja di hadapanku. Matanya terpisat-pisat memandangku. Mungkin baru bangun tidur agaknya.

" Sini sayang..kesian anak mama..mengantuk lagi ya..". Aku menepuk nepuk pehanya perlahan dan mengusap rambutnya yang ikal. Hmmm..persis ayahnya.

Mataku tertancap inai di jari. Merah menyala. Aku ukirkan senyuman dalam diam. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..lagi lima jam aku akan menjadi isteri Adam. Perasaanku?..tak usah di tanya..sayu..syahdu..bahagia..semua bercampur aduk menjadi satu.

" Wehh..Hani..mender yang kau tersenyum senyum sendiri ni ". Tepukan di bahu menyedarkan aku. Wajah Nadia aku pandang.

" Senyum sedekah untuk kau..ehhehe ".

" Banyaklah kau sedekah..nah..ni..makan..dah nak tengahari..tak makan lagi..kang pengsan masa sarung cincin ". Nadia menghulurkan sepinggan nasi bersama lauk pauk.

" Terima kasih Nad..ni yang buat aku makin sayang kat kau..tapi..nanti kejap ehh..aku..".

" No kejap-kejap..makan tetap makan..". Nadia membulatkan mata.

Aku ketawa kecil. Pinggan aku sambut dan letakkan ke tepi.

" Lahai sayang..macam mana aku nak makan..ni..nampak..siapa baring atas riba..". Mulutku memuncung ke bawah. Ain Hawani nyenyak tidur.

" Alololololo anak aunty ni..tidur ya sayang..hmm..lepas ni..Ain tak boleh tidur dengan mama lagi..mama dah ada kawan tidur ",usik Nadia mengelus lembut pipi anakku.

" Nad..".

" Hmm..apa dia? ".

" Terima kasih.."

" Pasal apa pulak? " Dahi Nadia berkerut memandangku.

" Untuk segalanya..masih lagi ada di sisi aku dalam keadaan apa pun..dan tumpangkan aku kat rumah kau buat majlis ni. Aku segan pulak Nad "

" Hani..kau kawan aku..dan aku dah anggap kau sebahagian dari keluarga aku..apa pulak cakap macam ni..aku tak sukalah ". Nadia menarik muka.

" Sorry..tapi tulah..memang aku segan ". Aku tarik tangannya.

" Hani..kan aku dah cakap dulu..kau masih ada aku..masih ada keluarga aku untuk bergantung...jadi..apa lagi nak segan..mak ayah aku kau dah kenal lama..diorang pun tak kisah tau ". Nadia masih lagi merungut.

" Yelah..yelah..aku tau..tapi...".

Kata-kataku terhenti bila terdengar deringan telefon tak jauh dari sisi. Aku gapai dan melihat skrin. My dear Adam..

" Hello sayang...". Suara Adam girang di talian. Aku mengukir senyuman.

" Assalamualaikum ".

" Errkkk..hehhee..waalaikumussalam..sorry..terbabas pulak ".

" Takper..hmm..nak apa? ".

" Nak you..hehheee". Terdengar Adam ketawa di talian. Aku ketap bibir menahan geram.

" Adammmm...".

" Sayang..". Suaranya tiba-tiba manja di halwa telingaku.

" Hmmm...". Aku kawal perasaan. Sungguh..aku bahagia..juga tergoda mendengar nada suaranya tadi..tapi aku kawal sebaik mungkin bila Nadia masih di hadapanku tersengih-sengih.

" I love you ".

" I know..me too ",ucapku berbisik.

Nadia perlahan bangun dan mengambil Ain dari ribaku. Dengan mata aku beri isyarat menunjukkan aku berterima kasih.

" Sayang..".

" Ya manja..",usikku perlahan.

" Adam nak sayang tahu..Adam terlalu sayangkan wanita bernama Hani Zahra..tapi..seandainya jadi apa-apa kat Adam..Adam mahu Zara teruskan hidup dengan tabah ya..jangan bersedih..".

" Kenapa cakap macam tu..Zara tak sukalah..". Dadaku berdebar-debar.

" Tak..ni kalau kalau lah..bukan betul..",Adam ketawa kecil.

" Takder kalau-kalau Adam..Adam dah janji nak jaga Zara kan..so..Adam tak boleh tinggalkan Zara ",ucapku sebak. Aku tahu perasaanku bagai tak keruan sejak dua tiga hari ini. Bagai ada perkara buruk yang akan berlaku..

" Sayang menangis? Dahlah..janganlah..nanti petang dah tak cun tau..sian Adam..".

" Mana ada menangis..pandai jer..emmm..bertolak dari KL pukul berapa? ". Aku kesat air mata yang tumpah. Tak mahu di kesan sesiapa.

