Wednesday, September 30, 2009

Kasih Yang Satu [16]

" Ummi..". Syed Farish menegur ibunya di luar pagar yang terjengah-jengah. Bagai menanti seseorang.

" Allahhuakhbar..kus semangat..terperanjat ummi..kamu ni ". Syarifah Asmah mengurut dadanya terperanjat bila di sergah begitu.

" Sorry..emm..apa ummi buat kat luar ni..tunggu siapa? kan kejap lagi tahlil dah nak mula ". Farish menyeluk tangannya dalam poket baju melayu sambil memandang umminya.

" Hmm..ummi tunggu oranglah..mana ya..tak sampai-sampai..hishhh..risau dah ni ". Mata Syarifah Asmah masih lagi di jalan raya.

" Siapa? ". Kening Farish bercantum bila berkerut. Siapa pulak?Semua dah ada..orang yang tak di undang pun ada. Sekilas dia pandang Mellisa yang berada dalam rumah.

" Adalah..". Syarifah Asmah tersenyum. Kalau boleh dia mahu rancangan dia menjadi kali ini. Dia dah berkenan sungguh pada anak gadis Hasyim.

" Dah cuba call? mana tahu tak jadi datang ker..tak lah ummi tunggu lama sangat kan ". Usul Farish sambil memandang jam. 8.45 malam dah..

" Ummi tak tahu nombor dia ".

" Hah?..Lahhh..dah tu..ummi ada bagi alamat rumah ni tak? ".

" Ehh..takder..ummi lupa nak bagi tempohari..Allah...takde rezeki lah nampak gayanya ni ". Syarifah Asmah mengeluh perlahan dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Farish menggelengkan kepalanya . Ummi..ummi...macam mana nak datang kalau tak tau rumah kita?,desisnya dalam hati sebelum turut masuk dalam rumah bila terdengar bacaan ayat suci Al-Quran mula kedengaran.

***********************************************************************

Balqis berdiri di hadapan rumah mewah sambil matanya memandang keadaan sekeliling. Dia memegang erat lengan ayahnya. Dia memandang lagi kertas di tangan..betullah alamat ni..

Masyaallah..besarnya rumah,desis hatinya. Papan tanda di bacanya teliti. Teratak Kasih. Syed Zailani & Syarifah Asmah.

Kalau di ikutkan hati mahu saja dia menarik ayahnya untuk berlalu pergi. Terasa kerdil seketika kalau nak di bandingkan dengan kedudukan dia.

" Qis..kenapa kita tak masuk lagi?. Kita salah rumah ker? ". Soal Hasyim memecah kesunyian malam. Dia tertanya-tanya mengapa anaknya berdiri saja..salah rumahkah?

" Errr...taklah ayah..cuma Qis terpegun jer..rumah ni besar ayah..malu pulak Qis nak masuk ".

" Hishhh..orang dah jemput..bukan kita tak di jemputkan..dah..jom masuk..majlis dah mula agaknya..kita pun dah terlewat kan? ".

" Err..kejap ya ayah..ada call ". Balqis menyeluk beg tangannya bila terdengar telefonnya berbunyi nyaring.

" Assalamualaikum..ya Mira..aku dah sampai ni..depan rumah..kau kat mana?..ooo..dalam..ehh..tak payahlah..aku masuk sendiri..err..Mira..ramai tak orang? ".

" Aku seganlah..bos ada cakap apa-apa tak?..yelah..yelah..aku masuklah..ada..ayah aku kat sebelah ni..ha yelah..aku tunggu kat sini jelah ".

Balqis menghela nafasnya. Nasib baik ada Amira..kalau tak..alahaii..

" Qis..". Laung Amira dari jauh..

" Emm..jom ayah..". Balqis segera memimpin Hasyim dan masuk dalam rumah. Dia melemparkan senyuman pada Amira yang berbaju kurung pahang.

" Kenapa lambat? ",soal Amira bila berhadapan. Riak wajahnya seakan kurang berpuas hati.

" Teksi takder lah ".

" Tulah..aku nak ambik kau tak mahu..tu..boss asyik dok tanya pasal kau jer..jom..masuk dalam..jumpa bos ".

" Ayah..jom..hati-hati ya ".

" Ehh..pakcik..aduhh..saya lupa..apa khabar pakcik? ". Amira mencapai tangan Hasyim bersalam.

" Kau memang..kalau marah tak ingat sesiapa kat sekeliling kan ",usik Balqis.

" Apa pulak..".

" Dah..dah..jangan nak bertekak..kamu pun Qis..suka sakat Amira tu..kesian dia ". Hasyim bersuara meleraikan pertelingkahan kecil antara mereka.

