Wednesday, September 16, 2009

Pulanglah sayang..


Salam teman-teman..bagi laluan kat cerita pendek ni yer..harap-harap enjoyy...
#####################################################################

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah..

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga..

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
pulanglah..ku merinduimu sayang..
ku menanti dengan hati rela
pulanglah..kepangkuanku sayang..
Ku menunggumu di hari raya....


" Maira..masuk nak..dah nak maghrib ni. ". Suara Hajjah Zaleha bergema dari ruang tamu. Dia kasihan dengan Maira..menantu pilihannya yang berduka semenjak di tinggalkan suaminya.

" Mak..agak-agak mak..abang balik tak raya ni?",ucap Maira sayu. Ada sendu bergegar di tangkai hatinya bila terdengar lagu berkumandang di radio.

Hajjah Zaleha terdiam. Tak tahu nak menjawab apa. Lama dia termenung dan bangun dari melipat kain. Dia mengelus bahu Maira.

" Maira..sudahlah tu..jangan begini..mak yakin..mak pasti..InsyaAllah..Izham balik raya ni..",pujuk Hajjah Zaleha. Dia tahu berdosa hukumnya bila berbohong namun....

" Hmmm..kalau mak kata macam tu..Maira nak pergi dapur dululah..nak tengok barang-barang kuih..nak tengok barang dapur cukup lagi tak..seminggu lagi nak raya..abang suka makan kuih tart Maira ". Maira tersenyum menutup duka. Dia tahu ibu mertuanya bohong. Perlahan dia bangun melangkah.

"Hmm..yelah..tapi solat maghrib dulu..nanti terlepas waktu",ucap Hajjah Zaleha perlahan.
Hajjah Zaleha menyeka air matanya. Izham...sampai hati kau nak....tak tahukah kau erti tanggungjawab?

Ketika melihat Maira melintas di dapur..hatinya yang sayu kini di pagut bimbang.Bimbang dengan perasaan Maira. Dia tahu menantunya itu sunyi dan sedih..tapi dia tak boleh berbuat apa-apa..

Bila dia teringat kata-kata Izham tempohari..hatinya mendongkol geram.

" Mak..Am nak kahwin lain mak ". '

" Apa? kau dah gila ker Am? Habis..Maira tu kamu nak campak mana? ", Dada Hajjah Zaleha serasa terbakar. Hampir saja dia menjerit. Namun di tahannya bila melihat sendu di wajah Maira.

" Maira..Mairalah..mak..mak tahukan..Am dah lama nak anak..penat Am tunggu mak..lima tahun..bukan lima bulan mak..lima tahun Am tasa tercabar sebab takde anak ",ucap Izham perlahan.

" Itu kerja Tuhan Am..kamu kena bersabar lah..mak dulupun tunggu kamu hampir sepuluh tahun tau tak? Tapi mak dengan abah kamu selalu bersabar..".leter Hajjah Zaleha.

" Mak..kesabaran Am dah habis mak..Am dah buat pemeriksaan..saya takder masalah..kalau menantu kesayangan mak ni tak tahulah..",sinis Izham bersuara tanpa memperdulikan Maira yang tunduk menahan air mata.

" Mak kata jangan..jangan Am..dengarkah cakap mak ni..kamu tak kesiankan si Maira ker? ",pujuk Hajjah Zaleha. Dia mengerling Maira yang cuba berlagak tenang.

" Mak..Am tak kira..mak setuju atau tak..Am tetap nak kahwin dengan pilihan hati Am..bukan pilihan mak ", Izham menjawab sinis.

" AMMM!",jerit Hajjah Zaleha. Dia mengurut dadanya yang sakit.

" Mak..abang..dahlah tu..jangan bergaduh di bulan puasa ni..tak baik..". maira mengurut ngurut belakang ibu mertuanya dengan rasa kasih..

" Abang..mak..macam nilah...biar Maira beralah..Maira benarkan abang berkahwin lain..nanti abang bagi borang kebenaran untuk Maira sain. " Maira mengumpul kekuatan dalam dirinya. Dia tahu hatinya tersayat pilu tika mengucapkan itu. Zahirnya saja dia redha..namun hatunya berkocak .

" Good!..ni borang kau sain..", Izham meletakkan kertas dan pen di hadapan Maira.

" Maira..jangan nak..",Hajjah Zaleha bersuara perlahan sambil memegang dadanya.

" Takpe mak..kebahagiaan bang..kebahagiaan saya jugak ",ucap Maira sayu

Hati Izham tersentuh bila mendengar kata tulus dari isterinya. Dia tahu dulu dia tak mencintai..namun selepas berkahwin dia belajar menyayangi..cuma..dia rasa dalam kasih sayang tu ada kekurangan..anak..ya..anak..anak penyeri rumahtangga.

