Thursday, October 1, 2009

Kasih Yang Satu [18]

" Menung jauh awak Mah ". Syed Zailani mengambil tempat di sisi isterinya.

" Ehhh..bila abang balik? ". Syarifah Asmah hairan. Kata suaminya tadi mahu pergi bermain golf.

" Emmm..tak jadilah main..Tan Sri Hamid call,dia tak dapat datang..daripada saya pukul bola tu sorang-sorang baik saya temankan awak kat rumah ni. ". Syed Zailani tersenyum. Dia tahu dia seharusnya berada di rumah setelah bersara. Dia faham isterinya itu kesunyian. Nak di harap Farish tu? Hishh..asyik kerja je 24 jam..maklumlah..dekat dengan buah hati..

" Yang abang senyum sorang-sorang ni kenapa? ".

" Takdelah..abang teringatkan Farish tu..nampak macam menjadi jer rancangan kita berdua nak satukan dia dengan Balqis ".

" Hmm..tu kata abang..apa pulak kata si Balqis tu..tak tengok apa dah jadi hari tu?. Mentah-mentah dia tolak anak kita tu ",Syarifah Asmah berkata geram.

" Itu sebab anak awak tu pandai sangat..tulah padahnya kalau menipu..padanlah muka Farish ". Dia teringat lagi bagaimana dia sabarkan hati isterinya setelah farish membuka cerita.

" Ehhh..awak ni..padankan muka Farish tu macam awak padankan muka saya tau ". Syarifah Asmah menarik muka. Tapi jauh di sudut hatinya dia tahu kata suaminya itu benar..Farish yang bersalah..

" Habis awak tak korek apa-apa dari Farish ker Mah? Awak tak pergi tanya dengan Kak Gayah tu ". Soal Syed Zailani perlahan.

" Farish tu macam mana saya nak jumpa..sibuk sangat sekarang saya nampak..nak tengok muka dia lekat kat rumah pun susah ",getus Syarifah Asmah.

" Kak Gayah? ". Soal Syed Zailani lagi. Dia juga mahu tahu..mengapa jiran lamanya dulu menangis bila terdengar lamarannya tempohari. Pasti ada kaitan dengan Balqis.

" Tak..saya seganlah bang..lagipun..dia tak cerita apa-apapun pada saya..takkan saya terhegeh-hegeh nak bertanya ".

" Mah..awak ada terfikir tak yang Balqis tu bekas menantu tak jadi dia ? ".

" Hah? Apa yang awak merepek ni bang? ". Dahi Syarifah Asmah berkerut.

" Adalah dulu..dia jemput kita hantar rombongan..tapi kita tak dapat hantar..yang saya tahu lepas tu putus ".

" Eh awak ni bang..sejak bila pandai bergosip ? '. Usik Syarifah Asmah.

" Hehehehee..taklah..saya cuma terfikir jer..tapi abang Idham pernah cerita dengan saya dulu..".

" Hmmm..saya yakin bukan Balqis bang..tapi..ya tak ya jugak kan..". Syarifah Asmah termenung seketika. Hari tu Kak Gayah menangis..Balqis tergamam..pasti ada kaitan.

" Bang..nampaknya..tak dapatlah saya bermenantukan Balqis tu..",keluh Syarifah Asmah dan menyandarkan kepalanya di dada suaminya. Syed Zalani terdiam..dia tahu..apa yang di katakan isterinya itu benar.

" InsyaAllah Mah..kalau ada jodoh mereka berdua..kita doakan jelah ya..",pujuk Syed Zailani memeluk bahu isterinya erat..

**********************************************************************

" Qis..".

" Ya kak Nab ". Balqis menoleh.Tangannya lincah melipat telekung. Hari ini dia bersendirian solat. Amira 'cuti'.

" Kak Nab nak tanya sikit..errr..Qis marah tak? ".

" Belum tanya lagi dah kata saya marah atau tak..apalah kak Nab ni ",Balqis ketawa kecil.

Kak Nab ketawa . Dia tersedar ketelanjurannya tadi.

