Friday, October 30, 2009

Kasih Yang Satu [22]

" Iq ni dah kenapa? ". Soal Balqis sebaik saja mereka berada dalam kereta. Dia benar-benar tak boleh menahan sabar dengan sikap Iqram.

" Iq..Qis tanya ni..Iq dengar tak? ". Soalnya lagi. Dia merenung tajam wajah selamba Iqram.

" Emmm..kita pergi makan dululah sayang..". Iqram menghadiahkan senyuman manis sebelum menekan pedal minyak.

Balqis terdiam. Dia sabarkan hatinya dengan beristigfar dalam diam. Dia melemparkan pandangan di luar kereta. Matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang melihatnya dari kejauhan.

Mellisa? Apa dia buat kat situ? Tak balik lagi kah?

" Sayang nak makan kat mana? ". Iqram bersuara setelah jauh kereta meluncur pergi.

" Sayang..". Iqram mengeluh. Dia pandang sekilas Balqis di sisinya. Dia tahu dia mementingkan dirinya sendiri. Tapi dia tak boleh menahan perasaan marah yang berkepung dalam dadanya. Dia marah bila melihat Balqis seolah punyai perasaan pada Farish. Dia bukan budak kecil yang tak tahu semua tu.

Balqis menoleh sekilas bila mendengar Iqram merengus. Jelas mukanya berkerut menahan marah. Ikutkan hatinya mahu saja dia menjawab,tapi dia mahu Iqram tahu..dia bukan Balqis yang dulu..Balqis yang boleh memejamkan mata pabila dia membuat silap.

Perlahan Balqis menutup matanya mendengar lagu berkumandang di radio. Tanpa sedar akhirnya dia terlena seketika. Tahu-tahu jer Iqram mencuit bahunya. Terkebil-kebil dia seketika.

" Jom ". ajak Iqram membuka pintu keretanya. Dalam keadaan mamai Balqis keluar juga akhirnya. Restoran Seri Selasih. Dia membetulkan tudungnya yang senget.

Iqram memilih tempat duduk yang agak tersorok dari semua orang. Dia memerhatikan wajah Balqis yang masih lagi serius.

" Sayang..". Iqram cuba berlembut.

" Qis ". Panggilnya lagi bila Balqis tidak mengendahkan panggilannya. Balqis lebih rela memandang menu di tangan dari memandang mukanya. Iqram mengeluh perlahan.

" okey..sorry okey..Iq minta maaf..please..". Iqram cuba merayu. Dia terpaksa rendahkan egonya demi memenangi hati Balqis semula.

Suasana masih lagi sepi. Balqis melihat perlakuan Iqram dari ekor mata. Hatinya sudah sejuk sebenarnya bila mendengar Iqram meminta maaf. Cuma dia rasa Iqram perlu sedar lebih banyak lagi mana silapnya.

Namun bila dia melihat Iqram yang tiba-tiba berdiri dan seolah-olah mencari sesuatu,dia tertanya-tanya. Habis alas meja di selaknya. Pasu bunga di angkat. Mata Iqram melilau mencari di bawah meja.

" Iq cari apa? ". Soalnya bila tak tahan melihat Iqram yang seakan cacing kepanasan.

" Hah! jumpa pun! ". Iqram tersenyum memandang muka Balqis.

" Jumpa apa? ".

" Suara Qis lah..ingat terselit kat mana-mana..jatuh ker..". Iqram mengenyitkan matanya dan ketawa perlahan.

Balqis merengus dan cuba untuk tidak ketawa. Namun pabila melihat mimik muka Iqram yang buat-buat sedih ketawanya meletus juga akhirnya.

" okey sayang..Iq minta maaf pasal tadi..Iq tak tanya pendapat Qis..sorry okey ".

" Ia..tapi tak baiklah Iq buat macam tu..Qis pun baru sampai..terus nak balik ".

" Sorry sayang..but I can't handle it anymore. Iq tahu..Iq selfish..Iq tahu Qis pun tahu kenapa kan? ".

" Qis tahu? tahu apa Iq? ". Balqis mengerutkan dahinya. Ehh..apa ni?

" Iq bukan bodoh Qis..".