" Kan pakcik..Qis memang macam tu..uwekkk ". Amira menjulurkan lidah seperti kanak-kanak. Baqis dan Hasyim ketawa kecil.

" Balqis..dah sampai ya awak ". Tegur Syed Zailani. Ketawa mereka terhenti.

" Ya tuan..maaf..saya lambat sampai ". Balqis melemparkan senyuman.

" Tak mengapa..majlis tahlil pun baru habis..yang penting awak datang..ehh..cakap-cakap jugak..jemput makan dulu..ajak ayah awak sekali ".

" Ya tuan..kejap lagi..terima kasih tuan ".

" Oklah..nanti awak makan ya..lepas tu jangan balik dulu..saya ada nak bincang sesuatu dengan awak ". Syed Zailani tersenyum. Malam ini..harus dia menemukan anaknya dengan Balqis.

" Errr..yelah tuan..". Tergagap-gagap Balqis menjawab. Dia menjeling Amira yang di sebelahnya tersenyum-senyum.

" Apa senyum-senyum? ".Sergahnya bila Syed Zailani berlalu.

" Ehhh..senyum sedekah kan..asal..tak bolehker aku senyum..aku nak awet muda tau ",usik Amira. Dia sendiri tertanya-tanya apa yang mahu di katakan bosnya pada Balqis sehingga tak boleh tunggu di pejabat.

" Banyaklah kau awet muda..piiirraahhh ". dan serentak itu mereka ketawa. hasyim hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Amira memang akan menceriakan suasana tak kita di mana saja.

" Ehh..jom Qis..kita duduk situ..tapi ambil makanan dulu..emm..pakcik tunggu kat situ ya..kami nak angkut makanan yang sedap-sedap tu..hehhee". Amira menarik tangan Balqis agar mengikutinya.

Hasyim duduk sendiri dalam keriuhan. Tongkatnya di lunjurkan untuk di lipat. Tiba-tiba dia mendengar seseorang menjerit.

" Aduhh..habis rosak baju aku lah..heyyy..buta ker apa? ". Ada suara mengherdik.

Hasyim terpinga-pinga.Siapa?

" Heyy orang tua..dah rosakkan baju aku kau buat bodoh je yer..?". Suara itu meninggi.

" Errr..anak cakap dengan pakcik ker? ". Soal Hasyim perlahan.

" Ha'ahlah..takkan aku cakap dengan tunggul pulak..".

" Errr..kenapa nak? "

" Ehhh..kau tak nampak ker? Ni..baju aku habis kena kuah bila kau langgar. Kau ingar murah ker baju aku ni hah? . ".

" Maaf nak..pakc...".

" Apa maaf-maaf..kau ingat dengan maaf boleh bersihkan baju aku ker?. Tulah..orang siang hari pakai cermin mata..bukan malam gelap gelita ". Cemuh suara itu lagi.

" Ni masuk entah di jemput atau tak..ingat tempat ni rumah pengemis agaknya. ",sindir suara itu lagi.

Riak muka Hasyim berubah..Dalm hatinya berkata..janganlah Qis dengar semua ini..pasti hatinya akan terluka.

" Mellisa!!". Syed Farish menghampiri bila terdengar suara bising-bising .

" Rishhh..you tengoklah..habis baju I ni kotor.."rengek Mellisa memaut lengan Farish.

" You're too much tau..kenapa berkasar dengan orang tua? ". Farish menepis tangan Mellisa. Dia sedar orang mula berbisik-bisik melihat keadaan itu.

" Not my fault..dia yang salah..dahlah jalan tak tengok kiri kanan ",. Mellisa geram. Hatinya sakit namun di lunakkan suaranya juga.

" You tak nampak ker pakcik ni tak boleh melihat? you tu yang buta atau dia? ". Farish mula meninggikan suara. perempuan ini harus di ajar bagaimana menghormati orang tua.

" Mana I tahu dia buta ",dalih Mellisa.

" Dahlah Mel..better you go home..bersihkan baju you tu ".

" Rish...sampai hati you halau I ".

" I tak halau..tapi you selesa ker pakai baju dah kotor ",sindir Farish. Dia tahu perangai bekas tunangnya yang sentiasa mahu kelihatan cantik tak kita apa jua situasi.

" You..you...fine..I balik ". Meliisa menghentakkan kaki dan berlalu pergi. Dia tahu malam itu dia sudah kalah.

'takper..esok lusa aku menang',desisnya dan masuk dalam kereta.

" Pakcik..pakcik ok ker? ". Farish memegang bahu Hasyim yang tekur menunduk.

