Friday, September 18, 2009

Kasih Yang Satu [15]

" Bang..bang..dengar saya nak cerita ni ". Syarifah Asmah menegur suaminya yang duduk di ruang tamu. Semalam dia mahu bercerita tentang seseorang namun di pendamkan je bila melihat suaminya agak keletihan.

" Hmm..apa dia ?". Mata Syed Zailani masih fokus di akhbar bahagian sukan. Namun bila dua minit berlalu tiada suara yang keluar di sisinya..dia melipat akhbar. Cermin matanya di tanggalkan.

Dia faham mengapa isterinya berdiam.

" Emmm..ceritalah..saya dengar "pujuk Syed Zailani. Silap dia tadi bagai tak mengendahkan panggilan.

" Macam ni..semalam kan..saya jumpa sorang budak perempuan ni..alahai..berkenan saya di buatnya..cantik..manis..berbudi bahasa lagi ". Mata Syarifah Asmah bercahaya.

" Kan awak pergi hospital..takkan jumpa kat hospital kot..ehh..awak ni lah ".

" Yelah..saya jumpa di hospital..rupa rupanya Farish kenal ayah budak tu..dia pernah tolong dulu ".

" Cantik ker? ". Syed Zailani sekadar bertanya..dia tahu selera anak bujangnya.

" Cantik..lemah lembut..hormat orang tua..hishhh..kalau jadi menantu saya..alangkah seronoknya ".

" Nama dia siapa? ".

" Emmm..entah..tapi semalam saya terdengar ayahnya panggil dia Qis..sedap nama dia..Qis...saya dah jemput dia datang kenduri hujung minggu ni..". Senyuman Syarifah Asmah makin melebar.

" Emm..bagus tu..boleh saya jumpa..emm..sebenarnya..abang pun dah berkenan dengan sorang budak perempuan kat opis tu..".

" Abang suka dia? ". Raut muka Syarifah Asmah berubah. Hatinya di palu cemburu..namun cuba di tahan..

" Suka..baik orangnya..tak cepat melenting..abang pun dah jemput dia datang kenduri nanti..bolehlah Mah tengok sesuai ke tak? ". Syed Zailani terus bercerita tanpa menyedari riak muka isterinya berubah.

" Hmm..kalau itu yang abang nak..Mah tak boleh cakap apa..Mah sedar..Mah banyak kurang di mata abang..bagi zuriat pun cuma satu jer ",ucap Syarifah Asmah perlahan.

" Ehhhh..apa yang awak merepek ni Mah? ". Syed Zailani terpinga..lahh...sudah salah tafsir ker dia ni?

" Mah tak merepek..dah abang suka..Mah izinkan..abang berhak..". Air matanya bergenang. Sungguh dia pilu..tak sangka..selama ini suaminya menduakan dirinya.

" Astagafirullah..ke situ pulak awak ni..siapa kata saya nak kahwin lain?..saya dah tua lah..kita sama-sama dah tua..patutnya sekarang ni kita lebihkan beribadat..bukannya tambah keseronokkan dunia ",leter Syed zailani menggelengkan kepalanya. Sah! isterinya tersalah sangka.

" Dah tu..abang kata suka..bukannya saya silap dengar pun ". jawab Syarifah Asmah perlahan. Hatinya yang di palu bimbang kini kembali tenang.

" Hahahahaha..untuk anak kita lah..si Farish tu..Allah awak ni..ke situ pulak awak fikir..Mah..Mah..saya sayang awak sampai saya menutup mata Mah..kalau boleh saya nak kita terus bersama sampai dalam syurga ". Syed zailani menyulam jarinya dengan jari isterinya.

" Maaflah bang..saya silap sangka ". Syarifah Asmah menunduk mengucup jari suaminya. Dia terasa kepalanya di usap perlahan.

" Lah...dah raya ke walid? ummi? ". Farish tiba-tiba muncul di balik pintu. Dia tersengih-sengih.

" Bermaaf-maafan ni amalan mulia Farish..bukan di bulan Syawal jer..". Syed Zailani menjawab tenang. Syarifah Asmah terkebil-kebil tengok anak bujangnya yang masih berbaju tidur.

" Kamu tak kerja ke hari ni Farish? ". Syarifah Asmah melihat jam..sudah hampir sepuluh pagi.

" Ehh..ummi ni..kan ker Farish tengah kerja ni ". Farish menghirup air teh sambil membaca akhbar.

" kerja apa pulak tu?".

" Tanam anggur ". Syed Zailani tersengih bila mendengar jawapan anaknya. Dia pun tak bekerja hari ni..mahu teman isterinya sebagai ganti peristiwa semalam.

" Laku ker?". Soal Syarifah Asmah lagi. Tanam anggur?..ehhh..bila masa pulak mereka ada ladang nak tanam?