" Kejap lagi..semua tengah siap-siap ".

" Hmm..yelah..jangan bawa kereta laju-laju ya..baik-baik drive ",pesanku seperti selalu.

" Ya tuan puteri..oklah..mama dah panggil..jumpa nanti..sayang..",panggilnya lembut.

" Ya Adam ".

" I nak dengar sekali you panggil I abang..bolehkan..please ".

Pipiku berbahang..Aduhh..malunya..walau hanya dalam talian..aku tahu..aku tak pernah memanggilnya dengan gelaran istimewa.

" Errr..a..aab..aaa ".

" Takpelah..nanti you biasakanlah ya..". Suaranya kendur.

" Ok..hati-hati ya abang sayang..Zara setia menunggu ."

" Wahhhhhhhh..apa sayang cakap tadi..abang tak dengar..".Suaranya girang di talian.

" Assalamualaikum ",Aku tersenyum. Pura-pura tak dengar soalannya. Malu..ya..memang aku malu..alahai Adam..andainya kau tahu betapa aku cinta..

" Wait..waitt..sayangg..sayangg ". Aku terus menekan butang merah mematikan talian.

Tak lama kemudian terdengar mesej masuk. Aku tahu dari Adam.

" Kali pertama bersua..aku telah jatuh cinta..dua kali bertemu aku tahu cintaku untukmu..tiga kali berjumpa..aku pasti kau tercipta untukku saja..wahai puteri hati..cukuplah andai kau ketahui..aku..terlalu menyintai..".

Tanpa di suruh..air mataku mengalir..aduhai Adam...harus kau tahu..aku juga seperti kamu...

****************************************************************************

Jam sudah menghampiri pukul 5.00 petang. Adam dan keluarganya sudah lewat setengah jam dari waktu yang di janjikan. Aku bingkas bangun mengintai di jendela.

" Hani..dahlah..duduk..pening aku tengok kau ke hulu kehilir..InsyaAllah..dia sampai nanti ". Nadia bangun dan menarikku untuk duduk di birai katil.

Aku pandang mukanya. Aku tahu..dia juga gelisah sepertiku. Aku capai telefon dan mendail nombor Adam. Tapi hampa..talian tidak dapat di sambungkan..

" Nad..macam mana kalau jadi apa-apa kat dia ? '.soalku kejap-kejap melihat tingkap.

" Hani..jangan fikir yang bukan-bukan. InsyaAllah..diorang selamat..jem agaknya ". Nadia memegang kejap tanganku.

" Tapi..aku risaulah..tadi..dia dah cakap yang bukan-bukan..Nad..aku takut.. ". Air mataku mula merembes.

" Allah hai Hani..ehh..jangan menangislah..nanti tak cantik dah kau..". Nadia bingkas bangun mengambil tisu.

Aku dah tak kisah dengan mekap semua..biarlah..aku cuma mahu tahu situasi Adam..Ya Tuhan..jangan KAU ambil Adam dariku..jangan Ya Allah..aku mohon..

" Hani..dahlah..doakan dia tak apa-apa ". Nadia menepuk belakangku perlahan.

" Nad..kalau dia pergi tinggalkan aku ..aku nak buat apa Nad?..aku tak nak kehilangan dia ". Aku terus menangis. Ya..aku takut..takut di tinggalkan lagi..kalau dulu aku boleh berjauhan..boleh menahan hati..tapi bukan sekarang..saat aku buka pintu hati seluas-luasnya untuk Adam..

" Hani..kau masih ada aku dan keluarga aku..dahlah..jangan fikir yang bukan-bukan..dah..jap lagi kang mak andam menjerit tengok mekap kau dah comot ',pujuk Nadia mengesat airmataku.

Tiba-tiba pintu di kuak dari luar. Mama Nadia berdiri di hadapanku. Matanya berkaca. Dia memandangku sayu.

" Hani..",panggilnya sayu.

" Mama kenapa ni ? ",soal Nadia. Dia turut cemas bila melihat air mata di pipi mamanya. Di tangan kanan mamanya dia memegang telefon bimbit.

" Adam..dia..banyakkan bersabar ya Hani ". Ucapannya yang buat jantungku seakan berhenti. Adam? kenapa dengan Adam? Apa dah jadi dengan dia??. Aku seperti mahu menjerit namun bibirku terkunci.

" Kenapa dengan abang Is ma? ". Nadia sudah memeluk bahuku kejap. Dia seakan tahu apa yang bakal di katakan mamanya.

" Dia..terlibat dengan kemalangan jalan raya..keadaanya teruk",ucap mama Nadia pendek . Ucapan yang bagai merentap nyawaku.