" Pakcik ok..maaf..dah buat kecoh..terima kasih dah tolong pakcik. ". Hasyim mengukirkan senyuman.

" Eh..ehh..pakcik?Lahh..pakcik rupanya..apa khabar?Datang dengan siapa? ". Riak muka Farish berubah bila melihat Hasyim.

" Lahh..kamu ker?..patut pun macam pernah dengar suara tu..hmm..pakcik datang dengan anak pakcik..tadi dia kata nak ambil makanan sikit. ".

" Ohhh...maafkan saya pakcik pasal perkara tadi ".

" Tak mengapa..pakcik dah biasa semua tu ".

" Emm..ummi mesti gembira bila nampak pakcik datang ".

" Ia?..ehh..tapi ini bukan rumah boss anak pakcik ker?".

" Ayah!". Balqis dan Amira menghampiri sambil menatang pinggan makanan.

" Qis..".

Mendengar saja suara dan nama yang di dengari pantas saja Farish menoleh. Balqis???

" Farid?". Balqis terperanjat. Hampir saja terlepas pinggan di tangan dek terlalu terkejut. Jantungnya berdebar-debar. Mukanya pucat.

" Qis? ". Farish serasa mahu meloncat. Akhirnya..syukur Ya Allah..KAU temukan kami..,bisiknya dalam hati.

" Ehh..kamu dah kenal ker? ". Hasyim bersuara. Suara anaknya dan Faris tadi seakan terperanjat.

" Qis..dia bukan Farid..tapi Farish..anak bos kita ". Bisik Amira. Dia turut terperanjat bila mendengar nama yang lama tak di sebut Balqis semenjak kebelakangan ini.

Balqis terdiam. Hatinya berperang sesama sendiri. Dulu berbohong buta..kini anak boss pula..apa lagi ya penipuan yang akan di lakukan lelaki ini?.

" Haaa..kat sini kamu rupanya Farish..". Suara Syed Zailani di belakang mereka.

" Walid..". Farish memandang dengan senyuman. Dia perasan muka Balqis yang keruh bila habis berbisik dengan temannya.

" Mah..inilah orangnya ". Syed Zailani mencuit isterinya yang leka berbual dengan temannya.

" Eh..Qis? ". Wajah Syarifah Asmah berubah. Sungguh dia tak sangka akan dapat berjumpa dengan Balqis.

" Aunty ". Balqis cepat-cepat meghulurkan salam dan menunduk mengucup jari itu.

" Lah..kamu dah kenal ker dengan Balqis ni Mah? ". Syed Zailani kehairanan. Sejak bila pulak isterinya kenal dengan staff dia?

" Kenal..apa pulak tak kenal..dia nilah yang saya cerita haritu..". Syarifah Asmah tersenyum senyum.

" Ye ker?..kalau macam tu..Alhamdulillah..lega hati saya Mah ".

Balqis,Amira dan Farish terpinga-pinga bila mendengar jawapan kedua insan di hadapan mereka.

" Kenapa ni walid? ummi? ". Soal Faris tak sabar. Dia pelik dengan tingkah laku kedua ibu bapanya yang memandang wajah dia dan Balqis silih berganti.

" Hmm..macam ni..memandangkan ayah Qis pun dah ada..jadi walid nak cakap..walid dan ummi kamu mahu jodohkan Balqis dengan kamu..kamu setuju tak? ".

Balqis yang mendengar seakan mahu pitam. Kahwin? dengan Farid?ehhh..Farish..dengan dia?. Matanya terarah kearah Farish yang tenang.

" Okey..setuju ". Cepat saja farish menjawab. Dia mengukirkan senyuman dan mengucapkan syukur dalam hati sebab di permudahkan urusannya oleh Tuhan.

" Hah! What? No! ". Laju jer ungkapan itu keluar dari mulut Balqis. Lima pasang mata memandangnya meminta penjelasan. Dia menutup mulutnya. Tak sengaja untuk menjerit.

Dia menoleh ke Amira. Meminta pertolongan. Nyata sia-sia. Amira mengangguk laju suruh dia bersetuju.

" Qis..". Hasyim menegur anak gadisnya.

" Tapi ayah..".

" Kita bincang di rumah ya ". Suara Hasyim mengendur. Dia tahu hati anaknya.

Balqis mengecilkan matanya memandang tajam ke arah Farish. Mahu menunjukkan betapa geramnya dia saat itu.

" Balqis ". Suara yang menyapa dia menambahkan lagi betapa kagetnya dia.

Bila dia menoleh..itu dia..Iqram berdiri di sisi mummynya yang basah dengan linangan air mata.

No comments:

Post a Comment