" Tak..tulah..takder sape nak belilah ummi..sian Rish tau ". Farish menyembunyikan senyuman dengan membuat muka sedih.

" Yang kamu tanam anggur buat apa? tanamlah pisang ker..betik ker..ni anggur..hishh",getus Syarifah Asmah.

" Allah awak ni sayang oiiii...lurus betul..Farish tu main-main jelah..". Syed Zailani ketawa di sebelahnya.

Bila tersedar tentang perkara sebenar..Syarifah Asmah bangun..hatinya geram di permainkan anaknya pagi-pagi begini. Lalu di pulasnya telinga Farish.

" Aduhh..ummi..sakitlah ". Farish menyeringai menahan perit telinganya.

" Hmm..ummi hukum kamu kat dunia..esok lusa kalau ummi dah takder..tak payahlah kamu nak cari ummi kat akhirat kelak nak minta maaf sebab dah bohongkan ummi ".

" Alah umii..Rish saja ker tadi..tak sangka ummi percaya..maaf ya ummi..sorry..". Farish tersengih bila tengok muka umminya tegang.

" Assalamualaikum..". Suara di hadapan pintu membuat tiga pasang mata menoleh . Mata Farish terbuntang.

Mellisa! Di hadapan pintu dengan berbaju kurung dan bertudung!


*************************************************************************************

" Qis..pergi tak minggu ni umah boss? ". Soal Amira ketika dalam surau. Dia tahu kereta Balqis rosak.

" Emm..entahlah..rasanya macam malas nak pergi..kau pun tau kan...aku 'patah kaki' ni..".ucap Balqis melipat telekung.

" Emm..apa kata aku ambik kau kat rumah..kita pergi sama-sama..jomlah..kau pun..dah lama kerja sini tapi tak pernah nak datang rumah boss bila buat majlis ". Amira memujuk..

" Bukan aku tak nak pergi..cuma aku kesiankan ayah aku kat rumah sorang-sorang ". Balqis mencipta alasan. Dia sememangya rasa terpinggir di kalangan orang berada. Lainlah Amira..dia memang anak orang berada..

" Bawa sekalilah..apa susah..kau ni..buat helah pula ya..". Amira membulatkan matanya. Dia tahu Balqis berbohong sebentar tadi.

" Emm..yelah..IsyaAllah aku pergi..tapi takpelah..aku pergi naik teksi jer..kau pun tentu nak privacy kan dengan tunang kau tu ". Balqis menolak ajakan temannya lembut.

" Apa pulak..". Muka Amira merona merah.

" hehehehe..u're blushing dear ",usik Balqis lagi.

" Mana ada ". Amira menggosok pipinya . ehh..merah ker?

" Dah lah tu Mira..kau tak nak mengaku takper..aku tau kau suka kat tunang kau tu..asal kau bahagia..aku pun bahagia jugak tau..".

" Kau ni...dahlah..jom naik pejabat...nanti orang datang kita takde pula. ". Amira bingkas bangun..tapi itu bukan alasan dia sebenarnya. Dia segan bila di usik Balqis tadi.

Dia tahu..dulu dia beria membantah tentang pertunangan ni..pada Balqis dia melepaskan keluhan..dan ayat Balqis sehingga kini dia teringat,untuk memberhentikan tangisanbya dulu.

' Cuba belajar memahami dan mengerti siapa bakal tunang kau Mira..jangan terus tak mahu..cuba dulu..memahami dan mengerti tak sama..mana tau serasi nanti..kan bahagia tu..'

" Wehh..berangan lagi..tadi suruh kita cepat-cepat ".tepukan Balqis buat Amira kaget. Dia mengurut dadanya yang berdebar terperanjat.

" Dah-dah lah tu Mira..nanti sampai ofis call dia..taklah asyik sakan termenungnya ". Usik Balqis sambil ketawa dan berlalu pergi.

Issshh..Balqis ni..ke situ pulak dia..,getusnya dan turut menyegerakan langkah beriringan bersama temannya.

Bahu Balqis di paut kemas. Balqis terpinga-pinga bila tengok kelakuan temannya.

" Aku sayang kau Qis ",ucap Amira sebelum meloloskan diri dalam lif meniggalkan balqis yang terpaku. Dan lif tertutup.

Amiraaaaa...kurang asal betulll..Balqis menggelengkan kepalanya sebelum kembali menekan lift. Dia tahu apa maksud temannya tadi..aku pun sayang kau Mira,ucapnya perlahan dengan senyuman.

2 comments:

  1. walid nk kawin len?heheh
    acah je tu..huhu
    ntah2 yg walid maksudkn tu qis kot :p

    ReplyDelete
  2. x sabar tunggu Farish ngan Qis jumpa time kenduri nanti.. wee~

    ReplyDelete