Adam..kemalangan?..Ya Allah..Adam..Adam...Adammmmmm...Pandanganku kelam..nafasku tersekat-sekat..aku pandang inai di jari. dan seketika..terngiang-ngiang katanya di talian sebentar tadi..

'..tapi..seandainya jadi apa-apa kat Adam..Adam mahu Zara teruskan hidup dengan tabah ya..jangan bersedih '

Dan seketika itu aku rebah tak ingat apa-apa lagi.


**********************************************************************

Aku duduk berteleku di situ. Menyudahkan bacaan Yassin. Batu nisan aku pegang. Ada sebak bermukim di dada. Air mawar aku siram..bunga aku tabur..

'Tenanglah dikau wahai kasihku..moga satu hari kita kan bertemu',bisikku menahan hiba yang bertandang.

Benarlah kata orang..mencintai..tak semestinya memiliki..memiliki bukan bermakna kan kekal abadi..aku pernah menyintainya dengan sepenuh hati..aku tahu dia juga begitu..namun takdir Tuhan tak siapa menduga..kami di pisahkan oleh dua dunia..

" Mama..jom ". Ain Hawani bersuara di sebelahku.

Aku mengesat air mata yang mengalir. Senyuman aku ukir padanya. Dia bangun dan menolongku mengemas tikar.

" Sayang..". Elusan di bahuku memberhentikan tingkahku.

" Abang..maafkan Zara..". Aku tunduk mengucup tangan suamiku. Dia tersenyum dan mengusap kepalaku.

" Tak mengapa..abang faham..dah..jangan banyak menangis..abang ada kan..kesian baby tu..",usiknya perlahan.

Aku tersenyum memandang mukanya. Perlahan aku berpaling pada pusara arwah Amirul. hanya titipan doa aku dapat sampaikan padanya. Syukur Ya Allah..suamiku ini memahami..tak pernah menghalang untuk aku mengunjungi pusara bekas arwah suamiku.

" Papa..mama..cepatlah..". Ain Hawani menjerit dari kereta.

" Ishhh..puteri kita yang satu tu..tak menyabar langsung ",rungutku perlahan dan melangkah perlahan-lahan mengimbangi badan. Aku tak boleh jalan terlalu laju. Kandunganku kini berusia lapan bulan.

Adam memegang kejap lenganku memimpinku melangkah. Aku melentokkan kepala di bahunya. Bahagia? Ya..aku bahagia..malah terlalu bahagia..

Masih teringat lagi peristiwa di hati pernikahanku..Alhamdulillah..rupanya Adam terlibat dengan situasi kemalangan..bukan dia yang kemalangan. Itu yang tertangguh perjalanan. Bila aku tanya dengan telefonnya..dia menjawab bateri habis.

Teima kasih Ya Allah..sebab KAU lindungi suamiku ini..

" Abang.."

" Ya sayang ".

" Terima kasih..".

" Sama-sama kasih..tapi untuk apa? ".

" Sebab sabar menanti..sebab laksanakan janji tak tinggalkan Zara..sebab selalu di sisi Zara tak kira apa situasi..sebab menyayangi..mencintai Zara..sebab bahagiakan Zara..rasanya tak terbalas jasa abang ke Zara ". Aku berhentikan langkah dan memeluknya erat.

" Samalah abang sayang..abang pun berterima kasih..sebab sayang sudi jadi pemaisuri hidup abang..". Perlahan dia mengucup dahiku. Lama.

" Mama..papa..cepatlahhhhh ". Ain Hawani mula menjerit dari kereta. Panas barangkali.

Adam merungkaikan pelukan dan ketawa kecil melihat telatah anak kami..itu yang selalu Adam katakan..anak kami..bukan anak orang lain..

Kali terakhir aku menoleh pusara. Abang..terima kasih kerana pernah jadi suami Hani,bisikku dalam diam dan terus masuk dalam kereta.

Ya Tuhan..andai inilah ketentuan dariMU..aku bersyukur..aku berterima kasih..kerana KAU maha mengerti atas apa yang terjadi..semoga kau lindungi dan kekalkan perkahwinanku ini hingga ke dalam syurga..

Dan matahari mula meninggi..bersinar terang..dan sebenarnya..tak siapa tahu apakah takdir yang bakal di tempuhi setiap insan..di bumi Allah ini....



~ FINALE ~

1 comment:

  1. wahhh~
    ada gak spesel n3..
    ingatkan Adam kemalangan..
    eeeiii, dah suspen + sedih dah tadi..
    sikit lagi nak campak laptop rumet luar tingkap..
    haha.. teroverr d situ..

    nak sambung baca cite yg lain blm berkesempatan lg..
    wahai exam, cpt2 la dikau menghabiskan diri..
    hukhuk..

    neway, luv dis stori! =)

    ReplyDelete