Tuesday, September 1, 2009

Kasih Yang Satu [13]

" Ummi..tolong tambahkan nasi lemak ". Farish menghulurkan pinggan pada Syarifah Asmah sambil tersengih-sengih. Sememangnya selera terbuka hari ini.

Syarifah Asmah menyambut pinggan itu sambil berfikir. Apa yang menyebabkan anaknya kelihatan ceria berbanding hari-hari yang lepas.

" Hmmm..makan banyak-banyak Farish..kamu tu dah kurus benar ummi nengoknya. Macam orang angau bercinta jer ".

Errkkk....mendengar ucapan bersahaja umminya hampir saja Farish tercekik. Cepat-cepat air teh di hirupnya.

Syarifah Asmah tersenyum . Jeratnya mengena..Pasti!..anaknya itu sedang bercinta..

" Taklah ummi..Rish penat jer kebelakangan ni..manader bercinta atau tak ". Bohongnya dan meneruskan suapannya. Dia tahu umminya tahu apa yang terjadi.

" Yelah tu..kamu tu bukan ummi kenal satu dua hari..ummi yang lahirkan kamu..ummi yang besarkan kamu ". Syarifah Asmah tak berpuas hati. Dia meletakkan sudu di tepi pinggan.

" Sudahlah tu Mah..awak ni..dari atas saya boleh dengar..biarkan je lah Farish tu nak buat apa..janji dia tak langgar adab susila dan agama. Awak doakan jelah yang terbaik buat dia ".

Syed Zailani bersuara di anak tangga terakhir. Dia meletakkan kot dan briftcase di sofa. Kakinya di hayun ke meja makan,menarik kerusi dan duduk.

Syarifah Asmah diam. Dia tahu seandainya suaminya berkata 'sudah' itu bererti jangan teruskan bertanya walau sepatah. Air yang di tuang tadi di hulurkan pada suaminya.

Farish tersenyum-senyum. Dari mata dia mengucapkan terima kasih pada walidnya yang membantu sebentar tadi.

" Hmm..Farish..kamu tak bersiap pergi kerja ker? ". Syed Zailani bertanya bila lihat anaknya berpakaian santai.

" Pergi..tapi lambat sikit..hari ni hari last day kat situ. So derang wat persiapan sikit. Farish di suruhnya datang lambat sikit ".

" Ohh..ha..yelah..nanti minggu depan boleh masuk pejabat walid. Ambil alih tugas walid.. walid nak berehat..nak honeymoon dengan ummi kamu..kan sayang?". Syed zailani mengenyitkan mata pada Syarifah Asmah.

" Ishhh..merepek lah awak ni..". Muka Syarifah Asmah merona merah. Dia tak kisah bila suaminya berkata mahu pergi bercuti..tapi dia malu bila di bincangkan depan anak bujangnya.

" Ohhh..kalau macam tu ..emm..bolehlah Farish dapat adik baru ". Farish ketawa.

" Dah..dah..jangan merepek lagi..makan cepat..",tegur Syarifah Asmah. Farish menekup mulutnya dan terus meneruskan suapan dengan senyuman panjang.

" Hmmm..abang balik lambat ker hari ni ?". Syarifah Asmah bertanya. Semalam suaminya berkata tak mahu bekerja hari ini tapi dah siap berpakaian formal.

" Hmm..lambat..kenapa?..ehhh..Ya Allah! saya lupa lah Mah..awak kena pergi hospital lagi kan..aduhh..saya ada meeting penting pagi ni..". Syed Zailani kesal kerana dia benar-benar terlupa. Dia kesal kerana melihat raut wajah isterinya berubah tadi.

" Farish tolong walid ya..hantarkan ummi kamu ke hospital nanti. ". Farish mengangguk perlahan.

Syarifah Asmah tersenyum nipis. Hatinya tersentuh tadi bila suaminya terlupa. Namun cepat-cepat di usir perasaan itu. Dia tahu suamiya bukan sengaja lupa..tapi benar-benar lupa.

" Hmm..oklah..saya nak gerak dulu..kesian Pak Mat tunggu lama. ". Syed Zailani bangun. begitu juga Syarifah Asmah. Dia mahu menghantar suaminya di depan pintu..seperti rutinnya semenjak 33 tahun yang lepas.

Farish mengekor langkah mereka dengan anak mata. Dia kagum melihat kasih sayang yang tercipta kedua ibu bapanya. Tak pernah sekalipun dia melihat mereka bertengkar atau bermasam muka.

Farish meneruskan suapannya. Benar kata umminya..dia memamg bercinta..sedang bercinta..dia yakin..dia pasti..Balqis mempunyai rasa yang serupa walau tak pernah meluahkan.

Hatinya bagai di siram air sejuk bila melihat kiriman sms dari Balqis awal pagi tadi. Mahu saja dia menjerit namun cepat-cepat di tahan. Takut umminya syak sesuatu.

'Qis..Farish akan tetap tunggu Qis..terima kasih sayang..sebab maafkan Rish..',kaulnya dalam hati dan menghabiskan sarapan paginya.

***********************************************************************************

Hasyim duduk sendirian di bangku menunggu. Dia resah kerana terlalu menunggu lama. Balqis terlewat dari kebiasaannya. Dia kenal anaknya yang cukup mementingkan ketepatan masa.

Sememangnya pagi tadi Balqis menghantarkan dia untuk membuat rawatan susulan jantung sebelum pergi ke pejabat. Kata anaknya sekejap saja untuk memohon cuti setengah hari . Tapi..masih tak nampak batang hidung.