" Abang...". Suara Maira memecahkan lamunannya. Dia melihat Maira menghulurkan borang dengan tangan yang menggeletar.

" Mak..Am pergi dulu..nanti Am balik ",ucap Izham terburu-buru keluar. Maira yang terpinga-pinga cuba untuk mengejar suamiya..namun terlalu pantas dia di tinggalkan..

" Mak....". Maira menepuk bahu ibu mertuanya. Dia menyedari lagi tadi dia melihat ibu mertuanya seperti memikirkan sesuatu.

" Hmm..kamu dah sembahyang ?". Soal Hajjah Zaleha bila melihat Maira siap bertelekung.

" Belumm..tunggu mak sekalilah ".

" Dah..jomlah..". Hajjah Zaleha bangkit dan menuju biliknya di ikuti sekali dengan Maira.

Lima belas minit berlalu..suasana dalam rumah itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik yang berbunyi.
Maira masih lagi berteleku di sejadah . Dia mahu memohon pada Allah..agar suaminya pulang beraya kali ini. Selepas kejadian awal Ramadhan..tak sekalipun suaminya menjeguk atau bertanya khabar..sibuk dengan isteri barunya agaknya,desisnya..

Dia mengambil Quran untuk mengaji. Namun baru saja mahu bermula..deringan telefonnya berbunyi. Cepat-cepat dia bangun menuju ke bilik. Dia mencapai telefon di tepi katil.

Abang? hatinya berbunga-bunga.

" Assalamualaikum abang ",ucap Maira lembut.

" Waalaikummussalam sayang ".

Ucapan sayang buat Maira tersenyum..jarang sekali suaminya memanggil dengan ucapan itu.

" Maira sihat ? ".

" Sihat alhamdulillah..mak pun sihat..abang nak cakap dengan mak ker? ".

" Tak payah..abang telefon ni pun nak dengar suara Maira jer..".

" Abang..hari raya nanti abang balik tak ? ". Soal Maira berhati-hati. Dia sedar suaminya mempunyai dua keluarga kini..keluarga baru..namun dia mencuba juga bertanya.

" Balik..abang pasti balik..nak jumpa Maira..nak minta maaf dengan mak..abang dah banyak dosa.. ",tutur Izham sayu.

" Abang..dahlah..jangan sedih-sedih..Maira tunggu kepulangan abang ya.."pujuknya perlahan.

" Maira...abang minta maaf..atas semua silap abang..abang dah lukakan hati Maira bila suruh Maira sign borang tu ".

" Taklah abang..Maira redha..semua dah takdir tuhan..".

" Sayang..abang nak kena pergi ni..besok nanti abang call Maira lagi ya ".

" Hmm..yelah...terima kasih sebab call ..abang..".

" Maira...abang rindukan Maira..".

" Maira pun sama abang..".

" Maira jaga diri ya sayang ".Pesan Izham seperti selalu.

" Oklah..bye!". Klik! talian terputus. Maira tersenyum..lapang dadanya bila mendengar suara suaminya..

Bila menyedari dia masih bertelekung dia masuk semula ke bilik solat. mahu menanggalkan dan menyusun sejadah tadi. Ibu mertuanya mungkin dalam bilik..berehat agaknya,bisik hatinya.

******************************************************************************

"Maira..yang kamu ni dah dua tiga hari tersengih-sengih kenapa? Kamu tak apa-apakan?". Soal Hajjah Zaleha sewaktu menyiram bunga . Hatinya risau bila melihat keadaan Maira. bagai ada yang tak kena.

" Mak..sini..Maira nak cakap sikit ". lambai Maira di atas pangkin. Halaman rumahnya bersih setelah di sapu Maira. Cepat-cepat dia menutup paip air.

" Hmm..apa dia ".

Maira tersenyum lagi..hatinya berdebar-debar..apa reaksi ibu metuanya ya..bila tahu Izham akan balik beraya..

" Hishhh..cakaplah..asyik tersenyum-senyum jer dari tadi ". Hajjah Zlaeha menepuk peha menantunya.

" Mak..abang nak balik beraya dengan kita mak ",tutur Maira tersenyum lagi.

" Kamu biar betul? Macam mana kamu tahu ? ". Besar mata Hajjah Zaleha. Dia terkejut.

" Emm..abang call Maira tiap-tipa malam mak..dia yang cakap nak balik beraya kat sini ".

" Alhamdulillah..syukur ya Allah ".Hajjah Zaleha meraup tangan. Dia gembira akhirnya doanya di makbulkan Tuhan.