" Siapa yang cakap Iq bodoh pulak ni? ".

" Bukan tu maksud Iq Qis..".

" Then what? Iq..just say it.apa ni? Qis tak tahu apa sebenarnya berlaku..". Balqis cuba berdiplomasi.

" Qis suka dekat dia kan? ". Iqram memandang tepat mukanya.

" Dia? siapa? ".

" Takkan Qis tak tahu siapa Qis suka ? ".

" Iq..Qis takde masa nak main teka teki malam-malam ni. Kalau Iq rasa nak teruskan..Qis nak balik ". Balqis menyangkut tali beg tangan di bahunya.

" Sorry...". Ucapan pendek itu memnuatkan Balqis duduk kembali. Tambah pula muka Iqram yang keruh tiba-tiba.

" What's wrong with you Iq? Tell me..mana tau Qis boleh tolong ".

" Iq cintakan Qis..Iq tak mahu Qis di rampas orang lain..Qis tahu kan how much I love you dear..and I can't live without you ". Iqram cuba menggapai jemari Balqis namun pantas Balqis menarik kembali.

" Qis tahu semuanya Iq..".

" No! Qis tak tahu bagaimana gilanya hari Iq bila Qis tiada di sisi..Iq boleh mati Qis ".

" Iq..tak baik cakap macam ni..cinta sesama manusia boleh..tapi jangan melebihi cinta pada NYA. Tapi Qis rasa bukan sebab ni Iq jadi macam ni kan..".

" Iq tahu Qis suka dekat Farish kan? ". Soalan itu buat Balqis menelan air liurnya.

" Siapa kata? ".

" Qis..Iq bukan budak kecil yang tak tahu apa makna pandangan mata..apa tersirat di baliknya. ". Iqram mengeluh.

Balqis terdiam. Alahai..ketara benarkan perlakuannya?

" Iq tahu..cinta tak boleh di paksa..tapi..masih boleh di semaikan Qis?..Iq tak rela kehilangan Qis lagi..Iq mahu Qis jadi suri hidup Iq..Qis sudi tak? ". Iqram mengeluarkan sekotak berkain baldu di hadapannya.

Balqis terpempan. Dia memandang Iqram..dan matanya jatuh ke kotak kecil di atas meja.

" Iq..".

" Please sayang..".

" Iq..listen..".

" Just say yes dear..".

" Tengku Iqram! ". Balqis bersuara tegas. matanya kecil memandang Iqram yang etrpinga-pinga.

" Look Iq..sikap ini yang Qis tak suka..Iq terlalu mengongkong..Iq tak bagi ruang langsung untuk Qis berfikir..perkara ni bukan boleh buat main-main. Bukan seperti hari pertunangan kita..tak suka Iq boleh putuskan..".

" Then..Qis tak terima lah? ". Mendatar suara Iqram.

" Kan Qis kata..bagi masa untuk Qis berfikir..tolong bagi Qis ruang ..bolehkan?".

" Hmm..okey..but..".

" Iq..pleaseee..".

" Okey..okey..". Iqram mengangkat tangan. Dia tahu..semakin dia keras kepala..semakin Balqis akan jauh darinya. Perlahan-lahan dia menyimpan kembali kotak kecil yang tak di sentuh Balqis .

" Iq..". Balqis bersuara perlahan . Dia memandang sayu muka Iqram.

" Sayang..ehh..kenapa ni? ". Iqram bersuara cemas.

" Qis..emm...lapar..boleh kita pesan makan tak? ".

" Ya Allah Qis..heyyy..nakal yer..nak kena cubit ni ". Iqram mengetap bibirnya menahan geram.
Balqis ketawa kecil. Dia memang sengaja berbuat begitu. Mahu keluar dari perbincangan yang serius tadi.

Sebenarnya..dia mahu menutupi dukanya. Dia tahu..kasihnya pada Farish takkan kemana..menerima Farish ada hati yang akan terluka..mendampingi Iqram ada jiwa yang akan merana..aduhai cinta..mengapa sukar sekali jalan ceritanya?

Untuk kesekian kalinya..dia mengeluh dalam diam....

No comments:

Post a Comment