" Hmm..apa dia kak? Saya tak boleh lama..nanti boss cari pulak ". Balqis bangun menyimpan beg telekung dalam almari berhampiran.

" Kamu..dah baik semula dengan Iqram tu ya ". Soal kak Nab teragak-agak. Bimbang mengguris hati Balqis.

Langkah Balqis terhenti. Dia diam seketika .

" Saya dengan Iqram cuma kawan je kak..saya tak fikir lagi nak panjangkan hubungan kami macam dulu..dia ada juga mendesak..tapi saya tak tahu nak bagi jawapan apa kak ".

" Habis Farish macam mana? ".

" Kenapa dengan dia kak? ".

" Allah hai Qis..kamu ni saja-saja buat tak tau atau memang tak tahu? ".

" Tau apa pulak kak? ". Balqis terpinga-pinga.

" Ehhhh..satu pejabat tahu kamu dengan Faris tu Qis..Tuan Zailani nak jodohkan kamu dengan anak dia ".

" Ehhh..jangan dengar khabar angin kak ".

" Khabar angin apa pulak Qis..dah Tuan cakap kat majlis hari tu..ehhh..akak ni bukannya pekak lagi tau ",marah kak Nab.Dia menampar perlahan peha Balqis . Balqis menyeringai..adehhh..sakitnya..

" Kak..oklah..saya nak masuk pejabat dulu..nanti bos cari..tak memasal gaji kena potong ". Balqis berlalu menuju pintu.

" Eh budak bertuah ni..kamu belum jawab lagi Qis." omel kak Nab sendirian.

Dia menggeleng kepala. Dalam hatinya timbul perasaan kasihan dengan Balqis. Balqis kini seperti bukan Balqis yang dia pernah kenal dulu.Walau nampak Balqis tersenyum ketawa namun air mukanya tak seceria dahulu.

Tanpa sesiapa menyedari,dia pernah ternampak Balqis menangis sewaktu lepas bersolat.

'Kesian kamu Qis..',bisikknya sebelum menutup pintu surau.

*******************************************************************

" Encik..saya balik dulu ya ". Balqis terjengul di muka pintu. Farish mendongak. Dia memandang jam di tangan. Hampir 6.00 petang.

" Hmm..ehh..Qis..awak balik naik apa hari ni? ". Farish menutup file di hadapannya.

" Errrr..teksi..kereta saya rosak pulak hari ni ",

" Kalau macam tu..I'll send you home ya ". Farish segera bangun dan mengemas beg.

" Ehh..takpelah encik..tak payahlah..saya balik sendiri je ya..". Balqis serba salah menjawab.

Kalau di ikutkan hatinya dia tak mahu melukakan lagi hati Farish dengan penolakkannya.Bukan sekali Farish pelawa untuk menghantarnya pulang. Dia tahu Farish masih menagih cintanya.

" Awak...please..". Farish merayu dan merenung wajah bersih Balqis. Balqis terdiam.

" Awak tunggu saya kat bawah ya..bagi saya lima minit..okey? '. Farish tersenyum bila melihat Balqis mengangguk akhirnya.

Di luar pejabat hujan mencurah-curah. Balqis mengerling kiri kanan.Sunyi..semua pekerja sudah balik seawal jam lima petang. Hanya dia yang terlambat kerana menyiapkan satu laporan penting.

Tin!Tin! Bunyi hon kereta menyentakkan dirinya. Dia pandang kereta BMW biru tua di hadapannya. Siapa ya?

" Qis..jom..Iq hantar ". Laung Iqram dari dalam kereta bila cermin tingkap di turunkan.

Jantung Balqis berderau..Iqram! Apa dia buat di sini..alamak..macam mana ni?

Matanya menyoroti kereta perdana milih Farish yang baru tiba di belakang kereta Iqram.Dia serba salah..

Ya Tuhan..bantu aku...,bisikknya terpaku di hadapan dua jejaka itu.

1 comment:

  1. alahaii
    nmpk mcm hbgn farish ngan qis ni berjauhan je.. :(
    nk dorg ni sme2...huhu

    ReplyDelete