" Emm..sebab tu Maira beria-ia nak buat kuih tart nenas ya ".,usik Hajjah Zaleha. Hatinya lapang bila melihat senyuman terukir di wajah menantunya.

Izham..akhirnya kau balik nak..Hajjah zaleha mengukir senyuman.

**********************************************************************************

Di pagi raya Maira gelisah..tidurnya tak tenang. Hatinya risau..selalunya suaminya menelefon tiap-tiap malam..tapi malam tadi langsung tiada khabar berita..

Dia bangun..terjenguk-jenguk di halaman rumah. Mahu melihat Izham sudah sampai atau tak.

Bila dia meraba perutnya yang kempis..dia mengukir senyuman..siapa sangka..akhirnya doanya di makbulkan Tuhan. Dia mengandung sebulan lebih..namun tak pernah dia tahu sebab tak mengalami loya-loya.

Semalam Hajjah Zaleha memeluknya kuat bila dia mengkhabarkan berita. Jelas air mata berlinang di wajah tua itu.

Puas dia menunggu suaminya telefon..untuk memberitahu..tapi tiada panggilan..bila dia mendail taliannya tak dapat di sambungkan..

Hmmm..mungkin ke masjid malam tadi..bertakbir raya agaknya..lagipun..kalau pagi beraya di sini..tentu sebelumnya di sana..,desis hatinya.

" Maira...". Panggil Hajjah Zaleha perlahan. Dia seperti Maira juga..sabar menanti kepulangan anak yang di rindukannya..

" Dah makan belum? ".

" Belum mak..Maira nak tunggu abang..". mata Maira masih memerhati jalan raya.

" Ishhh..jangan di tunggu Izham tu..lambat agaknya balik..kamu tu jaga kandungan dulu..kena makan..biar sihat..biar berzat ",leter Hajjah Zaleha.

Maira tersengih..dia tahu dia dah silap..dia kini perlu makan untuk dua orang

" Jomlah mak..mak pun belum makan kan ". Dia bangun dan menarik tangan ibu mertuanya.

Baru saja mahu melangkah..terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah. Riak muka Maira bercahaya. Dia tahu..itu pasti suaminya. Cepat-cepat dia berlari menuju pintu.

Namun setibanya di pintu..senyumannya mati..jantungnya serasa mahu gugur..cepat-cepat dia berpaut pada tangga.

" Assalamualaikum puan..makcik..kami datang nak hantar jenazah..anak makcik terlibat dengan kemalangan jalan raya..minggu lepas. Dia meninggal di tempat kejadian..",ucap lelaki itu tenang.
Dia tahu keluarga si mati tentu sedih..namun apa dayanya..itu dah tugas...

Hajjah Zaleha tergamam. Air matanya luruh di pipi. Maira yang terjelopok di tepi pintu di pandang sayu..

" Ke..ke..kenapa baru sekarang hantar? ". Suara Hajjah Zaleha bergetar.

" Maafkan kami makcik..dokumen peribadi semua hilang..kami dah keluarkan dia akhbar bagi mengenal identiti mangsa..mujur ada hamba Allah yang beritahu alamat ini ".

Ya Allah..dugaan apakah ini KAU berikan pada kami sekeluarga?..Am...jangan tinggalkan mak nakk....

"Izham..anak mak..",raung Hajjah Zaleha bila mayat anaknya di letakkan di tengah rumah. Maira hanya memerhati dengan linangan air mata..

Abang...betullah apa yang abang kata..abang akan balik beraya dengan kami..,bisik Maira .

Apakan daya
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari muliaa....

Benar..ianya titik akhir...Maira mengesot di sebelah jenazah suaminya..Dia menunduk dan
mencium dahi suaminya dengan penuh kasih. Di tahan air matanya dari menitis.

'Abang..Maira mengandung bang..kita akan ada anak..tapi..kenapa abang tinggalkan Maira..',bisiknya di tepi telinga arwah Izham.

'Abang..ampunkan salah silap Maira..halalkan makan minum Maira..Maira dah lama maafkan abang..Maira janji..Maira akan tabah..Maira akan jaga anak kita '. Itu kata terakhir yang keluar di bibirnya sebelum di rebah di sisi suaminya.....


~~ END ~~


P/S; Di kesempatan ini..saya nak mohon ampun maaf andai ada tersilap bicara..terkasar bahasa..hingga ada hati yang tercedera...
Salam aidilfitri buat semua..mudah mudahan Aidilfitri kali ini membawa bahagia..Aminn...

1 comment:

  1. hehheeh.
    SELAMAT HARI RAYA DEAR.
    SEMUGA DI SYAWAL YG MULIA INI HIDUP LEBIH BERERTI.

    TERIM KASIH CERPEN SEDIH NI.

    cm.

    ReplyDelete