'Jangan-jangan jadi apa-apa kat Qis..',bisik hati kecinya. Dadanya berdebar-debar.

Ya Allah..lindungi anakku itu dari malapetaka dan bencana..Hasyim berkata perlahan. Plastik beg yang mengandungi ubatan di genggam kemas. Namun dia terdengar botol ubatnya jatuh.

Dia menunduk dan meraba-raba. Tiba-tiba bahunya di sentuh lembut .

" Assalamualaikum pakcik..masih cam suara saya lagi? ". Farish menghadiahkan senyuman walau dia tahu pakcik yang pernah di tolongnya itu buta.

" Waalaikumussalam..ohh..anak ya..yang tolong pakcik dulu tu ya..".Hasyim mengangguk-angguk. Walau matanya tak dapat melihat tapi dia mengenali seseorang dari suara.

" Pakcik buat apa kat sini sorang-sorang?". Mata Farish melilau melihat keadaan sekeliling., Dia tak nampak sesiapa pun yang menghampiri . Semua orang buat-buat tak nampak.

" Tunggu anak pakcik..tadi dia hantar..lepastu pergi pejabat kejap..katanya nak mohon cuti separuh hari..tapi sampai ni belum sampai ". Hasyim bimbang dengan keselamatan anaknya.

" Pakcik nak suruh saya tolong telefon kan ker? ". Farish bertanya simpati. Kasihann..

" Emmm..tak mengapalah..pakcik terus tunggu kat sini jer..nanti dia dat..".

Kata-kata Hasyim mati bila telefon bimbitnya berbunyi. Cepat-cepat di lekapkan di telinga. Farish memandang dengan penuh rasa simpati..

" Haaa..ya..Ya Allah..macam mana tu?. Habis kamu ok ker? Hmm..tak mengapa lah..nanti ayah suruh Mak Lang kamu ambil ya..kamu nak datang dengan teksi?..tak payah..kamu uruskan kereta kamu dulu..jangan risau pasal ayah..yelah..kamu jaga diri..baca ayat Kursi banyak-banyak..moga-moga kamu di lindungi ".

" Hmm..yelah..waalaikumussalam ". Hasyim bersandar. Kata hatinya benar. Balqis kemalangan kecil. Mujur saja cuma keretanya yang kemik..bukan anaknya..

" Kenapa pakcik? ". Soal Farish ingin tahu.

" Hmm..anak pakcik eksiden..dia tak dapat ambil pakcik..kamu boleh tolong tak? Tolong dailkan nombor adik pakcik..nak suruh dia datang jemput ". Hasyim mengunjukkan telefon .

" Lahh..macam ni jelah pakcik..saya hantar pakcik balik jer..tapi pakcik kena tunggu sekejap..sebab kita balik dengan ummi saya. Dia dalam bilik doktor sekarang ni ". Usul Farish pantas.

" Ehh..tak menyusahkan ker? ". Hasyim bertanya. Jarang dia jumpa dengan pemuda yang baik hati. Namun dalam hatinya bersyukur kerana sentiasa ada saja orang yang membantu semenjak dia kehilangan pancaindera.

" Taklah pakcik..saya berbesar hati adalah..itu dah jadi tanggungjawab saya sebagai hamba Allah.Saling membantu antara satu dengan lain ". Farish tersenyum.

" Ohh..kalau macam tu terima kasih jelah ya..mudah-mudahan kamu di berkati Allah selalu ". Hasyim mengukirkan senyuman ikhlas.

" Farish". Syarifah Asmah menghampiri. Dia mengukirkan senyuman pada orang yang di sebelah anaknya sebagai tanda hormat. Namun mukanya berubah bila tidak di balas.

" Ummi..ehh..dah siap? ". Soal Farish kaget.Biasanya lambat..hari ni cepat pulak,desis hatinya.

" Dah..jom..kaki ummi dah letih nak berdiri lama-lama. ",ajak Syarifah Asmah.

" Err..ummi..kenalkan ..ni pakcik yang pernah Rish tolong dulu..yang Rish cerita tu..ingat tak? ".

" Yang mana?..ohh..ya..ummi ingat..maafkan saya ya ..anak saya pernah cakap yang abang ni buta ya..saya dah bersangka buruk tadi..minta maaf ya bang ". Syarifah Asmah menyedari kesilapannya . Patut pun senyuman tak di balas..tak nampak rupanya..

" Dah..jom..ehh..tapi ummi..kita hantar pakcik ni balik dulu ya..kereta anaknya kemalangan..tu yang tak dapat datang..ummi tak kisah kan? ". Farish membantu Hasyim berdiri. Dia mengambil alih bungkusan ubat di tangan Hasyim.

" Ya Allah Rishh..ummi tak kisah pun..lagi ummi bangga dengan kamu adalah..sejuk perut ummi mengandungkan kamu dulu ". Syarifah Asmah terharu dengan keikhlasan anaknya.

Anaknya yang satu penuh keikhlasan dalam menolong sesiapa. Cuma ..dia tak mengerti..mengapa berlikunya jalan kebahagiaan anaknya dalam percintaaan..kalau lah Mellisa jadi menantunya..tak tahu apa jadinya..

" Ummi! Dah ..jom..". Farish memanggil dari jauh. Syarifah Asmah tersedar. Dia dah jauh ketinggalan. Cepat-cepat dia melangkah dan jalan beriringan.

1 comment:

  1. baiknye farish tumpangkan bakal bapa mentua ni
    heheh...harap2 ummi dia pun ske ngan qis nti :p

    ReplyDelete